‎‎0‎ ‎ ‎

Tuesday, November 19, 2013

Ada Apa Pada Beras Pulut Hitam ?

Beras Hitam



‎Padi, nama sains oryza sativa. Terdiri dari berbagai varieti. Asia merupakan jelapang padi dunia. ‎Pengekspot terbesar adalah Thailand, Vietnam, dan ‎China. ‎

Padi, apabila di kupas kulit luar (sekam), menjadi beras. Antara varieti beras yang berpengaruh ‎dalam budaya permakanan ‎warga Asia ialah Beras Hitam. Beras hitam dikategorikan sebagai beras pulut. 

Beras Hitam mendapat nama kerana warnanya yang hitam pekat apabila ‎mentah. Warna hitam adalah disebabkan ‎kepekatan pigmen anthocyanin yang ‎terkandung didalamnya.

‎Beras Hitam pula terdiri dari beberapa varieti. Warna-warna setiap varieti sedikit berubah dan berbeza menurut kepekatan kandungan ‎pigmen ‎anthocyanin didalamnya. Dari hitam pekat, kepada ungu pekat, biru pekat, ungu muda, coklat atau merah ‎perang pekat dll. Bentuk bijiran juga sedikit sebanyak berbeza; dari panjang, pendek, gemuk dsbnya.

Beras Hitam China. Beras hitam pekat lebih dikenali sebagai Beras Hitam China. Beras Hitam China ‎sangat diistimewakan oleh kaum Cina. Dipercayai berupaya mengubati berbagai jenis penyakit, dan amat baik untuk ‎kesihatan ginjal, perut dan hati.

‎‎Di zaman silam, sewaktu pemerintahan Maharaja Kangxi dari Dinasti Qing di China, beras hitam hanya ‎milik maharaja. Terlarang di makan oleh ‎rakyat biasa. Jika mana-mana rakyatnya ‎tertangkap memakan beras ‎hitam, boleh di hukum mati. Maka beras hitam dikenali juga ‘beras terlarang.’ Waktu itu, penanaman pohon-‎pohon padi beras hitam sangat ‎terhad, cuma untuk sajian diraja

Kini larangan tersebut tidak wujud lagi. Pohon-pohon padi beras hitam di tanam secara besar-besaran penuh komersial. Beras hitam sudah menjadi sajian awam. Berbagai resepi telah di ‎olah oleh rakyat negara China berasaskan beras hitam untuk dijadikan bahan makanan semua warga di dunia.

Rumpun Beras Hitam. Varieti beras hitam yang lain juga turut hadir bersaing di pasaran antarabangsa. Antaranya, Beras ‎Hitam Vietnam. Bijiran beras hitam Vietnam lebih mirip kepada Beras Hitam China. Warnanya kehitaman, kurus ‎dan panjang.

‎ ‎Beras Ungu, dari rumpun beras hitam, lebih sinonim dengan Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja, Laos, ‎Myammar dll. Di Malaysia dan Indonesia, beras ungu kerapkali dilabelkan 'Beras Pulut Hitam' atau 'Ketan Hitam.' ‎Walaupun tergolong dalam beras hitam, varieti ungu lebih lengket yakni berpulut, manakala beras hitam China ‎tidak terlalu berpulut. Beras pulut hitam lebih manis dari beras Hitam China, bentuknya lebih pendek dan gemuk.

Beras Hitam Jasmine Thai pula mendapat nama kerana baunya ‎harum seperti bauan ‎jasmine, dikeluarkan sewaktu beras tersebut di masak. Varieti ini kebanyakannya di tanam di Thailand, di ‎mana ia sangat popular dan ‎digemari.

‎‎Perbezaan Antara Beras Hitam dan Beras Perang.   Beras hitam didapati memiliki manfaat ‎besar pada kesihatan, dibandingkan dengan pelbagai ‎jenis beras lain, termasuk beras perang.

‎‎Beras perang terhasil apabila kulit luar/sekam padi dikupas, dengan mengekalkan ‎selaput ‎dedak/bran/bekatul yang berwarna coklat keperangan. Manakala beras hitam juga di kupas sekamnya dan ‎mengekalkan bran berwarna hitam atau pun ungu mengikut varieti. Lapisan bran beras inilah, samada perang, hitam atau ungu, yang mengandungi ‎nilai-nilai tinggi dan berkhasiat untuk kesihatan. Beberapa kajian mendapati beras hitam lebih berkhasiat dari beras perang. ‎ ‎ ‎Bran beras ‎hitam mempunyai lebih serat makanan dengan nilai anti-oksidan anthocyanin yang ‎lebih unggul, disertai dengan lebihan nilai zat makanan yang lain. 

