‎‎0‎ ‎ ‎

Monday, January 20, 2014

Perihal Protein

Apakah Protein   ?


Protein adalah zat makanan yang sangat penting untuk tumbesaran, perkembangan, pemeliharaan dan kesihatan seluruh tubuh.
  • Protein terbina dari rangkaian polymer asid amino yang terangkai bersama oleh pelekat peptide. Beberapa jenis asid amino adalah bahan-bahan yang membina semua jenis protein tubuh manusia. Setiap molekeul protein terbina dari asid-asid amino yang mengandungi nitrogen dan belerang.
  • Ia merupakan bahan yang membina, mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan tubuh, memelihara, membaik-pulih, menyembuhkan semua sel, tisu, selaput/membrane, otot, ligamen, tendon, organ, kelenjar, tulang, kuku, kulit dan rambut, dan turut penyumbang kepada aktiviti otot. 
  • Ia juga sebagai komponen kepada hormon yang bertugas memberi isyarat kepada seluruh bahagian tubuh.
  • Ia memelihara kesaimbangan cecair tubuh, suasana pH darah, dan turut menjadi faktor pembekuan darah. 
  • Ia menjadi komponen kepada pembunuh kuman/antibodi dalam sistem daya tahan tubuh.
  • Juga menjadi komponen kepada RNA dan DNA. Apabila protein diruntuh menjadi asid amino, digunakan sebagai pemula kepada asid nucleik (termasuk DNA/asid deoxyribonucleik dan RNA/asid ribonucleik) yang terpenting bagi setiap kehidupan.
  • Juga bertindak sebagai pembawa oxygen dan nutrien melalui aliran darah keseluruh tubuh.
  • Juga menjadi enzim dan enzim-gandingan, yang mengendali tindak-balas bio-kimia dalam tubuh.
  • Juga menjadi sumber tenaga kepada tubuh ketika terdapat kekurangan karbohaidrat dan lemak.
  • Tubuh sentiasa memerlukan asid-asid amino untuk terus menghasilkan protein yang baru dan juga menggantikan protein yang telah luluh atau rosak. Oleh kerana protein atau asid amino tidak disimpan dalam tubuh, maka asid amino perlu hadir dalam setiap permakanan.
Asid amino yang diperlukan untuk membina protein tubuh terbahagi kepada 3 kategori:
  • asid amino mustahak, 
  • asid amino tidak mustahak, dan 
  • asid amino yang bergantung kepada keadaan tertentu.
Terdapat kira-kira 250 jenis asid amino. Akan tetapi, hanya 22 jenis asid amino diperlukan bagi membina protein, dikenali sebagai proteinogen. Daripada 22 jenis asid amino tersebut, 20 jenis diperakui tergolong dalam kod genetik sejagat. 2 bakinya, iaitu selenocysteine dan pyrrolysine, bergabung dalam protein melalui mekanisma yang unik. Asid-asid amino tersebut adalah seperti berikut:

1
Alanine
 (ala, A)
2
Arginine
 (arg, R)
3‎
 Asparagine
 (asn, N)
4
Asid Aspartik
 (asp, D)
5
Cysteine
(cys, C)
6
Glutamine
(gln, Q)
7
Asid Glutamik
 (glu, E)
8
Glycine
 (gly, G)
9‎
Histidine
(his, H)
10
Isoleucine
 (ile, I)
11
Leucine
 (leu, L)
12
Lysine
 (lys, K)
13
Methionine
 (met, M)
14
 Phenylalanine
(phe, F) ‎
15
Proline
 (pro, P)
16
Serine
(ser,S)
17
 Threonine
  (thr, T)
18
 Tryptophan
  (trp, W)
19
Tyrosine
  (tyr, Y)
20
Valine
(val, V)
*21
Selenocysteine
 (Sec, U)
*22
Pyrrolysine
(Pyl, O)



Asid Amino Mustahak.  Daripada 22 jenis asid amino tersebut, 9 darinya dianggap mustahak untuk tubuh. Dianggap mustahak, kerana tubuh tidak mampu menghasilkannya. Perlu diperdapat melalui permakanan. Asid-asid amino mustahak adalah:
1
 Histidine
2
 Isoleucine
3
 Leucine
4
 Lysine
5
 Methionine
6
 Phenylalanine
7
 Threonine
8
 Tryptophan
9
Valine

Asid Amino Tidak Mustahak. Bakinya adalah asid amino jenis tidak mustahak. Dianggap tidak mustahak, kerana tubuh mampu menghasilkannya sendiri ketika proses penghadaman protein. Sewaktu penghadaman, protein dipecahkan oleh asid hydochlorik dan tindakan protease (proteinase, peptidase) dalam perut sehingga menjadi rangkaian polypeptide lebih kecil. Keadaan ini amat penting bagi penghasilan asid-asid amino tidak mustahak seterusnya.

