Spirulina adalah rumpai seni “cyanobacteria”, dari alam semulajadi. Sifatnya membiak di dalam air. Ia wujud sejak 3.5 billion tahun dahulu.
Spirulina padat nutrien. Nutrien didalamnya berbagai. Sangat baik dan penuh berkhasiat untuk kesihatan. Ia adalah makanan unggul “superfood" sepanjang zaman.
Spirulina Kaya Protein. Mengandungi kira-kira 60% (51–71%) protein tulen yang mudah hadam. Kandungan asid aminonya sempurna. Semuanya diperlukan oleh tubuh. Jenis-jenis asid amino yang terdapat di dalam beberapa produk spirulina yang terkenal : •asid aspartik •asid glutamik •alanine •arginine •cysteine & cystine •ethionine •glycine •histidine •isoleucine •leucine •lysine •phenylalanine •proline •serine •taurine •threonine •tryptophane •tyrosine •valine
Sesuatu protein di anggap sempurna apabila mengandungi kesemua 18 asid amino (essential dan non-essential). Sangat baik apabila tubuh dapat dibekalkan kesemua jenis asid amino sekaligus dari satu bahan makanan. Dengan demikian, sel-sel tubuh dapat secara lansung menggunakannya bagi menghasilkan enzim, hormon, kimia otak, dan berbagai lagi kehendak metabolisma tubuh.
Spirulina Padat Zat Gizi. Spirulina adalah sumber berbagai zat gizi/galian; gizi utama dan gizi kelumit (trace minerals).
Zat gizi utama dalam spirulina: •kalsium •phosphorus •potassium •magnesium •khlorida •sodium •belerang (sulfhur)
Zat gizi kelumit dalam spirulina: •Aluminium •Antimony •Barium •Beryllium •Bismuth •Boron •Cadmium •Caesium •Cerium •Chromium •Cobalt •Copper •Dysprosium •Erbium •Europium •Fluoride •Gadolinium •Gallium •Germanium •Gold •Hafnium •Holmium •Iridium •Iron •Iodine •Lanthanum •Lead •Lithium •Lutetium •Manganese •Mercury •Molybdenum •Neodymium •Nickel •Niobium •Osmium •Palladium •Platinum •Pluminium •Praseodymium •Rhenium •Rhodium •Rubidium •Ruthenium •Samarium •Scandium •Selenium •Silicon •Silver •Strontium •Tantalum •Tellurium •Terbium •Thallium •Thorium •Thulium •Tin •Titanium •Tungsten •Uranium •Vanadium •Ytterbium •Yttrium •Zinc •Zirconium.
Zat gizi (utama dan kelumit) sangat penting pada perkembangan mental dan fizikal keseluruhannya. Zat gizi menjadi komponen asas kepada hampir semua aspek dan fungsi tubuh - seperti enzim dan penghadaman, penghasilan hormon, pembinaan tulang, gigi, tisu-tisu lembut, otot, darah, sel-sel tubuh, sel-sel saraf tulang, darah, penghantaran maklumat melalui sistem saraf, kesaimbangan cecair tubuh dan tahap pH, tindak-balas otot dan pergerakan, kelahiran dan tumbesaran, penggunaan nutrien dan tenaga, dan sebagainya.
Spirulina Sumber Vitamin-Vitamin. Metabolisma tubuh memerlukan vitamin-vitamin. Spirulina juga padat dengan berbagai jenis vitamin, terutama vitamin A (beta-karotin), vitamin B-12 and B-kompleks.
•Vitamin A (beta-karotin) •B1 (thiamine) •B2 (riboflavin) •B3(niacin/nicotinamide) •B5 (asid pantothenik) •B6 (pyridoxine) •B7 (biotin) •B8 (inositol) •B9 (asid folik) • B12 (cobalamin) •C •D •E (tocopherol) dan •K
Spirulina Mengandungi Asid Lemak EFA. EFA (“essential” fatty acids) iaitu asid lemak poli tak tepu. EFA juga dikenali sebagai Vitamin F.
Spirulina mengadungi 4 - 7% lemak. Kebanyakannya adalah EFA, terdiri dari: Omega-3 (ALA, SDA, EPA, dan DHA) dan Omega-6 (LA, GLA, dan AA).

Tubuh memerlukan EFA untuk membina dan menyembuh tisu-tisu, untuk kesihatan jantung, sistem saraf, sistem kekebalan tubuh, dan untuk perkembangan otak (otak manusia mengandungi kira-kira 80% lemak). Sebahagiannya untuk menghasilkan “prostaglandins”, sejenis hormon yang mengatur tekanan darah dan keanjalan pembuluh darah. EFA juga sebagai ejen pengangkut oxygen kepada sel-sel.
Spirulina Mengandungi Nutrien Phyto. Spirulina banyak mengandungi zat phyto, berupa pigmen berwarna-warni lagi berkhasiat bagi melaksanakan proses metabolisma seluruh tubuh. Tanpanya, tindakbalas enzim menjadi lembab sehingga boleh memudaratkan sel-sel tubuh.
Pigmen yang berwarna kuning/oren adalah karotenoid. Ia adalah zat phyto anti-oksidan yang sangat berkesan. Kelompok karotenoid ini, antaranya: alpha-carotene, beta-carotene, zeaxanthin, chlorophyll-a, echinenone, lutein, licopene, cryptoxanthin, phycocyanin, echinenone, astaxanthin, xanthophyll myxoxanthophyll, canthaxanthin, diatoxanthin, 3'-hydroxyechinenone, beta-cryptoxanthin dan oscillaxanthin, phycobiliproteins c-phycocyanin dan allophycocyanin.
