‎‎1‎ ‎ ‎

Friday, March 28, 2014

Ada Apa Pada Buah Kiwi ?

Buah Kiwi, Gooseberi Cina

‎ 
Buah Kiwi, Gooseberi Cina (Chinese gooseberry), yáng táo (bahasa cina), adalah buah yang boleh dimakan.

Kiwi dalah pohon jenis menjalar dan merembat, genus Actinidia. Genus Actinidia terdiri dari kira-kira 60 spesis. Kebanyakan buah kiwi mudah dikenal kerana bentuk buahnya; kulitnya sedikit sebanyak berbeza pada warna dan bulu. Isinya juga turut berbeza pada warna, jus, tekstur dan rasa.

Sebenarnya Kiwi berasal dari China Utara. Terdapat juga spesis actinidia lain yang berasal dari negara India, Jepun, dan Siberia.

Bermula dari China, lalu diperkenal ke New Zealand pada tahun 1906. Sejak itu tumbuh bercambah. Dan pada tahun 1937, kiwi terus ditanam secara komersial di New Zealand. Kiwi semakin popular, akhirnya nama Chinese gooseberry diketepikan. Pada tahun 1959 diberi nama baru "kiwifruit" sempena nama burung "kiwi", iaitu simbol negara New Zealand. Sehingga kini, kiwifruit mendapat nama pada semua spesis komersial dari pepohonan Actinidia.

Hari ini, kiwi ditanam dalam beberapa negara; seperti Italy, Chile, Greece, India, China, Amerika, Turki, Iran, Perancis dan Portugal.
Sebenarnya, kiwi juga boleh tumbuh subur dan berbuah di Malaysia, cuma belum timbul yang berbentuk komersial ! 

Spesis kiwi yang banyak terdapat dipasaran kini:
  • Fuzzy Kiwifruit (A. deliciosa)
  • Golden Kiwifruit (A. chinensis)
  • Chinese Egg Gooseberry (A. coriacea)
  • Baby Kiwifruit (A. arguta)
  • Arctic Kiwifruit (A. kolomikta)
  • Red Kiwifruit (A. melanandra)
  • Silver Vine (A. polygama)
  • Purple Kiwifruit (A. purpurea)

Spesis komersial paling popular Actinidia deliciosa. Kulitnya berbulu, berwarna coklat kehijauan atau kekuningan. Bentuk buah bujur telur, bersaiz sebesar telur besar (5–8 cm/2.0–3.1 in) panjang dan (4.5–5.5 cm/1.8–2.2 in) lebar. Isinya berwarna hijau atau kekuningan bersama lengkaran biji-biji kecil berwarna hitam yang juga lansung dimakan bersama isinya. Rasanya masam manis. Jenama terkenal: 'Hayward', 'Blake', dan 'Saanichton 12'.

‎‎0‎ ‎ ‎

Tuesday, March 25, 2014

Ada Apa Pada Bijan @ Lenga @ Wijen ?

Bijian bijan adalah multi-zat gizi alami. Sarat dengan 8 jenis zat gizi, yang tinggi kadarnya:
          *Kalsium  *Tembaga  *Besi  *Magnesium  *Manganese  *Fosforus  *Selenium  *Zinc
Bijan @ Lenga @ Wijen


Bijan atau Lenga (Malaysia), Wijen (Indonesia), Sesame (Inggeris). Nama botani Sesamum indicum. Ia sejenis pohon herba berbunga dari genus Sesamum, keluarga Pedaliaceae. Pohonnya meninggi sekitar 1.52-1.83 meter (5-6 kaki).

Bijan tumbuh bercambah diAsia, terutama Burma (pengeluar terbesar dunia), India (pengeksport terbesar dunia) dan China. Jepun merupakan pengimport terbesar dunia, diikuti oleh China. Bijan merupakan salah satu pohon tanaman yang tertua, sejak 3000 tahun dahulu menjadi tanaman utama dirantau Timur Tengah. Kini, ia merupakan tanaman komersial dibeberapa negara Afrika seperti Nigeria, Sudan, Uganda, Somalia dan Ethiopia. Beberapa spesis lain yang terdekat dengan sesamum indicum juga saling tumbuh di Afrika dan juga India.

