Apakah Potassium
Tubuh manusia mengandungi kira-kira 65% oxygen, 18.5% karbon, 9.5% hydrogen, 3.2% nitrogen, 1.5% kalsium, 1% fosforus, 0.4% potassium, 0.3% belerang, 0.2% sodium, 0.2% khlorin, dan 0.1% magnesium. Bererti, potassium adalah unsur ke-7 atau zat gizi ke-3 terbanyak berada dalam tubuh.
Potassium adalah zat gizi bersimbolkan K. Ia beralkalin. Wujud dalam bentuk garam yang larut air. Disegi struktur, ia seiras sodium, sehinggakan potassium selalu terbina dalam gumpalan, ketulan atau bongkah sodium di mukabumi. Ia juga banyak larut dalam air laut, dan sentiasa terkumpul bersama beberapa jenis zat gizi lain.
Potassium merupakan galian yang sangat aktif bertindak-balas terhadap oxygen dan air di udara, boleh menghasilkan haba, dan mampu menyalakan hydrogen. Lebih aktif tindak-balasnya apabila tulen, sehingga gas yang terhasil boleh meletus!
Potassium sangat berpengaruh pada kesihatan tubuh. Tanpa atau kekurangannya akan menimbulkan berbagai masalah kesihatan pada tubuh. Justru, permakanan yang membekalkan potassium mencukupi perlu diberi perhatian.
Potassium | Fungsi
Potassium adalah zat gizi yang asasi, ke-3 yang terbanyak dalam tubuh bagi memenuhi keperluan semua sel, tisu, otot, saraf, organ dll. Setiap sistem dalaman tubuh memerlukan potassium untuk mampu berfungsi dengan sempurna.
Potassium juga mempunyai jaringannya sendiri, disebut saluran-saluran potassium (potassium channels). Saluran-saluran potassium terdiri dari pelbagai jenis selaput/membrane protein pada sel-sel. Melalui saluran-salurannya, potassium terlibat dan bertugas melaksanakan berbagai fungsi yang diperlukan oleh tubuh.
Antara fungsi potassium dalam tubuh:
Potassium | Manfaat Kesihatan
1 Kesaimbangan Cecair, Electrolyte dan pH Tubuh. Potassium bekerjasama dengan sodium dan zat-zat gizi lain (seperti khlorida, kalsium, magnesium, dan fosforus), dalam mengawal kesaimbangan cecair, electrolyte, zat-zat gizi lain, dan suasana pH dalam darah.
Kesaimbangan Cecair. Bersama dengan zat-zat gizi lain, potassium menyelenggara kesaimbangan kadar cecair didalam tubuh melalui pergerakan osmosis. Osmosis bermaksud pengaliran cecair dari satu sel ke sel yang lain, melintasi selaput/membrane sel.
Potassium saling bekerjasama dengan sodium. Keduanya larut air dan diselenggara oleh ginjal. Namun, potassium banyak berada dalam sel-sel, manakala sodium lebih banyak dalam darah dan cecair diantara dan diluar sel-sel. Sel-sel tubuh memerlukan beberapa jumlah cecair untuk berfungsi. Sel-sel dan sistem organ, masing-masing berbeza keperluan jumlah cecair. Kesaimbangan diperdapat apabila tekanan atau pemacuan dalam sel masing-masing terkawal, hanya sejumlah cecair yang didesak mengalir melintasi antara sel-sel.
Kekurangan potassium akan mengakibatkan sel-sel tidak dapat mengekalkan kesaimbangan cecair dengan baik, maka banyak sistem tubuh akan menderita. Secara umum, potassium memelihara cecair dalam tubuh, penting pada setiap athlete yang berolahraga atau individu yang bekerja keras membanting tulang, agar tubuh sentiasa dalam kesaimbangan cecair tubuh, tidak kering dan dahaga.
Kesaimbangan Electrolyte. Potassium sendiri merupakan salah satu electrolyte dalam darah dan cecair tubuh. Ia mempunyai berbagai fungsi diperingkat sel-sel tubuh, mengalirkan arus letrik dalam tubuh. Potassium sebagai electrolyte diperlukan bagi memelihara jantung, otak, ginjal, tisu otot dan sistem-sistem dalaman tubuh yang lain agar sentiasa sihat. Oleh kerana tubuh manusia bergantung kepada kesaimbangan potassium bagi memastikan jantung menguncup dengan baik dan sistem saraf sentiasa sihat, maka amat penting menitik-beratkan kesaimbangan electrolyte dalam tubuh.
