‎‎0‎ ‎ ‎

Tuesday, April 22, 2014

Zat Gizi Boron

Apakah Boron   ?


Kismis
Badam
Kacang Hazel
Aprikot Kering
Alpukat

BORON.  Nama-nama lain: Borate, Sodium Borate, Boric Acid, Boric Anhydride, Boric Tartrate.

Boron adalah zat gizi kelumit, bersimbolkan B. Hanya sekelumit boron yang diperlukan oleh tubuh bagi memelihara pertumbuhan dan kesihatan normal.

Boron adalah unsur bukan logam, yang memiliki 5 jumlah atom. Ia terdapat dalam lapisan mukabumi pada kepekatan 0.001%. Walaupun boron bukan berunsur logam, tapi dikelaskan sebagai 'metalloid' kerana memiliki ciri-ciri mirip logam.

Boron diserap oleh pohon-pohon dari alam sekitar dalam kadar kelumit. Manusia dan binatang mendapat bekalan boron dalam kadar sekelumit melalui permakanan bahagian-bahagian pokok. Boron alami terdiri dari asid borik dan borate dan boleh diperdapat melalui permakanan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijian dan bijiran.

Ada pendapat mengatakan boron bukan zat yang benar-benar diperlukan oleh tubuh manusia. Sebab itu, ia tidak disahkan secara resmi sebagai nutrien penting bagi kesihatan tubuh manusia.

Namun pendapat yang semakin diterima, boron merupakan zat gizi kelumit yang diperlukan oleh tubuh manusia bagi memenuhi berbagai proses biologi dalaman tubuh yang belum sepenuhnya difahami.

Fungsi Boron



Fungsi-fungsi utama boron sejauh yang difahami, antaranya:
  • membantu nutrien yang terlibat dengan metabolisma tubuh seperti vitamin D, kalsium dan ‎magnesium; meningkat kemampuan tubuh menyerap kalsium dan magnesium, membantu kalsium dalam pembinaan tulang dan mencegah hakisan kalsium, dan membantu mengimbangi kekurangan vitamin D3.
  • mempengaruhi paras hormon dan kelenjar-kelenjar thyroid dan parathyroid bagi mengurus kesaimbangan kalsium, magnesium, dan fosforus.‎ Meningkat kepekatan hormon steroid (estrogen dan testosterone) pada lelaki dan wanita.
  • memiliki nilai-nilai anti-oksidan yang bermanfaat bagi mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
  • membantu memelihara fungsi selaput sel dan menstabilkan  receptor hormon pada selaput sel.‎
  • pencegah enzim tertentu (mengikat dan mengurangkan aktiviti enzim) dan pada masa yang sama menjadi faktor gandingan kepada tindak-balas enzim yang lain.

Manfaat Kesihatan Boron



1     Mempertingkat Fungsi Otak.   Boron dianggap unsur yang menyumbang kepada perkembangan otak yang sihat dan mempertingkat fungsi dan daya kepekaan otak; kecerdasan pemikiran, pemahaman, ingatan, pemusatan dll. Kajian mendapati individu yang permakanannya kurang boron besar kemungkinan fikirannya mengalami kesukaran untuk memberi fokus atau perhatian.

2     Menyihatkan Tulang.  Boron dipercayai membantu nutrien yang terlibat dengan metabolisma tulang seperti vitamin D, kalsium, ‎magnesium dan tembaga.‎ Membantu mengimbangi kekurangan vitamin D3. Boron juga mempunyai pengaruh keatas kadar hormon estrogen dan ‎testosterone yang dikaitkan dengan kesihatan tulang pada keseluruhannya.

