‎‎0‎ ‎ ‎

Tuesday, July 30, 2013

Vitamin D

Vitamin D (Calciferol) ‎

Vitamin D adalah 2 dari 5 jenis vitamin steroid yang terdiri dari vitamin D1, D2, D3, D4, D5.
  • ‎vitamin D1 - molekeul dari gabungan ergocalciferol dan lumisterol.‎ 
  • vitamin D2 - ergocalciferol, terhasil dari ergosterol (terhasil dari tindak-balas ‎dengan cahaya matahari/UVB). ‎ 
  • vitamin D3 - cholecalciferol, terdiri dari 7-dehydrocholesterol (terhasil dari tindak-balas ‎dengan cahaya matahari/UVB).‎ 
  • vitamin D4 - 22-dihydroergocalciferol. 
  • ‎vitamin D5 - sitocalciferol (terdiri dari 7-dehydrositosterol). ‎
Vitamin D yang menjadi keperluan tubuh ialah vitamin D2 dan ‎vitamin D3. Kedua-duanya dinamakan “calciferol”. Istilah vitamin D yang sering digunakan ‎merujuk kepada D2 dan D3 atau salah satu darinya. ‎

D2 dan D3 boleh di perdapat melalui bahan-bahan makanan dan supplemen. Banyak terkandung di dalam minyak ikan atau jenis ikan-ikan berlemak.‎ D3 tidak semata-mata bergantung pada permakanan, mampu ‎dihasilkan oleh kulit tubuh. ‎D3 ialah cholecalciferol yang terdiri dari 7-dehydrocholesterol. Terhasil secara photo-‎kimia di dalam kulit, apabila 7-dehydrocholesterol bertindak-balas kepada ‎sinaran ultraviolet B (UVB) dari matahari pada ‎gelombang 270-300 nm. D3 ialah vitamin cahaya matahari.

Apabila vitamin D di serap ke dalam darah, ia mengalir bersama aliran darah menuju ke organ ‎hati. Dalam organ hati ia di tukar menjadi prohormon calcidiol. Calcidiol kemudian di edar ‎keseluruh tubuh melalui aliran darah. Sampai ke ginjal, calcidiol di hasil menjadi ‎calcitriol, sebahagiannya dihasilkan pula menjadi cytokine (salah satu senjata sistem ‎kekebalan tubuh). Calcitriol yang lainnya kemudian ‎beredar dan berligar sebagai hormon kepada beberapa organ tubuh seperti otak, jantung, ‎organ-organ peranakan, prostat, payudara, usus dll. Catritriol juga mengendali dan mengawal kepekatan ‎kalsium dan phosphat dalam aliran darah, mempertingkat pertumbuhan dan tumbesaran, ‎ketumpatan dan pembentukan tulang-tulang dll. Vitamin D memang ‎terlibat dalam berbagai fungsi penting di dalam tubuh.‎

Dos Saranan Harian ‎

Dos saranan harian bagi warga Asia Tenggara, khususnya Malaysia, adalah kira-kira separuh dari ‎saranan RDA, USA untuk negara-negara Barat. Ini disebabkan iklim tropika khatulistiwa, kaya ‎dengan cahaya matahari. Warga Asia Tenggara sentiasa terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin D adalah terserap lemak. Lebihannya akan tersimpan di dalam tisu-tisu ‎tubuh, dan dipergunakan ketika tubuh memerlukannya.

Pengambilan supplemen vitamin D dalam dos mega terlalu tinggi boleh menyebabkan keracunan (hypervitaminosis D). Vitamin D dos mega akan membenarkan tubuh menyerap kalsium terlalu banyak. Lama kelamaan boleh mengundang risiko sakit jantung, batu karang dalam ginjal, kerosakan ginjal, fikiran bercelaru, sukar peruturan/gagap, pergerakan tak stabil, keletihan melampau dan ‎berbagai masalah kesihatan lain. Justru, dos mega vitamin D melalui supplemen boleh memudaratkan kesihatan.

Dedahan lama pada cahaya matahari tidak mengakibatkan hypervitaminosis D. Keadaan ini disebabkan cahaya UVB yang menghasilkan vitamin D di dalam kulit, di suatu tahap sebaliknya akan meruntuh dan mengurangkan vitamin D. Maka, agak mustahil dedahan lama pada cahaya matahari akan mengakibatkan hypervitaminosis D.