Kemampuan tubuh menghasilkan sendiri jenis asid-asid amino tidak mustahak bukan bermakna ia tidak mustahak kepada tubuh. Sebenarnya, asid amino tidak mustahak sama pentingnya dengan asid amino mustahak. Bezanya cuma asid amino mustahak perlu diperdapat dari permakanan atau supplemen, manakala asid amino tidak mustahak tidak perlu diperdapat melalui permakanan. Asid-asid amino tidak mustahak adalah:
1
Alanine
2
Arginine*
3
Asparagine
4
Asid Aspartik
5
Cysteine*
6
Asid Glutamik
7
Glutamine*
8
Glycine
9
Proline*
10
Serine*
11
Tyrosine*
12
Selenocysteine*
13
Pyrrolysine

Asid Amino Yang Bergantung Kepada Keadaan Tertentu. Daripada golongan asid amino tidak mustahak, terdapat juga jenis asid amino yang bergantung kepada keadaan tertentu. Ia menjadi penting apabila timbul keadaan dharurat (seperti kecederaan atau mengalami penyakit yang berlarutan). Jenis asid-asid amino yang bergantung kepada keadaan tertentu adalah:
1
Arginine
2
Cysteine
3
Glutamine
4
Proline
5
Serine
6
Tyrosine
7
Selenocysteine
8
Ornithine*

Ornithine adalah asid amino yang tidak tergolong sebagai proteinogen (bahan binaan protein). Ia bertindak sebagai perantara (sepertimana asid arginine dan asid citrulline) dalam kitaran urea dalam tubuh. 

Apakah Fungsi Protein   ?


Disamping air, protein adalah molekeul yang paling banyak dalam tubuh. Ia terlibat dalam berbagai fungsi dalaman tubuh. Antara fungsi-fungsinya yang ketara:

1    Pembinaan dan Pemuliharaan.   Protein berada dalam semua sel-sel tubuh. Merupakan komponen utama kepada struktur, pembinaan, percambahan, pemeliharaan dan baik-pulih sel-sel. Ia membina sel-sel baru, mengendali struktur dan fungsi sel-sel tubuh, termasuk tisu, otot, tendon, ligamen, kollagen, saluran darah, tulang, gigi, kuku, rambut, keratin dan lapisan-luar kulit dll. Justru, tubuh sentiasa memerlukan protein.

Jumlah protein yang diperlukan bergantung kepada fasa tumbesaran, kadar perkembangan dan aktiviti kehidupan seseorang individu. Sebagai contoh, saluran penghadaman perlu sentiasa diperbaharui setiap selang beberapa hari. Sel-sel darah mempunyai jangka hayat 20-60 hari dan perlukan siapsiaga protein. Seorang bayi akan menggunakan sehingga 1/3 kadar/dos protein harian bagi membina tisu-tisu penghubung, otot baru dsbnya.   ‎

2    Penghasilan Hormon.  Asid amino adalah komponen asas kepada penghasilan hormon. Hormon adalah kimia mustahak yang memberi isyarat kepada seluruh tubuh. Hormon adalah protein yang bergerak menuju satu atau lebih destinasi tisu atau organ, dan mempunyai banyak fungsi-fungsi pengendalian. Ia membantu mengendali fungsi-fungsi tubuh yang melibatkan interaksi berbagai jenis organ dalaman tubuh.

Hormon dilepaskan oleh kelenjar endocrine (seperti kelenjar thyroid, kelenjar adrenal, ‎pancreas, dan beberapa kelenjar tanpa saluran) untuk memasuki kedalam aliran darah bagi mengendali fungsi-fungsi dan proses dalam tubuh. Contohnya, insulin ‎adalah hormon protein (terbina dari 48 jenis asid amino) yang dilepaskan oleh pancreas, bertindak mengurangkan kadar glukos dalam darah setiap selesai makan. Contoh lain, hormon protein Secretin, bertugas membantu proses penghadaman dengan cara meransang organ pancreas dan usus menghasilkan jus pencernaan.

3    Penghasilan Enzim.  Enzim sangat penting kepada keseluruhan fungsi tubuh. Enzim terbina dari molekeul protein yang banyak, berperanan penting dalam metabolisma. Enzim bertindak sebagai pemacu kepada semua tindak-balas kimia yang perlu berlaku sewaktu penghadaman makanan. Proses metabolisma dalam tisu juga memerlukan enzim.

4    Penghasilan Antibodi. Tubuh menghasilkan pembunuh kuman/antibodi dari molekeul protein yang lebih besar, bagi tujuan menggempur antigen yang menyerang tubuh. Antigen adalah anasir asing seperti bakteria dan virus yang memasuki tubuh dan memudharatkan kesihatan. Pembunuh kuman/antibodi (immunoprotein atau immunoglobulin) mempertahan tubuh dari serangan anasir asing tersebut dengan cara melekat pada antigen dan menjadikannya tidak aktif.   ‎ ‎

5    Kesaimbangan Cecair Tubuh. ‎  Kehadiran molekeul protein dalam darah (seperti albumin dan globulin) adalah sangat mustahak bagi mengawal kesaimbangan cecair didalam sel-sel dan diruang luar antara sel-sel. Sangat penting bagi memelihara tekanan osmosis. Molekeul protein hadir dalam sarang kapilari/capillary bed. Sarang kapilari adalah jaringan saluran-saluran jala darah yang banyak dan terkumpul menghubungi antara arteri dan sarang vein (jaringan saluran-saluran jala vein). Cecair tidak dapat mengalir keluar dari sarang kapilari untuk memasuki kedalam tisu disebabkan medan sarang kapilari lebih meluas dan arus tekanan menuju kesarang kapilari. Cecair dari tisu lalu tertarik masuk kedalam sarang kapilari. Justru, molekeul protein dalam darah adalah penting bagi mengawal dan mengurus kesaimbangan cecair antara darah dan tisu. Kekurangan protein dalam darah akan mengakibatkan edema atau bengkak tisu, kerana tidak cukup tekanan untuk menarik cecair dari tisu memasuki kedalam sarang kapilari. Cecair lalu bertakung dalam tisu. Masalah edema adalah serious dan boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan lain. 