Merawat, Mencegah Osteoporosis dan Osteoarthritis: Boron meningkat kemampuan tubuh menyerap kalsium dan magnesium dengan lebih baik.‎ Ia bekerjasama dengan kalsium untuk membina tulang yang kukuh, memantapkan kartilej, mencegah hakisan kalsium dan kerapuhan tulang, mengurang risiko osteoarthritis dan osteoporosis, menghalang kerosakan gigi dengan cara bertindakbalas dengan fluorida. ‎

Kekurangan boron akan memberi kesan negatif pada metabolisma tubuh. Metabolisma tidak normal pada kalsium dan magnesium akan membawa gejala hyperthyroidism (pelepasan hormon thyroid yang berlebihan), ketidak-saimbangan hormon seks, masalah pada fungsi otak, pengawalan gula dalam darah terjejas, hilang kesaimbangan zat-zat tertentu (termasuk kalsium dan magnesium) dan enzim dalam tubuh. Lalu menjejaskan kesihatan tulang dan sendi sehingga membawa kepada osteoporosis dan osteoarthritis.

Semakin usia meningkat, sebahagian para saintis percaya boron diperlukan bagi mengelak osteoarthritis dan osteoporosis.‎ Beberapa kajian yang sedang giat menunjukkan bahawa boron bermanfaat bagi mengurangkan gejala osteoarthritis. Boron juga dapat mengurangkan gejala allergi dan keparahan rheumatoid arthritis. Kajian menunjukkan daerah dunia dimana permakanan harian masyarakat tinggi kadar boron kurang mengalami masalah arthritis. Boron didapati berkesan merawat arthritis, dan lebih dari 95% kes-kes menunjukkan pemulihan ketara dan berkesan mensepadukan kalsium kedalam kartilej dan tulang. 

3     Meringankan Masalah Jantung.   Permakanan kaya dengan boron boleh memperbaiki atau mengurangkan gejala CHF (congestive heart failure).‎ CHF adalah keadaan jantung yang lemah berfungsi sehingga menyebabkan masalah pernafasan, air banyak terkumpul pada bahagian kaki, kegemukan dan kurang selera makan.

Boron memiliki nilai-nilai anti-oksidan yang bermanfaat mengurangkan kadar kolesterol dan tompokan lemak bagi menanggani gejala atherosclerosis. Kajian awal keatas binatang menunjukkan boron memiliki nilai-nilai yang dapat merendahkan paras kolesterol. Samada perkara yang sama berlaku pada tubuh manusia, belum dapat disahkan. Tetapi kajian lebih mendalam sedang dijalankan tentang kesan boron pada tubuh manusia, dan hasil ujikaji belum dapat dipastikan.

4     Menggalak Penghasilan Testosterone dan Estrogen.   Boron dianggap dapat meransang penghasilan hormon testosterone dan estrogen.

Testosterone. Testosterone penting untuk tumbesaran tubuh yang normal. Boron meningkatkan paras hormon testosterone pada lelaki, dan membantu pembinaan otot. Nilai ini sering digunakan oleh ahli bina badan dan juga olahragawan. Ramai pengangkat berat memilih supplemen boron bagi menambah paras ‎hormon testosterone, untuk menjadikan mereka lebih kuat dan bertenaga, akan tetapi belum cukup bukti bagi menyokong manfaat ini.

Estrogen. Boron juga dikatakan dapat meningkatkan paras hormon estrogen. Estrogen dianggap boleh membantu menyihatkan fungsi tulang dan juga otak, mencerdaskan daya pemikiran dan ketangkasan otot, ko-ordinasi antara mata dan tangan. Kekurangan boron didapati boleh menyebabkan hilang ketangkasan bergerak, sukar pergerakan, ko-ordinasi antara tangan dan mata tidak seimbang.

Hasil dari beberapa kajian tentang pengaruh boron terhadap gejala putus haid masih berbeza. Menurut beberapa kajian, selepas beberapa hari rawatan menggunakan boron, ia didapati membantu penghasilan hormon estrogen pada wanita yang mengalami putus haid, dan mengembalikan nafsu syahwat. Manakala beberapa kajian lain tidak menunjukkan bukti yang meyakinkan bahawa boron memberi manfaat pada gejala putus haid seperti osteoporosis dan atherosclerosis. Lebih banyak bukti kukuh diperlukan tentang keberkesanan boron pada masalah ini.

