‎‎5‎ ‎ ‎

Thursday, August 1, 2013

Menyihatkan Paru-Paru

Organ Paru-Paru

Paru-paru adalah organ sistem pernapasan di dalam tubuh. Organ pernafasan penting bagi memelihara kesihatan seluruh tubuh. Amnya, paru-paru mempunyai 2 fungsi: melibatkan pernafasan, dan tidak melibatkan pernafasan.‎

Fungsi Pernafasan

Paru-paru menyerap oxygen dari udara ke dalam tubuh melalui hirup/tarik ‎nafas. Di dalam tubuh, oxygen di tukar dengan karbon dioksida dalam darah yang dikeluarkan dari tubuh melalui hela nafas, melintasi saluran-saluran pernafasan. ‎

Pertukaran oxygen dengan karbon dioksida berlaku di dalam gerombolan bebola/bebelon sangat kecil ‎disebut “alveoli.” Oxygen memasuki melalui rongga hidung dan mulut, melintasi saluran ‎hidung "nasopharynx", saluran mulut "oropharynx", ke saluran tekak "larynx" dan kerongkong ‎‎"trachea', terus menuju ke beberapa saluran udara kecil "bronchi)" dan saluran udara paling kecil "bronchioles", ‎sehingga akhirnya sampai ke gerombolan bebola "alveoli." Disitulah berlaku proses pertukaran oxygen dengan ‎karbon dioksida dari darah. ‎

Penghirupan dan helaan udara di pacu oleh tindak-tanduk otot yang berupa lapisan tisu tipis seperti gegendang disebut “diaphragm”, terletak di bahagian bawah organ paru-paru. Apabila diaphragm di kuncup melalui tarik nafas, udara ‎akan meluru masuk melintasi saluran-saluran pernafasan ke dalam paru-paru. Dan apabila diaphragm dikembangkan melalui helaan nafas, udara ‎akan bergegas keluar melintasi saluran-saluran pernafasan.

Fungsi Tanpa Melibatkan Pernafasan

Paru-paru juga turut terlibat ‎dalam beberapa fungsi lain di dalam tubuh, tanpa melibatkan pernafasan, antaranya:‎
  • Menapis/menyaring dan memisahkan darah beku yang bertompok di dalam pembuluh darah ‎‎"vein.‎"
  • Menapis/menyaring dan memecahkan buih yang berisi udara yang berada di dalam pembuluh darah ‎vein.
  • Bertindak sebagai pelapis yang lembut empuk bagi melindungi organ jantung, kerana kedudukan organ paru-paru mengelilingi hampir seluruh organ jantung.
  • Immunoglobulin-A adalah kimia anti-kuman dari sistem kekebalan tubuh, dihasilkan di ‎dalam bronchi dan bronchioles untuk melindungi dari ‎sebarang jangkitan pada saluran pernafasan.
  • Memelihara suasana paru-paru dan saluran pernafasan agar tiada jangkitan dari kuman dengan cara menghasilkan lendir yang ‎mengandungi bahan-bahan anti-kuman. Lendir digerakkan dari bronchioles ke bronchi, lansung ke trachea, ke larynx dan seterusnya keluar melalui saluran hidung dan mulut; debu dan kuman yang turut masuk sewaktu penghirupan udara akan terjebak melekat kedalam lendir dan di bawa keluar bersama lendir-lendir tersebut, menjadikan ‎saluran pernafasan bersih dari jangkitan kuman. ‎
  • Membekalkan saluran udara untuk mengeluarkan berbagai ragam suara.
Penyakit Paru-Paru

Penyakit paru-paru terjadi samada akibat dari jangkitan kuman, kelemahan atau kerosakan pada paru-paru atau saluran pernafasan, menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan baik atau berpenyakit.‎

Penyakit paru-paru boleh berlaku pada sesiapa saja, dewasa atau kanak-kanak, tua atau muda, lelaki atau perempuan, miskin atau kaya. Penyakit paru-paru sebenarnya merbahaya, boleh membawa maut, terutamanya pada kanak-kanak di mana sistem kekebalan tubuh mereka belum cukup kuat untuk menanggani sebarang komplikasi paru-paru. Kebanyakan penyakit-penyakit yang terjadi pada paru-paru adalah disebabkan oleh kombinasi dari 3 kategori di bawah ini.