Vitamin D Untuk Kesihatan 

Beberapa kajian sains dan klinikal mendapati vitamin D bukan sahaja bermanfaat memampatkan struktur tulang kerangka melalui ‎penyerapan kalsium dan phosphorus, tetapi memiliki berbagai fungsi lain yang begitu penting untuk kesihatan. ‎

1‎    Kesihatan Tulang. Vitamin D berperanan utama mempertingkat penyerapan kalsium ‎dan phosphorus ke dalam tubuh. Kalsium ‎dan phosphorus penting bagi pembinaan, pembentukan, pemampatan tulang-tulang ‎kerangka dan tulang-tulang lain agar sempurna. Vitamin D yang mencukupi sangat perlu, juga dikaitkan dengan pertumbuhan rambut dan bulu yang sihat. ‎

Kekurangan vitamin D (hypovitaminosis D) boleh menimbulkan berbagai gejala pada ‎pembentukan tulang-tulang di dalam tubuh; seperti osteoporosis, osteomalacia, rickets dan hypocalcemic tetany. ‎
  • Osteoporosis, Osteomalacia, Hypocalcemic Tetany. Osteoporosis ialah rapuh dan kurang ‎ketumpatan tulang. Osteomalacia ialah tulang tipis, otot lemah, sakit dan sengal pada ‎tulang-tulang kerangka dan otot-otot. 2 jenis penyakit yang sering ‎melanda warga berusia. Hypocalcemic tetany ialah keadaan di mana pengidapnya akan sering mengalami kekejangan atau "cramp" pada tangan dan kaki, pada peti suara (larynx), saraf otak - pergerakan menjadi terlalu aktif/lipas kudung. Vitamin D melancar penyerapan ‎kalsium bagi memperteguh tulang, dengan demikian membantu menghalang dari osteoporosis, ‎osteomalacia, dan hypocalcemic tetany. Justru, vitamin D sangat baik bagi warga berusia, yang kurang senaman ‎atau berolahraga, dan wanita yang sudah menopaus.  ‎
  • Rickets. Rickets adalah sejenis penyakit yang berkemungkinan dialami oleh kanak-kanak sewaktu sedang membesar. Tanda-‎tandanya; tumbesaran terbantut, cacat pembentukan tulang-tulang panjang, tulang-tulang tidak ‎kukuh, tipis, gigi mudah rosak atau tanggal. Keadaan ini disebabkan ‎oleh kekurangan vitamin D, kalsium, dan phosphorus. Bekalan vitamin D yang ‎mencukupi melalui permakanan boleh menghalang penyakit rickets pada kanak-kanak. ‎
2‎   Sistem Kekebalan Tubuh. Vitamin D mengutuhkan sistem kekebalan tubuh. ‎Tanpa vitamin D yang mencukupi, sel-sel T (sel pemusnah dari sistem ‎kekebalan) kekal dorman, lugu ‎terhadap ancaman anasir asing pada tubuh. Sel-sel T tidak mampu bangun untuk bertindak, menyerang dan mengempur. Dengan adanya vitamin D, sel-sel T berubah menjadi aktif, bertindak sebagai pemusnah yang ‎berkesan terhadap anasir asing atau kuman.