Suasana pH. pH adalah suasana dalaman tubuh, samada berasid atau beralkalin. pH tubuh yang ideal adalah sedikit beralkalin antara 7.30 - 7.45. Suasana tubuh yang berasid akan membuka ruang kepada kesuburan sel-sel kanser untuk berkembang biak. Oleh kerana sifat potassium beralkalin, ia membantu memelihara kesaimbangan pH dalam tubuh agar tidak terlalu berasid.
2 Sistem Saraf. Potassium digunakan oleh tubuh terutamanya sebagai electrolyte. Electrolyte adalah galian yang mengalirkan arus letrik dalam cecair tubuh, penting bagi menghebahkan isyarat-isyarat bertenaga letrik antara otak, saraf-saraf dan otot untuk bertindak. Potassium, kerana ia adalah jenis logam, adalah salah satu komponen yang digunakan oleh sel-sel saraf bagi menghasilkan penghantaran aau penghebahan isyarat tersebut.
Sel-sel saraf bekerja dengan menggunakan isyarat desakan berdaya letrik melalui sel-sel neuron untuk berkomunikasi dengan sel-sel lain didalam tubuh. Electrolyte potassium membantu melancarkan fungsi sel-sel neuron dan menyemarak giat tindak-balas saraf menghantar pesanan dari sesuatu bahagian tubuh kepada bahagian yang lain.
Potassium yang mencukupi menjadikan fungsi penghantaran isyarat dari saraf dapat dihantar ke serat otot dengan pantas, dan juga untuk otot mampu menguncup dengan berkesan. Melalui saluran-saluran potassium yang saling berkait dalam pelbagai fungsi neuron, potassium membantu mengendali arus letrik keseluruh tubuh. Dengan demikian, isyarat akan mendesak-gerak penguncupan otot bagi melaksanakan berbagai aktiviti harian.
Permakanan yang mengandungi potassium dalam kadar yang sewajarnya adalah mustahak bagi memelihara fungsi keseluruhan sistem saraf. Kekurangan potassium yang berlarutan boleh memberi masalah pada sistem dan fungsi saraf, antaranya:
3 Kekuatan Otot. Potassium meransang pertumbuhan, pembinaan, tumbesaran, perkembangan, sel-sel dan kekuatan tisu-tisu otot, dan juga penggunaan tenaga dalam aktiviti metabolisma.
Potassium juga berperanan memelihara fungsi-fungsi pergerakan otot, dan tindak-tanduk penguncupan otot. Kebanyakan ion potassium dalam tubuh terletak didalam sel-sel otot. Bekalan potassium yang mencukupi diperlukan untuk penguncupan dan pengenduran otot yang berkesinambungan. Ia memelihara otot dan fungsi saraf, dan membantu memelihara kepantasan tindak-balas otot kerana ia meransang perhubungan neuron pada otot dan otak.
4 Fungsi Otak. Potassium berperanan penting dalam memelihara otak agar berfungsi secara normal dan waras. Kehadirannya sangat berpengaruh pada fungsi otak diperingkat tinggi seperti daya pembelajaran, pemahaman, pengecaman, kepekaan dan ingatan. Peranan utamanya ialah mengalirkan tenaga letrik dan oxygen ke sel-sel neuron dalam otak.
Kadar potassium yang tinggi dalam darah akan membekalkan lebih banyak oxygen ke otak. Dengan demikian, menyemarak aktiviti sel-sel saraf neuron dan meningkatkan lagi fungsi daya pemikiran, pemahaman, pengecaman, kepekaandan ingatan pada otak. Maka, pisang pun sering juga diperkatakan sebagai makanan pada otak, kerana pisang mengandungi kadar potassium yang agak tinggi !
