Surah An-NAhl: 69, tafsirnya: "........Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."
Madu Lebah manis, pekat, lengket, kayarasa, menyegarkan. Dihasilkan oleh koloni lebah-lebah, dari nektar berbagai jenis bunga. Berkhasiat tinggi untuk kesihatan, penawar kepada bermacam penyakit.
Cara madu dihasilkan oleh koloni lebah-lebah sungguh menakjubkan. 1 kg madu melibatkan nektar dari kira-kira 4 juta bunga-bunga yang diserikan. Jarak penerbangan meliputi kira-kira 177,028 km. Memang madu lebah makanan anugerah.
Unik. Berkurun lamanya sejak zaman silam purba Mesir, Greek, Roman, Mesopotamia, India, China dan Nusantara, madu menjadi makanan istimewa serta ramuan perubatan. Hebatnya madu sehingga tersurat di dalam kitab-kitab agama dan kepercayaan. Dan khusus di dalam al-Qur’an.
Jenis-Jenis Madu
1 Madu Lebah Liar adalah mentah, asli, tulen. Tidak mengandungi gula sukros. Terhasil dalam berbagai warna; bening, kekuningan, kesusuan, keemasan, kemerahan, kehitaman dll. Warna dan rasa antara satu dengan yang lain sedikit sebanyak berbeza, bergantung kepada jenis-jenis bunga yang di hisap nektarnya, dan jenis spesis lebah itu sendiri.
2 Madu Mentah Ternakan masih mengandungi sedikit sukros. Penternak memberi sukros atau sirup jangung kepada lebah-lebah sebagai peransang mempercepat pembiakan koloni lebah-lebah. Hasilnya, madu lebah-lebah ternakan lebih bening warnanya dan kurang pekat.
3 Madu Lebah Kelulut mengandungi lebih banyak unsur anti-oksidan; lebih asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang tergolong dalam kumpulan asid fenol. Kelulut mengeluarkan propolis yang mengandungi nilai-nilai anti-biotik semula jadi, anti-mikrob, anti-fungus, anti-tumor, dan anti-kanser.
4 Madu Tiruan, inilah produk penipuan. Pintarnya para pembuat sehingga warna, rasa dan aromanya seakan-akan sama dengan madu asli. Sangat menyakinkan, masyarakat umum sentiasa tertipu. Madu tiruan tidak menyihatkan, bahkan sebaliknya kerana mengandungi gula sukros, sirap jagung dan bahan-bahan lain yang samar. Sehingga kini, undang-undang belum berkesan membantras perusahaan dan kegiatan penjualan madu tiruan ini !!!
Nutrien Madu
Madu kaya dengan berbagai zat makanan.
Sumber terbaik - karbohaidrat monosakkarida, disakkarida dan polisakkarida; berjenis glukos, fruktos, maltos, laktos dan glaktos. Gula-gula ringkas dan spara-ringkas ini mudah di serap sebagai tenaga.
Madu juga mengandungi protein. Asid amino didalamnya sempurna, melebihi 22 jenis. Dan kandungan enzim aktif, melebihi 5,000 jenis.
Zat-zat gizi didalamnya melebihi 27 jenis. Antaranya: kalsium, besi, magnesium, phosphate, potassium, sodium, zinc, copper, manganese, iodine, selenium, florida dan berbagai zat-zat kelumit.
Madu juga mengandungi vitamin-vitamin. Antaranya: vitamin C, B1, B2, B3, B6 dsbnya.
Kandungan air serta pH-nya rendah. Justru, madu tidak pernah rosak, tidak pernah basi, tidak perlu di simpan di dalam peti sejuk. Di simpan lama, nilai-nilai nutriennya tetap terpelihara.
Sifat-sifat sedemikian ini memertabatkan madu sebagai makanan istimewa kepada manusia.
Khasiat Kesihatan
Banyak kajian dan ujikaji sains telah menyingkap khasiat madu.
1) Madu Memelihara Sel-Sel Tubuh. Madu memiliki nilai anti-oksidan yang berkesan menyirna radikal bebas, merawat dan memulihkan sel-sel dan tisu-tisu tubuh, melindungi tubuh dari cepat di mamah usia, dan dari penyakit kanser.
Hasil kajian sains mendapati madu mengandungi bahan-bahan anti-oksidan; seperti asid fenol, asid askobik, enzim-enzim glucose oxidase, catalase dan peroxidase. Unsur-unsur anti-oksidan tersebut ini mampu melindungi sel-sel tubuh dari kesan negatif radikal bebas, dan menghalang cetusan radikal bebas dari terus merebak dan merosakkan sel-sel tubuh.