Tiga (3) kategori penyakit paru-paru:‎ ‎
  1. Masalah saluran pernafasan - Saluran pernafasan menjadi ‎sempit atau tersekat. Oxygen ‎dan gas-gas lain sukar melintasi ke dalam dan ke luar dari paru-paru. Penderita akan menghadapi waktu-waktu amat sulit untuk bernafas. Natijahnya, bekalan oxygen pada tubuh tidak mencukupi.
  2. Masalah tisu paru-paru – Strukur tisu paru-paru terjejas, menghasilkan selaput parut pada tisu paru-paru, dan menyebabkan paru-paru tidak dapat mengembang sepenuhnya. Keadaan ini menjadikan paru-‎paru sulit untuk menghirup oxygen ke dalam dan menghela kardon dioksida keluar sepenuhnya. Natijahnya, bekalan oxygen pada tubuh tidak mencukupi.
  3. Masalah peredaran darah dalam paru-paru – ‎Pembuluh darah sempit atau tersekat disebabkan samada darah beku, selaput parut atau keradangan pada dinding pembuluh darah. Pertukaran oxygen dan karbon dioksida di dalam alveoli terjejas. Natijahnya, bekalan oxygen pada tubuh tidak mencukupi.
Penyakit paru-paru yang sering berlaku, seperti : ‎
  • Asma/lelah – saluran pernafasan tersekat.
  • Pneumonia – keradangan pada paru-paru, tisu membengkak dan sulit untuk bernafas.‎
  • Pulmonary fibrosis dan sarcoidosis – jangkitan pada tisu paru-paru.
  • Pulmonary edema - banyak lendir yang menyebabkan paru-paru membengkak.
  • Bronkhitis – keradangan pada saluran bronchi sehingga banyak lendir menjadikan pernafasan tersekat.‎
  • Atelectasis - bebola alveoli rosak, menyulitkan pertukaran oxygen dan karbon dioksida. ‎
  • Emphysema - kerosakan pada bebola alveoli sehingga sebelah paru-paru mengecil. ‎
  • COPD (chronic obstructive pulmonary disease) – saluran pernafasan tersekat.‎
  • ILD (autoimmune interstitial lung disease).
  • Kanser paru-paru – tumor pada sel-sel dan tisu-tisu, pertumbuhan dan pembiakan yang tidak dapat dikawal sehingga ‎merosakkan fungsi paru-paru. ‎
Punca Utama Penyakit Paru-Paru

Sebenarnya, para pakar dan ahli di bidang perubatan dan permakanan belum dapat mengenal-pasti sebab-sebab yang jelas terjadinya ‎kebanyakan penyakit paru-paru. Hanya yang dapat dikenal-pasti, termasuk:‎
  • Rokok. Asap dari rokok, cerut atau paip sering dikatakan sebagai penyebab nombor 1 kepada penyakit paru-‎paru.
  • Gas Radon. Gas tanpa warna tanpa bau yang digunakan di rumah-rumah. ‎
  • Asbestos. Bahan fiber dari bahan galian bukan logam, digunakan sebagai atap rumah, "ceiling", penampan dari panas atau kebakaran ‎dan lain-lain. Asbestos mengeluarkan serat-serat halus yang seni dan berterbangan di tiup angin dan terhirup ‎oleh paru-paru. Asbestos boleh merosakkan sel-sel paru-paru, menyebabkan keradangan dan selaput parut, salah satu penyebab kepada kanser paru-paru.
  • Kecemaran Udara. Habuk-habuk dari kecemaran udara boleh memberi kesan negatif kepada paru-paru.
  • Kuman. Bacteria, virus, kulat yang menyebabkan selsema dll.
  • Kekurangan vitamin D.
  • DNA, genetik.