Kekurangan potassium yang berlarutan boleh menjejaskan fungsi otak, seperti:
5 Tekanan Darah dan Kesihatan Jantung. Potassium memelihara agar jantung berfungsi dengan lancar dan baik.
Potassium adalah komponen utama yang memelihara tekanan darah dalam tubuh agar sentiasa normal. Ia memansuhkan peranan sodium yang menyebabkan tekanan darah meninggi. Bila sodium banyak berada dalam sel-sel, maka lebih banyak air diperlukan oleh sel-sel bagi mengimbangi lebihan sodium. Jika sel-sel tersebut terdiri dari dinding saluran-saluran darah dan arteri, maka sodium berlebihan dalam sel-sel tersebut akan menyebabkan saluran semakin menyempit. Lebih sempit saluran, maka lebih kuat tekanan jantung mengepam darah bagi melaluinya, tekanan darah jadi meninggi.
Makanan modern harini sering banyak mengandungi sodium atau garam. Maka tidak hairanlah jika tekanan darah tinggi kerapkali menjadi masalah kesihatan. Dengan memelihara kadar potassium dalam tubuh, sel-sel tubuh dapat memastikan tidak terlalu banyak sodium yang hadir, dan juga air dalam struktur sel, maka tekanan darah akan lebih terpelihara.
Tekanan darah tinggi merupakan salah satu punca utama kepada penyakit jantung dan strok. Kajian juga menunjukkan bahawa dengan memakan makanan yang berpotassium tinggi akan memberi kesan perlindungan terhadap tekanan darah tinggi/hypertension/high blood pressure, kerana lebihan sodium disingkirkan dari tubuh, juga dikaitkan dengan pengurangan risiko kematian disebabkan penyakit jantung.
Oleh kerana potassium juga sebagai vasodilator yang bertindak mengendurkan ketegangan saluran-saluran darah, maka ia memastikan otot menguncup dengan baik dan membantu jantung mengepam dengan selesa, dengan demikian mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
6 Kesihatan Tulang. Potassium juga terlibat dalam pembinaan tulang yang sihat, kuat, dan tumpat.
Perlu ada kesaimbangan antara suasana beralkalin dan berasid didalam tubuh. Apabila potassium berkurangan, dan tubuh menyimpan air dalam kadar yang tidak seimbang, kemungkinan paras pH darah akan lebih berasid. Suasana tubuh yang berasid boleh menghakis dan mengancam kadar kalsium.Tulang kerapkali mengalami kerosakan disebabkan terlalu tinggi kadar asid didalam tubuh.Tulang-tulang merupakan simpanan bagi membantu menanggani suasana dimana tahap berasid meninggi. Apabila sel-sel sering diselubungi suasana berasid, maka tubuh akan menggunakan simpanan kalsium pada tulang.
Kajian dari Linus Pauling Institute, Micronutrient Information Center mengatakan bahawa dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan potassium akan mengakibatkan tulang menjadi bertambah tumpat, lebih kuat dan bertambah jangka-hayat tulang.
7 Kesihatan Usus dan Penghadaman. Seperti diketahui, potassium adalah electrolyte. Sebagai electrolyte, potassium mempengaruhi semua otot untuk menguncup, termasuk otot-otot pada usus.
Penghadaman yang sihat banyak terletak pada rentak penguncupan usus --- atau disebut peristalsis---. Peristalsis sangat diperlukan pada sistem penghadaman, penyerapan nutrien dan pengeluaran bahan-bahan sisa. Peristalsis merupakan pengucupan dan kekenduran tisu-tisu otot pada dinding usus yang berlaku berselang-seli, menghasilkan kesan gelombang yang menolak dan menggerak maju bahan-bahan dalam usus, untuk akhirnya dikeluarkan dari tubuh melalui pembuangan air besar. Sekiranya zat-zat galian dan electrolyte yang mencukupi dalam tubuh, penguncupan akan berlaku secara otomatis tanpa dipaksa.
Justru, potassium sebagai electrolyte, membantu ginjal mengeluarkan bahan-bahan sisa melalui pembuagan air besar. Kekurangan potassium (hypokalemia) boleh menjejaskan rentak penguncupan usus dan penyerapan nutrien. Biasanya, hypokalemia jarang berlaku. Tetapi individu yang mengidap masalah ginjal dan penyerapan zat makan melalui usus (seperti penyakit Crohn) mempunyai risiko yang tinggi. Namun, adalah dinasihatkan mendapat nasihat doktor tentang dos supplemen potassium yang bakal diambil, kerana potassium juga meransang tubuh menyerap lebih banyak kalsium dari yang diperlukan, yang mana boleh mengkalsiumkan dan menyebabkan masalah pada ginjal, keadaan ini boleh mengakibatkan kesihatan yang diharap kemudharatan yang diperdapat.