6   Kesaimbangan Electrolyte dan pH.  Proteins bukan sahaja memelihara kesaimbangan cecair dalam tubuh, tetapi juga kesaimbangan electrolyte. Electrolyte ialah zat gizi yang memiliki daya arus letrik. Protein memastikan jenis dan jumlah cecair dan zat galian electrolyte yang saksama hadir dalam setiap 3 petak cecair dalam tubuh, iaitu petak intracellular (terkadung dalam sel-sel), extracellular (hadir diluar sel), dan intravascular ‎‎(dalam darah). Tanpa kesaimbangan electrolyte, tubuh tidak dapat berfungsi dengan sempuna.

Protein juga membantu mengawal kesaimbangan antara suasana asid dan alkalin dalam cecair tubuh (pH). Rendah  pH cecair, bererti suasana berasid. Sebaliknya, tinggi pH, bererti kurang suasana asid dalam cecair tubuh. Tubuh bekerja keras memelihara pH darah agar hampir kepada 7.4 (neutral).

7     Pembawa Zat Makanan.   Protein juga bertindak sebagai pembawa bahan-bahan penting dalam aliran darah seperti oxygen, vitamin, dan zat-zat galian untuk dihantar keseluruh tubuh. Contohnya, lipoprotein membawa lemak dan kolesterol dalam darah. Protein hemoglobin membawa oxygen keseluruh tubuh. Protein ferritin yang bergabung dengan zat besi dibawa dan disimpan dalam organ hati.

8      Bekalan Tenaga.  Bila jumlah karbohaidrat dan lemak dalam tubuh mencukupi, protein tidak menjadi sumber tenaga kepada tubuh. Dan protein juga bukan merupakan simpanan tenaga, sepertimana lemak dan karbohaidrat. Namun begitu, apabila bekalan karbohaidrat dan lemak dari permakanan tidak mencukupi, maka protein diguna dan ditukar menjadi tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Protein mampu menghasilkan tenaga yang perlu sama sepertimana karbohaidrat, iaitu 4 kcal/gm (kilokalori setiap gram). Penggunaan protein untuk tenaga bukan bererti sangat baik untuk tubuh, sebab pemeliharaan tisu, tumbesaran, dan baik-pulih terpaksa dikorbankan demi memenuhi keperluan tenaga. Ia hanya bagi jalan penyelesaian sementara bagi memenuhi tuntutan tenaga diwaktu kekurangan lemak dan karbohaidrat. 

Berikut adalah senarai kumpulan asid amino proteinogen dan secara ringkas ciri-ciri manfaatnya: ‎