Menyihatkan P‎aru-Paru

1      Paru-Paru Perlukan Vitamin D, A, C dan Zat Gizi Zinc. Vitamin D, A, C dan zat gizi Zinc sangat berpengaruh pada sistem kekebalan tubuh, memperbaiki dayatahan sel paru-paru dari sebarang jangkitan yang menyebabkan berbagai jenis penyakit. Sumber terkaya vitamin D: cahaya matahari pada kulit, ikan-ikan. Supplemen vitamin D - Minyak Ikan dan Cod Liver Oil.

Vitamin D. Paru-paru yang lemah atau rosak menyebabkan sulit untuk bernafas. Kerosakan paru-paru dan saluran pernafasan selalu dikaitkan dengan kekurangan vitamin D. Penyakit-penyakit: asma, COPD dan ILD.

Asma. Paru-paru atau saluran pernafasan membengkak, pengeluaran lendir bertambah dan menebal, saluran udara sempit, paru-paru tidak berfungsi normal. Kesannya, sesak nafas, tubuh kedinginan, batuk-batuk dan lemah beraktiviti. Menurut kajian kekurangan vitamin D menyebabkan serangan asma lebih parah. Pengambilan vitamin D yang mencukupi akan memperkuat otot-otot pada paru-par dan mengurang keradangan yang membengkakkan paru-paru.

COPD. Sejenis penyakit yang melibatkan saluran pernafasan dari kerongkong ‎‎(trachea) ke beberapa saluran bronchi dan bronchioles. Paru-paru berlubang-lubang kesan dari tindakan enzim-enzim yang menghapus sel-sel tercemar di dalam paru-paru. Kajian menunjukkan pesakit COPD yang cukup vitamin D, akan bernafas lebih lega/selesa dari orang yang kurang vitamin D.

ILD. Sejenis penyakit paru-paru yang parah, yang berkemungkinan membawa maut. Penyakit ini disebabkan bengkak melampau yang meninggalkan kesan parut di dalam paru-paru. Kajian menunjukkan seseorang yang kurang vitamin D akan mengalami bengkak paru-paru lebih parah, paru-paru akan terhalang berfungsi dengan baik.

Vitamin A. Vitamin A diperlukan untuk kesihatan pada lapisan-lapisan otot dan kulit.

"The National Institute of Health's Office of Dietary Supplements, USA" menyatakan kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lapisan otot paru-paru menjadi lemah dan kurang kemampuan untuk mencegah serangan kuman, paru-paru mudah dijangkiti pneumonia dan batuk kering "tuberculosis/TB". Vitamin A sangat diperlukan oleh tubuh.

Sumber Terkaya vitamin A. Minyak Ikan dan Cod Liver Oil.  Daging, hati lembu, telur. Memilih Minyak Ikan atau Cod Liver Oil perlu perhatikan nisbah vitamin D dan A. Kebanyakan minyak ikan nisbah vitamin D dan A sehingga 1:100, bermakna terlalu banyak vitamin A berbanding vitamin D. Permakanan antara vitamin D dan A yang sesuai hendaklah dalam nisbah 1:10. Dos vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan sengal tulang, sakit kepala, pening, dan kabur penglihatan.

Vitamin C. Menurut kajian, disiarkan dalam "The American Journal of Clinical Nutrition" Jan 1994, menyatakan vitamin C yang tinggi di dalam tubuh memiliki fungsi paru-paru yang lebih lancar berbanding mereka yang kekurangan vitamin C.

Rokok, asap yang di hirup ke dalam paru-paru mencetuskan radikal bebas dan menjejas kesihatan paru-paru. Paru-paru terpaksa guna anti-oksidan dari tubuh untuk membasmi radikal bebas agar tidak terus menjejaskan fungsi paru-paru. Vitamin C adalah anti-oksidan yang berkesan untuk tujuan ini. *Perokok memerlukan tambahan 35 mg/hari.
Dos mega vitamin C tidak membahayakan kesihatan.