Bijan lebih sesuai tumbuh dinegara beriklim tropika. Ia tahan kemarau. Mampu hidup sedangkan tumbuh-tumbuhan lain gagal. Pohon ini ditanam bagi mendapatkan bijiannya. Bijian bijan mengandungi minyak yang tinggi. Rupa bijian bijan iras kuaci tembikai, tetapi bersaiz kecil halus.  

Bijan terdiri dari banyak spesis, termasuk juga hybrid. Spesis yang bernilai komersial; seperti bijan putih, bijan hitam, bijan emas, masing-masing berbeza warna kulit/selaput bijinya. Bijan emas juga disebut bijan coklat atau kuning. Nilai kandungan zat pada spesis-spesis tersebut lebih-kurang sama, cuma rasanya agak berbeza.

Bijan putih disenangi untuk adunan berbagai kueh mueh dan resepi masakan, kerana rasanya lembut, enak, rangup dimamah. Bijan emas, beraroma segar dan enak. Ia juga menjadi pilihan popular dalam kebanyakan masakan dan pembuatan kueh mueh dalam berbagai resepi dan adunan. Bijan hitam lebih beraroma herba, baunya agak kuat dan tengik, agak sukar untuk dimakan mentah.

Terdapat juga kalangan masyarakat menggunakan bijian bijan sebagai bahan perubatan tradisional, kerana nilai-nilai zat makanan yang tekandung didalamnya dipercayai dapat memberi pencegahan dari penyakit dan kesembuhan pada masalah kesihatan.

Sepertimana kekacang dan bahan makanan lain, bijian bijan juga boleh mendatangkan allergi pada setengah individu yang alahan.

Manfaat Bijian Bijan


Rasa bijian bijan rangup kekacangan, agak enak dan leka dimakan mentah. Ia makanan berkhasiat untuk kesihatan, kerana memiliki keistimewaan yang terletak pada berbagai zat gizi.

Bijian bijan adalah multi-zat gizi alami, sarat dengan 8 jenis zat gizi yang tinggi kadarnya:   *Kalsium  *Tembaga  *Besi  *Magnesium  *Manganese  *Fosforus  *Selenium  *Zinc.

Disamping itu, ia juga kaya dengan *Lemak *Vitamin B1/thiamin dan *Vitamin B6/pyridoxine.

‎‎0‎ ‎ ‎

Sunday, March 23, 2014

Zat Gizi Selenium

Apakah Selenium    ?


Selenium, simbol Se, ialah sejenis kimia organik bukan logam.

Selenium adalah zat gizi kelumit, diperlukan oleh tubuh dalam kadar amat sedikit atau sekelumit. Namun kehadirannya sangat penting pada kehidupan bagi memenuhi berbagai fungsi dalaman tubuh.

Air laut banyak mengandungi selenium, rasa selenium juga masin seperti garam.

Tanah mengandungi selenite dan selenate yang diserap oleh pohon-pohon, lalu ditukar kepada bentuk organik, kebanyakannya selenocysteine dan selenomethionine, juga beberapa unsur terbitan methyl.
 
Oleh yang demikian, selenium wujud secara alami, terkandung dalam kebanyakan bahan makanan. Selenium boleh diperdapat melalui permakanan dari bahan-bahan organik (selenomethionine, selenocysteine) dan juga bukan organik (elenide-, selenate-, dan selenite- bersama beberapa jenis galian lain).

Kebanyakan selenium yang berbentuk selenomethionine berada dalam binatang dan tisu-tisu manusia, dimana ia menjadi sebahagian dari komponen asid amino methionine dalam protein.

Selenium yang berbentuk selenocysteine dan selenite pula perlu dipecahkan untuk mendapatkan hydrogen selenide. Hydrogen selenide lalu ditukar menjadi selenophosphate bagi tujuan menghasilkan selenoprotein. Lebih dari 2 dozen selenoprotein mengandungi selenium, berperanan penting dalam metabolisma hormon thyroid, penghasilan DNA, dan perlindungan dari kerosakan oksidasi dan jangkitan.

