Kenapa Perlu Vitamin C ?
Kajian sains dan klinikal menunjukkan vitamin C menjana berbagai fungsi tubuh, antaranya:
- Memperkasa sistem kekebalan tubuh. Sistem kekebalan tubuh berfungsi sebagai perisai dari jangkitan kuman (virus, bakteria, kulat, parasit) dan kecemaran toksin. Juga sebagai penyerang, penghapus dan pembasmi anasir-anasir yang memudharatkan tubuh.
- Bersifat anti-kuman (bakteria, kulat, virus, dan parasit). Penyirna kuman, toksin dan kecemaran udara; meng-nyah toksin yang terhasil dari logam merbahaya seperti raksa dan timah.
- Menghasil dan menyihatkan collagen. Terlibat secara lansung dalam penghasilan dan kesihatan collagen. Collagen sihat bererti setiap komponen otot seperti tendon, ligamen, cartilege dll dan sendi menjadi kuat, keseluruhan struktur dan susuk tubuh menjadi mantap.
- Bersifat anti-oksidan yang mujarab. Membasmi radikal bebas yang sentiasa mengancam mana-mana bahagian tubuh, radikal bebas adalah sisa beracun yang perlu di sirna sebanyak mungkin dari tubuh.
- Bersifat anti-kanser. Membantu menghalang risiko dan rebakan kanser.
- Bersifat anti-penuaan. Menyembuh, merawat dan menyihatkan seluruh sel-sel, tisu, dan lapisan-lapisan kulit.
- Bersifat anti-keradangan. Menghalang risiko arthritis dan penyakit-penyakit yang timbul dari keradangan.
- Menyihat usus penghadaman. Menyuburkan bakteria bermanfaat di dalam sistem penghadaman.
- Melancar sistem pengaliran darah. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menghakis tompokan “plaque” dalam arteri yang menyebabkan arteri keras, tidak anjal atau tersumbat, mengurangkan risiko penyakit saluran darah, justru melindungi organ jantung.
- Menyihatkan gusi dan gigi. Menghalang penyakit gingivitis dan periodontitis.
- Menyihatkan fungsi otak. Bersifat anti-stres, mengurangkan tekanan perasaan dan keresahan.
- Bersifat anti-impoten. Menambah kesuburan lelaki dan perempuan, menambah syahwat.
- Menyihatkan organ mata. Menghalang penyakit rabun dan cataracts;
- Merawat selsema dan sakit kerongkong/tenggorokan; dan berbagai
Dos Mega Vitamin C Untuk Kehidupan Moden
Gaya hidup kian berubah; kurang tidur, merokok, minuman bersoda, makanan dari industri pemprosesan, pengaruh bahan-bahan mudharat seperti gula pasir (sukros), corn syrup, kimia, GMO, racun serangga, faktor kecemaran alam dll. Masalah hidup juga semakin membeban; stres, tekanan jiwa, resah, risau, hutang, trauma, serangan penyakit, kecederaan dll. Menanggani bebanan ini, tubuh dengan cepat menggunakan vitamin C. Bukan perkara aneh jika setiap hari tubuh kehabisan atau kelaparan vitamin C. Semua ini memberi impak kepada kesihatan.
Gejala-Gejala Kekurangan Vitamin C. Badan lemah tak bermaya, mengantuk, nafas singkat. Malas bergerak atau beraktiviti. Sengal-sengal otot, sendi dan tulang. Kulit semakin kering, kasar, kurang mulus, timbul tompok-tompok dan gatal-gatal. Kulit tipis, mudah tercalar, jika luka atau cedera lambat sembuh. Wajah semakin pucat, cengkung tak berseri, proses penuaan yang cepat. Perasaan selalu tertekan, mudah melenting. Gusi membengkak, mudah berdarah, gigi longgar. Mulut dan mata kering. Rambut kusai. Kolesterol meninggi, tekanan darah juga tinggi. Sering selsema, tenggorokan/sakit kerongkong dll.