Sumber Vitamin C. Vitamin C terlalu banyak dan mudah di perdapat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin C mudah terhapus oleh kepanasan atau bahang api dari masakan, amalan warga timur yang memakan ulam/lalap adalah resepi sangat baik untuk kesihatan.

Zat Galian/Gizi Zinc

Zinc diperlukan oleh tubuh untuk mengutuhkan sistem kekebalan tubuh. Zinc sebagai peransang kepada aktiviti-aktiviti lebih kurang 100 enzim di dalam tubuh. Ia juga berperanan dalam metabolisma tubuh dan pertumbuhan sel-sel baru, kesembuhan dari sebarang kecederaan, pemecahan karbohaidrat, dan perkembangan DNA.

Sepertimana vitamin C, zinc adalah juga anti-oksidan. Ciri-ciri sedemikian dapat membantu mencegah sebarang kerosakan yang terdapat pada paru-paru.

Satu kajian yang disiarkan pada Jun 2008 "Respiratory Medicine" menyatakan pengambilan suplemen *22 mg zat galian zinc setiap hari (melebihi dos RNI dan RDA) boleh memperkasa  fungsi paru-paru. Bagi paru-paru yang lemah, unsur anti-oksidan yang terdapat pada Zinc dapat memperbaiki keadaan paru-paru ketika menghadapi jangkitan penyakit-penyakit.

Sumber Zinc. Daging lembu, daging kambing, ikan, keju. Labu sangat kaya dengan zinc, terutama bijinya. Bijiran, kacang, kentang, juga makanan laut seperti tiram dll.

   Paru-Paru Perlukan Madu dan Kulit Kayu Manis.Dua (2) bahan makanan alami yang sangat baik untuk kesihatan.

Madu Lebah bersifat anti-biotik/anti-kuman virus, kulat, bakteria, dan mikrob. Madu berkesan membantu tubuh melawan, mencegah dan ‎memulihara berbagai jenis penyakit. Juga sebagai anti-oksidan; menyirna radikal bebas, ‎merawat dan memulihkan sel-sel dan tisu-tisu ‎tubuh.

Serbuk Kayu Manis juga bersifat anti-biotik/anti-kuman dan berkesan menghapus, menghalang ‎sebarang ‎jangkitan dan pembiakan bakteria yang sulit dihapuskan. Serbuk Kayu Manis juga ‎anti-keradangan, ciri penting yang diperlukan bagi pesakit paru-paru.

Kedua-dua bahan ini berkesan mengurangkan kahak dan lendir di dalam rongga pernafasan dan paru-paru. Mampu merawat kerosakan pada paru-paru dan membantu meningkatkan fungsi para-paru untuk lebih lancar dan efektif.

Dos Harian: Madu dan Serbuk Kayu Manis di larut ke dalam air suam, di minum pada setiap hari, pagi dan malam. Serbuk Kayu Manis (1/2 sudu kecil memadai) boleh dicampur dengan kopi atau nescafe.

   Paru-Paru Perlukan CELLFOOD. Cellfood adalah produk "nano technology." Ia berupa cecair tulen yang mengandungi ‎ nutrien alami. Didalamnya terkumpul 78 jenis zat gizi dan "electrolytes", 34 jenis enzim, 17 jenis asid amino diperlukan oleh tubuh. Ia juga bertindak membekalkan kekayaan oxygen dan hydrogen yang diperlukan oleh tubuh. Sepertimana alam semulajadi, kesaimbangan sistem tubuh adalah kunci kesihatan yang baik. Cellfood menyerap dan membekalkan nutrien pada seluruh sel-sel tubuh. Juga terlibat dalam setiap sistem tubuh seperti kekebalan, saraf, pencernaan, metabolisma dll.