*Amalan, madu dan serbuk kayu manis di larut ke dalam air suam, di minum setiap hari: kulit kembali anjal dan segar, awet muda, usia juga bertambah.2) Madu Memampan Sistem Kekebalan Tubuh. Madu bukan sahaja anti-oksidan, bahkan memiliki nilai anti-biotik yang mengutuhkan sistem kekebalan tubuh. Kajian sains menunjukkan bahawa permakanan madu yang berterusan dapat menguatkan sel-sel darah putih “leukocytes” di seluruh tubuh; terutama dalam organ-organ "lymphoid": kelenjer thymus, limpa, limfa, dan tulang sumsum.
Sebagai anti-biotik, madu berkesan menghapus dan mengekang rebakan kuman-kuman dan anasir mudarat yang menyebabkan penyakit kepada tubuh; seperti salmonella, eschericia coli, shigella, vibrio cholera dan lain-lain lagi. Ada juga bakteria yang tidak lut dengan ubat anti-biotik moden; termasuk “golden staph atau staphylococcus aureus.” Namun anti-biotik asli dalam madu mampu menghapusnya.
*Amalan, madu dan serbuk kayu manis di larut ke dalam air suam, di minum setiap hari:3) Madu Memelihara Sistem Pencernaan. Sistem pencernaan yang sihat adalah penting bagi membina dan memelihara kesihatan tubuh. Bermula dari rongga mulut, lalu ke kerongkong "oesophagus", seterusnya ke usus kecil dan akhirnya ke usus besar, sistem pencernaan harus sentiasa sihat dan berfungsi dengan baik agar kuman-kuman tidak menjadikan saluran-saluran tersebut ini sebagai tempat pembiakan dan perebakan penyakit.Madu merupakan tonik pembersih kuman bakteria dan pemulihara sistem pencernaan.
(1) memperteguh sistem kekebalan tubuh dan melindungi tubuh dari serangan beberapa jenis kuman.
(2) berkesan menghapus kuman di dalam organ hempedu.
(3) kajian dari Universiti Copenhagen, berkesan meredakan kesakitan dan merawat penyakit arthritis.
Sebagai anti-bakteria, madu menghapus bakteria-bakteria bahaya yang merosakkan usus, menjadikan usus kembali pulih dan sihat. Madu juga berupaya menghapus, mengekang pertumbuhan dan pembiakan bakteria “helicobacter pylori, escherichia coli dan candida albicans” yang menyebabkan keradangan usus, gastrik atau ulser.
Di samping itu, madu pula mengandungi beberapa jenis bakteria bermanfaat yang membantu perkembangan flora pencernaan di dalam usus. Flora pencernaan yang baik adalah perlu untuk kesihatan tubuh.
*Amalan, madu dan serbuk kayu manis di larut ke dalam air suam, di minum setiap hari:4) Madu Merawat Sakit Kerongkong dan Batuk. Nilai-nilai anti-kuman dan anti-keradangan yang terkandung di dalam madu dapat meredakan kesakitan, menyembuh sakit kerongkong atau batuk, bahkan mampu membunuh kuman-kuman yang menjadi penyebabnya.
(1) berkesan merawat sakit perut, gastrik, ulser usus, dan juga kanser tulang.
(2) berkesan untuk merawat masalah nafas berbau.
(3) madu dan serbuk kayu manis, di aduk lalu tampalkan pada gigi yang sakit, akan meredakan kesakitan.
*Amalan, madu dan serbuk kayu manis di larut ke dalam air suam, di minum setiap hari:5) Madu Melancar Fungsi Jantung Dan Darah. Madu juga sebagai tonik pencuci darah dari bahan-bahan toksik di dalam darah. Madu juga melindungi saluran darah agar tidak menyempit atau tersekat.
- di minum untuk beberapa hari, dapat meredakan batuk-batuk, selsema, dan mengurangkan kahak di dalam rongga pernafasan dan paru-paru.
Pemakanan madu berterusan dapat menurunkan kadar kepekatan kolestrol LDL bahaya berserta lemak-lemak jenis lain dan meningkatkan kadar kolestrol HDL bermanfaat di dalam darah. Lebih tinggi kadar HDL meningkat, lebih banyak kadar LDL yang disingkirkan dari tubuh. Natijahnya, mengurangkan tekanan darah tinggi dan lebih menyihatkan jantung.
Amalan permakanan madu yang berkekalan setiap hari mampu mengurangkan risiko serangan jantung !!!
*Amalan, madu dan serbuk kayu manis di larut ke dalam air suam, di minum setiap hari:6) Madu Anti-Kanser
(1) berkesan mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah. Jika sudah terkena serangan jantung, berkesan menghindar kemungkinan serangan berikutnya.
