‎‎1‎ ‎ ‎

Friday, March 28, 2014

Ada Apa Pada Buah Kiwi ?

Buah Kiwi, Gooseberi Cina

‎ 
Buah Kiwi, Gooseberi Cina (Chinese gooseberry), yáng táo (bahasa cina), adalah buah yang boleh dimakan.

Kiwi dalah pohon jenis menjalar dan merembat, genus Actinidia. Genus Actinidia terdiri dari kira-kira 60 spesis. Kebanyakan buah kiwi mudah dikenal kerana bentuk buahnya; kulitnya sedikit sebanyak berbeza pada warna dan bulu. Isinya juga turut berbeza pada warna, jus, tekstur dan rasa.

Sebenarnya Kiwi berasal dari China Utara. Terdapat juga spesis actinidia lain yang berasal dari negara India, Jepun, dan Siberia.

Bermula dari China, lalu diperkenal ke New Zealand pada tahun 1906. Sejak itu tumbuh bercambah. Dan pada tahun 1937, kiwi terus ditanam secara komersial di New Zealand. Kiwi semakin popular, akhirnya nama Chinese gooseberry diketepikan. Pada tahun 1959 diberi nama baru "kiwifruit" sempena nama burung "kiwi", iaitu simbol negara New Zealand. Sehingga kini, kiwifruit mendapat nama pada semua spesis komersial dari pepohonan Actinidia.

Hari ini, kiwi ditanam dalam beberapa negara; seperti Italy, Chile, Greece, India, China, Amerika, Turki, Iran, Perancis dan Portugal.
Sebenarnya, kiwi juga boleh tumbuh subur dan berbuah di Malaysia, cuma belum timbul yang berbentuk komersial ! 

Spesis kiwi yang banyak terdapat dipasaran kini:
  • Fuzzy Kiwifruit (A. deliciosa)
  • Golden Kiwifruit (A. chinensis)
  • Chinese Egg Gooseberry (A. coriacea)
  • Baby Kiwifruit (A. arguta)
  • Arctic Kiwifruit (A. kolomikta)
  • Red Kiwifruit (A. melanandra)
  • Silver Vine (A. polygama)
  • Purple Kiwifruit (A. purpurea)

Spesis komersial paling popular Actinidia deliciosa. Kulitnya berbulu, berwarna coklat kehijauan atau kekuningan. Bentuk buah bujur telur, bersaiz sebesar telur besar (5–8 cm/2.0–3.1 in) panjang dan (4.5–5.5 cm/1.8–2.2 in) lebar. Isinya berwarna hijau atau kekuningan bersama lengkaran biji-biji kecil berwarna hitam yang juga lansung dimakan bersama isinya. Rasanya masam manis. Jenama terkenal: 'Hayward', 'Blake', dan 'Saanichton 12'.

Golden kiwi/kiwi emas (Actinidia chinensis) mempunyai kulit yang lebih licin, berwarna coklat kelabu asap. Spesis ini mempunyai isi hijau muda-kuningan yang lebih manis,  manis, dan beraroma. Spesis lain yang menarik; isinya berwaran merah pada lengkaran tengah dan kuning pada lengkaran luar. Kulitnya kurang berbulu dan boleh dimakan bersama dengan kulitnya. Harganya juga lebih mahal dari yang lain.

Terdapat juga spesis kiwi kecil yang disebut kiwi berry, anak kiwi, kiwi padang pasir, kiwi anggur, atau kiwi 'cocktail'. 3 spesis yang popular; kiwi tahan lasak (Actinidia arguta), Arctic beauty (A. kolomikta), dan silver vine (A. polygama). Spesis-spesis ini mudah dan cepat tumbuh membesar. Buahnya boleh dimakan, bersaiz kecil sebesar buah anggur. Kebanyakan spesis, kulitnya licin dan tipis. Rasa isinya juga berbagai, sepertimana buah-buah kiwi yang bersaiz normal.

Nutrien Kiwi



Selalunya, setiap 100 g kiwi membekal kira-kira 60 kalori, lemak  0.5 g, protein 1 g, karbohidrat 14 g, dan serat makanan 2.5 g yang lebih banyak terdapat pada kulitnya yang dimakan.  

Buah Kiwi, mentah
nilai setiap 100 g (3.5 oz)
Kiwi Kuning/Emas Kiwi Hijau
Tenaga 255 kJ (61 kcal) 251 kJ (60 kcal)
Karbohidrat 14.66 g 14.23 g
-Gula 8.99 g 10.98 g
-Serat Makanan 3 g 2 g
Lemak 0.52 g 0.56 g
Protein 1.14 g 1.23 g
-lutien + zeaxanthin 122 μg 114 μg
Vitamin
Thiamin/B1 0.027 mg (2%) 0.024 mg (2%)
Rivoflavin/B2 0.025 mg (2%) 0.046 mg (4%)
Niasin/B3 0.341 mg (2%) 0.28 mg (2%)
Asid Pantothenik/B5 0.183 mg (4%) 0.5 mg (10%)
Pyridoxine/B6 0.063 mg (5%) 0.057 mg (4%)
Folate/B9 25 μg (6%) 34 μg (9%)
Kholin/Bp 7.8 mg (2%) 5 mg (1%)
Vitamin C 92.7 mg (112%) 105.4 mg (127%)
Vitamin E 1.46 mg (10%) 1.49 mg (10%)
Vitamin K 40.3 μg (38%) 5.5 μg (5%)
Zat Gizi
Kalsium 34 mg (3%) 20 mg (2%)
Besi 0.31 mg (2%) 0.29 mg (2%)
Magnesium 17 mg (5%) 14 mg (4%)
Manganese 0.098 mg (5%) 0.058 mg (3%)
Fosforus 34 mg (5%) 29 mg (4%)
Potassium 312 mg (7%) 317 mg (7%)
Sodium 3 mg (0%) 3 mg (0%)
Zinc 0.14 mg (1%) 0.10 mg (1%)
Sumber: USDA Nutrient Database
Peratusan adalah anggaran merujuk kepada kadar saranan pada orang dewasa. 
Biji kiwi mengandungi purata 62% asid alpha-linolenik, sejenis asid lemak omega-3 yang menyihatkan tubuh.

