‎‎8‎ ‎ ‎

Saturday, October 12, 2013

Bawang Putih | Jangkitan Kurap ‎

Bawang putih, sejenis rempah alami, selalu digunakan dalam masakan, juga memiliki nilai-nilai perubatan bagi ‎merawat beberapa jenis masalah kesihatan, termasuk Kurap. ‎
Apakah Jangkitan Kurap    ?‎

Kurap (dermatophytosis) terdiri dari beberapa jenis penyakit kulit yang disebabkan oleh ‎jangkitan kulat. Jangkitan boleh berlaku pada kulit manusia, dan juga binatang. Jangkitan kurap berbentuk bintik-bintik merah bulat melingkari seperti cincin atau ‘ring’, tetapi ia bukan ‎disebabkan cacing melainkan dari beberapa jenis kulat. ‎

Kurap sangat gatal dan sangat menganggu perasaan dan fikiran. Semakin di garu akan semakin ‎gatal. ‎

Kurap boleh berjangkit pada mana-mana bahagian tubuh. Kulat-kulat mudah dijangkiti apabila sering berlaku sentuhan. Begitu juga dengan berkongsi pakaian, kasut, tempat tidur dsbnya. ‎

Jangkitan pada mana-mana bahagian kulit muncul semarak dan kian membiak. Kurap yang baru ‎akan mula muncul bersebelahan sebaik saja kurap yang lama mula hilang. Dan ia akan terus ‎menerus membiak, membesar, dan meluas. ‎

Apakah Punca Jangkitan Kurap    ?‎

Banyak spesis kulat yang menyebabkan kurap. Secara am, kulat yang menjadi penyebab kepada ‎jangkitan kulit di sebut Dermatophytes. seperti Epidermophyton floccosum, Trichophyton rubrum ‎atau Trichophyton mentagrophytes.

Dermatophytes ‎(kulat-kulat kurap) hidup dalam suasana kulit yang hangat dan lembab, di celah-celah dan lapisan kulit, ‎tetapi boleh hidup di pora-pora rambut. ‎Dermatophytes memakan keratin, iaitu bahan yang terdapat pada lapisan luar kulit, rambut dan kuku. Kulat-kulat tersebut menyerang beberapa bahagian tubuh:
  • Tinea faciei menjangkiti bahagian wajah ‎
  • Tinea pedis (athlete's foot) menjangkiti bahagian kaki ‎ 
  • Tinea unguium menjangkiti bahagian kuku jari tangan dan jari kaki ‎ 
  • Tinea corporis menjangkiti bahagian lengan, kaki dan badan ‎ 
  • Tinea cruris (jock itch) menjangkiti bahagian selangkangan ‎ 
  • Tinea manuum menjangkiti bahagian tangan dan telapak tangan ‎ 
  • Tinea barbae menjangkiti bahagian wajah yang tumbuh bulu
  • Tinea capitis menjangkiti bahagian kulit kepala 
Jenis Rawatan

Kurap perlu ditanggani, tidak boleh di biar dan berharap ia akan hilang sendiri. ‎

1    Ubat-ubatan. ‎ ‎

Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan bagi merawat kurap; dalam bentuk cecair sapuan, atau krim. ‎

Bahan sapuan yang sering digunakan seperti: miconazole, terbinafine, clotrimazole, ketoconazole, atau ‎tolnaftate.

Di sapu 2 kali setiap hari sehingga kurap hilang, selalunya dalamasa 2 minggu akan hilang. Meskipun ‎kurap mula hilang, rawatan sapuan perlu diteruskan untuk 7 hari seterusnya bagi tujuan menghapus akar-akar kulat dan mencegah ‎kulat kurap muncul kembali.

