‎‎0‎ ‎ ‎

Wednesday, July 31, 2013

Penyakit Rosacea

Apakah Penyakit Rosacea?

Rosacea adalah sejenis penyakit kulit; muncul bintik-bintik merah, berjerawat dan membengkak pada bahagian muka/wajah, kening, leher, kelopak mata dan kulit kepala.

Penyakit ini tidak tidak merbahaya. Cuma penderita penyakit ini melalui hari-hari yang gusar. Rasa malu bersosial, lebih menghindar dan menyendiri. Perasaan juga tertekan. Pada penderita rosacea yang parah, mungkin hilang kepercayaan diri di dalam pergaulan.

Ubat, 'cream' atau 'lotion' jerawat merawat untuk sementara. Rosacea akan muncul kembali ! Syukur jika tidak mengalaminya !

‎‎0‎ ‎ ‎

Tuesday, July 30, 2013

Vitamin D

Vitamin D (Calciferol) ‎

Vitamin D adalah 2 dari 5 jenis vitamin steroid yang terdiri dari vitamin D1, D2, D3, D4, D5.
  • ‎vitamin D1 - molekeul dari gabungan ergocalciferol dan lumisterol.‎ 
  • vitamin D2 - ergocalciferol, terhasil dari ergosterol (terhasil dari tindak-balas ‎dengan cahaya matahari/UVB). ‎ 
  • vitamin D3 - cholecalciferol, terdiri dari 7-dehydrocholesterol (terhasil dari tindak-balas ‎dengan cahaya matahari/UVB).‎ 
  • vitamin D4 - 22-dihydroergocalciferol. 
  • ‎vitamin D5 - sitocalciferol (terdiri dari 7-dehydrositosterol). ‎
Vitamin D yang menjadi keperluan tubuh ialah vitamin D2 dan ‎vitamin D3. Kedua-duanya dinamakan “calciferol”. Istilah vitamin D yang sering digunakan ‎merujuk kepada D2 dan D3 atau salah satu darinya. ‎

D2 dan D3 boleh di perdapat melalui bahan-bahan makanan dan supplemen. Banyak terkandung di dalam minyak ikan atau jenis ikan-ikan berlemak.‎ D3 tidak semata-mata bergantung pada permakanan, mampu ‎dihasilkan oleh kulit tubuh. ‎D3 ialah cholecalciferol yang terdiri dari 7-dehydrocholesterol. Terhasil secara photo-‎kimia di dalam kulit, apabila 7-dehydrocholesterol bertindak-balas kepada ‎sinaran ultraviolet B (UVB) dari matahari pada ‎gelombang 270-300 nm. D3 ialah vitamin cahaya matahari.

‎‎0‎ ‎ ‎

Wednesday, July 24, 2013

Vitamin A

Vitamin A Penting

Vitamin A, zat makanan terserap lemak dari sekumpulan "retinoids", iaitu molekeul yang terdapat di dalam ‎makanan dari daging, buah-buahan dan sayur-sayuran.‎

Super Omega-3
Syarikat Xtend-Life dari New Zealand

Vitamin A dari daging di sebut "retinol", ‎di anggap ‎sebagai vitamin A sebenar, kerana sedia digunakan oleh tubuh. Jika dari ‎buah-buahan dan sayur-sayuran, di sebut pemula vitamin A (provitamin A carotenoids); yakni beta-carotene, alpha-‎carotene, dan beta-cryptoxanthin; tidak lansung dapat ‎di serap sepertimana retinol, perlu di tukar ‎dahulu menjadi "retinol" di ‎dalam tubuh.‎‎‎

Vitamin A sangat penting untuk kesihatan seluruh tubuh. Mempunyai peranan pada setiap ‎bahagian ‎tubuh. Sentiasa terlibat dalam pengendalian sel-sel otak, otot, paru-paru, darah, kulit, ‎tisu, dan ‎selaput-selaput penting di dalam tubuh.‎‎‎

Tubuh menyimpan vitamin A (retinol dan provitamin A karotenoid) di dalam organ hati, untuk digunakan ‎apabila perlu. ‎‎‎