Jika keadaan semakin parah, apabla luka selalu bernanah. Gigi sakit, goyang dan mahu tanggal, terpaksa di cabut. Jantung bermasalah. Bahagian-bahagian tertentu pada tubuh kekadang membengkak. Sistem saraf mula terganggu, kekejangan, dan tanda-tanda penyakit kuning. Inilah gejala-gejala atau rentetan-rentetan skurvi (subclinical scurvy state). Salah satu punca utama kepada rentetan ini ialah kekurangan vitamin C yang berlarutan !
Beza Individu Beza Keperluan Vitamin C. Banyak faktor yang mempengaruhi dos keperluan seseorang individu. Dos ketika sihat normal berbeza dengan dos ketika dharurat (ketika menghadapi jangkitan penyakit atau kecederaan dan sebagainya). Jenis makanan yang sering di makan, peringkat umur, tahap stres harian yang dilalui, tahap kesihatan keseluruhan, kadar dedahan kepada kecemaran alam dll, semua ini mempengaruhi dos yang diperlukan oleh seseorang individu.
Persoalan yang penting, berapa dos harian vitamin C yang sebenarmya diperlukan oleh seseorang individu? Jika dos RNI sudah di capai, namun masih timbul tanda-tanda dan rentetan-rentetan kesihatan, bererti dos belum mencukupi. Kita bimbang kepada dos mega, iaitu apabila melebihi RNI harian. Hakikatnya, dos mega tidak patut di anggap negatif. Menurut Dr Linus Pauling, Pemenang Nobel Prize - Bidang Kimia 1967, pengkaji Vitamin C selama 25 tahun, di gelar Bapa Vitamin C, menyarankan - dos orang dewasa sepatutnya 2 gm/hari. Sebaiknya 2 gm di bahagi kepada 3 kali dalam sehari. Semakin meningkat usia, semakin tinggi dos vitamin C diperlukan. (Dr Linus Pauling sendiri mengambil 18 gm/hari supplemen vitamin C secara berterusan selama 18 tahun).
Menurut Dr Linus Pauling lagi, vitamin C selamat walaupun pada dos yang tinggi. Tidak ada kesan sampingan atau keracunan sepertimana sering warwarkan. Tubuh ada sistem kumuhan. Vitamin bukan dari jenis zat makanan yang di simpan oleh tubuh. Mana-mana dos yang berlebihan akan dikeluarkan oleh tubuh secara "natural." Cara mudah bagi menentukan had dos keperluan tubuh ialah apabila berlaku cirit-birit, bererti tubuh mengeluarkan lebihan vitamin C, bererti dos keperluan sudah melebihi had. Petunjuk/ukuran dos keperluan tubuh ialah dos sebelum berlaku cirit-birit. Berhenti mengambil dos berlebihan, cirit-birit akan berhenti, tindak-balas tubuh secara natural.
Memilih Supplemen Vitamin C Yang Terbaik ?
Bebas-GMO. Berbagai jenama supplemen vitamin C berada di pasaran; di kedai-kedai farmasi dan ubat-ubatan. Namun tidak semuanya sama. Ramai tidak menyedari terdapat supplemen vitamin C yang di campur dengan bahan tambahan "filler" yang samar, tidak diperakui selamat dimakan oleh mana-mana pertubuhan sah. Lebih malang lagi banyak supplemen vitamin C di buat dari bahan GMO !
GMO adalah organisma yang telah diubah-suai genetiknya. Perubahan "gene" ini menjadikan bahan makanan GMO asing kepada kejadian alam semulajadi. GMO adalah ciptaan manusia melalui bio-teknologi. Kajian menunjukkan terdapat kaitan bahan makanan GMO ini dengan keracunan, allergi, kemandulan, keguguran, kecelaruan sistem kekebalan tubuh, terbantut tumbesaran, cepat proses penuaan, dan kematian. Belum diketahui sejauh mana bahaya atau malapetaka yang bakal menimpa ke atas manusia disebabkan oleh GMO.