Juga boleh diperdapat melalui supplemen.

Otot kerangka adalah tempat simpanan utama selenium, kira-kira 28% - 46% dari jumlah keseluruhan selenium dalam tubuh, dipercayai sebanyak kira-kira 13–20 milligram.

Fungsi dan Manfaat Selenium


Fungsi-fungsi selenium yang termaklun dalam tubuh, antara yang utama dan jelas:

1. Aktiviti Kelenjar Thyroid. Selenium berperanan dalam fungsi kelenjar thyroid dan dalam setiap sel yang menggunakan hormon thyroid. Kajian menunjukkan, selenium merupakan zat penting pada kelancaran fungsi ‎‎kelenjar thyroid, dan membantu mengurus penghasilan dan pengawalan kadar hormon thyroid dalam tubuh. Justru, selenium sangat pekat dalam kelenjar thyroid dari mana-mana organ dalam tubuh.

2. Aktiviti Anti-Oksidan Glutathione. Glutathione adalah bahan nyah-toksin. Ia terhasil dari organ hati dan mana-mana bahagian anggota tubuh yang bertoksin. Penghasilan glutathione bergantung kepada kehadiran asid-asid amino, zat besi dan selenium, bagi menghasilkan enzim anti-oksidan, iaitu glutathione peroxidase (sekumpulan 8 jenis enzim anti-oksidan). Selenium merupakan komponen kepada 5 dari 8 jenis enzim anti-oksidan tersebut. Glutathione peroxidase adalah pemula kepada penghasilan glutathione. Selenium juga diperlukan bagi kelancaran aktiviti glutathione selanjutnya.

‎‎0‎ ‎ ‎

Wednesday, March 19, 2014

Ada Apa Pada Malberi/Mulberry ?

Pohon Malberi


Malberi (Mulberry), sejenis pohon yang kini kerap ditemui tumbuh dikampung-kampung atau disudut halaman rumah sebagai tanaman hiasan di Malaysia.

Nama botani Morus, dari genus pepohonan Moraceae. Jenis pohon merendang dan berbunga. Terdiri lebih dari 150 spesis pohon morus yang dikenali didunia ini. Banyak spesis 'hybrid' juga turut muncul. Namun, sejauh ini hanya 10–16 spesis ‎yang diterima oleh jabatan botani sebagai 'mulberry.' ‎

Pohon ini tumbuh bercambah dinegara-negara berbagai iklim; Asia, Afrika, Eropah, Amerika - Albania, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Afghanistan, Egypt, Ethiopia, Georgia, Greece, India, Iraq, Iran, Jordan, ‎Kenya, Lebanon, Libya, Pakistan, Syria, Sudan, Turkey, Uganda, Uzbekistan.

Spesis morus australis poir (Malberi China) lebih banyak tumbuh bercambah diAsia Tenggara, termasuk Malaysia.

‎Buah morus warna-warni mengikut perbezaan spesisnya; seperti hitam, biru, jingga, merah, putih dll. Buah-buahnya kecil berjambak, berumpun, berkelompok.

Buah malberi boleh dimakan mentah atau diminum dalam bentuk jus. Rasanya masam-masam manis, malberi hitam lebih manis apabila ranum. Dibeberapa negara, ia sering dibuat kueh, pie, tart, muffin, kek, kordial, dan jem. Juga digunakan sebagai bahan dalam ais krim, yogurt dsbnya.

‎‎0‎ ‎ ‎

Tuesday, March 18, 2014

Perihal Karbohidrat

Apakah Karbohidrat   ?


