‎‎0‎ ‎ ‎

Thursday, October 17, 2013

Zinc ‎ | Pemuliharaan Kulit ‎

Zinc Untuk Kesihatan Kulit

Zinc adalah zat gizi yang sangat penting pada keseluruhan sistem kekebalan tubuh dan untuk ‎pemuliharaan tubuh. ‎

Zinc memiliki pelbagai fungsi dalaman tubuh.
  • DNA. Zat ini diperlukan dalam proses cambah-biak DNA bagi menghasilkan sel-sel baru dan juga ‎membaik-pulih DNA. ‎
  • Ejen Kesembuhan. Zinc juga merupakan komponen untuk membolehkan enzim berfungsi dengan sempurna ‎untuk membaik-pulih dan menyembuh sebarang kecederaan pada kulit. 
  • Ejen Penegang. Zinc menegangkan kulit, mengecut dan ‎memejal tisu-tisu tubuh. Kulit menjadi lebih bersih, cerah dan sihat.
  • Anti-keradangan. Zinc oxide bertindak sebagai ejen pengering dan anti-keradangan pada ‎kulit, juga membantu meredakan gatal-gatal, ruam, dan lembab diselangkangan ‎terutama pada kanak-kanak.‎
  • Anti-oksidan. Zinc diperlukan dalam penghasilan ‎‎‘superoxide dismutase’ (SOD), iaitu sejenis enzim anti-oksidan yang berkesan melindungi semua ‎jenis sel yang terdedah kepada oxygen termasuk sel-sel kulit.
  • Penghasilan Protein. Zinc juga sebagai faktor gandingan untuk kulit menghasilkan protein ‘metalloproteinase’ ‎‎(MMP) yang terlibat dalam penyusunan semula tona kulit dan bertindak mengeluarkan ‎tisu-tisu yang rosak.
  • Sistem Kekebalan. Zinc juga membantu penyerapan Vitamin A bagi mempertingkat proses kesembuhan dan ‎melawan jangkitan bakteria. Ia juga sebagai faktor gandingan dalam penghasilan enzim ‎‎‘adenosine deaminase’ (ADA), yang bertugas memberi signal kepada sel-sel T sebagai sebahagian ‎dari proses pertahanan tubuh mencegah dari jangkitan. ‎
Semua proses-proses tersebut ini melibatkan penghasilan sel-sel baru, menyumbang kepada kesembuhan dan baik-pulih tubuh. Tanpa kadar zinc yang mencukupi, proses pulihara kulit akan menjadi lembab atau ‎lansung tidak berlaku. Bagi warga berusia, kadar zinc dalam tubuh lebih mudah berkurangan. ‎Justru, zinc sangat penting untuk kulit dan kesihatan tubuh pada keseluruhannya. ‎

Zinc Dan Penyakit Kulit

Samada ‎dibekalkan kepada tubuh dari bahan-bahan makanan alami, supplemen, atau krim sapuan, zinc menyumbang kepada kesembuhan dari berbagai jenis masalah kulit. Antaranya:

1       Jerawat 

Zinc didapati berkesan merawat dan menghilangkan jerawat biasa dan jerawat batu.

Zinc mengurus aktiviti kelenjar-kelenjar minyak menghasilkan minyak, dan mengurus kadar hormon dalam lapisan kulit. Minyak dan hormon adalah 2 ‎penyebab utama kepada timbulnya jerawat. Jerawat mudah timbul apabila lebihan minyak dalam kulit terhalang. Zinc beserta zat-zat makanan lain boleh mengurangkan pengeluaran minyak dari tubuh. Oleh kerana zinc juga mempunyai peranan utama dalam sistem hormon, maka ia membantu memelihara kesaimbangan hormon dan mengurangkan kesan ‘androgenic hormon’ ke ‎atas kulit yang menyebabkan timbul jerawat. Zinc juga terlibat dalam mengatur dan mengawal kadar hormon steroid ‘testosterone’ dalam tubuh, iaitu hormon yang ‎juga dikaitkan sebagai penyebab timbul jerawat. Zinc ‎bukan saja merawat dan menyembuhkan jerawat yang sudah timbul, tetapi juga menghalang jerawat yang bakal timbul.

