‎‎0‎ ‎ ‎

Sunday, July 14, 2013

Minyak Pati/Atsiri Kayu Manis

Minyak pati kayu manis, disebut juga minyak atsiri kayu manis atau cinnamon essential oil. ‎

Minyak pati kayu manis selalunya di ekstrak dari kulit dan juga daun pohon kayu manis. ‎

Kedua-dua minyak pati dari kulit dan daun mengandungi bahan kimia utama: "cinnamon aldehyde" ‎‎(cinnam aldehyde) dan "eugenol". Minyak pati dari kulit kayu manis mengandungi lebih banyak ‎bahan kimia cinnamon aldehyde dari eugenol. Manakala minyak pati dari daunnya mengandungi ‎lebih banyak bahan kimia eugenol dari cinnamon aldehyde. ‎ Kedua-dua minyak pati dari kulit dan daun juga mengandungi kira-kira 43 jenis bahan kimia lain; ‎seperti anethole, benz aldehyde, benzyl benzoate, beta-‎caryophyllene, carophyllene, cinnam ‎tannin, cymene, ethyl cinnamate, eugenol acetate, linalool, methyl amyl ketone, methyl chavicol, ‎nonyl aldehyde, phellandrene, pinene dll. ‎

Bau aroma yang harum semerbak tapi menyengat dari kulit kayu manis adalah disebabkan bahan ‎kimia cinnamon aldehyde dan juga eugenol. ‎ ‎

Manfaat Minyak Pati Kayu Manis

1 ‎    Anti-Kuman. Minyak pati kayu manis adalah anti-‎kuman (mikrob, bacteria, kulat, parasit, ‎virus dll) yang sangat ‎berkesan. ‎Minyak ini boleh digunakan sebagai ‎penghapus kuman pada ‎sebarang jangkitan, di dalam atau di luar tubuh. ‎‎

Mampu menghalang pertumbuhan dan pembiakan, sekaligus menghapus kuman, termasuk kulat ‎‎‎“candida ‎albicans” yang sering mendatangkan jangkitan pada kulit, rongga mulut, penyakit ‎keputihan pada alat ‎‎kelamin wanita, gatal-gatal pada alat kelamin lelaki, keradangan pada bahagian ‎sudut paha, ‎tangan, jari-jemari dan ‎dubur. ‎ Kulat “candida ‎albicans” juga penyebab kepada ‎kecemaran makanan, atau cepat basi.

Ia juga berkesan menghapus bakteria “Escherichia coli” dan “helicobacter pylori”, bakteria yang ‎menyebabkan gastric, ulser dan kanser pada ‎usus. Juga bermanfaat menghapus bakteria yang ‎menyebabkan cirit-birit. ‎

Minyak kayu manis juga dapat merawat sebarang jangkitan pada ‎saluran-saluran yang berhubungan ‎dengan pundi air kencing. ‎‎

*Beberapa ‎titis minyak pati ‎kayu manis ke dalam makanan dapat melindungi makanan dari dicemari ‎oleh bakteria ‎dan ‎kulat. Dan beberapa titis juga boleh menjadi bahan pengawet makanan. ‎

2     Anti-Darah Beku (Platelet).‎ Bahan kimia cinnam aldehyde di dalam minyak pati kayu manis bersifat anti-darah beku. ‎Ia adalah bahan aktif yang dapat ‎ menghalang darah dari menjadi ‎‎“platelet” (pekat, ‎membeku dan bertompok) ‎di dalam pembuluh darah. Platelet, sekiranya terlalu ‎banyak di dalam ‎saluran ‎darah, akan mengganggu kelancaran aliran darah. ‎

Bahan kimia cinnam aldehyde mencairkan darah, melancarkan pengaliran darah di dalam tubuh, ‎seterusnya menambah lebih banyak bekalan oxygen kepada sel-sel, sangat baik bagi mengurangkan ‎tekanan darah tinggi dan mempercepatkan kadar metabolisma tubuh. Aliran darah yang lancar di ‎dalam ‎tubuh adalah penting bagi menghindar dari komplikasi ‎arteri dan vein dan juga mengelaki ‎dari serangan jantung.‎

3‎    Pengawalan Kandungan Gula ‎ & Penyakit Kencing Manis. Sejenis lagi bahan kimia organik yang aktif di dalam minyak pati kayu manis ialah “methyl ‎‎hydroxychalcone polymer” (MHCP). ‎Minyak kimia ini sangat berkesan meningkat ‎kemampuan insulin untuk memecahkan lemak menjadi glukos, mempercepat pengeluaran ‎glukos dari tubuh dan ‎mengawal kandungan gula di dalam darah, dan juga menurunkan ‎kadar ‎kolestrol di dalam darah. ‎