Kepentingan vitamin A, antara lain: ‎‎

‎‎1    Kesihatan Mata dan Penglihatan. ‎Vitamin A menyihat dan melindungi organ mata. ‎Ia juga menghalang sebarang risiko jangkitan bakteria dan virus pada mata. ‎ ‎

‎Ia menjadi lapis pelindung pada permukaan dan tisu ‎mata, menyihatkan selaput-selaput lembab ‎‎(mucous membranes), terutama pada "cornea" yang sangat penting untuk ‎penglihatan yang baik.‎ ‎Vitamin A juga diperlukan oleh "retina" bagi menghasilkan pigmen foro (rhodopsin), untuk ‎penyerapan cahaya dan pengecaman warna yang baik terutama di waktu malam.‎ ‎ ‎
‎‎0‎ ‎ ‎

Thursday, July 18, 2013

Za'faran, Rempah Paling Eksotik Di Dunia

Za’faran, Raja Segala Rempah  

Za’faran (‎زَعْفَرَان‎), rempah herba paling eksotik, di ‎anggap Raja Segala Rempah (King of Spices). Saffron, bagi negara-‎negara Barat dan Eropah. Kuma-Kuma, bagi negara-negara Kepulauan Melayu. 

Za’faran adalah “stigma” atau filamen kering dari kuntum-kuntum bunga za'faran dari pohon Crocus Sativus. Setiap kuntum bunga hanya ada 3 stigma berwarna merah-oren, panjang kira-kira 25–30 ‎mm. Pohonnya rendah, sekitar 20–30 sm (8–12 in), mengeluarkan kuntum-kuntum bunga berwarna ungu yang sangat menarik.

Rasa za’faran di anggap istimewa, sedikit pahit, dan beraroma ‎harum seperti rumput kering disebabkan zat kimia picrocrocin dan safranal yang ‎terkandung didalamnya. Za’faran mengandungi crocin, bahan pewarna karotenoid yang ‎menjadikan makanan berwarna kuning keemasan. ‎Seringkali digunakan dalam sajian istimewa di negara-negara Arab, Turki, Parsi, India, Eropah dan ‎Barat, Pakistan, Itali, Perancis, China, bahkan hampir di serata dunia.‎
‎‎0‎ ‎ ‎

Sunday, July 14, 2013

Minyak Pati/Atsiri Kayu Manis

Minyak pati kayu manis, disebut juga minyak atsiri kayu manis atau cinnamon essential oil. ‎

Minyak pati kayu manis selalunya di ekstrak dari kulit dan juga daun pohon kayu manis. ‎

Kedua-dua minyak pati dari kulit dan daun mengandungi bahan kimia utama: "cinnamon aldehyde" ‎‎(cinnam aldehyde) dan "eugenol". Minyak pati dari kulit kayu manis mengandungi lebih banyak ‎bahan kimia cinnamon aldehyde dari eugenol. Manakala minyak pati dari daunnya mengandungi ‎lebih banyak bahan kimia eugenol dari cinnamon aldehyde. ‎ Kedua-dua minyak pati dari kulit dan daun juga mengandungi kira-kira 43 jenis bahan kimia lain; ‎seperti anethole, benz aldehyde, benzyl benzoate, beta-‎caryophyllene, carophyllene, cinnam ‎tannin, cymene, ethyl cinnamate, eugenol acetate, linalool, methyl amyl ketone, methyl chavicol, ‎nonyl aldehyde, phellandrene, pinene dll. ‎
‎‎0‎ ‎ ‎

Thursday, July 11, 2013

Zat Gizi Belerang

Organic Sulfur Crystal
dari Hesh Goldstein, Hawaii,
Belerang Organik

Belerang organik bukan ubat atau dadah. Ia adalah zat gizi/galian alami, bersumber dari alam semulajadi.