5    Menyihatkan Sistem Peranakan.  Boron dikatakan penting pada sistem peranakan, menyihatkan fungsi sistem endocrine (ovari, buah zakar dan kelenjar adrenal), dan seterusnya pada tumbesaran janin. Akan tetapi, tidak banyak maklumat yang diperdapat tentang perkara ini.

Kekurangan boron boleh menjejaskan fungsi peranakan, mengurangkan jumlah sperma, perkembangan tumbesaran janin tidak normal. Jika dos melebihi UL, individu lelaki dikhuatiri akan hilang daya kemampuan untuk menghamilkan, juga menjejaskan sistem peranakan lelaki.

Ujikaji menunjukkan boron MASIH SELAMAT pada wanita hamil dan atau yang menyusu bayi.
  • Jika berusia antara 19-50 tahun, dos boron tidak melebihi 20 mg per hari. 
  • Jika berusia antara 14-18 tahun, dos boron tidak melebihi 17 mg per hari. 
  • Lebihan dari dos tersebut mungkin bermudharat, perlu dihindari oleh wanita hamil, kerana telah dikaitkan dengan kecacatan pada bayi yang dilahirkan. Pengambilan asid borik sewaktu 4 bulan pertama kehamilan telah dikaitkan dengan pertambahan 2.7- 2.8 kali ganda risiko kecacatan bayi dilahirkan.

6     Mencegah Jangkitan Kulat dll.   Boron melindungi tubuh dari berbagai jangkitan parasit, seperti kulat Candida Albicans.

Kajian menunjukkan bahawa asid borik (sejenis boron) digunakan bagi merawat jangkitan kulat pada faraj (alat kelamin wanita). Memasukkan asid borik dalam bentuk kapsul kedalam faraj didapati dapat membunuh kulat yang menyebabkan jangkitan dalaman. Bagitu juga dengan jangkitan pada bahagian-bahagian lain.

Hasil dari beberapa ujikaji sains keatas boron, asid borik (sejenis boron yang sering diguna) MUNGKIN SELAMAT digunakan pada faraj wanita selama 6 bulan. Ia boleh menyebabkan rasa panas pada faraj.
  • Sebagai langkah berhati-hati: 600 mg serbuk asid borik digunakan 1-2 kali sehari. 
  • Bagi mencegah jangkitan kulat candida: 600 mg digunakan 2 kali dalam seminggu.

Kadar Harian



Tidak ada Kadar Saranan Harian (Recommended Daily Allowance/RDA) yang muktamad keatas boron, kerana peranan biologinya masih belum dikenal-pasti secara jelas. 

Dari beberapa ujikaji sains keatas boron, dos-dos berikut (rajah sebelah) memberi petunjuk bahawa boron SELAMAT bagi orang dewasa dan kanak-kanak jika digunakan dalam dos kurang dari Upper Tolerable Limit (UL).

Boron dimakan dalam kadar yang berbeza, bergantung kepada jenis makanan yang dimakan. Majoriti berpendapat bahawa sesuatu makanan dianggap mengandungi kadar boron yang tinggi jika membekal kira-kira 3.25 mg boron bagi setiap 2000 kcal per hari. Dan dianggap rendah kadar boronnya jika membekal 0.25 mg boron bagi setiap 2000 kcal per hari.

Kekurangan Boron



Hanya sekelumit boron yang diperlukan oleh tubuh. Sekelumit bererti ia lebih mudah kehabisan. Bila kekurangan timbul — dan kekurangan lebih senang berlaku dari keracunan — fungsi-fungsi penting dalam tubuh tidak akan terlaksana dengan baik. Walaupun gejala dari kekurangan boron belum difahami sepenuhnya, namun sejauh yang diketahui kekurangan boron boleh menjejaskan kesihatan tubuh.