Asid Amino MustahakManfaat Kesihatan
Histidine
* Histidine adalah awalan/pemula kepada carnosine dan histamine.
* Terlibat dalam berbagai proses metabolisma dalam tubuh.
* Membantu membaik-pulih tisu yang rosak akibat dari radiasi.
* Memelihara lapisan myelin dan melindungi sel-sel saraf.
* Membantu penghasilan sel-sel darah merah dan putih dan mencairkan darah.
* Sebagai ubat bagi merawat rheumatoid arthritis, penyakit allergi, ulser, dan anemia disebabkan oleh kegagalan fungsi ginjal. 
Isoleucine * Isoleucine diperlukan sewaktu penghasilan hemoglobin.
* Sebagai ejen pembekuan darah.
* Membantu memelihara kadar gula dalam darah. 
* Diperlukan bagi perkembangan dan pemeliharaan otot.
* Kekurangan boleh menyebabkan gejala-gejala seperti hypoglycemia, pening, kekeliruan fikiran, mudah marah dll. 
Leucine ‎
* Leucine ‎ diperlukan bagi perkembangan dan pemeliharaan tisu dan otot.
* Membantu memelihara kesaimbangan kadar gula dalam darah. 
* Mengawal penghasilan hormon dan mengurus tadbir hal-ehwal tenaga.
* Kekurangan boleh menyebabkan gejala-gejala seperti pening, sakit kepala, kelesuan, mudah marah dll. 
Lysine ‎* Lysine mempertingkat tumbesaran dan pertumbuhan tulang, terutama pada bayi dan kanak-kanak. 
* L-Lysine monhydrochloride membina tisu baru, menghasilkan protein untuk tumbesaran dan baik-pulih otot. Dengan tambahan vitamin C, lysine terlibat dalam  pembinaan kollagen pada tisu penghubung, kulit, kartilej dan tulang. 
* Membantu penyerapan kalsium dan ini boleh menghindar dari osteoporosis.
* Membantu pengawalan nitrogen dalam tubuh. 
* Mempertingkat penghasilan antibodi, hormon dan juga enzim.
* Membantu mempertingkat daya pemusatan fikiran dan menambah kesuburan. 
mengurangkan tahap lemak triglyceride dalam tubuh.
* Lysine membantu mencegah dari timbul kelepuhan mulut dan bibir/cold sores (herpes type 1), juga lepuhan alat sulit/genital herpes
* Kekurangan boleh menyebabkan berbagai komplikasi seperti kurang tenaga, rambut gugur, anemia, terbantut tumbesaran, hilang berat badan, dan sistem peranakan kurang subur/impoten.  
Methionine ‎* Methionine berfungsi ala anti-oksidan dengan cara membekalkan belerang bagi melemahkan aktiviti radikal bebas.
* Sebagai ejen pemecah asid lemak (lipotropic agent), dan menghalang tompokan lemak pada dinding saluran darah arteri.
* Sebagai ejen pembasmi logam berat dan melindungi hati dari keracunan, mengurangkan kolesterol.
* Mustahak bagi mempertingkat penghasilan tenaga dan juga pertumbuhan otot. 
* Membantu memuluskan kulit.
Phenylalanine ‎ ‎
* Phenylalanine ‎ ‎berfungsi dalam sistem proses ingatan dan pembelajaran.
* Berkait-rapat dengan sistem saraf, pengendalian perasaan/mood, dan berkesan mengurangkan selera makan.
* Phenylalanine digunakan bagi merawat tekanan jiwa, daya ingatan dan pembelajaran, dan kegemukan. Juga menceriakan kehidupan, dan menambah nafsu syahwat/ghairah seks.
* Kekurangan boleh menyebabkan tekanan jiwa, kelesuan, kemalasan, gatal-gatal kulit, komplikasi hati, lembab tumbesaran, kesakitan kronik dan penyakit
Parkinson.   
Threonine ‎ ‎
* Threonine ‎ ‎membantu memelihara kesaimbangan protein dalam tubuh,
membantu pertumbuhan kollagen dan memelihara keanjalan kulit.
* Berfungsi mengurangkan lemak pada hati, 
* Membantu penghasilan antibodi untuk sistem kekebalan tubuh dan juga memelihara kesihatan kelenjar thymus.
Tryptophan ‎ ‎* Tryptophan sebagai bahan mustahak pada penghasilan vitamin B3/niasin,
juga bahan mustahak pada penghasilan serotonin yang penting bagi kestabilan fungsi saraf dan otak.  
* Bermanfaat mengawal sikap hyper-aktif pada kanak-kanak. 
* Sebagai ejen penenang, membantu mengurangi stres, nyenyak tidur dll.
* Berkesan mengawal selera makan, dan mengurangkan berat badan.  
Valine ‎* Valine diperlukan bagi metabolisma, perkembangan dan pemeliharaan tisu dan otot.
* Berfungsi sebagai sumber tenaga kepada semua mekanisma tubuh.
* penagihan dadah dan alkohol boleh menyurangkan Valine, boleh menyebabkan kerosakan pada myelin/lapisan pelindung sel-sel saraf.
Asid Amino Tidak MustahakManfaat Kesihatan
Alanine ‎* Alanine ‎membantu tubuh menukar glukos menjadi tenaga, mengawal tahap glukos dan nitrogen dalam tubuh. Ia membantu melindungi sel-sel dari kerosakan disebabkan aktiviti senaman/olahraga berat dengan cara membekalkan tenaga.  
* Alanine menyihatkan kelenjar prostat, sistem saraf, meransang penghasilan antibodi, dan me-nyah toksin dalam hati.   
Arginine ‎* Arginine memperteguh sistem kekebalan tubuh, dengan cara meransang kelenjar thymus melepaskan pembunuh kuman T lymphocyte (sel T).
* Membantu menyihatkan hati, me-nyah toksin dalam hati dengan cara menyirna kesan ammonia dan bahan beracun. Ia menggerakkan urea me-nyah racun ammonia dari tubuh melalui air kencing.
* Membantu perkembangan otot, mengurangkan lemak dan berat badan. Arginine banyak berada pada kulit, berperanan menyihatkan kulit, tisu penghubung, sendi dan otot. Ia juga ejen baik-pulih tisu yang rosak, sangat baik bagi olahragawan dan merawat arthritis.
* Mengendali peredaran hormon dan gula dalam darah, melancar pengaliran darah, mempertingkat kesuburan lelaki, dan menambah bilangan sperma. 
Asparagine ‎* Sistem saraf pusat memerlukan asparagine bagi membantu menyelenggara metabolisma dalam otak, mengawal kesaimbangan, agar sistem saraf dan sel-sel dapat berfungsi dengan baik, dan jiwa tidak mudah tertekan.  
* Berperanan penting dalam penghasilan glycoprotein dan beberapa jenis protein lain. Glycoprotein mempunyai banyak fungsi dalam tubuh, menyumbang kepada pembinaan tisu penghubung seperti kollagen, penghasilan lendir pelindung dan pelincir saluran perut untuk penghadaman, berada banyak dalam plasma darah. 
* Asparagine menghasilkan asid aspartik dan ammonia, melalui beberapa proses yang akhirnya menjadi urea.   
Asid Aspartik ‎* Asid Aspartik meningkat dan mempermudah metabolisma dan penggunaan karbohaidrat sebagai sumber tenaga, stamina dan daya ketahanan kepada tubuh.