(2) berkesan mengurangkan sesak pernafasan dan paru-paru berair.
(3) untuk orang lanjut usia, berkesan meredakan saluran darah dari menjadi keras dan tersekat oleh tompokan lemak.
Madu memiliki sifat-sifat anti-kanser dan anti-tumor, digunakan sebagai rawatan alternatif kepada kanser.
"Phenols" yang terkandung di dalam madu adalah satu kumpulan asid kimia organik yang memiliki ciri-ciri asli anti-kanser. Kumpulan phenols ini, samada ringkas atau kompleks, termasuk asid karbolik, asid caffeic, phenyl esters, galangin, kaempferol, chrysin, pinocembrin, apigenin, quercetin, acacetin dan pinobanksin.
Kajian mendapati bahawa apabila asid caffeic di sapu pada bahagian tubuh dapat melindungi dari radiasi UVB. Chrysin dan phenyl esters pula dapat mencegah dari kanser rahim. Kaempferol berkesan melawan sel-sel kanser paru-paru dan sel-sel leukemia. Pinocembrin dan Pinobanksin berkesan terhadap beberapa sel-sel kanser termasuk bahagian tisu paru-paru dan tali pusat rahim wanita “umbilical cord”. Apigenin berkesan mencegah pembiakan sel-sel kanser terhadap payudara, hati, mata, rahim and usus.
7) Madu Merawat Luka dan Kelecuran
Madu digunakan untuk merawat luka, cedera, kelecuran, termasuk juga penyakit kaki di makan air “athlete foot” , kesakitan arthritis, alahan kulit “eczema”, bahkan gatal-gatal dan ruam-ruam pada kulit.
Madu adalah anti-kuman yang dapat menghapus kuman, menghalang jangkitan dan perkembangan bakteria. Zat-zat makanan di dalam madu berkesan menyembuh luka dan kelecuran dari api, menyumbang kepada proses kesembuhan dan membina kembali sel-sel tubuh dan memulihkan tona kulit. Sebagai anti-keradangan, madu mengurangkan bengkak dan kesakitan, menyembuhkan dengan cepat, bahkan mengurangkan kesan parut.
Madu juga berkesan membunuh bakteria pada kulit yang mengalami ruam, keradangan, gatal-gatal atau pun jerawat di muka. Kandungan “flavonoids” dan “ pinocembrin” di dalam madu berfungsi sebagai anti-bakteria. Pinocembrin merupakan anti kepada bakteria ”staphylococcus aureus”, jenia bacteria yang terdapat di alam sekeliling yang menyebabkan jangkitan, terutamanya pada luka.
*Amalan, madu di aduk dengan serbuk kayu manis lalu di tampal:
(1) pada tempat terkena gigitan atau sengatan binatang, berkesan untuk mereda dan merawat kesakitan bisa.
(2) pada jerawat, panau, kurap, kaki atau bahagian sudut tubuh berair "eczema" sebelum tidur, berkesan merawatnya.
Madu sumber utama karbohaidrat semulajadi, membekalkan tenaga kepada tubuh. Gula karbohaidrat yang terdapat di dalam madu seperti fruktos, glukos, maltos, laktos adalah berjenis monosakkarida, iaitu gula ringkas yang lansung segera di serap ke dalam tubuh memberi tenaga sertamerta yang diperlukan. Madu mudah di cerna dan di serap, meskipun oleh usus sensitif atau mengalami keradangan.Madu amat sesuai di makan oleh para olahraga atau ahli sukan.
Madu yang juga mengandungi gula berjenis disakkarida dan trisakkarida agak lambat bagi tubuh menyerap untuk menjadikannya sebagai tenaga; dengan demikian, dapat membekalkan tenaga yang berterusan, menambah stamina dan mengurangkan keletihan pada otot-otot sewaktu tubuh menjalani latihan intensif.
Madu memberi tenaga tetapi tidak menambahkan berat badan atau kegemukan. Kandungan nutrien di dalam madu menjadikan suhu tubuh agak panas tetapi tidak dikhuatiri membahayakan. Kesan ini disebabkan tindakan nutrien-nutrien di dalam tubuh yang membakar lemak di dalam darah, mengurangkan kadar kolestrol LDL bahaya dan meningkatkan kadar kolestrol HDL manfaat. Tubuh akan jadi banyak mengeluarkan keringat meskipun dengan sedikit pekerjaan yang dilakukan; cara alami tubuh mengeluarkan bahan-bahan sisa, termasuk juga lemak-lemak, yang tidak diperlukan oleh tubuh.