Nutrien (zat makanan) terbahagi kepada 6 bahagian utama: ‎Karbohidrat, Lemak, Protein, Air, Vitamin-Vitamin, dan Zat-Zat Gizi/Galian. Kesemua 6 bahagian nutrien ini terbahagi kepada 2 kategori:

Nutrien Makro
(diperlukan dalam jumlah yang ‎banyak)
Nutrien Mikro 
(diperlukan dalam jumlah yang sedikit)
Karbohidrat (dan serat) Lemak ProteinAir Vitamin-Vitamin Zat-Zat Gizi/Galian





Karbohidrat, salah satu dari nutrien makro yang diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan dan ‎kehidupan. Karbohidrat paling banyak membekal tenaga kepada tubuh, berbanding lemak dan ‎protein.

Karbohidrat adalah sakkarida, iaitu gula. Molekeul sakkarida mengandungi atom karbon, ‎hydrogen, dan oxygen. Nisbah atom hydrogen : oxygen ialah 2:1 (sepertimana air). Disegi struktur, ‎sakkarida terdiri dari aldehyde (ikatan ganda-dua atom karbon dan oxygen, campur 1 atom hydrogen), ‎dan ketone (ikatan ganda-dua atom karbon dan oxygen, campur 2 atom karbon).

Justru, memakan karbohidrat, sebenarnya memakan gula, cuma dalam bentuk yang berbeza.
‎‎
Jenis-Jenis Karbohidrat


Karbohidrat terdiri dari beberapa jenis sakkarida: monosakkarida, disakkarida, dan ‎polisakkarida.

Pengkelasan ini disebabkan bilangan unit gula disebut 'monomer' yang terkandung didalamnya ‎‎(unit ringkas disebut monomer, unit kompleks disebut polimer). Monosakkarida, disakkarida, atau ‎polisakkarida masing-masing mengandungi 1, 2, atau 3 dan lebih monomer.

Monosakkarida adalah gula paling ringkas. ‎Contoh: glukos, galaktos dan fruktos. Sebenarnya, glukos merujuk kepada gula dalam darah, kerana ‎glukos menjadi sumber utama tenaga kepada sel-sel tubuh. Disegi permakanan, galaktos banyak ‎terdapat dalam susu dan produk tenusu, manakala fruktos banyak terdapat dalam sayur-sayuran dan ‎buah-buahan.

Karbohidrat rigkas lebih mudah diserap, lebih cepat menambah kadar glukos dalam darah. ‎Tetapi, terdapat juga karbohidrat ‎ringkas (seperti fruktos) yang mempunyai kaedah metabolisma yang ‎berbeza dan tersendiri (fructolysis), mengakibatkan hanya sebahagian sahaja ditukar menjadi glukos. ‎‎‎
‎‎‎
‎‎0‎ ‎ ‎

Tuesday, March 4, 2014

Tembikai | Makanan Untuk Tumbesaran dan Meningkat Syahwat

Tembikai | Makanan Menyihatkan


Tembikai atau Timun Cina di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Semangka di Indonesia, Watermelon, nama botani Citrullus lanatus (thunb.). Tembikai tergolong dalam keluarga pepohonan Cucurbitaceae. Pohonnya menjalar merembat (memanjat dan melata), dikategori pohon jenis berbunga. Dipercayai berasal dari Afrika Selatan. Kini tumbuh hampir di serata pelusuk dunia, menjadi salah satu tanaman komersial popular didunia. Terdapat lebih dari 1,200 varieti tembikai; berbeza saiz buahnya, kemanisan isinya, dan juga warna isinya dari merah, oren, kuning dan putih.

Disebutkan oleh Al-Thabrani dalam kitab Al-Mu`jam Al-Ausath dan juga Al-Hakim, Anas ra menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengambil kurma masak dengan tangan kanan dan tembikai dengan tangan kiri. Baginda lalu menyantap kurma dan juga tembikai, salah satu buah yang Baginda gemari. (Hadis disahihkan oleh Al-Suyuthi)

Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah SAW bersabda: “Tembikai adalah makanan, minuman dan raihan (tanaman harum), mencucikan pundi kencing, membersihkan perut, memperbanyak air punggung (tulang belakang), membantu bercampur (gaul suami-isteri), mencerahkan kulit dan mengatasi kelemahan.” (Kitab Ath-Thibbun Nabawi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...