* Asid Aspartik menambah kadar hormon testosterone, menstabilkan pH, meningkat fungsi otak, membantu perawatan ketagihan dadah, membantu penghasilan antibodi dan mempertingkat sistem kekebalan.
* Membantu me-nyah toksin (seperti ammonia) dari tubuh.
Cysteine ‎* Cysteine ‎adalah anti-oksidan yang berkesan, dianggap sebagai zat anti-penuaan, menyihatkan rambut, me-nyah toksin logam berat, menambah penyerapan zat besi.
* Membantu merawat masalah pernafasan dan asma, bronchitis, arthritis dll, membaik-pulih kerosakan dari kemoterapi, dan AIDS.
Asid Glutamik ‎* Juga dikenali sebagai glutamate, mencerdaskan fungsi otak dalam pembelajaran, ingatan; juga meransang neurotransmitter mengaktifkan sel-sel neuron dalam sistem saraf pusat yang melibatkan otak dan tulang belakang. Glutamate ditukar menjadi glutamine atau Gamma-Aminobutyric Acid (GABA), 2 jenis asid amino yang berhubungan membantu memberi isyarat kepada otak.
* Glutamate membantu memperbaiki kekacauan sikap, dan digunakan bagi merawat epilepsi, terencat otak, terencat pergerakan, masalah prostat, ulser, pengsan akibat kurang gula darah (penyakit kencing manis).   
* Penting dalam metabolisma gula dan lemak, dan membantu membawa potassium kedalam cecair tulang belakang dan melintasi halangan ke otak. 
* Merupakan komponen kepada vitamin B folate (asid folik), bagi memecahkan asid-asid amino yang lain. 
Glutamine ‎* Glutamine membantu mencerdaskan fungsi otak dan kecerdikan, sebagai peransang perasaan/mood.
* Mengsaimbangkan pH,  kadar gula dalam darah dan mengurangkan kelesuan, menyihatkan saluran penghadaman, membantu kesembuhan dari ulser.
* Menyihatkan otot, tisu penghubung, dan sistem kekebalan, me-nyah toksin ammonia. 
* Bersifat anti-keradangan merawat arthritus, gila babi/epilepsi, mati pucuk pada lelaki, dan Schizophrenia.  
Glycine ‎* Glycine ‎terlibat dalam penghasilan glycogen yang bertindak terhadap glukos dari organ hati, mengurus kadar gula dalam darah, mengurangkan kelesuan,
mempertingkat sistem kekebalan dan mengurangkan pH asid dalam tubuh. 
* Glycine membina faktor genetik RNA dan DNA, neurotransmitter, mengurus hempedu, dan penyerapan kalsium.
* Membantu mencegah ulser kaki, prostat, strok, gila babi/epilepsi, Schizophrenia,  anemia, plaque pada saluran darah arteri, melanoma and tumor.
Proline ‎* Proline diperlukan bagi menghasil dan menyihatkan kollagen, kartilej, ligamen, tendon, sendi. Ia memelihara tisu otot, menganjal pergerakan otot dan sendi, menyihatkan kulit, membantu mengurangkan kekenduran dan kekedutan.
* Membantu memecah protein untuk diguna bagi menghasilkan sel-sel sihat.
* Proline digunakan bagi merawat sakit belakang, ketegangan, arthritis, dan otot jantung. 
Serine* Serine sangat penting untuk kesihatan mental dan fizikal. Serine berkait-rapat dengan fungsi otak dan sistem saraf pusat. Semua jenis protein membina otak, dan pelapis pelindung saraf iaitu myelin, mengandungi serine. Tanpa serine, pelindung myelin boleh luntur dan menjadi kurang berkesan menghantar isyarat antara otak dan penghujung saraf. Serine menajamkan pemikiran, pemusatan dan ingatan.
* Diperlukan bagi penghasilkan tryptophan, sejenis asid amino yang digunakan untuk menghasilkan serotonin, sejenis kimia penenang otak. Kekurangan serotonin dan tryptophan dikaitkan dengan masalah tekanan jiwa, kemurungan, kekeliruan fikiran, sindrom keletihan kronik/fatigue syndrome (CFS) dan sakit-sengal seluruh badan/fibromyalgia (FM).
* Membantu membina phospholipid bagi menghasilkan setiap sel tubuh.Juga terlibat dalam fungsi RNA dan DNA, metabolisma lemak dan asid lemak, pembinaan otot (membantu penyerapan creatine, bahan terhasil dari asid amino bagi memantapkan otot, termasuk otot jantung), dan memperteguh sistem kekebalan tubuh (membantu penghasilan pemusnah kuman/immunoglobulin/antibodi).
Tyrosine ‎ ‎* Tubuh memerlukan tyrosine untuk menghasilkan beberapa kimia otak yang penting bagi tujuan mengendali selera makan, deria rasa sakit, kecerdasan fikiran, keceriaan rasa, dan tindak-balas terhadap stres.
* Juga diperlukan untuk kelenjar thyroid, kelenjar pituitary, dan kelenjar adrenal berfungsi dengan baik. Ia juga mempercepat metabolisma dan merawat masalah kelesuan melampau. Kekurangan tyrosine boleh menyebabkan hypothyroidism, tekanan darah rendah, kelesuan kronik, dan metabolisma tubuh yang lembab.
* Tubuh memerlukan tyrosine dan phenylalanine untuk keberkesanan  neurotransmitter yang mengawal sikap dan sifat dalam menghadapi suasana kehidupan. Tanpa phenylalanine yang mencukupi, tubuh tidak mampu menghasilkan tyrosine. Tanpa tyrosine yang mencukupi, tubuh tidak mampu melakukan metabolisma phenylalanine. Kekurangan salah satu darinya boleh membawa akibat beberapa jenis kekalutan mental, termasuk kemurungan, tekanan jiwa, kurang nafsu syahwat, dan kelesuan. 
* Supplemen tyrosine, terutama bila dicampur dengan 5-hydroxytryptophan (5-HTP), digunakan bagi merawat tekanan jiwa, allergi, sakit kepala, penyakit Parkinson, dan ketagihan dadah.  
Selenocysteine* Selenocysteine adalah asid amino proteinogen yang ke-21 yang dikodkan untuk RNA codon UGA. Ia berada dalam beberapa jenis enzim (umpamnaya glutathione peroxidases, tetraiodothyronine 5' deiodinases, thioredoxin reductases, formate dehydrogenases, glycine reductases, selenophosphate synthetase 1, methionine-R-sulfoxide reductase B1 (SEPX1), dan beberapa hydrogenases).
* Fungsi penting selenocysteine adalah sebagai anti-oksidan.  
* Selenocysteine diguna untuk menghasilkan selenium, dipercayai mencegah keracunan logam raksa, melindungi dan memperbaiki organ hati. 
* Selenocysteine berfungsi sendiri, tidak terlibat dengan protein-protein lain.  
PyrrolysineIa wujud dalam semua kehidupan sebagai bahan binaan selenoprotein. Pyrrolysine, dianggap sebagai asid amino ke-22. Terlalu sedikit diketahui tentang fungsinya.