Kiwi sangat kaya dengan vitamin C. Setiap 100 g membekalkan antara 90-106 mg vitamin C, iaitu 110-128% dari kadar saranan harian vitamin C yang diperlukan oleh tubuh.

Vitamin C adalah anti-oksidan dalam tubuh. Ia menyirna radikal bebas yang boleh merosak sel-sel dan menimbulkan masalah kesihatan; seperti keradangan dan kanser. Permakanan yang membekal cukup vitamin C juga dapat membantu mengurangkan masalah; seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis, dan asthma. Ia juga mengurangkan risiko kanser kolon, atherosclerosis, dan penyakit jantung yang disebabkan penyakit kencing manis.

Kiwi juga mengandungi vitamin B-Kompleks, E dan K. Ia sumber serat makanan yang baik.

Mungkin kerana kiwi mengandungi vitamin E dan lemak asid omega-3 menjadikan ia memiliki nilai-nilai pencair darah yang alami. Menurut pakar permakanan, dengan memakan 2-3 biji buah kiwi setiap hari selama 1 bulan boleh mengurangkan darah dari membeku dan bertompok dan juga kadar lemak (triglycerida) dalam darah. Dengan demikian, kiwi berpotensi mengurangkan risiko pembekuan darah.

Kiwi mengandungi karotenoid, seperti beta-karotin lutein dan zeaxanthin. Lutein dan zeaxanthin banyak terdapat pada makanan jenis sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia adalah anti-oksidan yang sangat berkesan. Kepekatannya pada bahagian mata manusia, termasuk lensa, retina dan macula. Atas alasan tersebut, lutein dan zeaxanthin dianggap sangat penting pada kesihatan mata dan penglihatan.

Menurut kajian dibidang zat-zat phyto, kiwi turut mengandungi beberapa jenis zat phyto yang didapati melindungi tubuh dari kerosakan DNA. Para pengkaji tidak dapat memastikan bahan anti-oksidan manakah (yang terkandung didalam kiwi) yang memiliki berkemampuan melindungi DNA, tetapi mereka bahan tersebut bukan dari sumbangan vitamin C atau beta-karotin. Oleh kerana kiwi mengandungi beberapa jenis zat flavonoid dan karotenoid yang telah menunjukkan aktiviti anti-oksidan yang berkesan, maka zat-zat phyto dalam kiwi berkemampuan melindungi DNA tubuh manusia dari kerosakan.

Permakanan

Kiwi mentah yang dipotong dan dimakan isinya sudah lazim menjadi sajian pemanis atau pencuci mulut (dessert) pada warga New Zealand dan Australia.

* Kiwi mentah juga kaya dengan enzim actinidain yang menyerap protein. Antidinain adalah bahan alami sebagai pelembut daging, banyak terkadung dalam betik. Actinidain menjadikan kiwi mentah tidak sesuai dibuat 'dessert' yang mengandungi susu, produk tenusu, atau produk bergelatin yang akan disimpan dahulu untuk dimakan kemudian nanti, kerana emzim tersebut akan meruntuhkan protein susu atau gelatin dan mencairkan dessert tersebut. 

Jus kiwi juga digemari. Kadangkala dicampur bersama dengan buah-buahan lain sebagai penambah kelazatan.

Kiwi juga turut dibuat jem, sangat popular di New Zealand dan kini banyak dipasarkan keserata pelusuk dunia. 

China tidak lepas dari pembuatan jeruk kering yang disira.dengan gula.

Perhatian, Gejala Allergi !

Buah dan kulitnya mengandungi enzim actinidain, iaitu sejenis flavonoid, yang mungkin boleh menyebabkan gatal pada mulut dan tekak pada individu yang bermasalah allergi. Selalunya, individu yang allergi pada getah buah; seperti pisang, betik, nenas, akan juga mengalami allergi pada buah kiwi.

Buah kiwi juga mengandungi kimia alami kristal kalsium oxalate dalam bentuk bulu kulitnya yang halus-lembut-tajam (raphides). Kalsium oxalate boleh menyebabkan badan mengeluarkan keringat, rasa gatal dan tidak selesa pada mulut dan tekak, bengkak dan gatal pada bibir, lidah, dan bahagian-bahagian wajah.

Terdapat juga individu yang mengalami muntah, perut sakit memulas, sakit uluhati, sesak pernafasan, dan pitam. Gejala yang parah lebih mudah timbul pada kanak-kanak.

Bagi individu yang mengalami gejala allergi tersebut, dinasihat menghindari dari memakan buah kiwi.





1 comment:

  1. Assalamualaikum.
    Setelah membaca artikel ini, barulah saya faham kenapa saya sering rasa gatal pada mulut, lidah dan tekak pada setiap teguk,di kala saya mengambil minuman sihat ini... terima kasih atas infonya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...