‎‎‎Beras hitam sarat nutrien yang menyihatkan, mengandungi sedikit jumlah lemak. Beras hitam mengandungi 18 jenis asid amino yang membentuk protein, ‎besi, zinc, tembaga, karotin, dan ‎beberapa jenis vitamin yang penting. Dengan memakan beras hitam bakal mengurangkan atau menghindar dari banyak masalah kesihatan. ‎Beras hitam merupakan salah satu jenis makanan yang paling berkhasiat "superfood" yang boleh diperdapat pada hari ini. ‘Super foods’ adalah sesuatu jenis ‎makanan yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, di samping mempunyai nilai kalori dan sarat ‎kandungan khasiat didalamnya. Meskipun ia sangat berkhasiat, beras hitam atau ungu bukanlah Beras ‎Perang.

‎‎‎Beras perang yang boleh di makan sebagai makanan asasi harian. ‎Beras hitam lebih berserat, ‎sedikit berpulut, lebih kental kekacangan, berperisa dan ‎manis. Oleh kerana beras hitam atau ungu lebih berperisa dan manis, lebih sesuai dijadikan ‎makanan seperti bubur, kueh muih, kek atau roti, mee, dan sushi. ‎ Lebih sesuai ‎di adun berupa resepi-resepi sajian untuk sarapan atau di waktu petang.

‎‎ Beras hitam, samada ungu dan sebagainya, ‎ ‎perlu di masak lebih lama. Masa ‎memasak yang lama boleh ‎dipendekkan dengan merendam beras hitam untuk selama 1 jam, atau semalaman. ‎Beras hitam berubah warna ungu ‎pekat apabila di masak. Air yang di masak akan bertukar warna ungu pekat, dan mewarnai apa jua yang di ‎campur bersamanya ketika memasak.

Keunggulan Beras Hitam



Beras Hitam Unggul Anti-Oksidan Anthocyanin      Ciri utama yang membezakan beras hitam dengan ‎varieti-varieti beras lain ialah tahap nilai anti-‎oksidan yang terkandung didalamnya sangat tinggi. Nilai anti-‎oksidan tersebut datangnya dari ‎pigmen anthocyanin, dari kategori flavonoid, berwarna hitam atau ungu. Pigmen adalah kimia pewarna alami, terdiri dari berbagai warna, dari ‎merah ‎jambu hingga kepada hitam, terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran dll. Pigmen ‎anthocyanin ‎bersifat anti-oksidan yang paling berkuasa dari kalangan 150 flavonoid yang ‎lain, menjadikan beras hitam ‎terkenal dengan nilai anti-oksidan yang sangat berharga. ‎

‎‎Oleh yang demikian, beras hitam adalah makanan yang sesuai bagi menghindar masalah kesihatan atau bagi mereka yang mengalamai berbagai ‎jenis penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas, proses penuaan dan pra-penuaan, keradangan termasuk ‎penyakit Alzheimer, kanser, dan yang berkaitan pengaliran darah dan jantung.

‎‎1      Anthocyanin | Anti-Kanser. ‎     Anti-oksidan melindungi tubuh dari radikal bebas yang berligar di dalam tubuh. Radikal ‎bebas adalah ‎molekeul penuh pacuan tenaga letrik, tetapi tidak sempurna dan tidak stabil. Ia perosak ‎DNA, sel-sel, tisu-tisu dan organ-‎‎organ tubuh. ‎Kerosakan DNA dan sel-sel boleh meningkatkan risiko kanser dan pelbagai penyakit. Anti-oksidan membantu menghalang kerosakan yang boleh disebabkan ‎oleh radikal ‎bebas. ‎Anti-oksidan anthocyanin dikaitkan dengan pencegahan ‎dan perawatan pelbagai jenis ‎penyakit kanser.

Beberapa kajian menunjukkan pigmen anthocyanin membantu melindungi saluran darah arteri dan ‎‎membatas kerosakan pada DNA akibat dari radikal bebas, dan mencegah dari perkembangan beberapa jenis ‎kanser. ‎

‎Menurut Associate Professor Dr. Zhimin Xu beserta kumpulan para saintis dari Louisiana ‎State University ‎Agricultural Centre, beras hitam mengandungi lebihan anti-oksidan anthocyanin ‎merah dan biru. Satu sudu ‎bran beras hitam menawarkan lebihan anti-oksidan anthocyanin dari satu ‎sudu berry-berry lain yang ‎terbaik, lebih serat, kurang gula, dan lebih vitamin E. ‎Sekiranya berry-berry didapati dapat membantu mencegah ‎penyakit jantung, kanser dan lain-lain masalah ‎kesihatan, kenapa tidak bran beras hitam?

