‎‎0‎ ‎ ‎

Wednesday, May 28, 2014

Zat Gizi Magnesium

Apakah Zat Gizi Magnesium ?‎



Magnesium adalah unsur kimia bersimbolkan Mg. Ia merupakan salah satu dari 7 jenis zat galian utama (makro). Kadar yang banyak diperlukan oleh tubuh.

'National Institutes of Health Office of Dietary Supplements', menganggarkan secara purata 25 gram  Mg dalam tubuh. 50-60% darinya tersimpan dalam tulang dan sistem kerangka. Bakinya dalam sel-sel tisu dan organ tubuh. Hanya 1% Mg terdapat dalam darah.

Mg juga berperanan sebagai electrolyte. Electrolyte adalah zat galian dalam darah dan cecair tubuh yang menyalurkan tenaga letrik. Electrolyte memelihara tenaga letrik yang sihat pada sistem kolloid tubuh, termasuk darah. Ia menyalurkan arus letrik negatif kepada sel-sel darah merah, memisahkannya bagi memelihara fungsi maksima. Electrolyte mempengaruhi jumlah air dalam tubuh, tahap asid-alkalin darah (pH), fungsi otot, dan berbagai proses lain. Electrolyte akan hilang melalui keringat/peluh, tetapi kembali hadir melalui minuman. Mg bersifat alkalin.

‎‎0‎ ‎ ‎

Friday, May 23, 2014

Jauhi Gula, Jauhi Penyakit !!!


Gula. Sana sini, kiri kanan, sekeliling kehidupan kita, sentiasa bergula. Permakanan masyarakat terlalu bergelimang dengan gula. Bahan pemanis dalam apa saja makanan dan minuman, tidak mampu dipisahkan dari permakanan dan minuman harian.

Apakah manfaat kesihatan yang diperoleh dari gula?

Malang sekali, hanya padah yang diperdapat. Semua bahagian tubuh; fizikal, mental, jiwa dan perasaan manusia tergugat. Gula membawa akibat buruk pada setiap sistem dalaman tubuh. Tidak satu pun memberi manfaat pada kesihatan.

Setiap hari kita memakan meminum bahan yang memudharatkan setiap bahagian tubuh kita. Namun, terlalu ramai tidak sedar atau tidak ambil perduli betapa padahnya gula pada kesihatan tubuh. Hanya segelintir yang tahu dan berteguh sedaya upaya menghindarinya.

Menurut USDA, antara tahun 1970-2005, pengambilan gula telah bertambah sebanyak 19%. Bererti, dalam setahun setiap seorang mengambil kira-kira 63.5 kilogram (140 pound) gula atau 30 sudu teh setiap hari ! Lebih menakutkan, pengambilan sirup jagung bertambah sebanyak 387% dalam masa yang sama !

‎‎0‎ ‎ ‎

Friday, May 16, 2014

Ada Apa Pada Bayam ?

Keistimewaan bayam terletak pada kandungan vitamin K;
setiap 100 g membekal lebih dari 483 mcg, bersamaan 460% lebih vitamin K dari kadar saranan harian

Sayur Bayam



Bayam. Spinach. Nama sains Spinacia oleracea. Bayam adalah sejenis pohon sayuran dari pepohonan Amaranthaceae. Tumbuh sepanjang tahun. Meninggi sekitar 30 sm. Ia merupakan sayuran yang sangat terkenal dan dimakan oleh hampir seluruh penduduk dunia.

Banyak varieti bayam, tapi semuanya tergolong dalam 3 kelompok utama:

  • Bayam Savoy. Daunnya hijau pekat dan berkeriput. Terdiri dari beberapa varieti; seperti bayam Bloomsdale, Merlo Nero (dari Itali) dan Viroflay (jenis daun besar lebar). Kelompok ini banyak terdapat di negara-negara Amerika.
  • Bayam Spara Savoy. Kelompok kacukan. Daunnya mirip bayam savoy, sedikit berkeriput dan lebih mudah dicuci. Teksturnya hampir sama dengan savoy.
  • Bayam Rata. Daunnya mendatar atau licin tapi agak lebar. Lebih mudah dicuci berbanding kelompok bayam savoy dan spara savoy.