Salah satu ‎fungsi penting zinc ialah meransang fungsi sel-sel darah putih. Luka disebabkan jerawat adalah ‎tarikan pada jangkitan bakteria dan virus, dan zinc meransang penghasilan sel-sel darah putih untuk ‎mencegah jangkitan.

Setiap bintik jerawat akan meninggalkan parut. Zinc membantu mengurangkan kesan parut, dan juga bengkak merah dari radang jerawat.

Jenis zinc gluconate dan zinc sulfate sering digunakan bagi merawat, menyembuh parut ‎jerawat, dan mengurangkan radang kulit pada jerawat. Satu kajian, disiarkan dalam JAMA (Journal of the American Medical Association), menunjukkan bahawa penggunaan zinc sulfate bagi merawat jerawat membuahkan hasil yang memberansangkan.

Namun begitu, perlu di ingat, hasil dari pengambilan atau penggunaan zinc mungkin berbeza. Zinc mungkin berkesan dan sangat sesuai pada setengah individu, manakala pada individu lain tidak lansung menunjukkan sebarang kesan. 

      Rosacea

Rosacea samar puncanya, begitu juga kaedah mengubatinya. Ia di anggap masalah kulit yang tidak mudah di rawat. Meskipun begitu, rebakannya masih boleh di kawal.

Satu kajian terbaru mendapati rosacea terjadi kerana kekacauan pada sistem dalaman tubuh pengidap rosacea. Cara proses 'cathelicidin' (sejenis protein halus dalam kulit) didapati agak berbeza dari kebiasaan. Proses tersebut yang mencetuskan radang kulit rosacea.

Selalunya, kulit rosacea lebih sensitif dan mudah berlaku keradangan dari kulit jerawat. Rosacea kian semarak dengan panahan sinar matahari, diikuti dengan hawa panas, makanan pedas, alkohol, stres, kafein dan asid sitrik.

Oleh kerana gejala jerawat dan rosacea hampir sama, maka ubat-ubatan yang digunakan juga kebanyakannya sama. Dalam satu kajian, pengambilan supplemen zinc, 3 kali/hari, dos sebanyak 23 mg, untuk jangkamasa 3 bulan, telah mengurangkan keparahan rosacea kira-kira 75%.‎

Penggunaan krim pelindung dari cahaya matahari yang mengandungi zinc dan titanium juga didapati lebih berkesan dari bahan-bahan kimia lain yang digunakan sebagai pelindung cahaya matahari. Krim Zinc sulfate didapati menjadi pilihan yang baik bagi merawat rosacea, kerana ia di anggap masih selamat, berkesan dan tidak menunjukkan kesan sampingan yang merbahaya.

3        Eczema 

Eczema atau 'Eczema Hypertrophicum' atau 'Dermatitis.' Eczema adalah istilah kepada beberapa jenis penyakit atau masalah radang kulit berbentuk kulit kering, panas, berkuping, lebam, ‎kasar, menebal, kemerahan, bintik-bintik gatal yang sangat terdorong untuk di garu, luka, berair, berdarah, dan bernanah. Kesembuhan bersifat sementara. Boleh timbul kembali dan semakin merebak. Setiap bintik yang sembuh akan meninggalkan parut kehitaman yang memakan masa untuk kembali ke tona dan warna asal kulit.

Salah satu penyebab eczema ialah kekurangan zinc dalam tubuh. Usus kurang mampu menyerap zinc disebabkan perubahan berlaku pada flora usus. Kajian-kajian menunjukkan pathogens (mikrob mudharat) seperti bakteria dan kulat berkoloni dalam usus menggantikan bakteria manfaat. Pathogens, terutama staphylococcus aureus dan candida albicans, seterusnya memusnahkan flora yang sihat dan memusnahkan lapisan-lapisan tisu usus (gastrointestinal mucosa). Kerosakan ini menyebabkan usus kurang mampu menyerap zat-zat makanan termasuk zinc. Laluan juga menjadi mudah bagi makanan yang tidak di hadam, toksin dan juga pathogens memasuki ke dalam darah. Keadaan ini dikenali sebagai Sindrom Perut Tiris (Leaky Gut Syndrome).

