Apakah Penyakit Milroy?
Penyakit Milroy adalah penyakit “Primary Lymphedema.” Ciri-cirinya bengkak mengelembung pada sebelah atau kedua belah kaki, terutama dari bahagian betis menurun ke bawah hingga ke telapak dan jari-jemari kaki. Bengkak mengelembung ini membuat kulit menjadi lembut, meregang, sensitif, dan sakit apabila di sentuh.
Bengkak juga boleh berlaku pada bahagian lain; buah zakar bayi, saluran pundi air kencing yang boleh menyebabkan masalah pembuangan air kecil, ibu jari kaki membengkak sehingga melencong ke atas, kulit kasar gerutu, urat-urat darah membengkak sehingga jelas terbayang, atau kesan-kesan parut seperti dijangkiti bakteria.
Gejala penyakit ini dapat di lihat sebaik saja bayi dilahirkan. Justru, penyakit ini di anggap sebagai bawaan bayi sejak dilahirkan! Penyakit Milroy sangat jarang berlaku; di anggap sebagai kes terpencil!!!
Bengkak mengelembung ini disebabkan sistem limfa (lymphatic system) dalam tubuh bayi yang gagal berfungsi dengan sempurna. Kegagalan fungsi ini mungkin kerana terdapat mana-mana organ dalam sistem limfa tercedera, terjejas, tersekat, tersumbat atau tidak terbina dengan baik.
Penyakit Milroy adalah penyakit “Primary Lymphedema.” Ciri-cirinya bengkak mengelembung pada sebelah atau kedua belah kaki, terutama dari bahagian betis menurun ke bawah hingga ke telapak dan jari-jemari kaki. Bengkak mengelembung ini membuat kulit menjadi lembut, meregang, sensitif, dan sakit apabila di sentuh. Bengkak juga boleh berlaku pada bahagian lain; buah zakar bayi, saluran pundi air kencing yang boleh menyebabkan masalah pembuangan air kecil, ibu jari kaki membengkak sehingga melencong ke atas, kulit kasar gerutu, urat-urat darah membengkak sehingga jelas terbayang, atau kesan-kesan parut seperti dijangkiti bakteria.