Khasiat Bayam



Bayam berkhasiat tinggi pada kesihatan. Mengandungi beberapa jenis vitamin, zat gizi dan zat phyto yang diperlukan oleh tubuh. Memiliki nilai-nilai anti-oksidan, anti-keradangan dan anti-kanser bagi melindungi tubuh dari penyakit.

Vitamin-Vitamin Dalam Bayam.   Bayam kaya dengan vitamin A; tinggi kandungan lutein dan zeaxanthin.

Ia juga mengandungi vitamin B-kompleks; B1/thiamin, B2/rivoflavin, B3/niasin, B6/pyridoxine, dan B9/folate paling tinggi. 'Polyglutamyl folate' dari B9 merupakan bahagian yang penting pada sel-sel. Namun memasak bayam boleh menghilangkan separuh dari kandungan folatenya.

Sepertimana dengan kebanyakan sayur-sayuran lain, bayam juga tinggi kandungan vitamin C. Turut terkandung ialah vitamin E.

Vitamin K dalam bayam paling tinggi. Bayam sarat dengan vitamin K; setiap 100 g membekal lebih dari 483 mcg, bersamaan 460% lebih vitamin K dari kadar saranan harian. Jarang terdapat jenis sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin K sepertimana bayam dan juga kale.

Apakah kelebihan vitamn K   ?

‎‎0‎ ‎ ‎

Wednesday, May 14, 2014

Lutein dan Zeaxanthin

  Lutein dan zeaxanthin adalah zat makanan untuk mata !

Apakah Lutein dan Zeaxanthin   ? 



Lutein dan Zeaxanthin,  2 jenis zat makanan yang sering dikatakan sangat penting bagi memelihara kesihatan mata; mengurangkan risiko kemerosotan mata dan penglihatan disebabkan faktor usia/age-related macular degeneration (AMD) dan katarat.

Lutein dan zeaxanthin adalah dari jenis karotenoid, dari kumpulan kira-kira 600 karotenoid yang terdapat di alam semulajadi. Karotenoid merupakan pigmen organik yang terhasil dan berada dalam pokok-pokok, sayur-sayuran hijau dan juga dalam beberapa jenis organisma; seperti bakteria dan kulat.

Lutein dan zeaxanthin dari kalangan karotenoid yang berjenis 'xanthophyll', iaitu yang memiliki pigmen berwarna kuning, oren dan merah; mewarnai secara alami pada pokok-pokok, sayur-sayuran hijau, dan pada binatang yang memakan daun-daun atau bahagian pokok yang menghijau.

Meskipun pigmen lutein dan zeaxanthin berwarna kuning, namun jika pekat warnanya akan menjadi oren-merah. Ia merupakan pewarna pada bayam, cili, cili benggala, jagung, za'faran, goji berry, kuning telur, kulit ayam, lemak binatang, dll.

Di alam semulajadi, lutein dan zeaxanthin bertugas menyerap lebihan tenaga suria bagi menghalang kerosakan pada pokok dari panas terik cahaya suria, terutama panahan cahaya yang tinggi tenaga dikenali sebagai cahaya biru.  (*cahaya ultra-violet/UV ditakrifkan sebagai spekrum cahaya yang bergelombang antara 380nm - 200nm, manakala gelombang cahaya biru antara 500nm - 381nm).

Dalam tubuh manusia, kedua-dua zat lutein dan zeaxanthin sangat pekat dalam mata; terutama dalam lensa, retina, dan macula. Zat-zat ini juga mewarnai mata dengan warna kekuningan. Macula juga disebut "macula lutea" (macula, dalam bahasa Latin bererti "tompok" dan lutea, bermaksud "kuning"). Beberapa kajian juga turut menunjukkan kaitan antara pengambilan lutein dan zeaxanthin dengan perubahan warna pada mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...