Pesakit paru-paru dan saluran pernafasan memerlukan kadar oxygen yang lebih tinggi untuk tubuh kembali pulih beroperasi tahap normal. Oxygen membersih sisa toksin dan memperbaiki kerosakan yang dicetuskan oleh radikal bebas. Radikal bebas mengancam kesihatan. Cellfood memberikan elektron yang hilang di dalam sel radikal bebas, merubahnya menjadi hidup kembali sebagai O2 yang stabil dan bermanfaat. Cellfood unik kerana membekalkan elektron yang hilang tanpa mencipta tambahan radikal bebas.

Bekalan hydrogen pada tubuh juga perlu. Tubuh menggunakannya untuk berbagai fungsi; mencuci, membina dan memperteguh sel-sel, membawa nutrien kepada otak dan seluruh tisu, mencegah keradangan, memelihara kelembapan paru-paru, juga terlibat dalam proses pencernaan dan pengeluaran sisa-sisa makanan. Kekurangan hydrogen menyebabkan kandungan air dan lemak menurun, menjadikan tisu-tisu kering, otak mengecut, wajah cengkong dan bermacam lagi komplikasi tubuh. Cellfood membekalkan hydrogen untuk mengatasi semua komplikasi ini.

*Harap ambil perhatian !!! Cellfood tidak membahayakan kesihatan. Mula meminumnya dengan dos rendah. Kekadang akan timbul sympton selsema, demam dll. selama lebih kurang seminggu. Ini adalah proses kesembuhan alami. Apabila kembali sembuh, di tambah dos, dan mungkin berlaku lagi sympton tadi. Teruskan, kerana proses penyembuhan sedang berlaku. sehingga keadaan kembali normal. Kemudian, kekalkan dos biasa seperti disarankan.

4    Paru-Paru Perlukan Kawalan Permakanan. Amalan dan gayahidup hidup harian, sengaja atau tidak, boleh menyumbang kepada kemerosotan kesihatan.

Gula Pasir@ Sukros. Masih ramai orang yang tidak tahu, tidak sedar, tidak peduli, tidak peka, dan tidak mengambil berat bahawa gula pasir@ sukros membawa padah pada kesihatan tubuh manusia. Kesan negatifnya, mengancam seluruh sistem di dalam tubuh. Gula pasir melahap semua bekalan vitamin-vitamin, zat-zat galian/gizi, dan zat-zat lain yang berada di dalam tubuh untuk membolehkan ia (gula) diserap sebagai tenaga.

Paling baik, jauhi gula pasir, dan apa jua produk yang menggunakan gula sukros; seperti minuman dalam tin, coca-cola, pepsi, gula-gula candy dll. Gantikan dengan gula melaka/jawa. Gula melaka juga pemanis, tetapi tidak mengancam kesihatan tubuh, masih mengandungi nutrien alami yang bermanfaat untuk kesihatan. Tanpa atau kurang kehadiran gula sukros di dalam tubuh akan menyumbang kepada kesembuhan segera dari apa jua penyakit dideritai oleh tubuh.

Allergi Susu. Allergi (alahan) boleh dihidapi oleh sesiapa saja. Allergi berkemungkinan terjadi dari faktor genetik/warisan keturunan, DNA yang terjejas disebabkan oleh radikal bebas dan sebagainya. Allergi pada sesuatu makanan, boleh muncul dalam berbagai cara, boleh berubah dari suatu makanan kepada suatu makanan yang lain.

Susu pasteur, makanan berasaskan susu seperti keju dll. kerapkali dikaitkan dengan allergi. Makanan tenusu adalah bahan makanan yang meransang pengeluaran lendir di dalam tubuh. Justru, lendir mudah terkumpul pada saluran pernafasan dan di dalam paru-paru, menyebabkan serangan asma dan masalah pernafasan. Allergi pada makanan bersumberkan produk tenusu selalunya timbul dalam bentuk penyakit bronchitis, resdung, masalah saluran pernafaan, selsema, dan mungkin juga jangkitan di telinga (resdung telinga).