Terdapat banyak jenis asid amino tetapi tidak terlibat atau tergolong sebagai proteinogen. Jenis-jenis tersebut, samada tidak terdapat dalam protein (seperti carnitine, GABA) atau tidak dihasilkan secara lansung (seperti hydroxyproline dan selenomethionine).

Jenis asid-asid amino tersebut turut juga penting menyumbang kepada kesihatan tubuh. Antaranya:
  • GABA - GABA dihasilkan dalam tubuh dari asid amino glutamik. GABA bertindak sebagai ejen penenang pada tubuh, dan kesannya sama seperti ubat Valium dan ubat penenang lain. Ia juga digunakan bagi merawat sukar lelap tidur, penenang otot dan perasaan, mengurang kemurungan, tekanan jiwa, kekalutan fikiran, ADHD, merawat ketagihan alkohol, kekejangan epilepsi, kesakitan prostat, dan tekanan darah tinggi. Oleh kerana GABA berperanan mesaimbangkan kadar hormon seks dalam tubuh, ia digunakan bagi merawat mati pucuk lelaki/impoten. Kajian juga menunjukkan GABA menambah kadar hormon untuk tumbesaran (HGH) yang menambah kemantapan otot dan mengurangkan lemak. 
  • Glutathione - asid amino yang terbina dari cystine, glutamine dan glycine. Ia berada didalam semua sel-sel dan mempengaruhi setiap sistem dalaman tubuh. Ia bersifat anti-penuaan,  mencerdaskan otak dan melindungi sel-sel dari bebanan oksidasi. Glutathione juga menurunkan tekanan darah, menambah bilangan sperma pada lelaki dan membantu merawat beberapa jenis kanser. Ia me-nyah toksin yang timbul dari ubat-ubatan, pelumbum dan raksa, menggempur 69 jenis penyakit yang berbeza, membaik-pulih tenaga, jantung dan paru-paru. Dan ia adalah anti-oksidan yang sangat berkuasa.    
  • Taurine - sepertimana glutamine, taurine adalah asid amino bebas yang bergerak dalam aliran darah dan menjadi pe-nyah toksin dan membantu penghadaman. Ia juga ternyata mempertingkat fungsi otak dan prestasi olahragawan, penglihatan, fungsi saraf, kesaimbangan zat gizi dalam sel, mengurangkan kemurungan, penyakit jantung, kolesterol, kekejangan dari gila babi/epilepsi, boroi/buncit, dan hilang berat badan. Ia juga mesaimbangkan glukos dan insulin, dan memelihara otot.  
  • Carnitine - dihasilkan dalam tubuh dari asid mustahak lysine dan methionine. Ia membantu membawa asid lemak kedalam mitochondria sel untuk ditukar menjadi tenaga. Carnitine pekat didalam jantung. Jantung bergantung kepada asid-asid lemak sebagai tenaga untuk mengepam darah keseluruh tubuh. Oleh itu, carnitine digunakan bagi merawat penyakit jantung, sakit ulu hati, mengurangkan kadar kolesterol mudharat/LDL dan menambah kolesterol bermanfaat/HDL,  mengurangkan lemak triglycerida, melancar peredaran darah kebahagian tubuh yang lain (pengaliran luar dari otak dan jantung), merawat kegagalan ginjal, mengurangkan gejala penyakit Alzheimer, tekanan jiwa, sindrom keletihan kronik/Chronic Fatigue Syndrome (CFS). 
Kadar Keperluan Protein


Isu keperluan harian protein banyak dibahaskan. Jangkaan keperluan harian asid amino agak sukar ditentukan. Sudah beberapa kali dikaji dan disemak-semula sejak lebih dari 20 tahun kebelakangan.

