‎‎2‎ ‎ ‎

Saturday, February 15, 2014

Gula Palma: Pemanis Pilihan Yang Berkhasiat...

Gula pasir @ sukros hanya membawa padah pada kesihatan manusia !
Justru, apakah pilihan lain selain dari gula pasir @ sukros ?

Madu Lebah tetap pilihan utama bagi menggantikan gula pasir @ sukros !

Gula Palma juga memiliki khasiat yang istimewa sebagai pemanis yang boleh menggantikan gula pasir @ sukros !

Gula Palma begitu sinonim dengan masyarakat Asia Tenggara. Sayang 1000 kali sayang, ia masih sering diketepikan dengan lebih memilih gula pasir @ sukros. 

Apakah Gula Palma ?


Gula palma terdiri dari beberapa jenis, yang dihasilkan dari nira berbagai jenis pohon palma.

Rata-rata, gula palma berwarna kecoklatan. Warnanya ada yang kurang coklat, coklat pekat atau kekuningan. Berbentuk silinder, tempurung kelapa, lembut, keras, benyai, cecair pekat, serbuk ‎atau biji-biji kecil disebut gula semut (lebih popular diIndonesia dan Filipina).

Gula palma juga dikenali sebagai gula koko (coco sugar), coconut palm sugar or ‎coco sap sugar.‎ 

Masyarakat diAsia Tenggara menggunakan gula palma sebagai pemanis dalam berbagai ‎jenis pembuatan kueh-mueh. Justru, pasaran gula palma agak terhad, lebih bersekitar dinegara-negara Asia Tenggara. Mungkin kini semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa sebagai pengganti gula, kerana masyarakt ‎semakin peka dengan kemudharatan yang ditimbulkan oleh gula sukros.

Pengeluar terbesar dunia ialah Filipina, diikuti dengan Indonesia.

Jenis-Jenis Gula Palma


Banyak jenis pohon-pohon palma yang lazim dijadikan gula. Antaranya:

Gula Melaka. Dihasilkan dari nira pohon kelapa (nyior), cocos nucifera. ‎Disebut gula melaka diMalaysia, gula jawa diIndonesia.‎

Gula Aren. Dihasilkan dari nira pohon aren/enau/kabung/ijuk dll, arenga pinnata atau gomuti palm. Kadangkala disebut juga gula jawa, gula merah di Indonesia.

‎‎0‎ ‎ ‎

Thursday, February 13, 2014

Payudara Wanita Dan Kopi

Payudara Wanita, Kenapa Membesar ?


Payudara, ‎salah satu daya tarikan sensual dan seksual wanita pada lelaki.‎ Saiz dan bentuknya berbagai. Saiz juga merujuk kepada ukuran ‎cup bra, dari 28-44, berbentuk AAA, AA, A atau B dll. Saiz 28 AA boleh dianggap payudara kecil. Dan 38 ‎KKK seperti milik model Brazil, Sheyla Hershey, sudah dianggap sangat besar.‎ Apatah lagi saiz 102 ZZZ milik Annie Hawkins-Turner (Georgia, USA), yang menjadi pemegang rekod payudara terbesar yang tercatit dalam Guinness World Record.

Payudara Besar Seksi
Secara alami, apabila menginjak akil baligh, ovari wanita mula menghasilkan hormon seks wanita, iaitu estrogen. Estrogen menjadi punca utama tubuh wanita berubah sewaktu akil baligh. Hormon ini meransang pembesaran payudara; menyebab lemak bertambah dan terkumpul didalam payudara. Kelenjar-kelenjar susu didalam payudara juga turut membesar, membuatnya menonjol, terus berkembang sepenuhnya.

Pertalian antara pertambahan kadar estrogen dan payudara membesar sangat jelas sehingga supplemen untuk pembesaran payudara seperti kapsul 'Perfect C Breast Enhancer' (mengandungi bahan-bahan seperti bijian fennel dan fenugreek, yang tinggi nilai-nilai estrogen) dijual dipasaran. Perkara sebegini tidak berlaku pada remaja lelaki kerana kadar hormon seks lelaki, iaitu testosterone, adalah lebih tinggi pada lelaki. 

‎‎0‎ ‎ ‎

Monday, February 10, 2014

Zat Gizi Zinc dan Kesihatan Kulit

Zinc (Zn) adalah zat gizi yang sangat berpengaruh pada kesihatan kulit. Samada ‎dibekalkan kepada tubuh melalui bahan-bahan makanan alami, supplemen, atau krim sapuan, Zn menyumbang kepada pemeliharaan dan kesembuhan dari berbagai jenis penyakit kulit. Antaranya:

1   JerawatZn didapati berkesan merawat dan menghilangkan jerawat biasa dan jerawat batu.

Minyak dan hormon adalah 2 ‎penyebab utama kepada timbul jerawat. Zn adalah zat yang
mengawal-urus aktiviti kelenjar-kelenjar penghasil minyak dan kadar hormon dalam lapisan kulit. Zn juga memelihara kesaimbangan hormon-hormon seks lelaki seperti ‘testosterone’ yang menyebabkan timbul jerawat pada wanaita. 