Bukan saja ‎bran beras hitam menyihatkan, bahkan seluruh ‎bijiran beras hitam, membekalkan semua kuasa anti-‎oksidan, serta vitamin, tenaga dan protein.   ‎

‎‎ ‎‎2       Anthocyanin | Anti-Keradangan.       Dalam kes keradangan, ada jenis enzim yang boleh merosakkan tisu penghubung dalam ‎saluran-saluran darah. Keadaan ini akan ‎menyebabkan kebocoran pada saluran-saluran darah. Darah lalu tiris dan memasuki tisu-tisu sekeliling. Oksidan dan radikal bebas ‎dilepaskan ‎dan kerosakan terus berlaku pada dinding-dinding saluran darah.

Anthocyanin melindungi tisu-tisu ‎‎penghubung dan saluran-saluran darah, samada besar mahu pun yang kecil, dalam beberapa cara. ‎Pertama, ‎anthocyanin menyirna enzim yang merosaki tisu-tisu penghubung. Kedua, dengan ‎sifatnya sebagai anti-oksidan, ‎mencegah oksidan dan radikal bebas dari terus merosaki tisu-tisu ‎penghubung. Akhirnya, anthocyanin merawat ‎dan membaik-pulih protein yang rosak pada ‎dinding-dinding saluran darah yang menyebabkan kebocoran darah. ‎
‎‎
‎ Kemampuan anthocyanin, sebagai anti-keradangan, dapat juga membaik-pulih saluran ‎darah yang ‎pecah atau rosak dalam retina mata yang mengakibatkan mata dan penglihatan terjejas. ‎Beras hitam menyihatkan organ mata dan menghindar dari masalah mata dan penglihatan.

‎‎‎Anthocyanin, sebagai anti-keradangan, juga didapati dapat mengurangi tindak-balas allergi. ‎Beberapa ‎kajian menunjukkan anthocyanin dalam bran/bekatul beras hitam membantu ‎menghadkan pengeluaran ‎histamine sebagai tindak-balas sistem kekebalan terhadap sebarang ‎allergen (bahan-bahan yang menyebabkan ‎allergi). Histamine adalah sejenis bahan nitrogen organik ‎dari kalangan sistem kekebalan yang menyebabkan ‎keradangan. ‎

‎‎ ‎‎3      Anthocyanin | Penyakit Jantung. ‎      Memakan beras hitam, boleh menyihatkan ‎jantung dan saluran-‎saluran darah ke jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
‎‎
‎‎Kajian-kajian menunjukkan anthocyanin yang tinggi dalam beras hitam boleh ‎mengurangkan ‎risiko serangan jantung. Para saintis dari Universiti Chulalongkorn di Bangkok, ‎Thailand melapurkan beras pulut hitam dari Thailand, adalah sumber yang ‎kaya dengan anthocyanin. Kajian yang disiarkan ‎dalam "Genetic Molecular Research," 2010, ‎menunjukkan ekstrek anthocyanin dari beras pulut hitam Thai boleh ‎membantu mengurangkan ‎bebanan oksidasi, menghakis kolesterol mudharat LDL, dan memelihara paras lipid ‎yang ‎menyihatkan. Bebanan oksidasi adalah adalah antara faktor utama kepada perkembangan penyakit ‎‎jantung dan strok. Para saintis merumuskan bahawa ekstrek anthocyanin dari beras pulut Thai ‎bermanfaat ‎menyihatkan tubuh tanpa meninggalkan kesan sampingan atau memudharatkan ‎kesihatan. ‎

‎Anthocyanin mencegah ‘atherogenesis’, iaitu oksidasi kolesterol mudharat LDL (low-‎density lipoproteins) ‎yang menyebabkan bertompok yang akhirnya membina plaque. Tompokan plaque dalam pembuluh darah ‎arteri (atherosclerosis) juga merupakan ‎salah satu dari penyebab utama kepada serangan jantung. ‎Anthocyanin secara aktif bertindak meruntuh, melerai dan ‎mencegah tompokan plaque dalam pembuluh ‎darah arteri, mengawal tahap kolesterol, menyihat dan membaik-‎pulih saluran darah ke jantung dan ‎otak, melindungi dari penyakit jantung dan strok. ‎

