‎‎0‎ ‎ ‎

Monday, February 10, 2014

Zat Gizi Zinc dan Kesihatan Kulit

Zinc (Zn) adalah zat gizi yang sangat berpengaruh pada kesihatan kulit. Samada ‎dibekalkan kepada tubuh melalui bahan-bahan makanan alami, supplemen, atau krim sapuan, Zn menyumbang kepada pemeliharaan dan kesembuhan dari berbagai jenis penyakit kulit. Antaranya:

1   JerawatZn didapati berkesan merawat dan menghilangkan jerawat biasa dan jerawat batu.

Minyak dan hormon adalah 2 ‎penyebab utama kepada timbul jerawat. Zn adalah zat yang
mengawal-urus aktiviti kelenjar-kelenjar penghasil minyak dan kadar hormon dalam lapisan kulit. Zn juga memelihara kesaimbangan hormon-hormon seks lelaki seperti ‘testosterone’ yang menyebabkan timbul jerawat pada wanaita. 

Zn merawat dan menyembuhkan jerawat yang sudah timbul. Zn juga membantu mengurangkan kesan parut, dan juga bengkak merah dari radang jerawat. Luka disebabkan jerawat adalah ‎tarikan pada jangkitan bakteria dan virus, dan Zn meransang penghasilan sel-sel darah putih untuk ‎melawan jangkitan.

Jenis zinc gluconate dan zinc sulfate sering digunakan bagi mengurangkan radang kulit pada jerawat; dan merawat, menyembuh parut ‎jerawat. Namun begitu, perlu di ingat, manfaat Zn tidak berlaku pada semua individu. Zn mungkin berkesan dan sesuai bagi setengah individu, manakala pada individu lain tidak lansung menunjukkan sebarang kesan.

2   Rosacea.  Rosacea, samar puncanya. Masalah kulit yang tidak mudah di rawat. Namun, rebakannya masih boleh dikawal.

Rosacea terjadi kerana kekacauan pada sistem dalaman tubuh. Cara proses 'cathelicidin' (sejenis protein halus dalam kulit) yang tidak normal mencetuskan radang kulit rosacea.

Rosacea kian semarak dengan panahan sinar matahari, hawa panas, makanan pedas, alkohol, stres, kafein dan asid sitrik.

Oleh kerana gejala jerawat dan rosacea hampir sama, maka ubat-ubatan yang digunakan juga kebanyakannya sama.

Krim pelindung dari cahaya matahari yang mengandungi zinc dan titanium juga didapati berkesan untuk rosacea. Krim zinc sulfate, pilihan yang baik bagi merawat rosacea; selamat, berkesan dan tidak menimbulkan kesan sampingan merbahaya. Kajian juga mendapati pengambilan supplemen zinc, dos sebanyak 23 mg, 3 kali/hari, untuk jangkamasa 3 bulan, boleh mengurangkan keparahan rosacea kira-kira 75%.‎

3   Eczema.  Eczema atau 'Eczema Hypertrophicum' atau 'Dermatitis.'

Eczema adalah istilah kepada beberapa jenis penyakit atau masalah radang kulit berupa kulit kering, panas, berkuping, lebam, ‎kasar, menebal, kemerahan, bintik-bintik gatal yang sangat terdorong untuk digaru, luka, berair, berdarah, dan bernanah. Eczema boleh timbul pada mana-mana bahagian kulit tubuh.

Kesembuhan bersifat sementara. Boleh timbul kembali dan semakin merebak. Setiap bintik yang sembuh akan meninggalkan parut kehitaman, memakan masa untuk kembali ke tona dan warna asal kulit. Salah satu penyebab eczema ialah kekurangan Zn dalam tubuh.

Kekurangan Zn boleh berpunca dari kekurangan vitamin A dan D. Bila 2 zat gizi ini berkurangan, Zn akan turut berkurangan. Justru, kekurangan vitamin A dan D sering mendorong kepada penyakit eczema.

Asid lemak mustahak (EFA) dikenali mempunyai nilai-nilai anti-keradangan;   bila EFA bertambah, eczema pula berkurangan.

Bagi merawat eczema, supplemen Zn dalam dos yang tinggi diperlukan. Chelated zinc adalah pilihan paling baik kerana dalam chelated zinc, Zn bergabung dengan asid amino bagi membantu membawa Zn melalui laluan perut dan usus.

Beberapa kajian, termasuk yang disiarkan dalam British Journal of Dermatology 1981, dan Turkish Journal of Dermatology 2009, menunjukkan pengambilan ‎supplemen Zc, selenium dan besi boleh merawat eczema.

Satu kajian yang tersiar dalam jurnal Contact Dermatitis, 1999, 73% dari pesakit eczema "sembuh" dari semarak eczema dengan mengambil zinc 60 mg/hari untuk jangkamasa 1 bulan. Baki pesakit lain juga menunjukkan kesan positif.

Krim sapuan Zn juga didapati mampu merawat eczema. Menurut kajian yang tersiar dalam ‎jurnal European Academy of Dermatology and Venereology, 2008, mendapati sapuan ‎dari campuran clobetasol + zinc sulfate berkesan merawat dan mengurangkan eczema. Kemungkinan muncul kembali juga berkurangan. Gatal-gatal, berkeruping dan radang merah eczema juga semakin pudar. ‎

Produk Supplemen dan Krim Sapuan Zn


Individu sihat normal tidak perlu mengambil supplemen melebihi dari 20 mg setiap hari, meskipun U.S. ‎National Research Council telah menetapkan had maksima masih selamat (Tolerable Upper Intake) sebanyak ‎‎40 mg/hari. ‎

Beberapa kajian tentang keberkesanan supplemen Zn dapat dirumuskan seperti berikut :‎

  • Pilihan Pertama : ‘zinc glycinate’ menjadi pilihan utama kerana paling mudah diserap oleh tubuh.
  • Pilihan Ke-2 : ‘zinc picolinate’ lebih mudah di serap berbanding ‘zinc gluconate’ dan ‘zinc ‎citrate’.‎
  • Pilihan Ke-3 : ‘zinc oxide’ dan ‘zinc carbonate’ sukar di serap oleh tubuh dibandingkan ‎dengan ‘zinc acetate’ dan ‘zinc sulfate’.
  • Kemujaraban zinc oxide, zinc stearate, dan zinc sulfide masih dipersoalkan oleh ‎badan penasihat kepada United States Food and Drug Administration. ‎

Produk-produk terkenal untuk dicuba, antaranya:




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...