Punca kekurangan mungkin disebabkan:
  • Permakanan harian dari bahan makanan yang rendah kadar boron.
  • Faktor cuaca, iklim panas, terlalu aktif, peluh berlebihan, mengambil ubat yang meransang pembuangan air kecil/diuretics boleh mendorong banyak kehilangan zat-zat gizi kelumit.
  • Penyakit dan masalah kesihatan seperti jangkitan parasit, ulser, penyakit hati, kelecuran, radang usus, lemah sistem penghadaman.

Lebihan Boron



Boron mudah diserap, dan dikeluarkan dari tubuh melalui pembuangan air kecil. Namun kadar boron yang berlebihan dalam tubuh didapati boleh meyebabkan keracunan.

Keracunan juga bergantung kepada fungsi ginjal seseorang individu. Pengidap penyakit ginjal perlu menghindari dari mengambil supplemen boron, kerana ginjal terpaksa bekerja keras bagi mengeluarkan boron dari tubuh. Fungsi ginjal yang bermasalah boleh menyebabkan boron terkumpul dalam ginjal, paru-paru, tulang, hati, jantung, otak, tisu lemak, kelenjar thyroid dan parathyroid dan kelenjar peranakan.

Boron juga perlu dihindari oleh individu yang mengalami masalah kesihatan yang berpunca dari sensitiviti hormon seperti kanser payudara, kanser rahim, ketumbuhan dalam rahim (endometriosis atau uterine fibroids). Keadaan ini disebabkan boron mungkin bertindak seperti hormon estrogen. Sekiranya seseorang yang mengidap masalah kesihatan disebabkan estrogen, dia perlu menghindar dari mengambil supplemen boron atau memakan makanan yang tinggi kandungan boron.

Tanda-tanda keracunan seperti:
  • radang kulit dan mengelupas.
  • gatal-gatal.
  • gugup.
  • kekejangan.
  • lemah tenaga.
  • pergerakan lemah tak bermaya.
  • sakit kepala.
  • rambut gugur.
  • tekanan jiwa,
  • cirit-birit.
  • muntah dan berbagai lagi.

Sumber Makanan



Boron boleh diperdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Jumlah boron sangat sedikit. Tanah-tanih dimana pokok-pokok yang menghasilkan buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang tumbuh, juga mempengaruhi kandungan kadar boron dalam bahan makanan.

Oleh itu, ada pendapat mengatakan bahawa sumber boron dari permakanan alami tidak praktikal, dan tidak menjamin dapat memenuhi kadar saranan harian yang diperlukan oleh tubuh. Supplemen juga perlu diambil sebagai tambahan.

Boron boleh didapati dalam:
  • Jenis kekacang, bijian dan nijiran seperti badam, hazel, kacang tanah, kacang brazil, walnut, kacang ginjal merah, biji gajus, dhal, kacang kuda, bran gandum dan beras dll.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti alpukat, prune, kurma, peach, anggur, buah zaitun, pear, epal, oren, pisang, sayur seleri, brokoli, bawang merah dll.

Berikut adalah analisa kandungan boron yang tinggi dalam bahan makanan:

Bahan Makanan Nilai mg/100gBahan Makanan Nilai mg/100g
Kismis ‎4.51Buah Peach 0.52
Badam/Almond 2.82 Anggur Merah 0.50
Kacang Hazel 2.77Sayur Seleri ‎0.50
Apricot Kering 2.11 Madu Lebah 0.50
Alpukat 2.06 Buah Zaitun  0.35
Peanut Butter 1.92 Buah Pear 0.32
Kacang Brazil  1.72 Epal Merah 0.32
Kacang Walnut 1.63Bran Gandum 0.32
Kacang Ginjal Merah 1.40Brokoli 0.31
Buah Prune 1.18Lobak Merah/Carrot 0.30
Biji Gajus 1.15 Oren 0.25
Kurma 1.08 Bawang Merah ‎0.20
Dhal 0.74Ubi Kentang 0.18
Kacang Kuda 0.71Pisang ‎0.16
‎‎                  ‎ 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...