Spirulina Mengandungi Poli-sakkarida. Poli-sakkarida adalah jenis karbohaidrat kompleks. Poli-sakkarida “immunlina” dalam spirulina membantu mengutuhkan sistem kekebalan tubuh dengan cara mengaktifkan sel-T “monocytes” dan “macrophages” iaitu ejen pembunuh kuman dan penghapus racun. Poli-sakkarida "rhamnose" dan "glycogen" pula mudah diserap oleh tubuh, memberi tenaga segera, tanpa membebani organ pancreas untuk menghasilkan insulin.
Bagaimana Memilih Spirulina YangTerbaik ? Spirulina kini di biak secara komersial di serata dunia. Ia menjadi makanan kesihatan untuk warga dunia; dalam bentuk tablet, kepingan kering, serbuk, kapsul dan berbagai. Juga sebagai makanan tambahan kepada ternakan binatang seperti ikan, ayam, itek dan sebagainya.
1) Syarat Utama, Piawaian dan Kawalselia Pembiakan. Pembiakan spirulina perlu menurut piawaian dan kawalselia yang ketat bagi memelihara kandungan nutrien yang bernilai tinggi untuk kesihatan. Ini merupakan syarat utama. Tanpa syarat utama ini, natijahnya boleh membahayakan kesihatan pengguna.
Spesis Spirulina Beracun. Rumpai spirulina terdiri dari berbagai jenis. Di kalangannya, ada spesis yang menghasilkan toksin microcystins, BMAA dan sebagainya. Spesis spirulina beracun ini mudah tercampur dan membiak dengan spirulina tidak beracun. Apabila pembiakan spirulina tidak menurut piawaian dan kawalselia yang diiktiraf oleh badan atau pertubuhan kesihatan dunia, setengah supplemen spirulina yang dikeluarkan oleh beberapa syarikat tercemar dengan spirulina beracun ini. Meskipun kadarnya sangat sedikit, namun boleh memudaratkan perut dan usus penghadaman. Pada jangkamasa panjang, akan menyebabkan risiko kanser, terutama kanser hati.
Keracunan Logam Berat. Sewaktu membiak, spirulina menyerap zat-zat gizi dan kelumit dari jenis media air. Dan zat-zat ini akhirnya akan diserap oleh tubuh manusia. Kebimbangan ialah terdapat logam beracun seperti raksa dan plumbum (timah hitam) di dalam media spirulina. Menurut suatu lapuran dari “Chinese State Food and Drug Administration”, supplemen spirulina dari China menunjukkan tahap kecemaran racun logam berat yang tinggi.
2) Jenama-Jenama Spirulina Yang Diiktiraf Selamat. Terlalu banyak pengeluar spirulina hari ini. Berbagai jenama spirulina yang berada di pasaran. Masing-masing dengan formula dan keunggulannya tersendiri.
Badan Piawaian Spirulina |
1. syarikat-syarikat dari Amerika - Cyanotech (Hawaii), Earthrise Nutritional (California), dan RFI (Blauvelt, USA), dan
2. syarikat dari India - Parry Pharmaceuticals.
Spirulina "All Natural." Kebanyakan produk-produk spirulina Cyanotech Corp (dibawah label Nutrex dan lain-lain) mempunyai label atau sijil “All Natural". Akan tetapi, ia belum cukup untuk diperakui menurut piawaian status “Organic.” Spirulina “all natural” bebas GMO (genetically modified organism), di biak dalam suasana air tawar yang bersih dan air laut dalam yang mengandungi zat-zat asli. Pembiakannya sangat terkawal dari kecemaran, tidak menggunakan pembajaan beracun herba atau serangga, dan menggunakan teknologi proses dingin “cold processed” dan proses pengeringan Ocean Chill™ bagi membentuk tablet agar kandungan nutrien tidak musnah, tetap terpelihara di dalam pembotolan gelas yang ber-vacuum.
Spirulina "Organic." Manakala label "Organic" bererti produk yang dihasilkan tidak lansung bergantung kepada baja. Pembiakannya terkawal dan bersih dari kecemaran. Syarikat Parry Nutraceuticals berpusat di India Selatan, telah menerima sijil pengiktirafan mematuhi 4 piawaian organik utama - USDA NOP (National Organic Program) oleh IMO, (Institute of Marketecology) Switzerland, Naturland dari Germany, Ecocert and OCIA - USA. Juga mematuhi piawaian kesihatan USFDA, Jepun and Eropah.
Hanya Parry Organic Spirulina yang berjaya disahkan mematuhi piawaian program US Pharmacopeia dan pengesahan dari GRAS. Dengan demikian, USP (US Pharmacopeia) yang membolehkan syarikat tersebut melabelkan keatas produk serbuk spirulina sebagai "USP Ingredient Verified Mark", bererti kualiti produk syarikat ini adalah kekal suci, dan bebas dari kecemaran, kimia, zat-zat galian dan baja fertilizer.
Spirulina dari NOW Foods Organic Spirulina dan Swanson Brand of Organic Spirulina (tablet) adalah dari Parry Nutraceuticals. Dan banyak lagi syarikat-syarikat penjual spirulina yang mengambil bekalan spirulina dari Parry Nutraceuticals.
Samada “All Natural" atau "Organic", masing-masing mempunyai keistimewaannya tersendiri. Dan mengikut perakuan-perakuan dari badan yang di iktiraf, produk-produk spirulina dari syarikat-syarikat tersebut ini unggul dan selamat di makan !!!
No comments:
Post a Comment