Asal Betik
Betik, nama lain ialah papaya (America Utara, Belize, United Kingdom), papaw/paw paw (Australia, Afrika, United Kingdom), Papiitaa (India), Papaiya, Papaya, Popoo (Jepun), Pappali (Tamil), Loko, Ma Kuai Thet, Malako, Malakor, Sa Kui Se (Thai) atau Mamao (Brazil). Betik adalah buah dari pohon Carica papaya, satu-satunya spesis dari genus Carica dari kerabat pepohonan Caricaceae.
Pohon betik berasal dari negara-negara Amerika tropika, dipercayai persekitaran Mexico Selatan, Amerika Tengah, dan Amerika Selatan. Berbagai variety betik kini tumbuh bertaburan di kebanyakan negara-negara tropika dan subtropika. Harini, pengeluar terbesar secara komersial ialah Amerika Syarikat, Mexico dan Puerto Rico.