4    Anti-Oksidan. Kayu manis mengandungi nilai-nilai anti-oksidan yang sangat tinggi (nilai ORAC “Oxygen ‎radical ‎absorbance capacity” pada kulit kayu manis ialah 267536 TE "trolox equivalents"), bererti ‎melebihi ‎beberapa ratus kali ganda dari epal umpamanya. Dan jauh lebih tinggi jika dibandingkan ‎dengan halia, buah pala, vanilla, ‎pengawet makanan BHA (butylated hydroxyanisole), BHT ‎‎(butylated hydroxytoluene), and propyl gallate.

Nilai-nilai anti-oksidan juga terdapat dalam minyak kayu manis berkesan mengawal ketularan ‎radikal bebas ‎yang sentiasa mengancam sel-sel tubuh yang sempurna. ‎Radial bebas boleh merosakkan sel-sel, tisu-tisu dan otot-otot. Ia menjadi penyebab utama kepada berbagai jenis ‎penyakit, memarahkan lagi penyakit yang sedang dihidapi; ‎seperti penyakit jantung, infeksi, tumor, kanser, penyakit mata (seperti katarak dan ‎glukoma), ‎penyakit kulit (seperti alergi dan dermatitis) dll. Radikal bebas juga ‎mempercepatkan ‎proses penuaan. ‎

5     Mengurangkan Kesakitan Radang Sendi dan Arthritis. Bahan kimia cinnamonaldehyde dalam minyak kayu manis mempunyai ciri-ciri ‎anti-keradangan, ‎melegakan urat saraf, dan menyegarkan tubuh. Ia sering digunakan bagi melegakan kesakitan ‎pada radang sendi, dan ketegangan tisu-tisu dan otot-otot. ‎‎ Samada minyak dari kulit atau daun kayu manis, kedua-duanya sangat baik digunakan ‎untuk aromaterapi. ‎

6     ‎ Aroma Menyegarkan Fungsi Otak. Keharuman rempah atau minyak kayu manis menyegar dan mencerdaskan fungsi otak. ‎Boleh meningkatkan proses ‎pembelajaran, pemahaman, pengecaman, pemusatan dan ingatan seseorang. ‎Justru, rempah kayu manis adalah baik untuk orang ‎yang menderita nyanyuk.‎

Perhatian Penggunaannya!

(1) ‎    Aromaterapi, Perlu Di campur Dengan Minyak Asasi. Setengah produk minyak kayu manis tidak bertujuan untuk di makan, hanya sebagai ‎minyak urutan aromaterapi. Hanya beberapa titis minyak pati kayu manis di campur ‎dengan minyak asasi lain seperti minyak argan dll. Pati minyak kayu manis jangan sekali-‎kali lansung di sapu kepada kulit. Kerana kesannya terlalu kuat, boleh menyebabkan kulit ‎terbakar atau keradangan melampau. Sekiranya berlebihan boleh mengganggu saraf di ‎dalam tubuh.

(2)‎     Permakanan, Perlu Di campur Dengan Minyak Asasi. Terdapat juga minyak pati manis untuk di makan. Kaedah campuran yang sama terpakai, ‎hanya beberapa titis minyak pati kayu manis di campur dengan minyak asasi lain seperti ‎minyak zaitun. Kaedah campuran yang di kira selamat, iaitu 1% minyak pati kayu manis ‎di campur dengan minyak asasi lain. ‎

(3) ‎    Wanita Hamil. Di larang wanita yang sedang hamil memakan minyak pati kayu manis, kerana dikhuatiri akan menyebabkan ‎keguguran. Lebih baik dijauhi agar tidak menyesal.‎

(4) ‎    Coumarin. Bahan kimia coumarin yang terkandung di dalam minyak pati kayu manis, jika terlalu ‎banyak di makan melalui rempah kayu manis atau minyak, dikhuatiri akan menyebabkan ‎kerosakan pada organ hati. ‎

(5)‎     Ubat Pencair Darah. Kayu manis baik sebagai pencair darah. Bagi orang yang sedang mengambil ubat-ubatan ‎mencairkan darah, adalah lebih baik tidak memakan rempah atau minyak kayu manis. ‎

(6) ‎    Masalah Jantung. Bagi sesiapa yang mengalami masalah jantung, rempah atau minyak kayu manis dalam ‎dos yang tinggi boleh menyebabkan denyut jantung lebih cepat, dan keadaan ini boleh menganggu kesihatan jantung. ‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...