Sapuan ubat jenis steroid akan menjadikan bentuk kurap berpecah-pecah, kulat yang menjadi penyebab ‎jangkitan kurap akan muncul di persekitaran tidak dalam bentuk bulat seperti cincin. ‎

2    Rawatan Alternatif ‎

Sejak berabad lamanya, manusia menggunakan bawang putih bagi membasmi berbagai jenis ‎jangkitan yang disebabkan oleh kulat, bakteria dan virus. Bawang putih sudah dikenali sebagai pemampan sistem ‎kekebalan tubuh. Ia mengandungi asid amino, vitamin, zat gizi kelumit dan bahan-bahan belerang ‎organik. Antara bahan-bahan belerang organic yang sangat bermanfaat untuk kesihatan ialah ‎diallylthiosulfinate, lebih dikenali sebagai “allicin”, yang juga merupakan mercutanda bawang ‎putih, kerana allicin mengeluarkan bau yang unik. ‎ ‎

Allicin akan terhasil apabila lapisan tisu dan isi bawang dicederakan atau dipecah-pecahkan. Ia terhasil ‎dari tindakan enzim alliinase ke atas alliin. Cecair allicin yang jernih bening memiliki nilai-nilai ‎anti-virus, anti-bakteria, dan anti-kulat, menurut University of Maryland Medical Center. Allicin ‎merupakan bahan perlindung bagi bawang putih dari di serang oleh serangga perosak. Allicin ‎bertindak mengoksidasi dan mengganggu metabolisma kulat dengan cara menghalang aktiviti ‎beberapa jenis enzim untuk metabolisma kulat seperti protease, phenoloxidase, amylase ‎dan cellulose. Dengan demikian, kulat tidak mampu membiak dan seterusnya terhapus. ‎ ‎

Jika bawang putih dipecah-pecahkan dan dilarutkan ke dalam minyak, allicin akan melalui reaksi ‎kimia dan menjadi "ajoene", yang juga bersifat anti-kulat yang berkesan. ‎ ‎

Allicin dan ajoene dari bawang putih adalah anti-kulat, didapati sangat berkesan. Pati bawang putih mampu menghapus hampir semua jenis kulat yang ‎menyebabkan kurap. ‎ ‎

Mentah atau Krim Sapuan. Cara paling mudah, bawang putih di potong-potong atau di hiris-hiris nipis. lLalu di tampal ‎pada bahagian yang dijangkiti kurap. Membalutinya dan dibiarkan sehingga semalaman. Dilakukan berterusan ‎untuk beberapa hari. Cara begini juga mampu merawat dan menghapus kurap. ‎ ‎

Jika cara seperti di atas boleh menyebabkan ‎berlaku keradangan pada kulit, maka cara lain ialah menggunakan krim sapuan dari pati bawang ‎putih. Menurut Medline ‎Plus, bagi menghapus jangkitan kurap, gel atau krim sapuan yang mengandungi 0.6 - 1 % ajoene selalunya sudah berkesan ‎sepertimana krim anti-kulat dari ubat-ubatan. ‎ ‎

________________________________________

8 comments:

  1. ilmu perkongsian yang sangat berguna. tq

    ReplyDelete
  2. Tapi kalau bawang putih meninggalkan kesan pada muka, apa patut kita buat?

    ReplyDelete
  3. Jangkitan kulat memang mudah berlaku pada mereka yang kerap berpeluh, mempunyai kulit yang lembab dan kurang menjaga kebersihan kulit. Jangkitan kulat seperti Athelete foot kerap mengambil masa yang lama untuk pulih. Untuk memastikan penyakit ini sembuh dengan cepat, kita harus menggunakan ubat anitfungus yang betul dan selalu menjaga kebersihan kulit. Jangan mudah menggaru kulit yang sedang gatal dengan kuat sehingga berdarah. Ini akan melambat proses penyembuhan.

    ReplyDelete
  4. Antara petua mudah dilakukan untuk kulit berkurap adalah bawnag putih, aloe vera, dan kunyit.

    ReplyDelete
  5. kalau terkena di mata bagaimana? di kelopak mata?

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..terima kasih tuan

    ReplyDelete
  7. saya dah try myconazole tapi still tak works. sampai merebak ke bahagian kemaluan . ada petua lain yang saya boleh buat ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...