‎‎ ‎‎4      Anthocyanin | Kencing Manis. ‎      Kencing manis adalah penyakit di mana tubuh tidak menghasilkan ‎hormon insulin yang mencukupi atau gagal menggunakan ‎hormon insulin dengan sewajarnya. Insulin adalah hormon yang diperlukan bagi ‎menukar gula, ‎kanji dan bahan makanan menjadi tenaga yang diperlukan setiap hari. Penyebab kencing manis ‎‎masih menjadi tanda-tanya, meskipun faktor genetik dan gaya hidup yang kurang sihat sering dikaitkan.
‎‎
‎ Beras hitam mengandungi lebih banyak serat. Kadar gulanya rendah. Maka penghadaman ‎lebih lambat ‎‎(hanya 55 GI berbanding dengan beras putih 87 GI). Beras hitam tidak memacu ‎banyak gula serta-merta ke dalam darah ‎sepertimana beras putih. Di samping itu, potassium, ‎magnesium dan lain-lain zat gizi dalam ‎beras hitam membantu mengawal tekanan darah dan ‎mengurangkan risiko penyakit saluran darah ke jantung dan ‎otak. ‎

‎Salah satu komplikasi yang serious kepada pesakit kencing manis ialah ‘retinopathy’ yang ‎‎memungkinkan buta. Retinopathy terjadi apabila tubuh mencuba membaik-pulih saluran darah ‎kecil yang pecah ‎atau rosak, tetapi berakhir dengan menghasilkan lebihan protein yang tidak ‎normal. Satu kajian menunjukkan ‎anthocyanin didapati berkemungkinan berkesan mencegah retinopathy. ‎Anthocyanin bukan sahaja mencegah penghasilan protein ‎yang berlebihan, akan tetapi membaik-‎pulih saluran darah kecil yang pecah atau rosak dengan sempurna.
‎‎
‎‎ 5      Anthocyanin | Kulit.      Secara asasnya, anti-oksidan adalah penawar semulajadi anti-penuaan. Pigmen ‎anti-‎oksidan anthocyanin juga membantu menghalang dari pra-penuaan, melambatkan proses penuaan, ‎dan ‎menyihatkan rambut dan kulit. Anthocyanin juga baik untuk kesihatan kulit, membantu melegakan gatal-gatal dan bengkak akibat dari ‎penyakit kulit dermatitis/‎eczema. ‎Justru, beras hitam seharusnya menjadi makanan untuk ‎memelihara kulit yang ‎sihat. ‎
‎‎
‎‎ 6      Zat Gizi Besi | Anemia.      Kandungan nutrien dalam beras hitam juga termasuk zat gizi besi. 1.7 mg ‎zat besi, bersamaan 10% dari dos saranan ‎harian bagi setiap 95 gm beras hitam.

Zat besi memastikan tubuh menerima oxygen yang mencukupi. Kekurangan zat besi yang parah boleh menyebabkan anemia. Zat besi juga dapat mengurangkan gejala anemia seperti kelesuan, lemah tenaga badan, sakit kepala, dan kurang daya tahan pada cuaca dingin.

Zat gizi besi turut penting bagi penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah pembawa oxygen dari satu sel ke sel yang lain di seluruh tubuh, dan mewarnai darah menjadi merah. Kekurangan zat besi akan menyebabkan tubuh menjadi pucat kelesuan.

Otak juga menggunakan kira-kira 20% oxygen dibekalkan oleh darah.  Zat besi membantu membekalkan oxygen ke dalam darah untuk di hantar ke otak dan menyihatkan otak. 
 
7      Beras Hitam | Lain-Lain Manfaat. ‎     Bijiran beras hitam sepenuhnya, tinggi serat makanan, ‎tinggi kandungan vitamins B, ‎E dan zat-zat galian/gizi potassium dan besi.

Vitamin B adalah bahagian yang ‎sangat penting bagi memelihara ‎kesihatan tubuh secara keseluruhannya. Vitamin B mempertingkat metabolisma tubuh, memelihara ‎kulit ‎yang sihat dan tona otot, mengutuhkan fungsi sistem kekebalan dan saraf, mempertingkat ‎pertumbuhan ‎dan percambahan sel-sel dan mengurangkan risiko kanser pancreas. ‎

Memakan beras hitam akan merasa cepat kenyang, kerana ia kaya serat. Kehadiran serat ‎menjadikan ‎sistem penghadaman mengambil masa lebih lama, memberi rasa kenyang yang lebih ‎lama. Ini akan ‎menyebabkan kurang makan berlebihan. ‎
‎‎
‎ Justru, permakanan beras hitam sangat dianjurkan. Ia merupakan salah satu dari superfood yang terdapat di dunia kini.‎
‎‎
________________________________________

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...