‎‎0‎ ‎ ‎

Friday, June 28, 2013

Pati Jus Kurma (Tamar) !!!


Sabda Rasulullah SAW:

"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan ‎penghuninya kurang sihat".

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, ‎kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan ‎akan menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."‎

Kurma atau tamar teristimewa   !!!   

Makanan resmi warga Arab, digemari oleh hampir seluruh umat islam di dunia. Allah dan RasulNya telah memartabatkan kurma sebagai makanan yang sangat berkhasiat. Terdapat 21 ayat di dalam al-Quran menyebut perihal kurma. Makanan utama Rasulullah SAW, pilihan kurma ajwah. Kurma menjadi simbol makanan umat islam.

Buah kurma enak di makan, mentah atau ranum. Sarat dengan berbagai jenis zat makanan; vitamin, zat gizi utama, gizi kelumit, zat kimia-phyto dll, penting semuanya dan diperlukan bagi tumbesaran dan kesihatan tubuh pada keseluruhannya. Tahan lama di simpan. Boleh di buat jus, jem, kek, atau di adun ‎dengan makanan-makanan lain sebagai hidangan penambah kelazatan. ‎

Nutrien Kurma

Buah kurma mentah, segar dan lembut isinya. Mengandungi karbohidrat yang tinggi, kira-kira 50 - 70 %. ‎

Juga mengandungi berbagai vitamin penting: A, C, K, dan B-Kompleks yang sempurna seperti B1 (thiamin), B2 (riboflavin), ‎B3 (niasin), B5 (asid pantothenik), B6 (pyridoxine) dan B9 (folates).

Termuat juga berbagai ‎zat galian/gizi utama: kalsium, tembaga, besi, ‎magnesium, manganese, phosphorous, zinc, potassium dan sodium. Terdapat juga zat gizi kelumit dan zat kimia-phyto yang menyumbang kepada kesihatan tubuh.

Kurma bebas kolesterol, amat baik untuk ‎meredakan tekanan darah tinggi. Mengandungi serat makanan yang menyihatkan, kira-kira 15-20 %, amat baik bagi kesihatan usus penghadaman.

Semua zat-zat makanan yang terdapat di dalam buah kurma, menjadikan ia sebagai makanan ‎berkhasiat tinggi untuk kesihatan.

Khasiat Kesihatan

1    Kurma Memberi Tenaga. Kurma kaya dengan zat gula karbohaidrat; fruktos, glukos dan dextros, terserap lansung sebagai tenaga. Gula semulajadi/alami, tidak membahayakan pada orang yang sihat normal.

Namun, pesakit ‎kencing manis "diabetes" tidak digalakkan memakan buah atau meminum jus kurma terlalu banyak, dikhuatiri tahap gula di dalam darah meningkat dan memjejaskan kesihatan.

2‎    Kurma Banyak Vitamin. Vitamin yang ketara dalam kurma ialah A, B-Kompleks dan K.

Sumber sederhana vitamin-A (149 IU / 100 gm), menjadikan kurma memiliki nilai anti-oksidan dan sangat baik untuk kesihatan mata. Vitamin A juga memelihara lembapan kepada selaput tisu-tisu dan lapisan-lapisan kulit agar terpelihara segar dan sihat. Juga bertindak melindungi paru-paru dan gusi dari merebak menjadi kanser.‎

Vitamin B-kompleks di dalam kurma adalah sempurna. Berfungsi sebagai faktor gandingan kepada metabolisma karbohaidrat, protein dan lemak. Bertindak mengawal kadar gula dan asid lemak dalam darah. Manakala vitamin K, sangat diperlukan oleh tubuh untuk mengendali kecairan dan kepekatan darah, dan ‎juga terlibat dalam metabolisma tulang. ‎

3‎   Kurma Kaya Zat Gizi.  ‎Buah kurma kaya dengan zat-zat gizi:  kalsium, manganese, magnesium, tembaga, besi, phosphorus dan ‎zinc. ‎

Kalsium penting bagi pertumbuhan dan pemeliharaan tulang dan ‎gigi yang sihat. Penting untuk keanjalan otot-otot, pembekuan darah apabila ‎tercedera, dan kesihatan sistem saraf. ‎Manakala magnesium diperlukan untuk tumbesaran dan ketumpatan tulang, dan mencegah tulang menjadi ‎rapuh/osteoporosis.‎

Manganese diperlukan sebagai faktor gandingan kepada enzim anti-‎oksidan “superoxide dismutase” untuk membina ‎sel-sel tubuh dan kulit agar sentiasa sihat, segar, tegang, dan tidak cepat berkedut.