Dalam kes penyakit-penyakit “autoimmuniti”, seperti rheumatoid arthritis, penyakit Crohns, ‎multiple sclerosis, kencing manis, penyakit Parkinson dan Alzheimer dll., keadaan timbul di mana sel-‎sel T gagal mengenal bahagian tubuh sendiri, menyangkanya sebagai anasir asing, ‎menyebabkan ia bertindak menyerang sel-sel dan tisu-tisu tubuh sendiri. Namun, ‎vitamin D (calcitriol) mampu berfungsi mengurangkan tindakan sel-sel ‎T dari ‎menyerang sel-sel dan tisu-tisu tubuh sendiri, dan menghalang rebakan sel-sel ‎T yang dikerahkan untuk autoimmunity. Calcitriol juga mengurangkan peranan sel-sel B (sejenis sel pemusnah dari sistem kekebalan) dari ‎menghasilkan kimia untuk memusnahkan sel-sel dan tisu-tisu tubuh sendiri. ‎
  • Kencing Manis Jenis I. Salah satu dari penyakit autoimmuniti. Jenis I tidak menolak insulin sepertimana Jenis II. Jenis I berlaku ‎kerana insulin yang menghasilkan sel-sel B dalam pancreas memusnahkan sel-sel dan tisu-tisu tubuh sendiri. Vitamin D bertindak mengurangkan kemusnahan sendiri yang ‎dilakukan oleh sel-sel B. Kencing Manis Jenis I bermula ‎sejak usia kanan-kanak lagi. Bekalan ‎vitamin D yang mencukupi pada kanak-kanak mengurangkan risiko Kencing Manis Jenis 1 apabila ‎dewasa kelak.
  • Multiple Sclerosis (MS). MS ialah penyakit ‎autoimmuniti yang memberi kesan buruk kepada otak dan tulang belakang (sistem saraf pusat). ‎MS timbul apabila sel-sel pemusnah dari sistem kekebalan tubuh menyerang dan menghapus ‎perlindungan/benteng yang melindungi serat saraf sendiri, seolah-olah ianya adalah unsur asing ‎atau jangkitan. Vitamin D mampu mengurangkan risiko MS. ‎
  • Rheumatoid Arthritis. Juga salah satu dari penyakit autoimmuniti. Wanita yang mengambil ‎dos tinggi vitamin D dalam 400 IU/hari (dos warga Barat), berkurangan 30% risiko mendapat rheumatoid arthritis, ‎demikian menurut kajian yang dilapurkan dalam jurnal Arthritis and Rheumatism (University of Alabama, Birmingham, USA). ‎
3‎   Vitamin D dan Sistem Pernafasan, Penyakit Asma dll.‎ Kekurangan vitamin D menghadapi risiko lebih tinggi di ‎serang asma, pneumonia, sepsis, emphysema/penyakit pernafasan terhalang (COPD), selsema, dan berbagai penyakit ‎paru-paru yang lain.
  • Asma, sejenis penyakit yang bergejala jangka panjang. Pernafasan ‎menjadi sukar disebabkan radang dan bengkak pada ada organ-organ pernafasan, saluran pernafasan ‎menjadi sempit.‎ Kebanyakan pesakit di rawat dengan tablet steroid, yang boleh mendatangkan kesan negatif ‎pada jangkamasa panjang. Setengah pesakit asma, sistem tubuhnya menolak steroid, ‎menjadikan hampir mustahil untuk di rawat. Keadaan ini membuka ruang kepada serangan asma berulang ‎kali, dan berulang kali terpaksa dimasukkan ke hospital. Apabila parah, boleh mengancam ‎nyawa. ‎Vitamin D mengurangkan keparahan ‎dan menghalang berulang serangan asma (kajian dari Harvard Medical School). Vitamin D juga menghalang penghasilan ‎‎“interleukin”. Interleukin ialah sejenis unsur pemusnah dari sistem kekebalan tubuh yang ‎melindungi tubuh dari jangkitan, tetapi mengurangkan keberkesanan steroid sekaligus ‎serangan asma menjadi lebih parah. Apabila penghasilan interleukin dapat dikurangkan oleh vitamin D, steroid dapat ‎berfungsi dengan lebih berkesan. Keadaan ini sesuai bagi pesakit asma yang menolak steroid, lebih ‎selamat sebagai rawatan tambahan kepada ubat-ubatan.
4‎   Vitamin D dan Pre-eclampsia.“Pre-eclampsia” adalah gejala ‎kekacauan pada sistem dalaman tubuh pada wanita yang sedang hamil. Tanda-tandanya terdapat “proteinuria” (protein dalam ‎air kencing), tekanan darah tinggi dan bengkak-bengkak. Kekacauan ini boleh membahayakan ‎ibu yang mengandung dan bayi dalam kandungan. Pre-eclampsia boleh menyebabkan ‎keguguran dan menjadi punca utama beberapa masalah kesihatan kepada ibu dan juga bayi ‎setelah dilahirkan. ‎Kekurangan vitamin D pada peringkat awal kehamilan dikaitkan dengan 5 kali ganda tinggi risiko ‎mengalami pre-eclampsia.

