Kepentingan Kalsium
Kalsium sangat mustahak pada tubuh. Dibandingkan dengan zat-zat gizi lain, kalsium lebih banyak diperlukan oleh tubuh. Dan merupakan zat gizi yang paling banyak terkandung didalam tubuh. Kira-kira 99% kalsium berada dan tersimpan dalam tulang dan gigi. Bakinya berada diseluruh cecair tubuh bagi memenuhi berbagai fungsi dan metabolisma tubuh. Justru, permakanan perlu sentiasa ada kalsium.
Antara manfaat kalsium:
Terdapat kadar/dos saranan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun, tidak terdapat data tentang kadar/dos maksima yang dianggap masih selamat. Oleh yang demikian, data kadar/dos maksima yang dikira masih selamat dari IOM (Institute of Medicine), National Academics boleh juga diambil sebagai garis panduan asas.
Gejala Kekurangan Kalsium
Meskipun permakanan yang boleh dianggap mencukupi untuk membekalkan kalsium, namun masih juga timbul gejala-gejala dari kekurangan kalsium. Kekadang gejala-gejala timbul tanpa disedari atau tidak terduga, terutama pada warga berusia.
Kekurangan kalsium yang berlarutan boleh menyebabkan simpanan kalsium di dalam tulang-tulang dan gigi-gigi semakin terhakis, menipis, mudah retak, kurang tumpat, tidak kukuh. Dan kekurangan kalsium merupakan punca utama kepada perkembangan ‘osteopenia’ dan seterusnya ‘osteoporosis’, dan juga gejala-gejala lain.
1 Osteopenia dan Osteoporosis. Osteopenia adalah ketumpatan tulang di bawah kadar normal. Ia merupakan gejala awal kepada osteoporosis. Kebanyakan orang, di usia 30an, tulang-belulang dan gigi akan mencapai puncak pembentukan dan ketumpatan tulang atau disebut 'BMD' (bone mineral density). Jika tulang tebal ketika itu, maka kemungkinan kurang risiko mengalami osteopenia atau osteoporosis di usia tua.
Selalunya, setelah melewati pertengahan usia, sel-sel tulang yang sedia ada selalu di serap kembali oleh tubuh dengan kadar lebih cepat dari aktiviti pembinaan tulang yang baru. Apabila keadaan ini berlaku, zat-zat galian di dalam tulang semakin hilang, tulang semakin kurang ketumpatan, struktur tulang semakin lemah, semakin menuju kepada orteopenia atau osteoporosis.
Osteoporosis pula, apabila kalsium, fosforus dan zat-zat galian lain di dalam tulang-tulang sudah banyak hilang dan terhakis. Tulang menjadi lemah, rapuh dan mudah retak, sehingga sedikit tekanan seperti membongkok atau mengangkat benda-benda berat biasa atau terbatuk boleh menyebabkan retak tulang. Kuku juga rapuh dan mudah patah.
Risiko osteopenia dan osteoporosis lebih tinggi pada wanita dari lelaki. Ini disebabkan oleh turun naik kadar estrogen dan PTH (hormon-kalsium) setiap bulan. Kadar estrogen menjadi sangat rendah ketika kedatangan haid. Kadar PTH pula menjadi tinggi, bermakna menambah pengeluaran kalsium dari tulang, pada masa yang sama menambah penggunaan kalsium dalam tulang. Justru, berlarutan pada jangkamasa lama menjadikan risiko osteoporosis lebih tinggi pada wanita. Apabila menopaus, wanita akan kehilangan banyak kalsium, disebabkan hormon estrogen berkurangan. Dan lagi, BMD wanita lebih rendah dari lelaki, bererti tulang-tulang wanita kurang tumpat dari lelaki.
2 Masalah Gigi, Gusi dan Rahang. Penyerapan kalsium yang baik memastikan kesihatan pada gigi dan gusi. Kalsium yang mencukupi dapat memelihara tulang, rahang dan gigi menjadi kuat dan sihat. Seseorang boleh mengekalkan keteguhan gigi-giginya sepanjang hayat sekiranya kalsium yang mencukupi dapat diserap ke dalam tubuh sejak awal tumbesaran. Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan pembinaan gigi tidak sempurna, gigi longgar, dan gusi mengecut.
3 Rickets. Rickets adalah salah satu gejala akibat dari kekurangan kalsium. Ia marupakan tulang yang lemah dan lembut pada kanak-kanak. Terjadi disebabkan kekurangan vitamin D yang berlarutan. Kurang vitamin D bererti kurang penyerapan kalsium. Vitamin D juga membantu tubuh mengendali penyerapan kalsium dan fosforus kedalam tulang. Jika berkurangan vitamin D didalam darah, tubuh akan mengeluarkan hormon-hormon yang menyebabkan kalsium dan fosforus dikeluarkan dari tulang. Ini menjadikan tulang semakin lemah dan lembut.
Apa Yang Menyebabkan Kekurangan Kalsium?
Kekurangan kalsium dalam darah disebut hypocalcemia. Punca utama hypocalcemia ialah masalah penyerapan.
Kekurangan kalsium pada jangkamasa singkat tidak menimbulkan 'hypocalcemia'. Hypocalcemia terjadi apabila kekurangan kalsium berlarutan pada jangkamasa yang panjang. Apabila tubuh mengalami hypocalcemia, kesan-kesan sampingan awal pada tubuh akan timbul, dan lebih kurang sama dengan kesan awal lebihan kalsium. Petanda awalan hypocalcemia, antaranya:
Kekurangan penyerapan kalsium mungkin disebabkan, antaranya:
1 Faktor Usia. Kalsium di serap sepanjang penjalanan makanan melalui usus kecil. Kadar penyerapan kalsium pada anak kecil melebihi kira-kira 60% dari orang dewasa. Penyerapan semakin berkurangan apabila semakin berusia. Bagi memastikan penyerapan yang mencukupi, bagi memenuhi keperluan tubuh, perlu menambah bahan makanan yang kaya atau di perkaya dengan zat kalsium. Ini sangat penting pada warga yang berusia.
2 Permakanan Kurang Vitamin D dan Magnesium. Vitamin D diperlukan untuk penyerapan kalsium. Vitamin D penting sebab ia bertukar menjadi hormon di dalam tubuh, yang kemudiannya mempengaruhi penghasilan protein dalam usus yang bertanggungjawab menyerap kalsium. Jika kurang vitamin D didalam tubuh, akan menyebabkan kurang kadar kalsium yang dapat diserap ke dalam tubuh.
Vitamin D bekerjasama dengan PTH. PTH adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar ‘parathyroid’, iaitu 4 kelenjar kecil yang terletak dileher, disisi belakang kelenjar ‘thyroid’. PTH dilepaskan oleh kelenjar apabila kalsium berkurangan dalam darah (hypocalcemia). Kurang vitamin D akan menjejaskan tindak-balas PTH dalam penyerapan kalsium. Maka, kekurangan vitamin D secara tidak lansung akan mengakibatkan penyakit rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia pada orang dewasa, keadaan yang memperlihatkan kecacatan pembentukan tulang.
Magnesium juga penting pada penyerapan kalsium. Magnesium membawa kalsium kepada sel-sel tubuh. Justru, supplemen kalsium sangat baik di ambil bersama dengan supplemen vitamin D dan magnesium.
3 Permakanan Sodium (Garam) Berlebihan. Makanan yang tinggi sodium (garam) boleh menyebabkan lebih banyak pengeluaran kalsium dari tubuh melalui ginjal. Justru, lebih baik menghadkan pengambilan sodium agar tidak berlebihan.
4 Alahan Pada Lactose. Ada individu yang mengidap kekurangan enzim 'lactase' didalam usus. Enzim lactase perlu untuk metabolisma gula 'lactose' dalam susu atau produk tenusu. Jika enzim lactase kurang, akibatnya, lactose tidak banyak yang mampu diserap oleh tubuh. Individu tersebut dikatakan mengalami alahan pada lactose.
Individu yang mengalami alahan pada lactose, disaran meminum/memakan susu atau produk tenusu secara sedikit demi sedikit. Atau meminum susu yang bebas lactose. Cara lain ialah meminum susu atau produk tenusu bersama dengan pil lactase. Setengah produk tenusu dipasaran sudah sedia ditambah lactase didalamnya.

- Diperlukan bagi membina, mengukuh, menumpat dan memampat seluruh kerangka tulang dan gigi. Bekalan kalsium yang mencukupi menjadikan tulang dan gigi tidak mudah retak, rapuh, rosak atau patah.
- Berperanan menguncup otot, manakala magnesium mengendurkan otot Kalsium dan magnesium mengurus kuncup-kendur semua otot, termasuk otot jantung. Kalsium menguncup otot jantung mengepam darah ke seluruh tubuh. Magnesium mengendur otot jantung mengembalikan darah ke dalam jantung.
- Terlibat dalam fungsi otak, saraf, dan sistem penghantaran isyarat. Kalsium memacu pengeluaran 'neurotransmitter' iaitu bahan kimia dari otak yang mengendali komunikasi maklumat antara otak dan seluruh tubuh. Otak menggunakan neurotransmitter bagi memberitahu jantung untuk bekerja, parau-paru bernafas, perut dan usus menghadam makanan dll. Neurotransmitter juga berperanan mengendali mood atau perasaan, sikap tidur, pemusatan fikiran/concentration dll.
- Kalsium dan hormon saling berkaitan. Bila sedikit kalsium diserap dari permakanan, aktiviti hormon menjadi kurang aktif. Bila banyak kalsium diserap, hormon-kalsium menjadi aktif, aktiviti kalsium didalam tubuh bertambah rancak.
Terdapat kadar/dos saranan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun, tidak terdapat data tentang kadar/dos maksima yang dianggap masih selamat. Oleh yang demikian, data kadar/dos maksima yang dikira masih selamat dari IOM (Institute of Medicine), National Academics boleh juga diambil sebagai garis panduan asas.