Jumlah sebenar protein bagi seseorang individu bergantung kepada tahap tenaga yang diperlukan oleh tubuh, tahap karbohaidrat yang diambil, tahap aktiviti fizikal, keperluan nitrogen ‎dan asid amino mustahak, berat badan, fasa tumbesaran, dan juga darjah kecederaan dan penyakit.

Tahap fizikal dan keperluan menambah otot (umpamanya sukan bina badan) memerlukan lebih banyak protein. Keperluan yang lebih juga pada kanak-kanak yang sedang berkembang dan membesar, kehamilan, penyusuan, atau apabila tubuh sedang beransur pulih dari malnutrisi, penyakit dsbnya. 

Rajah sebelah adalah saranan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Purata, kadar protein harian yang disarankan adalah lebih rendah bagi warga Asia Tenggara berbanding warga Barat. Justru, rujukan kadar saranan yang dikeluarkan oleh USDA seharusnya lebih rendah bagi warga Asia, khususnya Malaysia.

Saranan kadar protein harian bagi warga dewasa purata berdasarkan kepada berat badan: antara 59-62 gm setiap hari atau kurang dari 0.8 gm setiap kg berat badan.

Bagaimana pun, saranan harian bagi kanak-kanak berusia antara 1-9 tahun yang sedang membesar memerlukan lebih protein: antara 17-31 gm setiap hari atau kurang dari 2.2 gm setiap kg berat badan.

Bagi remaja berusia antara 10-18 tahun: antara 45-65 gm setiap hari atau kurang dari 0.8 gm setiap kg berat badan. 

Wanita hamil memerlukan pertambahan 7.5 gm lebihan protein setiap hari. Dan bagi yang menyusu bayi memerlukan lebihan antara 15-20 gm setiap hari.

Beberapa ujikaji telah menentukan bahawa individu yang aktif dan olahragawan memerlukan pertambahan protein antara 0.7-0.9 gm setiap hari disebabkan pertambahan otot tubuh dan berkeringat, dan juga bagi membaik-pulih tisu dan sumber tenaga. Terdapat juga saranan antara 1.6 - 1.8 g/kg, dan had maksima kadar harian kira-kira 25% lebih dari kadar keperluan tenaga harian (2 - 2.5 g/kg).

Kekurangan Protein


Protein boleh diperdapat dari kebanyakan bahan makanan. Setengah makanan mengandungi asid amino yang tinggi. Akan tetapi masalah penghadaman dan faktor-faktor anti-nutrisi yang turut terkandung dalam sesuatu makanan tersebut menjadikan asid-asid amino tersebut tidak dapat diserap sepenuhnya dan dimanfaatkan oleh tubuh.

Kekurangan kadar asid amino mustahak boleh menjejaskan tindak-tanduk sistem dalaman tubuh. Contohnya, kekurangan phenylalanine dan histidine boleh menyebabkan timbul masalah otak, saraf dan tekanan jiwa. Kadar rendah tryptophan juga membuat seseorang itu tegang-bengang dan tidak mudah lelap tidur.

Kekurangan asid amino/protein bererti malnutrisi berlaku, dan boleh membawa akibat kepada berbagai jenis penyakit lain, antaranya:
  • terencat akal dan kwashiorkor (malnutrisi akibat dari kurang protein). ‎Gejala kwashiorkor seperti cirit-birit, malas, tidak aktif, tubuh gagal membesar dengan sempurna, kulit kering dan 'bersisik', organ hati banyak lemak, dan bengkak/edema pada bahagian perut dan kaki. 
  • risiko-risiko lain seperti cystic fibrosis (kahak dan lendir keterlaluan banyak dalam organ-organ dalaman), malignancy (sel-sel tumor yang berkembang), ‎penyakit jantung, kegagalan fungsi ginjal, kanser, penyakit genetik, penyakit berkaitan saraf dan otak. 
Lebihan Protein


Permakanan yang berprotein tinggi akan menambah pengeluaran urea dari tubuh. Bererti, berlaku peningkatan oksidasi asid amino dalam tubuh. Tubuh tidak menyimpan protein. Protein dihadam menjadi beberapa jenis asid amino, lalu memasuki kedalam aliran darah. Nitrogen dari asid amino berubah menjadi ammonia, yang mana akan dirubah pula oleh organ hati menjadi urea. Urea kemudian dikeluarkan dari tubuh melalui ginjal. Organ hati dan ginjal selalunya boleh menanggani lebihan protein dengan cara tersebut. Akan tetapi, jika penyakit ginjal berlaku, lebihan potein tidak mampu ditanggani dengan sempurna. Maka, bagi orang yang mengalami masalah ginjal, permakanan berprotein tinggi perlu dikurangkan.