Sebaliknya, dos mega yang keterlaluan vitamin D pula boleh menyebabkan “hypercalcemia” iaitu terlalu banyak kalsium dalam darah. Hypercalcemia ‎sewaktu kehamilan boleh menyebabkan sindrom kecacatan otak dan wajah pada bayi.

Dinasihatkan bagi wanita yang hamil atau yang sedang menyusu anak, jika pengambilan vitamin D melalui supplemen, langkah yang wajar dan selamat ialah menuruti dos saranan RNI seperti di dalam rajah di atas. ‎

5‎    Vitamin D dan Kanser‎. Kekurangan vitamin D sering berlaku pada pesakit kanser. Orang yang cukup vitamin D ‎mempunyai risiko tipis mengidap kanser, jika dibandingkan dengan mereka yang ‎kekurangan vitamin D.

Vitamin D ‎melindungi sel-sel dari beban oksidasi. Vitamin D berhubung dengan sejenis gene bagi ‎meningkatkan aktiviti dan penghasilkan enzim. ‎Enzim ini membersihkan bahan-bahan sel DNA yang telah rosak akibat dari radikal bebas. ‎Dengan pertambahan vitamin D sebanyak 1,000 IU/25 mg setiap hari (dos warga Barat) boleh mengurangkan 50-‎‎60% risiko kanser usus, 30% kanser payudara dan rahim, sebanyak 400 IU/hari mengurangkan ‎‎43% risiko kanser pancreas, bagi bukan perokok. ‎Demikian menurut kajian disiarkan dalam International Journal of Cancer, dos tersebut sesuai untuk warga Barat.
  • Kanser Payudara. Hampir semua jenis kanser payudara ‎menunjukkan vitamin D mempengaruhi struktur sel-sel epithelia. Sel-sel epithelia terbentuk ‎dari bahan yang dikenali sebagai E-cadherin. E-cadherin terdiri kebanyakannya dari vitamin D ‎dan kalsium. Apabila kurang vitamin D di dalam tubuh, struktur epithelia akan runtuh. Sel-sel ‎yang runtuh akan bercambah sendiri. Apabila percambahan menjadi tidak terkawal, akibatnya ‎akan timbul kanser. Bagi yang mengidap kanser, dengan pertambahan dos vitamin D, E-‎cadherin akan kembali segar dan sel-sel epithelia kembali terbentuk. Keadaan ini dapat ‎menghentikan percambahan sel-sel yang runtuh. Perkembangan kanser dapat diperlambatkan, dan ‎sistem kekebalan tubuh dapat menyusul berfungsi dengan berkesan. ‎Demikian menurut kajian dari University of ‎California's San Diego Moores Cancer Center.
6‎    Vitamin D dan Fungsi Otak. ‎Kebanyakan orang yang berusia tua didapati kekurangan vitamin D bagi mempertingkat aktiviti hormon atau melindungi neuron (sel-sel saraf yang menghantar ‎maklumat keseluruh tubuh). Vitamin D mungkin menjadi punca utama membantu otak agar tetap saja berfikiran mantap dan ‎aktif di usia tua.  Demikian menurut kajian disiarkan dalam jurnal Journal of ‎Neurology Neurosurgery and Psychiatry 2009. ‎

‎Tekanan jiwa yang meresahkan di usia tua juga dikaitkan dengan kekurangan vitamin ‎D. Pengambilan lebihan dos vitamin D dan kalsium, dan banyak dedahan pada cahaya ‎matahari mungkin lebih baik dari rawatan melalui ubat-ubatan yang mempunyai kesan negatif ‎pada jangkamasa panjang.