Zn merawat dan menyembuhkan jerawat yang sudah timbul. Zn juga membantu mengurangkan kesan parut, dan juga bengkak merah dari radang jerawat. Luka disebabkan jerawat adalah ‎tarikan pada jangkitan bakteria dan virus, dan Zn meransang penghasilan sel-sel darah putih untuk ‎melawan jangkitan.

Jenis zinc gluconate dan zinc sulfate sering digunakan bagi mengurangkan radang kulit pada jerawat; dan merawat, menyembuh parut ‎jerawat. Namun begitu, perlu di ingat, manfaat Zn tidak berlaku pada semua individu. Zn mungkin berkesan dan sesuai bagi setengah individu, manakala pada individu lain tidak lansung menunjukkan sebarang kesan.

‎‎0‎ ‎ ‎

Monday, January 20, 2014

Perihal Protein

Apakah Protein   ?


Protein adalah zat makanan yang sangat penting untuk tumbesaran, perkembangan, pemeliharaan dan kesihatan seluruh tubuh.
  • Protein terbina dari rangkaian polymer asid amino yang terangkai bersama oleh pelekat peptide. Beberapa jenis asid amino adalah bahan-bahan yang membina semua jenis protein tubuh manusia. Setiap molekeul protein terbina dari asid-asid amino yang mengandungi nitrogen dan belerang.
  • Ia merupakan bahan yang membina, mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan tubuh, memelihara, membaik-pulih, menyembuhkan semua sel, tisu, selaput/membrane, otot, ligamen, tendon, organ, kelenjar, tulang, kuku, kulit dan rambut, dan turut penyumbang kepada aktiviti otot. 
  • Ia juga sebagai komponen kepada hormon yang bertugas memberi isyarat kepada seluruh bahagian tubuh.
  • Ia memelihara kesaimbangan cecair tubuh, suasana pH darah, dan turut menjadi faktor pembekuan darah. 
  • Ia menjadi komponen kepada pembunuh kuman/antibodi dalam sistem daya tahan tubuh.
  • Juga menjadi komponen kepada RNA dan DNA. Apabila protein diruntuh menjadi asid amino, digunakan sebagai pemula kepada asid nucleik (termasuk DNA/asid deoxyribonucleik dan RNA/asid ribonucleik) yang terpenting bagi setiap kehidupan.
  • Juga bertindak sebagai pembawa oxygen dan nutrien melalui aliran darah keseluruh tubuh.
  • Juga menjadi enzim dan enzim-gandingan, yang mengendali tindak-balas bio-kimia dalam tubuh.
  • Juga menjadi sumber tenaga kepada tubuh ketika terdapat kekurangan karbohaidrat dan lemak.
  • Tubuh sentiasa memerlukan asid-asid amino untuk terus menghasilkan protein yang baru dan juga menggantikan protein yang telah luluh atau rosak. Oleh kerana protein atau asid amino tidak disimpan dalam tubuh, maka asid amino perlu hadir dalam setiap permakanan.
‎‎0‎ ‎ ‎

Thursday, January 2, 2014

Zat Gizi Kalsium‎

Apakah Zat Gizi Kalsium‎


Kalsium bersimbolkan Ca. Ia sejenis zat galian/gizi bukan organik berunsurkan logam bumi yang ‎lembut, berwarna kelabu, sifatnya ber-alkalin. ‎

Kalsium sangat mustahak pada tubuh dan kehidupan. Dibandingkan dengan zat-‎zat galian lain, kalsium paling banyak terkandung didalam tubuh. Kira-kira 99% kalsium berada dan tersimpan dalam tulang dan gigi. Bakinya berada diseluruh cecair tubuh bagi memenuhi ‎berbagai fungsi dan metabolisma tubuh. Kalsium lebih diperlukan oleh tubuh dari mana-mana zat gizi ‎lain. Permakanan yang sihat perlu sentiasa ada kalsium.

Fungsi-Fungsi Kalsium‎


Kalsium menyumbang berbagai peranan kepada tubuh. Ia merupakan zat gizi utama dalam pembinaan tulang dan gigi. Tubuh sentiasa memerlukannya untuk memastikan kesinambungan penguncupan semua otot, terutama otot jantung. Kalsium juga terlibat dalam urusan pengeluaran hormon, fungsi otak dan saraf berkaitan penghantaran maklumat ke otak dan pelepasan neurotransmitter dari sel-sel saraf neuron. Kalsium juga merupakan ‎ komponen penting dalam penghasilan enzim dan hormon yang mengurus penghadaman dan metabolisma tenaga dan lemak, komponen mustahak dalam sistem pembekuan darah. Ia juga bertindak sebagai ejen pembawa ion (bahan yang dihidupkan dengan tenaga letrik) untuk melintasi selaput/membrane, membantu memelihara semua sel dan tisu penghubung dalam tubuh, dan membantu kesembuhan luka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...