‎‎0‎ ‎ ‎

Tuesday, October 8, 2013

Bawang Putih | Penyakit Psoriasis

Apakah Penyakit Psoriasis ?‎

Psoriasis adalah gejala yang timbul pada kulit. Kulit jadi berpenyakit, tetapi tidak berjangkit. ‎Hampir semua jenis psoriasis diiringi dengan sengal dan pegal pada sendi, ‎banyak kelemumur di kulit kepala, kuku jari-jari kaki dan/atau tangan menebal, bergumpal membengkok, berwarna kuning-kecoklatan. ‎

Secara amnya, terdapat 5 jenis Psoriasis:‎
  1. Plaque Psoriasis. Ini jenis psoriasis yang biasa terjadi. Radang pada bahagian epidermis kulit, ‎menebal, membengkak, kemerahan, kering, jelas kelihatan tompok-tompok kuping putih. Kuping-kuping ‎ini selalunya terdapat pada bahagian kulit kepala, siku, lutut dan bahagian bawah di ‎belakang tubuh. Psoriasis jenis ini gatal dan sakit. Kekadang tompok-tompok psoriasis pecah dan ‎berdarah. ‎
  2. Erythrodermic Psoriasis. Jenis psoriasis yang jarang sekali berlaku. Jenis yang kronik. ‎Ia boleh merebak ke merata bahagian kulit. Kawasan kulit yang terjejas lebih meluas, membengkak dan merah seperti udang bakar, terlalu gatal, dan sakit ‎apabila di sentuh. Sangat tidak selesa ‎pada perubahan cuaca panas atau sejuk. Di anggap sebagai rebakan Plaque Psoriasis yang tidak terkawal. ‎
  3. Inverse Psoriasis. Jenis psoriasis yang timbul di bahagian selangkangan, celah ketiak, di ‎bahagian bawah payudara, di celah-celah kulit yang berlapis. Semakin gatal apabila di garu ‎atau berpeluh. Tidak begitu berkeruping. ‎
  4. Gluttate Psoriasis. Psoriasis berupa tompok-tompok kecil kemerahan yang muncul bertaburan di merata ‎bahagian kulit. ‎
  5. Pustular Psoriasis. Lepuh putih yang mengelembung, berair pekat, kekadang terdapat nanah, ‎dikelilingi dengan radang kulit berwarna merah dan gatal.
Punca Penyakit Psoriasis
  1. Sistem Kekebalan Tubuh Lemah. Psoriasis muncul bila sel-sel kulit yang baru dihasilkan ‎begitu cepat, sehingga sel-sel kulit yang lama tidak sempat untuk dihakiskan. Keadaan ini ‎menyebabkan sel-sel yang mati melekat dan bertompok pada permukaan kulit. Proses ini terjadi ‎apabila seseorang itu mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah atau terjejas, terutama ‎bagi mereka yang mengidap kekalutan sistem kekebalan “autoimmune disorders”, atau yang ‎melalui rawatan chemotherapy, atau mengidap AIDS. ‎
  2. Faktor Genetik. Banyak jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia adalah diwarisi dari keturunan.Psoriasis juga boleh timbul dari faktor genetik. ‎
  3. Faktor Alam Sekitar. Alam sekitar yang tercemar, udara kering dalam cuaca ‎kedinginan, tidak cukup sinaran cahaya matahari, dan sebagainya juga merupakan sebahagian dari penyebab kepada timbulnya psoriasis atau menjadikan psoriasis lebih parah. ‎
  4. Jangkitan dan Ubat-ubatan. Psoriasis boleh diaktifkan atau menjadi lebih semarak disebabkan stres, jangkitan bakteria atau ‎virus, kecederaan pada kulit yang terjejas, dan  ubat-‎ubatan seperti lithium, beta-blocker, anti-malaria dll. ‎
Bawang Putih Merawat Psoriasis

Rawatan Psoriasis yang selalu diberikan terdiri dari sapuan krim steroid 'corticosteroid, retinoid, dan phototherapy'. ‎ Namun, rawatan alternatif boleh juga mengurangkan gejala psoriasis; seperti penggunaan madu ‎bersama serbuk kayu manis dll. Salah satu rawatan alternatif yang sering digunakan kerana didapati ‎berkesan ialah bawang putih. ‎

Bawang putih mempunyai nilai-nilai anti-keradangan. Maka ia sesuai membantu mencegah atau ‎mengurangkan gejala psoriasis. Bawang putih didapati boleh menghalang 'lipoxygenase', sejenis ‎enzim yang apabila bergabung dengan asid arachidonik akan menimbulkan keradangan. Oleh ‎kerana pengidap psoriasis mempunyai kadar asid arachidonik yang tinggi dalam kulit dan lapisan tisu-tisu ‎lemak, maka pengambilan bawang putih setiap hari boleh melambatkan atau mencegah timbulnya ‎psoriasis. ‎

Dalam satu keluaran dari jurnal "Annals of The New York Academy of Sciences," Disember 2004, ‎para pengkaji dari Universiti Texas telah merumuskan bahawa bawang putih mengandungi bahan aktif termasuk ‘diallyl sulfide, S-allylmercaptocysteine, dan ajoene.’ Bahan-bahan aktif tersebut didapati mampu menyekat “nuclear transcription factor kappa B” yang dikaitkan dengan psoriasis, dari diaktifkan.

Justru, pengambilan bawang putih dalam permakan setiap hari boleh mencegah timbulnya ‎psoriasis. Menyapu minyak bawang putih lansung pada bahagian ‎kulit yang terjejas juga boleh digunakan. Sapuan sekali atau 2 kali setiap hari adalah disarankan. ‎

Disamping itu, bawang putih juga tinggi kandungan vitamin C dan selenium, kedua-duanya sangat ‎bermanfaat bagi menyihatkan kulit. ‎
________________________________________

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...