*Amalan, madu dan serbuk kayu manis di larut ke dalam air suam, di minum setiap hari:9) Madu Dan Penyakit Kencing Manis
(1) di waktu pagi sebelum sarapan dan di waktu malam sebelum tidur, akan meruntuhkan lemak badan yang menyebabkan kegemukan atau buncit perut.
(2) menambahkan tenaga, keampuhan dan keanjalan tubuh.
(3) di kalangan masyarakat Cina, Jepun dan Timur Jauh, memperkuat organ peranakan bagi wanita.
(4) di kalangan masyarakat Yunani dan India perubatan Ayurvedia, menambahkan kandungan air mani, merawat mati pucuk "impoten", menyihatkan kesuburan sistem peranakan.
Bolehkah pesakit kencing manis memakan madu? Asal jangan berlebihan, madu adalah pilihan yang lebih baik dari gula sukros, sirup jagung dan pemanis-pemanis tiruan lainnya.
Gula-gula asli yang terdapat di dalam madu tidak mendatangkan sebarang masaalah kepada pancreas. Gula di dalam madu tidak membuat paras gula di dalam darah menjadi tidak menentu, malahan tetap stabil. Pancreas tidak di paksa secara mendadak mengeluarkan insulin yang banyak bagi menerima madu. Ujikaji makmal menunjukkan bahawa pengambilan madu oleh pesakit kencing manis ada memberi kesan yang baik mengurangkan lemak di dalam darah berserta lemak-lemak lainnya, menurunkan kadar kepekatan kolestrol LDL bahaya dan meningkatkan kadar kolestrol HDL bermanfaat. Keadaan ini membantu mengurangkan keparahan penyakit kencing manis.
Perhatian !
Madu asli menyihatkan dan selamat dimakan. Meskipun begitu, terdapat setengah jenis madu yang dicemari bakteria “Spora C. Botulinum” atau spora botulisma, yang menyebabkan keracunan makanan. Tanda-tanda keracunan makanan disebabkan oleh spora botulisma; mengalami kekejangan "cramp" perut atau juga memulas, rasa loya, muntah-berak atau juga demam.
Spora ini boleh mendatangkan bahaya kepada bayi yang mana sistem kekebalan dan sistem pencernaan tubuhnya masih belum berkembang dan utuh untuk menanggani jenis spora ini.
Kesan-kesan ketara; bayi mengalami sembelit, tubuh bayi layu dan lesu, menangis merenget sayu, mata layu, tidak selera makan, cirit-birit. Kesan kronik; kelumpuhan pada otot-otot bayi dan akhirnya boleh membawa maut.
Atas alasan ini, sebagai langkah berhati-hati, The National Institutes of Health, Amerika Syarikat, menasihatkan "bayi di bawah usia 1 tahun tidak sesuai mengambil madu sebagai makanan kerana terdapat risiko spora c. botulisma !!!"
Jenama dari negara Cina lebih murah sehingga dicurigai kualitinya. Di USA, banyak komplain dan bukti kecemaran diketengahkan. Mungkin hanya sesuai sebagai bahan pemanis kepada kek-kek dan sebagainya.
Memilih Madu
1 Mentah, Liar "raw". Madu mentah, liar, 'raw' adalah pilihan utama. Madu ini hanya di tapis/saring agar bahan-bahan yang tidak tersengaja seperti habuk-habuk kayu dan sebagainya dapat dipisahkan dari madu. Tapisan tidak merosakkan enzim-enzim, vitamin-vitamin dan zat-zat nutrien yang terkandung didalamnya. Dan madu tersebut masih mengandungi sisa-sisa debunga asli “pollen” yang juga sangat berkhasiat untuk kesihatan. Madu yang pekat dan berkeladak menunjukkan bahawa madu tersebut masih banyak mengandungi pollen, propolis, vitamin-vitamin, zat-zat galian/gizi, enzim-enzim, vitamin-vitamin dan berbagai jenis zat makanan lain yang mana sehingga kini masih belum dikenalpasti oleh para pengkaji madu.
2 Madu "un-pasteurized". Setengah madu di pasteurais. Bererti, proses pemanasan dilakukan untuk menghapus kuman-kuman yang mungkin berada di dalam madu. Dengan cara ini, madu tampak segar, bersih dan menarik perhatian. Masalahnya, kesan dari proses pasteurais ini akan menyirna banyak khasiat-khasiat bermanfaat yang terkandung di dalam madu.
|
|
|
|
Madu Lebah Kelulut, Malaysia |
Sememangnya madu menjadi pilihan terunggul untuk kesihatan !!!
No comments:
Post a Comment