Di samping ancaman pathogens dalam perut, kekurangan zinc disebabkan juga oleh kekurangan vitamin A dan D.  Kekurangan vitamin A dan D sering terjadi pada pesakit eczema. Bila 2 zat gizi ini berkurangan, zinc juga akan turut berkurangan. Sindrom perut tiris dan kekurangan vitamin akan menghakis simpanan zinc dalam tubuh.

Bagi merawat eczema, supplemen zinc dalam dos yang tinggi diperlukan. Chelated zinc adalah pilihan paling baik kerana dalam chelated zinc, zinc bergabung dengan asid amino bagi membantu membawa zinc melalui laluan perut dan usus. Chelated zinc menjadi pilihan kerana zinc biasa masih terdapat toksin.

Zinc meransang pengeluaran asid perut hydrochlorik. Keadaan ini membantu mengembalikan pertumbuhan flora yang sihat sementara pathogens beransur disingkirkan. Apabila flora yang sihat sudah mampu berfungsi, zinc membantu mengatasi sindrom perut tiris. Keadaan ini akan menghentikan koloni bakteria dan sekaligus mengurangkan reaksi keradangan pada kulit yang menyebabkan eczema.

Keberkesanan zinc merawat eczema terletak juga pada peranannya dalam enzim yang terlibat dalam metabolisma asid lemak. Enzim yang bergantung kepada zinc diperlukan bagi menghasilkan asid lemak. Beberapa kajian mendapati kadar enzim ini sangat berkurangan pada pesakit eczema. Asid lemak perlu (EFA) seperti asid lemak omega-3 dikenali mempunyai nilai-nilai anti-keradangan. Bila EFA betambah, maka gatal-gatal dan keradangan eczema pun berkurangan.

Di samping itu, zinc sendiri bernilai anti-oksidan. Ia merupakan komponen utama kepada enzim anti-oksidan. Zinc melindungi kulit dari ancaman radikal bebas dan kerosakan disebabkan oleh toksin mikrob. Kesan anti-oksidan dari zinc didapati dapat mempercepat proses kesembuhan, mengurangkan kerosakan dan anti-penuaan pada kulit. 

Meskipun kajian-kajian ke atas supplemen zinc banyak menimbulkan keputusan yang berbeza, namun banyak pesakit eczema melapurkan kesembuhan yang baik melebihi rawatan biasa. Zinc berjaya mengurangkan gatal-gatal dan radang kulit. Satu kajian yang disiarkan dalam jurnal Contact Dermatitis, 1999, 73% dari pesakit eczema "sembuh" dari semarak  eczema dengan mengambil zinc 60 mg/hari untuk jangkamasa 1 bulan. Baki pesakit juga menunjukkan kesan positif. 

Satu kajian lain yang disiarkan dalam Turkish Journal of Dermatology 2009 - menunjukkan pesakit ‎eczema mempunyai kadar zinc, selenium dan besi yang sangat rendah; 3 zat gizi penting yang ‎terlibat dalam setiap proses metabolisma tubuh.Kajian tersebut berpendapat pengambilan ‎supplemen 3 zat galian tersebut boleh merawat eczema. Demikian juga pendapat menurut kertas kajian ‎sebelumnya yang disiarkan dalam British Journal of Dermatology 1981. ‎

Beberapa kajian lain telah mengesahkan bahawa pengambilan supplemen zinc membantu ‎mengurangkan eczema. Begitu juga dengan krim sapuan. Menurut satu kajian yang disiarkan dalam ‎Journal of the European Academy of Dermatology and Venereology, 2008, menunjukkan sapuan ‎dari campuran clobetasol + zinc sulfate berkesan merawat dan mengurangkan eczema. Kemungkinan muncul kembali juga berkurangan. Gatal-gatal, berkeruping dan radang merah eczema juga semakin pudar. ‎

Namun, kemujaraban zinc oxide, zinc stearate, dan zinc sulfide masih dipersoalkan oleh ‎badan penasihat kepada United States Food and Drug Administration. ‎
________________________________________

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...