Kebanyakan pembuat vitamin tahu bahawa orang awam curiga dengan bahan GMO ini. Mereka secara diam-diam menambahnya dalam supplemen. Oleh itu, jangan sembarangan membeli supplemen vitamin C. Sekiranya tidak jelas dinyatakan sesuatu produk itu bebas-GMO (GMO-free) atau samar sumber bahannya, maka lebih selamat menganggapnya sebahagian dari GMO. Produk GMO kadangkala dilabelkan ‘Natural’, dan disahkan pula oleh US- FDA. Namun, produk tersebut tetap dari bahan GMO.
Bagi mereka yang mengutamakan kesihatan, elak dari produk makanan, supplemen vitamin dan zat gizi, yang dihasilkan dari bahan GMO. Carilah produk bebas-GMO. Malangnya, sulit mendapatkannya. Di USA sendiri, kira-kira 80% produk kesihatan adalah dari bahan GMO. Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand juga menjadi destinasi lambakan bahan-bahan makanan GMO. Kebanyakan supplemen vitamin C di buat dari jangung-GMO, akhir-akhir ini dari ubi bit-GMO.
Sebagai garis panduan untuk mengelak dari membeli bahan GMO, lihat label “100% organic” atau dilabelkan oleh pihak ke3 sebagai projek "non-GMO." Hanya label ini yang memastikan produk atau makanan tersebut 100% bebas-GMO. Vitamin C dari Kakadu Plum, Camu-Camu, Rosehip dan Acerola adalah “100% organic.”
Organik Atau Sintetik ? Vitamin C sintetik/tiruan dikenali sebagai Asid Askorbik atau L-ascorbik. Ia adalah ciptaan manusia, dari bahan ekstrek kimia bahan-bahan makanan. Ia di anggap tandus dan gersang kerana tidak terkandung enzim dan lain-lain faktor gandingan yang diperlukan dalam proses metabolisma.
Serbuk Asid Askorbik |
Manakala vitamin C organik bersumber dari tumbuhan yang kaya vitamin. Melalui proses 'vacuum' dingin, bebas dari bahan kimia, sumber tumbuhan tersebut dikeringkan dan dileraikan seratnya, lalu distabilkannya, kemudian di pek. Dengan cara ini seluruh jaringan vitamin dan zat-zat yang terkandung didalamnya terpelihara, tetap mujarab berfungsi apabila di makan. Tubuh tidak perlu mendapatkan faktor-faktor gandingan lain yang tersimpan di dalam tubuh untuk vitamin C dimanfaatkan oleh tubuh.
Vitamin dari sumber alami di anggap hidup kerana hadirnya hubungan tindak-balas enzim dan faktor gandingan yang lain bersamanya. Justru, pilihan terbaik adalah vitamin C bersumber dari tumbuhan dari alam semulajadi.
Vitamin C dalam ukuran milligram bagi setiap 100 gram: Kakadu Plum - 3150 mg, Camu Camu - 2800 mg, Rosehip - 2000 mg, Acerola - 1600 mg, Jujube/Kurma China - 500 mg, Baobab - 400 mg, Blackcurrant - 200 mg, Cili Benggala Merah/Paprika Merah - 190 mg, Parsley - 130 mg, Seabuckthorn - 120 mg, Jambu Batu/Kelutuk - 100 mg, Kiwi - 90 mg, Redcurrant - 80 mg, Kobis Mini Brussels - 80 mg, Laici - 70 mg, Papaya/Betik - 60 mg, Strawberry - 60 mg, Oren - 50 mg dan Lemon - 40 mg.
Inilah pilihan empat (4) produk supplemen vitamin C organik yang tersohor di dunia hari ini: Kakadu Plum, Camu Camu, Rose Hip dan Acerola.
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment