‎‎0‎ ‎ ‎

Monday, January 20, 2014

Perihal Protein

Apakah Protein   ?


Protein adalah zat makanan yang sangat penting untuk tumbesaran, perkembangan, pemeliharaan dan kesihatan seluruh tubuh.
  • Protein terbina dari rangkaian polymer asid amino yang terangkai bersama oleh pelekat peptide. Beberapa jenis asid amino adalah bahan-bahan yang membina semua jenis protein tubuh manusia. Setiap molekeul protein terbina dari asid-asid amino yang mengandungi nitrogen dan belerang.
  • Ia merupakan bahan yang membina, mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan tubuh, memelihara, membaik-pulih, menyembuhkan semua sel, tisu, selaput/membrane, otot, ligamen, tendon, organ, kelenjar, tulang, kuku, kulit dan rambut, dan turut penyumbang kepada aktiviti otot. 
  • Ia juga sebagai komponen kepada hormon yang bertugas memberi isyarat kepada seluruh bahagian tubuh.
  • Ia memelihara kesaimbangan cecair tubuh, suasana pH darah, dan turut menjadi faktor pembekuan darah. 
  • Ia menjadi komponen kepada pembunuh kuman/antibodi dalam sistem daya tahan tubuh.
  • Juga menjadi komponen kepada RNA dan DNA. Apabila protein diruntuh menjadi asid amino, digunakan sebagai pemula kepada asid nucleik (termasuk DNA/asid deoxyribonucleik dan RNA/asid ribonucleik) yang terpenting bagi setiap kehidupan.
  • Juga bertindak sebagai pembawa oxygen dan nutrien melalui aliran darah keseluruh tubuh.
  • Juga menjadi enzim dan enzim-gandingan, yang mengendali tindak-balas bio-kimia dalam tubuh.
  • Juga menjadi sumber tenaga kepada tubuh ketika terdapat kekurangan karbohaidrat dan lemak.
  • Tubuh sentiasa memerlukan asid-asid amino untuk terus menghasilkan protein yang baru dan juga menggantikan protein yang telah luluh atau rosak. Oleh kerana protein atau asid amino tidak disimpan dalam tubuh, maka asid amino perlu hadir dalam setiap permakanan.
‎‎0‎ ‎ ‎

Thursday, January 2, 2014

Zat Gizi Kalsium‎

Apakah Zat Gizi Kalsium‎


Kalsium bersimbolkan Ca. Ia sejenis zat galian/gizi bukan organik berunsurkan logam bumi yang ‎lembut, berwarna kelabu, sifatnya ber-alkalin. ‎

Kalsium sangat mustahak pada tubuh dan kehidupan. Dibandingkan dengan zat-‎zat galian lain, kalsium paling banyak terkandung didalam tubuh. Kira-kira 99% kalsium berada dan tersimpan dalam tulang dan gigi. Bakinya berada diseluruh cecair tubuh bagi memenuhi ‎berbagai fungsi dan metabolisma tubuh. Kalsium lebih diperlukan oleh tubuh dari mana-mana zat gizi ‎lain. Permakanan yang sihat perlu sentiasa ada kalsium.

Fungsi-Fungsi Kalsium‎


Kalsium menyumbang berbagai peranan kepada tubuh. Ia merupakan zat gizi utama dalam pembinaan tulang dan gigi. Tubuh sentiasa memerlukannya untuk memastikan kesinambungan penguncupan semua otot, terutama otot jantung. Kalsium juga terlibat dalam urusan pengeluaran hormon, fungsi otak dan saraf berkaitan penghantaran maklumat ke otak dan pelepasan neurotransmitter dari sel-sel saraf neuron. Kalsium juga merupakan ‎ komponen penting dalam penghasilan enzim dan hormon yang mengurus penghadaman dan metabolisma tenaga dan lemak, komponen mustahak dalam sistem pembekuan darah. Ia juga bertindak sebagai ejen pembawa ion (bahan yang dihidupkan dengan tenaga letrik) untuk melintasi selaput/membrane, membantu memelihara semua sel dan tisu penghubung dalam tubuh, dan membantu kesembuhan luka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...