8 Lain-Lain Manfaat Potassium. Potassium turut terlibat dalam pelbagai proses metabolisma, kesihatan hati dll.
Potassium membantu proses metabolisma dan penyerapan tenaga dari beberapa jenis nutrien seperti lemak dan karbohidrat.
Potassium turut aktif dalam metabolisma glycogen dan glucose, menukar glukos menjadi glycogen untuk disimpan dalam organ hati untuk kegunaan dimasa hadapan.
Potassium diperlukan bagi kelancaran fungsi berbagai jenis enzim. Enzim-enzim tersebut menbantu memecahkan karbohidrat dan membantu membina protein dari asid-asid amino.
Potassium juga merupakan faktor gandingan kepada sodium bagi mengurus ATP (nucleoside triphosphate digunakan dalam sel-sel sebagai enzim gandingan) yang bertindak sebagai ejen perpindahan tenaga antara sel-sel untuk metabolisma.
Beberapa kajian menunjukkan potassium berperanan penting dalam penghasilan protein, yang bermanfaat pada pertumbuhan semula tisu, pertumbuhan sel-sel, dan kesaimbangan metabolisma pada keseluruhannya. Maka, kadar potassium diperlukan bagi memastikan tubuh mampu mendapat karbohidrat sebagai sumber tenaga, dan protein sebagai membina dan membaik pulih tisu-tisu otot.
Potassium turut penting bagi memperbaiki fungsi hati, menghasilkan cecair penghadaman, cecair untuk hempedu/bile dan pancreas, dan mengeluarkan karbon dioxida dari tubuh.
Potassium | Kadar Saranan
Data RNI dari Kementerian Malaysia tentang zat gizi potassium tidak diperolehi. Oleh itu, rujukan terdekat adalah dari "Institute of Medicine's Food and Nutrition Board."
Dos atau kadar harian potassium yang optima sentiasa menjadi tajuk perbahasan. Namun, garis panduan 2004 dari 'Institute of Medicine' telah bersetuju menetapkan saranan kadar harian/DRI potassium bagi orang dewasa ialah 4,700 mg (100 mEq).
Potassium sangat mudah diserap oleh tubuh, dan 90% dari jumlah yang diserap dikeluarkan pula melalui air kencing. Potassium mudah hilang melalui keringat/peluh, tetapi kembali hadir melalui minuman dan permakanan.
Tidak ada sistem penyimpanan potassium dalam tubuh, sedangkan garam/sodium terus tersimpan dalam tubuh. Walaupun potassium didapati kekurangan dalam tubuh, namun ginjal tetap terus mengeluarkannya dari tubuh. Justru, permakanan yang membekalkan potassium sebanyak kira-kira 4,700 mg setiap hari perlu diperhatikan agar kesaimbangan antara sodium dan potassium dapat dipelihara untuk kesihatan tubuh.
Potassium | Kekurangan
Kekurangan mana-mana nutrien dalam tubuh lambat laun akan menjejaskan kesihatan. Dan potassium tidak terkecuali.
Hypokalemia adalah istilah pada kekurangan potassium, iaitu kadar potassium didalam tubuh tidak mencukupi atau potassium tidak dapat dipergunakan sepenuhnya oleh tubuh.
Hypokalemia sederhana boleh berlaku bila kadar potassium menurun antara 2.4 - 3.0 mEq/L. Tanda-tanda biasa; seperti lemah otot, cramp otot, dan sembelit. Hypokalemia yang parah bila kadar potassium menurun dibawah paras 2.0 mEq/L.
Punca Hypokalemia. Seseorang individu boleh mengalami hypokalemia dalam keadaan berikut:
Potassium | Lebihan
Lebihan potassium dalam darah disebut "Hyperkalemia."
Belum ada lapuran tentang kesan negatif dari permakanan alami yang berpotassium tinggi.
Namun, supplemen atau pengganti garam boleh menyebabkan hyperkalemia dan membahayakan kesihatan. Seseorang yang ingin mengambil supplemen potassium perlu terlebih dahulu mendapat nasihat dari doktor.
Hyperkalemia boleh membahayakan:
Potassium | Sumber Makanan
Permakanan seimbang perlu juga mengandungi sejumlah potassium, menurut kadar yang disarankan oleh pakar kesihatan. Potassium banyak dan mudah diperdapat melalui sayur-sayuran, dan bijiran.
Menurut analisa dan rating dari 'U.S. Food and Drug Administration', swiss chard (kailan), bayam, dan sawi bok choy menduduki tempat teratas sebagai sayur-sayuran yang tinggi kandungan zat gizi potassium. Buah-buahan seperti alpukat, pisang, bahkan air kelapa muda dan jus buah-buahan juga mengandungi potassium.
Jenis kekacang juga turut mengandungi potassium; seperti apricot kering, badam, pistachio, bran beras dan gandum dll.
Makanan berdaging seperti; ayam, ikan tuna/tongkol, salmon, halibut, yang terkenal dengan tinggi kandungan asid lemak Omega-3, juga turut mengandungi potassium yang tinggi. Selanjutnya, susu segar, dan produk tenusu juga mengandungi potassium.
| ||
| ||
| ||
| ||
|

- memelihara kesaimbangan cecair, electrolyte dan pH dalam tubuh.
- membantu sistem saraf yang diperlukan bagi penghantaran isyarat.
- mempertingkat daya pemikiran otak melalui menghantaran oxygen.
- memelihara pertumbuhan, kesihatan dan jangka hayat sel-sel; mempertingkat kesasaan dan penguncupan otot.
- mengawal tekanan darah dan memelihara perjalanan fungsi jantung.
- membantu penghasilan tenaga dari protein, lemak dan karbohidrat dalam proses metabolisma, membantu memperbaiki fungsi hati, cecair untuk bile dan pancreas.
- membantu proses penghadaman, dan penghasilan cecair penghadaman, dan pengeluaran bahan sisa dan karbon dioxida dari tubuh.
Potassium | Manfaat Kesihatan
1 Kesaimbangan Cecair, Electrolyte dan pH Tubuh. Potassium bekerjasama dengan sodium dan zat-zat gizi lain (seperti khlorida, kalsium, magnesium, dan fosforus), dalam mengawal kesaimbangan cecair, electrolyte, zat-zat gizi lain, dan suasana pH dalam darah.
Kesaimbangan Cecair. Bersama dengan zat-zat gizi lain, potassium menyelenggara kesaimbangan kadar cecair didalam tubuh melalui pergerakan osmosis. Osmosis bermaksud pengaliran cecair dari satu sel ke sel yang lain, melintasi selaput/membrane sel.
Potassium saling bekerjasama dengan sodium. Keduanya larut air dan diselenggara oleh ginjal. Namun, potassium banyak berada dalam sel-sel, manakala sodium lebih banyak dalam darah dan cecair diantara dan diluar sel-sel. Sel-sel tubuh memerlukan beberapa jumlah cecair untuk berfungsi. Sel-sel dan sistem organ, masing-masing berbeza keperluan jumlah cecair. Kesaimbangan diperdapat apabila tekanan atau pemacuan dalam sel masing-masing terkawal, hanya sejumlah cecair yang didesak mengalir melintasi antara sel-sel.
Kekurangan potassium akan mengakibatkan sel-sel tidak dapat mengekalkan kesaimbangan cecair dengan baik, maka banyak sistem tubuh akan menderita. Secara umum, potassium memelihara cecair dalam tubuh, penting pada setiap athlete yang berolahraga atau individu yang bekerja keras membanting tulang, agar tubuh sentiasa dalam kesaimbangan cecair tubuh, tidak kering dan dahaga.