Kurma mengandungi banyak zat besi (0.90 mg/100 gm, kira-kira 11% RDI) diperlukan dalam pembinaan ‎sel-sel darah merah yang berfungsi membawa zat-zat makanan ‎dan oxygen ke seluruh tubuh. Manakala tembaga juga diperlukan oleh tubuh dalam penghasilan sel-sel darah merah. ‎

Kurma juga banyak mengandungi zat gizi potassium "electrolyte"  (696 mg/100 gm, kira-kira 16% RDI). Potassium adalah komponen yang penting dalam sel-sel dan cecair tubuh, menyumbang kepada pengawalan kadar degup/denyut jantung dan tekanan darah. Potassium bermanfaat bagi melindungi dari serangan jantung dan pelbagai komplikasi ‎organ jantung.

4    Kurma Bersifat Anti-Oksidan.  Kurma mengandungi anti-oksidan alami 'flavonoid ‎polyphenolic' dikenali sebagai “tannins.” Kelompok tannins: beta-carotene, crypto-xanthin, lutein dan zeaxanthin. Tannins adalah anti-‎jangkitan/penularan, anti-keradangan dan anti-pendarahan. Dan juga anti-bakteria dan anti-kulat untuk kesihatan usus.

Tannins melindungi tubuh dari serangan radikal bebas, dan menyumbang kepada kekuatan ‎dayatahan tubuh. Anti-oksidan ini berperanan melindungi sel-sel dan organ-organ di dalam ‎tubuh dari bahaya radikal bebas yang menyebabkan beberapa jenis kanser kepada usus ‎besar, prostat, payudara, organ peranakan, paru-paru dan pancreas; bahkan, boleh ‎menjejaskan DNA manusia. Justru, kurma adalah anti-kanser.

Sementara zeaxanthin pula penting untuk kesihatan mata. Zeaxanthin diserap oleh retina ‎mata. Bertindak sebagai anti-oksidan dan berfungsi sebagai pelindung pada silauan cahaya ‎pada mata. Juga, melindungi dari kekejangan otot dan kekedutan kulit. ‎

5     Kurma Terbaik Untuk Wanita Hamil. Kurma adalah makanan istimewa diciptakan untuk wanita.

Kandungan zat makanan di dalam kurma semuanya diperlukan oleh wanita yang sedang hamil dan selepas bersalin. Kurma menjadikan otot-otot peranakan lebih kuat, memudah ‎proses bersalin, dan mengurangkan pendarahan sewaktu dan selepas bersalin. ‎

Zat besi dan kalsium adalah unsur yang paling tinggi ‎bagi menambah susu ibu. Masalah kekurangan susu dapat di ransang penghasilan susu dengan kurma.

Kajian ‎sains menunjukkan anak yang disusui ibu yang selalu memakan buah kurma, akan ‎mempunyai daya tahan dari serangan pelbagai penyakit semasa hayatnya.

Pati Jus Kurma

Pohon kurma banyak tumbuh di negara-negara Timur Tengah: Arab Saudi, Algeria, Iraq, Sudan, ‎Oman, Libya, Tunisia, Morocco, Yamen, Nigeria, Turkey, Qatar, Mauritania, Chad dll. Banyak jenis kurma; Ajwah, Deglet Noor, Medjool/Mujhoolah, Ambarah, Mariami dan sebagainya. Amnya, semua jenis kurma baik untuk kesihatan.

Di rantau Asia Tenggara belum terlihat ladang kurma diusahakan. Sulit mendapatkan bekalan buah kurma yang mentah dan segar. Justru, pati jus kurma menjadi pilihan terbaik agar manfaat buah kurma tetap diperolehi     !!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...