Vitamin C Organik adalah pilihan yang terbaik untuk membina kesihatan tubuh !!!
Vitamin C Organik adalah vitamin C sebenar. Bersumber dari alam semulajadi/alami. Ia lengkap, sempurna. Terhasil dari proses tindak-balas bio-kimia yang melibatkan beberapa komponen yang berbeza. Komponen-komponen yang mewujudkan vitamin C seperti berikut:
V i t a m i n C = bioflavonoids + rutin + ascorbinogen + tyrosinase + Faktor J + Faktor K + Faktor P + Zat Gizi Kelumit + Asid AskorbikSetiap satu komponen dalam jaringan C, saling memberi tindak-balas bio-kimia. Setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza. Beberapa peringkat tindak-balas bio-kimia perlu berlaku. Setiap peringkat bergantung pada nisbah tertentu setiap komponen. Aktiviti vitamin hanya berlaku apabila nisbah tertentu terpenuhi. Apabila semua komponen hadir dalam nisbah yang diperlukan, maka proses tindak-balas bio-kimia akan berlansung bagi menghasilkan vitamin C. Aktiviti vitamin juga melibatkan waktu dan ketika yang bertepatan dengan nisbah-nisbah komponen tersebut.
Vitamin C tidak boleh wujud tanpa jaringannya. Sekiranya sebahagian atau salah satu dari komponen-komponen jaringan tidak hadir, aktiviti bagi menghasilkan vitamin akan terbantut. Bagi meneruskan aktiviti jaringan vitamin, sistem tubuh terpaksa mengambil komponen yang tidak ada dalam jaringan, dari nutrien yang tersimpan dalam tubuh.
Vitamin C jenis ini hanya di perdapat dengan cara mengambil buah atau bahagian dari pohon yang kaya vitamin, mengeringkannya, pecahkan seratnya melalui proses vacuum dingin, bebas dari kimia, kemudian dipekkan. Seluruh jaringan vitamin dengan cara ini akan terpelihara. Fungsi dan keutuhan nutrien juga kekal. Bila di makan, tubuh tidak perlu mengambil simpanan dalam tubuh apa-apa komponen bagi memenuhi kehendak jaringan vitamin tersebut.
Asid Askorbik, sering dilabel dan disamakan sebagai vitamin C. Ramai yang turut memilih vitamin C "Asid Askorbik” atau "L-ascorbic acid" atau "ascorbate" ini, beranggapan ia adalah vitamin C sebenar. Hakikatnya, asid askorbik bukan vitamin C sebenar.
Asid Askorbik bukan vitamin C pada keseluruhannya. Komponen-komponen lain perlu ada bagi mewujudkan vitamin C sebenar. Ia adalah sebahagian dari komponen yang membentuk jaringan vitamin C. Lebih khusus, ia adalah selaput atau kulit luar, bersifat anti-oksidan, yang berfungsi melindungi kesemua komponen jaringan vitamin C agar dapat terus berfungsi dengan baik, tidak luluh atau beroksidasi dengan cepat.Apabila asid ascorbik dipisahkan dalam bentuk sintetik komersial, menamakannya vitamin C adalah suatu kekeliruan.
Asid ascorbik yang berada di pasaran adalah bahan kimia tercipta dari makmal, tiruan kepada asid askorbik alami. Ia satu unsur atau molekeul tunggal yang terpisah dan tidak mampu bertindak sendiri. Ia tidak lansung mengandungi zat-zat gizi kelumit, sepertimana vitamin C organik, yang perlu bagi menyempurnakan tindak-balas bio-kimia antara komponen-komponen jaringan. Asid ascorbik terpaksa bergantung, mengerah dan menyedut semua komponen-komponen yang perlu hadir dalam jaringan vitamin C, mengambil dari serata tisu-tisu tubuh untuk menjadikan asid askorbik tersebut dapat dimanfaatkan oleh tubuh. Sekiranya tubuh tidak mempunyai cukup simpanan, maka lebihan asid askorbik tidak dapat digunakan, akan dikeluarkan melalui sistem kumuhan tubuh.
Serbuk/Bubuk Vitamin C
Vitamin C Organik boleh di perdapat dalam bentuk tablet, kapsul atau pun serbuk/bubuk. Serbuk/bubuk adalah terbaik. Di tambah dengan air lansung di minum. Mudah larut air. Lebih cepat di serap oleh sistem penghadaman jika dibandingkan dengan tablet atau kapsul. Sesuai untuk semua orang, dewasa dan kanak-kanak.
Banyak jenama pilihan yang dihasilkan dari buah-buahan yang kaya vitamin C; seperti oren, kiwi, blueberry, goji berry dll.
Pilihan vitamin tablet sepatutnya menjadi pilihan terakhir. Bagi membentuk dan mengekalkan bentuk tablet, beberapa jenis bahan pengisi "fillers" dan pembentuk "binders" diperlukan. Jenis bahan fillers dan binders ini yang diragukan. Dikhuatiri di buat dari bahan GMO. Label pun tidak menyatakannya.
Serbuk vitamin C organik dari buah-buahan, bebas GMO adalah pilihan yang terbaik bagi pengguna !!!
No comments:
Post a Comment