Belerang adalah sejenis zat gizi yang asasi pada semua kehidupan. Setiap organisma hidup, termasuk manusia, memerlukan belerang.‎ Zat ini ‎‎diperlukan oleh mana-mana bahagian tubuh. Berada pada organ-organ di dalam ‎‎tubuh; di otot-otot, ‎‎tisu-tisu penghubung, kulit, tulang, ‎kuku, rambut, spleen, hati, bahkan di ‎setiap jenis sel-sel tubuh. ‎ ‎‎

Belerang sangat penting pada semua sistem tubuh. Menjadi komponen kepada berbagai ‎struktur tubuh. Contohnya, belerang adalah sebahagian dari 4 jenis asid amino yang dikenali ‎sebagai "methionine, cysteine, cystine and ‎taurine." ‎

Belerang juga terlibat dalam berbagai fungsi di dalam ‎tubuh; seperti hormon, immunoglobulin (protein ‎darah dalam sistem kekebalan tubuh), enzim, ‎insulin, anti-oksidan, nyah-toksin, penghasilan ‎‎kolagen dll. ‎‎

Tanpa belerang, ‎hampir semua sistem ‎‎dan komponen-komponen penting di dalam tubuh tidak mampu berfungsi ‎dengan sempurna. Natijahnya, ‎‎banyak masalah kesihatan yang pasti akan timbul. ‎

Sumber Belerang Organik

Belerang organik terdapat di dalam setiap organisma hidup; di dalam pokok, sayur-sayuran, buah-buahan, bijiran, kekacang, biji-bijian, dan daging ‎binatang di darat mahu pun di laut.

Bawang putih, bawang merah dan semua sayur-sayuran dari keluarga bawang, seperti seperti leeks, shallots, chives dll terkaya dengan zat gizi belerang. Disusuli dengan sayur-sayuran ‎ seperti brokoli, bunga kobis (cauliflower), kobis, swiss chard, asparagus, pak ‎choi/bok choy, kobis brussel, collard greens, kohlrabi, parsley, daun mustard, kale, bayam, rebung, sawi cina, ‎tomato, cili benggala/paprika, ubi keledek, labu, cendawan dll.
‎‎0‎ ‎ ‎

Monday, July 8, 2013

MSM Baik Untuk Arthritis

Apakah MSM    ?

MSM, singkatan kepada methyl-sulfonyl-methane. Nama lain: ‎DMSO2, methyl sulfone, atau dimethyl sulfone.‎

MSM Kristal/Flake
MSM adalah sejenis zat makanan. Belerang merupakan komponen utama, kira-‎kira 34% dalam MSM. ‎Belerang adalah zat gizi nombor 4 paling banyak terdapat di dalam tubuh ‎manusia. MSM penting kerana kandungan belerang didalamnya.

MSM wujud dari alam semulajadi, dalam semua makanan di darat mahu pun di ‎laut. Bukan dari jenis ubat atau dadah. Tetapi zat ‎gizi yang diperlukan oleh tubuh untuk hidup.‎

Warna MSM putih salju, berkristal, mudah terserap air, tidak berbau, rasanya tawar. Kini supplemen MSM di jual di pasaran dalam bentuk tablet, kapsul, kristal/flake dan serbuk. ‎Untuk kecantikan wajah dan kulit, terdapat dalam bentuk krim dan losyen.
‎‎0‎ ‎ ‎

Wednesday, July 3, 2013

Khasiat Kulit Kayu Manis

Kayu Manis sejenis pohon, tergolong dalam famili pohon ‎lauraceae atau laurel. Kulit pohon ini, apabila dikeringkan, menjadi sejenis rempah, harum, beraroma, rasa manis bercampur pedas.

Ia rempah masakan yang sangat popular sejak zaman berzaman; kari ikan, daging, ayam, kambing, nasi briyani, sup, ‎sos barbecue, acar dll. ‎Juga sebagai ‎perasa asli dalam makanan bijiran, roti-roti, coklat dan “dessert” seperti ‎kueh, pie epal dan sebagainya. Juga digunakan sebagai bahan pengawet makanan. ‎

Ia juga sering digunakan dalam perubatan tradisional. ‎Merawat selsema, pening-pening, senggugut, kencing manis, ‎penyakit pundi air kencing, cirit-birit, kembong perut, masalah penghadaman, dan berbagai ‎jenis penyakit. Juga dipercayai dapat ‎menambah tenaga zahir dan batin, libido, keampuhan, kelancaran pengaliran darah dan sebagainya. ‎

Kini sains dan teknologi telah mengkaji kandungan kulit kayu manis. Banyak jurnal-jurnal perubatan telah disiarkan, ‎merungkai dan mengupas khasiat-khasiat istimewa yang terkandung di dalamnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...