Penyakit Jantung
Penyakit Jantung adalah istilah kepada berbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan kemerosotan kesihatan pada organ jantung, otak, bahkan melibatkan ginjal dan lain-lain organ tubuh. Kemerosotan kesihatan timbul akibat dari sistem organ-organ tersebut tidak mampu berfungsi dengan baik atau lansung gagal.
Penyakit jantung merupakan salah satu masalah kesihatan yang banyak meragut nyawa manusia didunia ini.
Punca yang menyebabkan penyakit jantung adalah pelbagai. Namun atherosclerosis (salurah darah arteri menjadi tebal, keras, hilang keanjalan, dan menyumbat aliran darah) dan hypertension (tekanan darah tinggi) adalah punca yang paling kerap berlaku. Atherosclerosis dan hypertension timbul disebabkan lemak, kolesterol dan berbagai bahan-bahan lain yang bertompok pada dinding-dinding arteri. Tompok-tompok tersebut lama kelamaan menjadi semakin keras, yang disebut "plaque". Apabila berlarutan, plaque tersebut menjadi semakin tebal. Sehingga akhirnya arteri tersumbat. Darah tidak dapat mengalir melintasi arteri untuk menuju ke jantung, atau otak. Apabila bekalan darah kejantung terjejas, maka berbagai masalah kesihatan timbul dimana-mana bahagian tubuh bahkan seluruh tubuh. Atau apabila bekalan darah tidak sampai ke otak, maka strok pun berlaku, dan maut padahnya.
Usia lanjut juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada risiko penyakit jantung. Tubuh yang semakin tua selalunya akan menjadi semakin lemah, kurang pergerakan dan uzur. Sistem-sistem dalaman tubuh juga mudah terjejas.
Gaya hidup yang tidak sihat juga mendorong kepada pertambahan risiko kepada penyakit jantung; seperti permakanan yang kurang berkhasiat, kurang senaman, dan merokok.
Walaupun penyakit jantung selalu berlaku pada warga berusia, akan tetapi punca penyakit jantung boleh bermula sejak awal usia, menjadikan usaha-usaha awal sejak usia muda adalah perlu.
Resepi Merawat Penyakit Jantung
Dari Mufti Mohammed Kantharvi. London UK.
Kejadian bermula dimana beliau telah dinasihatkan menjalani pembedahan Angiography atau Bypass. Beliau telah mencuba ramuan ini. Dengan izin Allah, sembuh.
Pada 18 April 2013, sebelum pergi ke Sahiwaal (Pakistan) dari UK, untuk menghadiri majlis tahunan Khatme-e-Nabuwat (jemaah tabligh), beliau telah mengalami sakit yang kronik di dada kiri di bahagian jantung. Kesakitannya berterusan buat beberapa waktu.
Tiba di Pakistan, beliau telah bertemu dengan Moulana Bashir Ahmed Usmani Saheb. Beliau mengadu kepada Moulana bahawa doktor telah mengesan 3 saluran injap darah telah tersumbat, dan tarikh pembedahan Bypass akan dilakukan dalam masa sebulan.
Moulana Bashir kemudiannya telah menyediakan ramuan, dan memberitahu ramuan-ramuannya serta cara penyediaannya.
Ramuan-ramuannya:
Cara Penyediaannya:
Sehari sebelum pembedahan Bypass di Cardiology Hospital, Lahore (Pakistan), pemeriksaan dilakukan. Doktor doktor terkejut dengan keputusan lapuran terkini, kerana kesemua saluran injap telah terbuka dan berfungsi secara normal. Oleh yang demikian, tiada pembedahan perlu dilakukan.
Doktor-doktor yang memeriksa bertanya samada beliau ada mengambil apa-apa perubatan sebelum kali terakhir pemeriksaan tersebut. Lalu diberitahu bahawa Moulana Bashir yang telah memberi ramuan untuk diamalkan.
Wallohu 'aklam...

- 1 cawan jus lemon
(1 cup of fresh lemon juice) - 1 cawan jus halia
(1 cup of fresh ginger juice) - 1 cawan jus bawang putih
(1 cup of fresh garlic juice) - 1 cawan cuka epal
(1 cup of apple cider vinegar) - 3 cawan madu
(3 cups of honey)
Cara Penyediaannya:
- Bancuh kesemua ramuan - jus lemon +jus halia+jus bawang putih+cuka epal (kecuali madu).
- Kemudian panaskan perlahan-lahan selama 30 minit sehingga kira-kira 1 cawan kandungan campuran tadi telah terwap keluar (evaporate), yang tinggal hanya 3 cawan sahaja.
- Selepas itu, biarkan ia sejuk, lalu masukkan 3 cawan madu kedalam ramuan tadi.
- Akhir sekali, isikan ke dalam botol bersih. Minumlah sebanyak 3 sudu teh setiap pagi ketika perut masih kosong.