Tubuh Kedinginan. Hawa dan cuaca dingin, terutama pada waktu malam dan subuh, memberi kesan negatif kepada orang yang mengidap masalah paru-paru dan saluran pernafasan. Udara dingin akan mengundang tindakbalas sistem pernafasan untuk mengeluarkan lendir bertambah banyak dan menebal di dalam saluran pernafasan. Saluran-saluran pernafasan akan menguncup, dan menyebabkan keradangan atau kebengkakan. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu sukar untuk menghirup udara dan menghela nafas.

Tabiat mandi malam melewati pukul 8:00 malam adalah amalan kurang menyihatkan. Mandi malam cepat mempengaruhi penguncupan saluran pernafasan, pengeluaran lendir yang berlebihan kerana tindakbalas tubuh untuk memelihara suhu yang normal di dalam tubuh. Keadaan ini menyebabkan saluran pernafasan tersekat, menjadi sulit untuk bernafas. Sekiranya mandi malam diamalkan berterusan, paru-paru akan menjadi lemah dan berair, dan komplikasi akan timbul.

Justru, aktiviti mandi di waktu malam, memandu motosikal, membiarkan tubuh terdedah pada kesejukan tanpa pakaian atau baju, terdedah pada kipas angin yang berputar kuat dll perlu dihindari !!!

Ringkasan

Vitamin D, A, C & Zinc Vitamin D & A. Banyak terdapat dalam minyak ikan : Fish Liver Oil/Cod Liver Oil.
Tambahan dos diperlukan. Dos tambahan adalah untuk jangkamasa sementara. Sekiranya berkesan, dos perlu dikurangkan secara berperingkat kepada dos normal.
Vitamin C. Anti-oksidan; mencegah cetusan radikal bebas dari merosakkan sel-sel, tisu-tisu, sistem-sistem dalam tubuh, termasuk DNA. Sumber: buah-buahan dan sayur-sayuran.
Zinc. Untuk sistem kekebalan. Peransang aktiviti-aktiviti kira-kira 100 enzim di dalam tubuh. Berperanan dalam metabolisma tubuh dan pertumbuhan sel-sel baru, kesembuhan dari kecederaan, dan pemecahan karbohaidrat, perkembangan DNA. Juga anti-oksidan. Dos mega tidak merbahaya.
CellfoodSupplemen oxygen, hydrogen, nutrien 78 jenis zat galian/gizi, 34 jenis enzim, 17 jenis asid amino, dan "electrolytes" yang diperlukan oleh tubuh. Diperlukan untuk kesaimbangan seluruh sistem dalaman ‎tubuh. Produk teknologi terkini, belum pernah ada lapuran kesan sampingan.
Madu & Serbuk Kayu Manis Madu; sumber terbaik anti-oksidan, menyirna radikal bebas, ‎merawat dan memulihkan sel-sel dan tisu-tisu ‎tubuh. Anti-kuman (bakteria, kulat/jamur, mikrob dll).
‎Serbuk Kayu Manis; anti-kuman, mampu menghapus, menghalang ‎sebarang ‎jangkitan dan pembiakan kuman bahkan pada yang sulit untuk dihapuskan.
NO !!!
1) Gula Sukros
2) Tenusu
3) Dedahan Hawa Dingin
Tanpa gula sukros, selruh tubuh akan sihat, kesembuhan segera pada paru-paru.
‎Tanpa produk tesusu, mengurangi kemungkinan allergi/alahan disebabkan penyakit genetik, DNA.
Hawa dingin meransang pengeluaran lendir di dalam paru-paru dan saluran pernafasan, menyempitkan dan menjadi sulit untuk bernafas.


5 comments:

  1. Phone Numbers please I really need that for my mom

    ReplyDelete
  2. I need your phone Numbers my mom ada masalah paru2

    ReplyDelete
  3. sorry naqyra... iwas very busy focusing on my business. did not concentrate on my blog. my no 018 9779 819

    Masalah paru2 juga menzahirkan masalah pada kulit.

    Cuba amalkan sekurang2nya 3 bulan :

    1) madu lebah asli
    2) minyak ikan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...