Apakah Selenium ?
Selenium, simbol Se, ialah sejenis kimia organik bukan logam.
Selenium adalah zat gizi kelumit, diperlukan oleh tubuh dalam kadar amat sedikit atau sekelumit. Namun kehadirannya sangat penting pada kehidupan bagi memenuhi berbagai fungsi dalaman tubuh.
Air laut banyak mengandungi selenium, rasa selenium juga masin seperti garam.
Tanah mengandungi selenite dan selenate yang diserap oleh pohon-pohon, lalu ditukar kepada bentuk organik, kebanyakannya selenocysteine dan selenomethionine, juga beberapa unsur terbitan methyl.
Oleh yang demikian, selenium wujud secara alami, terkandung dalam kebanyakan bahan makanan. Selenium boleh diperdapat melalui permakanan dari bahan-bahan organik (selenomethionine, selenocysteine) dan juga bukan organik (elenide-, selenate-, dan selenite- bersama beberapa jenis galian lain).
Kebanyakan selenium yang berbentuk selenomethionine berada dalam binatang dan tisu-tisu manusia, dimana ia menjadi sebahagian dari komponen asid amino methionine dalam protein.
Selenium yang berbentuk selenocysteine dan selenite pula perlu dipecahkan untuk mendapatkan hydrogen selenide. Hydrogen selenide lalu ditukar menjadi selenophosphate bagi tujuan menghasilkan selenoprotein. Lebih dari 2 dozen selenoprotein mengandungi selenium, berperanan penting dalam metabolisma hormon thyroid, penghasilan DNA, dan perlindungan dari kerosakan oksidasi dan jangkitan.
Juga boleh diperdapat melalui supplemen.
Otot kerangka adalah tempat simpanan utama selenium, kira-kira 28% - 46% dari jumlah keseluruhan selenium dalam tubuh, dipercayai sebanyak kira-kira 13–20 milligram.
Fungsi dan Manfaat Selenium
Fungsi-fungsi selenium yang termaklun dalam tubuh, antara yang utama dan jelas:
1. Aktiviti Kelenjar Thyroid. Selenium berperanan dalam fungsi kelenjar thyroid dan dalam setiap sel yang menggunakan hormon thyroid. Kajian menunjukkan, selenium merupakan zat penting pada kelancaran fungsi kelenjar thyroid, dan membantu mengurus penghasilan dan pengawalan kadar hormon thyroid dalam tubuh. Justru, selenium sangat pekat dalam kelenjar thyroid dari mana-mana organ dalam tubuh.
2. Aktiviti Anti-Oksidan Glutathione. Glutathione adalah bahan nyah-toksin. Ia terhasil dari organ hati dan mana-mana bahagian anggota tubuh yang bertoksin. Penghasilan glutathione bergantung kepada kehadiran asid-asid amino, zat besi dan selenium, bagi menghasilkan enzim anti-oksidan, iaitu glutathione peroxidase (sekumpulan 8 jenis enzim anti-oksidan). Selenium merupakan komponen kepada 5 dari 8 jenis enzim anti-oksidan tersebut. Glutathione peroxidase adalah pemula kepada penghasilan glutathione. Selenium juga diperlukan bagi kelancaran aktiviti glutathione selanjutnya.
![]() |