‎‎0‎ ‎ ‎

Wednesday, June 26, 2013

Delima/Ar-Rumman

Sabda Rasulullah SAW,
“Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
Delima, ar-rumman, pomegranate atau berbagai nama lagi, sesungguhnya buah eksotik. Merupakan makanan atau minuman yang berkhasiat untuk kesihatan.

Hampir semua agama, kepercayaan dan mitos-mitos di dunia; seperti Mesir Kuno, Parsi Purba (Iran), mitos Greek, Yahudi, Hindu, Buddha, Kristian dan juga Islam mengistimewakannya.  Dalam al-Quran juga di sebut sebanyak 3 kali; surah al-An'am, ayat 99 dan 141, dan ar-Rahman, ayat 68, merupakan antara buah-buahan yang terdapat dalam syurga.

Delima menjadi simbol kesucian, keberkatan, kesuburan, kekayaan, anugerah, kehidupan abadi dan sebagainya. Delima juga telah digunakan untuk berbagai tujuan; makanan, minuman, perubatan dan sebagainya sebelum era Nabi Musa, bahkan sejak 8000 tahun zaman silam, sejauh yang diketahui.

Kemodenan Sains Kini beransur-ansur semakin menyingkap misteri kehebatan buah Delima.


Zat Makanan.  Dari data USDA, setiap 100 gm ulas mentah buah delima membekalkan kira-kira: 12% vitamin C, 16% vitamin K, 4% vitamin E, 36% vitamin B-Kompleks, dari keseluruhan jumlah yang diperlukan setiap hari.

Delima juga mengandungi zat-zat gizi untuk kesihatan: kalsium, besi, magnesium, manganese, phosphorus, potassium, sodium, zinc, tembaga dan selenium.  

Ulas bersekali dengan biji-bijinya mengandungi serat makanan, protein, karbohaidrat, gula dan lemak tak tepu, dan zat-zat mikro/kelumit yang sangat baik untuk kesihatan.

Zat Kimia-phyto. Beberapa kajian sains terkini menunjukkan  buah delima kaya kandungan rumpun asid polyphenol, seperti ellagitannin/punicalagin dan flavonoid. Delima juga mengandungi jenis-jenis phenol yang lain termasuk catechin, gallocatechin, dan anthocyanin.
  
Khasiat Kesihatan Delima 

1)   Anti-Oksidan Berkesan. Kajian sains mendapati kandungan anti-oksidan, asid polyphenol jenis ellagitannin, dalam delima lebih tinggi dari kebanyakan sumber makanan atau minuman lain seperti teh hijau (green tea) atau jus acai berry. Polyphenol ellagitannin adalah anti-oksidan yang berkesan membasmi radikal bebas, melindungi, merawat, memperbaiki, dan menghalang kerosakan sel-sel tubuh disebabkan radikal bebas.

2)   Anti-Kanser.  Kajian sains juga menunjukkan bahawa dengan meminum jus delima akan memberi kesan positif pada kaum lelaki yang sedang mengalami kanser prostat, dan mengurang risiko kanser payudara bagi kaum wanita. 

3)   Melancar Pengaliran dan Penyaluran Darah. Kajian klinikal juga menunjukkan nilai anti-oksidan dari minuman jus delima berkesan mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang berkaitan ‎dengan pengaliran dan penyaluran darah, melambatkan atherosclerosis (arteri menjadi keras), mengurangkan lipoprotein atau kolesterol mudharat (LDL) dari seterusnya menyebabkan pembuluh darah arteri menjadi keras (atheroscleros), mengurangkan tompokan plaque dalam arteri bahkan juga tompokan plaque pada gigi, menghalang pembekuan darah yang tak menentu atau melulu, dan mengurangkan tekanan darah. Justru, delima dapat mengurangkan risiko sakit jantung atau serangan jantung. Jus delima sangat baik di minum oleh penderita sakit jantung !

4)   Anti-Keradangan. Delima mengandungi nilai-nilai anti-keradangan dan dapat mengurangkan keradangan pada mana-mana bahagian tubuh, termasuk keradangan yang berkaitan dengan penyakit "arthritis" dan memberi kesan positif menghalang penyakit Alzheimer.

5)   Menyihatkan Sistem Penghadaman. Ulas-ulas dan biji-biji delima boleh melawaskan fungsi sistem penghadaman dan mengurangkan sembelit, cirit-birit, dan penyakit berkaitan dengan penghadaman. 

6)   Mengutuhkan Sistem Kekebalan Tubuh. Vitamin C yang terkandung dalam delima membantu mengutuhkan sistem kekebalan tubuh dari serangan penyakit atau jangkitan. 

7)   Kesuburan Lelaki. Pengambilan jus delima secara berterusan akan meningkatkan tahap hormon 'testosterone', melancarkan aliran darah, meringankan tekanan perasaan, meringankan kemurungan, merawat dan menghidupkan kembali masalah 'mati pucuk' pada kaum lelaki (Journal of Urology, July 2005).

8)   Menyihatkan Tubuh. Dua (2) jenis zat gizi yang ketara dalam jus delima ialah potassium dan manganese. Potassium penting bagi memelihara bebebagai fungsi sel-sel dan kesaimbangan cecair di dalam tubuh. Manakala manganese membantu pembinaan tulang dan berbagai proses metabolisma tubuh. 

Justru, buah delima, samada di makan mentah atau meminum jus delima, adalah amalan gayahidup yang sihat !!!‎
 ‎
Turki
Iran
Mesir
Australia


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...