Gejala Kekurangan Kalsium
Meskipun permakanan yang boleh dianggap mencukupi untuk membekalkan kalsium, namun masih juga timbul gejala-gejala dari kekurangan kalsium. Kekadang gejala-gejala timbul tanpa disedari atau tidak terduga, terutama pada warga berusia.
Kekurangan kalsium yang berlarutan boleh menyebabkan simpanan kalsium di dalam tulang-tulang dan gigi-gigi semakin terhakis, menipis, mudah retak, kurang tumpat, tidak kukuh. Dan kekurangan kalsium merupakan punca utama kepada perkembangan ‘osteopenia’ dan seterusnya ‘osteoporosis’, dan juga gejala-gejala lain.
1 Osteopenia dan Osteoporosis. Osteopenia adalah ketumpatan tulang di bawah kadar normal. Ia merupakan gejala awal kepada osteoporosis. Kebanyakan orang, di usia 30an, tulang-belulang dan gigi akan mencapai puncak pembentukan dan ketumpatan tulang atau disebut 'BMD' (bone mineral density). Jika tulang tebal ketika itu, maka kemungkinan kurang risiko mengalami osteopenia atau osteoporosis di usia tua.
Selalunya, setelah melewati pertengahan usia, sel-sel tulang yang sedia ada selalu di serap kembali oleh tubuh dengan kadar lebih cepat dari aktiviti pembinaan tulang yang baru. Apabila keadaan ini berlaku, zat-zat galian di dalam tulang semakin hilang, tulang semakin kurang ketumpatan, struktur tulang semakin lemah, semakin menuju kepada orteopenia atau osteoporosis.
Osteoporosis pula, apabila kalsium, fosforus dan zat-zat galian lain di dalam tulang-tulang sudah banyak hilang dan terhakis. Tulang menjadi lemah, rapuh dan mudah retak, sehingga sedikit tekanan seperti membongkok atau mengangkat benda-benda berat biasa atau terbatuk boleh menyebabkan retak tulang. Kuku juga rapuh dan mudah patah.
Risiko osteopenia dan osteoporosis lebih tinggi pada wanita dari lelaki. Ini disebabkan oleh turun naik kadar estrogen dan PTH (hormon-kalsium) setiap bulan. Kadar estrogen menjadi sangat rendah ketika kedatangan haid. Kadar PTH pula menjadi tinggi, bermakna menambah pengeluaran kalsium dari tulang, pada masa yang sama menambah penggunaan kalsium dalam tulang. Justru, berlarutan pada jangkamasa lama menjadikan risiko osteoporosis lebih tinggi pada wanita. Apabila menopaus, wanita akan kehilangan banyak kalsium, disebabkan hormon estrogen berkurangan. Dan lagi, BMD wanita lebih rendah dari lelaki, bererti tulang-tulang wanita kurang tumpat dari lelaki.
2 Masalah Gigi, Gusi dan Rahang. Penyerapan kalsium yang baik memastikan kesihatan pada gigi dan gusi. Kalsium yang mencukupi dapat memelihara tulang, rahang dan gigi menjadi kuat dan sihat. Seseorang boleh mengekalkan keteguhan gigi-giginya sepanjang hayat sekiranya kalsium yang mencukupi dapat diserap ke dalam tubuh sejak awal tumbesaran. Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan pembinaan gigi tidak sempurna, gigi longgar, dan gusi mengecut.
3 Rickets. Rickets adalah salah satu gejala akibat dari kekurangan kalsium. Ia marupakan tulang yang lemah dan lembut pada kanak-kanak. Terjadi disebabkan kekurangan vitamin D yang berlarutan. Kurang vitamin D bererti kurang penyerapan kalsium. Vitamin D juga membantu tubuh mengendali penyerapan kalsium dan fosforus kedalam tulang. Jika berkurangan vitamin D didalam darah, tubuh akan mengeluarkan hormon-hormon yang menyebabkan kalsium dan fosforus dikeluarkan dari tulang. Ini menjadikan tulang semakin lemah dan lembut.
Apa Yang Menyebabkan Kekurangan Kalsium?
Kekurangan kalsium dalam darah disebut hypocalcemia. Punca utama hypocalcemia ialah masalah penyerapan.
Kekurangan kalsium pada jangkamasa singkat tidak menimbulkan 'hypocalcemia'. Hypocalcemia terjadi apabila kekurangan kalsium berlarutan pada jangkamasa yang panjang. Apabila tubuh mengalami hypocalcemia, kesan-kesan sampingan awal pada tubuh akan timbul, dan lebih kurang sama dengan kesan awal lebihan kalsium. Petanda awalan hypocalcemia, antaranya:
- Cepat marah-marah atau baran, jiwa mudah tertekan, fikiran mudah terganggu, keliru, asyik mengantuk, cenderung banyak tidur.
- Tubuh lemah dan kelesuan, sering berlaku kekejangan pada otot ‘cramp’, kebas dan getaran pada jari kaki dan tangan, otot mata bergetar dan mata mudah berair.
- Pening-pening, loya, muntah dan cirit-birit, hilang selera makan, kerap buang air dan sembelit.
- Wanita mengalami PMS yang perit sewaktu kedatangan haid.