Kanak-kanak yang lembab otak atau terencat akal juga dikaitkan dengan kekurangan vitamin D. ‎Perkara ini masih dalam kajian dan belum muktamad. ‎

7‎    Vitamin D dan Batuk Kering(TB/Tuberculosis). Dos tinggi vitamin D3 membantu pesakit TB (batuk kering) pulih dengan lebih cepat. ‎Tambahan vitamin D bersama dengan ubat-ubatan anti-biotik yang selalu diberikan kepada ‎pesakit batuk kering bagi menghapus mycobacterium tuberculosis (bakteria yang menyebabkan ‎penyakit TB/batuk kering), berperanan melambatkan timbul keradangan dalam paru-paru, dan menyembuhkan sebarang ‎kerosakan dengan lebih cepat. Demikian menurut ‎kajian dari Queen Mary, University of London, dilapurkan dalam “the Proceedings of the National ‎Academy of Sciences (PNAS)" 2012.‎‎

8‎    Vitamin D dan Penyakit Berpunca Dari Pengaliran Darah‎. Kekurangan vitamin D meninggikan risiko penyakit ‎saluran darah arteri (PAD- peripheral artery disease), saluran darah yang berhubungan dengan ‎jantung, serangan jantung dan kematian pada usia muda.

9‎    Vitamin D dan Radiasi Rendah. ‎Calcitriol, jenis vitamin D yang aktif, berkesan melindungi dari radiasi nuklear yang rendah. Calcitriol juga sebagai ‎ejen yang menghalang kerosakan pada DNA dan menghentikan rebakan sel-sel rosak yang boleh mengakibatkan kanser.

10‎    Vitamin D dan Masalah Berat Badan. Pengambilan dos tambahan vitamin D dapat menurunkan kadar lemak di dalam tubuh, ‎terutama pada bahagian bawah perut (abdomen) yang sering dikaitkan dengan risiko penyakit jantung, ‎kencing manis dan tekanan darah tinggi. ‎‎

Masih banyak kajian sedang giat dijalankan oleh para pakar sains perubatan dan permakanan bagi menyingkap berbagai manfaat vitamin D yang lainnya.

Sumber Vitamin D 

Minyak Ikan, Dr Mercola
Sumber terbesar vitamin D ialah cahaya matahari. Tubuh manusia memerlukan 10-15 minit dedahan kepada ‎cahaya matahari sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu. Orang berkulit gelap/hitam ‎memerlukan dedahan lebih masa (melebihi 15-30 minit setiap hari) dari yang berkulit ‎putih/cerah.‎

Vitamin D terserap lemak, bermakna penyerapannya perlu makanan yang berlemak. ‎Sumber terbaik vitamin D asli dan semulajadi ialah minyak ikan, dan cod liver oil.

Vitamin Sintetik Dalam Minyak Ikan dan Cod Liver Oil. Banyak jenama yang di jual di pasaran. Terdapat produk minyak ikan dan cod liver oil yang di proses menyingkir semua kandungan vitamin A dan D didalamnya lalu diganti dengan vitamins A dan D sintetik. Produk-produk ini perlu dihindari kerana terdapat bukti-bukti vitamin A dan D sintetik menyumbang kepada keracunan dan menimbulkan gejala kesihatan lain dan kecacatan pada bayi sewaktu membesar dalam kandungan.

Minyak Ikan,
Syarikat Xtend-Life
New Zealand

Logam Berat dan Bahan Beracun. Terdapat juga produk-produk yang dicemari oleh logam berat dan bahan beracun seperti PCBs, dioxins, raksa, plumbum dll. Keadaan ini sering berlaku apabila kurang piawaian dalam proses penghasilan sesuatu produk.

Produk yang berkualiti harus suci-bersih dan melalui proses saringan bagi menyingkir sebarang kecemaran dan logam beracun. Supplemen Minyak Ikan dari Dr Mercola dan Super Omega-3 dari Syarikat Xtend-Life, New Zealand mungkin ‎ pilihan yang selamat. Produk-produk ini mengutamakan keaslian, ketulenan, kesucian. Pembuatannya dipercayai menurut mutu piawaian, pengawalan dan peraturan yang lebih terjamin, menjadikan kualiti supplemen ini antara yang terbaik, jauh lebih baik dari piawaian US, FDA. ‎ ‎

Sumber-sumber vitamin D dari bahan makanan lain: jenis ikan yang berlemak, hati ‎lembu, daging merah, keju, telur merah, telur ikan, jenis-jenis tiram, dan juga cendawan, dan produk tenusu dan tepung yang diperkaya nutrien. ‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...