Sebahagian dari asid-asid amino dari lebihan protein boleh ditukar menjadi glukos atau ketones dan dipergunakan sebagai tenaga melalui proses yang dikenali sebagai  'gluconeogenesis'. Apabila permakanan berprotein kadangkala tinggi dan kadangkala rendah, tubuh cuba mengekal kesaimbangan tahap protein dengan menggunakan protein sedia ada bagi menanggani keadaan dharurat. Namun, keadaan ini hanya bersifat sementara untuk jangkamasa singkat sahaja. 

Ramai para pengkaji mendapati permakanan berprotein tinggi akan menambah pengeluaran kalsium dari tubuh melalui air kencing. Keadaan ini berlaku mungkin kerana tubuh bertindak mengembalikan kesaimbangan pH cecair tubuh yang terganggu akibat dari lebihan belerang hasil dari oksidasi asid amino. Namun, pengambilan kalsium dapat mengimbangi kekurangan dan megembalikan kestabilan kadar kalsium yang diperlukan oleh tubuh.

Lebihan protein juga dipercayai menyebabkan lebihan kalsium memasuki kedalam sistem ginjal, membuka risiko terbina batu karang dalam ginjal. Kajian mendapati makanan berprotein tinggi dari daging binatang boleh meningkatkan kemungkinan terbina batu karang ginjal sebanyak 250% pada individu normal dan sihat.

Sumber Protein


Sumber makanan berprotein dianggap baik dan lengkap apabila memenuhi 2 syarat: 
  • mengandungi asid amino yang mustahak  (histidine, isoleucine, leucine, lysine, ‎methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan, dan valine) dan asid amino menurut keadaan (cystine, tyrosine, taurine, glycine, arginine, glutamine, proline) dan 
  • mengandungi nitrogen untuk mampu menghasilkan asid amino tidak mustahak (asid aspartik, asparagine, asid glutamik, alanine, serine) serta bahan-bahan lain yang turut mengandungi nitrogen seperti asid nucleik, creatine, dan porphyrin.‎
Kebanyakan bahan makanan mengandungi asid amino yang diperlukan oleh tubuh. Sumber protein yang lengkap mengandungi semua asid amino mustahak dan yang kurang lengkap akan kekurangan 1 atau lebih asid amino mustahak. Ada bahan makanan tidak mengandungi beberapa jenis asid amino terhad (seperti lysine, threonine, tryptophan) dan asid-asid amino yang mengandungi belerang. Oleh itu, makanan yang pelbagai (seperti beras dan jenis kacang), meskipun tidak dimakan dalam masa yang sama, akan melengkapi sumber protein. Individu yang memakan berbagai jenis bahan makanan jarang mengalami kekurangan protein. Dan permakanan yang lengkap kandungan asid amino jarang sekali memerlukan pengambilan supplemen protein.

Bahan makanan berdaging dari binatang seperti lembu, kambing, ayam, ikan, telur, milk, produk tenusu, keju, adalah tinggi kandungan asid amino yang lengkap.

Rata-rata, protein dari pokok tidak terlalu tinggi. Sumber protein dari sayur-sayuran boleh dperdapat dari bijian dan kekacang seperti kacang hitam, kacang ginjal, kacang merah dan putih, dhal, kacang tanah, kacang pinto, kacang almond, kacang Brazil, gajus dll. Bijian seperti biji labu, biji bunga matahari, jenis-jenis kuaci, bijan, dan.buah-buahan. Bijiran seperti buckwheat, oat, ‎rye, jagung, beras, gandum  juga merupakan sumber protein yang agak baik. Namun, terdapat kecenderungan kandungan asid amino lysine ‎atau threonine yang agak terhad dalam sayur-sayuran, buah-buahan, bijian dan bijiran jika dibandingkan dengan protein bersumber daging.

Senarai dibawah adalah saranan dari WHO untuk permakanan yang mengandungi asid amino mustahak pada individu dewasa. Sumber makanan yang dikenalpasti berdasarkan kepada USDA National Nutrient Database Release adalah seperti berikut:

Asid Amino mg/kg Berat Badan mg/70 kg mg/100 kg Sumber Utama
Histidine 10 700 1000 protein soya, telur, keju parmesan, bijan, kacang tanah.
Isoleucine 20 1400 2000 protein soya, telur, keju parmesan, ikan putih (jenis ikan berdaging putih).
Leucine 39 2730 3900 protein soya, telur, keju parmesan, ikan putih, bijiran bijan.
Lysine 30 2100 3000 protein soya, telur, keju parmesan, ikan putih, ikan-ikan kecil.
Methionine
+ Cysteine
10.4 + 4.1
(15 jumlah)
1050 1500 protein soya, telur, bijan, ikan putih, ikan-ikan kecil.
+  protein soya, telur, bijan, biji sawi, kacang tanah.
Phenylalanine
+ Tyrosine
25 (jumlah) 1750 2500 protein soya, telur, bijan, kacang tanah, ikan putih,
+ protein soya, telur, bijan, keju parmesan. 
Threonine 15 1050 1500 protein soya, telur, ikan putih, ikan-ikan kecil, bijan.
Tryptophan 4 280 400 protein soya, telur, bijan, kacang kelisa, bijian chia.
Valine 26 1820 2600 protein soya, telur, keju parmesan, bijan, daging lembu.

















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...