Kesaimbangan Electrolyte. Potassium sendiri merupakan salah satu electrolyte dalam darah dan cecair tubuh. Ia mempunyai berbagai fungsi diperingkat sel-sel tubuh, mengalirkan arus letrik dalam tubuh. Potassium sebagai electrolyte diperlukan bagi memelihara jantung, otak, ginjal, tisu otot dan sistem-sistem dalaman tubuh yang lain agar sentiasa sihat. Oleh kerana tubuh manusia bergantung kepada kesaimbangan potassium bagi memastikan jantung menguncup dengan baik dan sistem saraf sentiasa sihat, maka amat penting menitik-beratkan kesaimbangan electrolyte dalam tubuh.
Suasana pH. pH adalah suasana dalaman tubuh, samada berasid atau beralkalin. pH tubuh yang ideal adalah sedikit beralkalin antara 7.30 - 7.45. Suasana tubuh yang berasid akan membuka ruang kepada kesuburan sel-sel kanser untuk berkembang biak. Oleh kerana sifat potassium beralkalin, ia membantu memelihara kesaimbangan pH dalam tubuh agar tidak terlalu berasid.
2 Sistem Saraf. Potassium digunakan oleh tubuh terutamanya sebagai electrolyte. Electrolyte adalah galian yang mengalirkan arus letrik dalam cecair tubuh, penting bagi menghebahkan isyarat-isyarat bertenaga letrik antara otak, saraf-saraf dan otot untuk bertindak. Potassium, kerana ia adalah jenis logam, adalah salah satu komponen yang digunakan oleh sel-sel saraf bagi menghasilkan penghantaran aau penghebahan isyarat tersebut.
Sel-sel saraf bekerja dengan menggunakan isyarat desakan berdaya letrik melalui sel-sel neuron untuk berkomunikasi dengan sel-sel lain didalam tubuh. Electrolyte potassium membantu melancarkan fungsi sel-sel neuron dan menyemarak giat tindak-balas saraf menghantar pesanan dari sesuatu bahagian tubuh kepada bahagian yang lain.
Potassium yang mencukupi menjadikan fungsi penghantaran isyarat dari saraf dapat dihantar ke serat otot dengan pantas, dan juga untuk otot mampu menguncup dengan berkesan. Melalui saluran-saluran potassium yang saling berkait dalam pelbagai fungsi neuron, potassium membantu mengendali arus letrik keseluruh tubuh. Dengan demikian, isyarat akan mendesak-gerak penguncupan otot bagi melaksanakan berbagai aktiviti harian.
Permakanan yang mengandungi potassium dalam kadar yang sewajarnya adalah mustahak bagi memelihara fungsi keseluruhan sistem saraf. Kekurangan potassium yang berlarutan boleh memberi masalah pada sistem dan fungsi saraf, antaranya:
- Kemurungan dan Stres: Kekurangan potassium boleh menjejas sistem saraf dan merosakkan sel-sel neuron. Tanda-tanda sistem saraf terjejas; kekeliruan fikiran, lemah daya fikiran dan ingatan, sukar lelap tidur, kemurungan dan stres. Pengambilan potassium yang mencukupi boleh membantu mengurang atau memulihkan kemurungan dan stres, membantu melegakan kesakitan yang disebabkan oleh kerosakan pada saraf. Potassium juga membantu mengawal pelepasan beberapa jenis hormon dalam tubuh, termasuk hormon stres seperti cortisol dan adrenaline, dimana lebihan hormon tersebut boleh memudaratkan beberapa sistem dalaman tubuh.
3 Kekuatan Otot. Potassium meransang pertumbuhan, pembinaan, tumbesaran, perkembangan, sel-sel dan kekuatan tisu-tisu otot, dan juga penggunaan tenaga dalam aktiviti metabolisma.
Potassium juga berperanan memelihara fungsi-fungsi pergerakan otot, dan tindak-tanduk penguncupan otot. Kebanyakan ion potassium dalam tubuh terletak didalam sel-sel otot. Bekalan potassium yang mencukupi diperlukan untuk penguncupan dan pengenduran otot yang berkesinambungan. Ia memelihara otot dan fungsi saraf, dan membantu memelihara kepantasan tindak-balas otot kerana ia meransang perhubungan neuron pada otot dan otak.
- Cramp: Kekurangan potassium dalam permakanan, akan menjejas pergerakan dan aktiviti otot, termasuk otot-otot pada jantung. Cramp/kejang otot, jika mengalami kejang pada kaki, betapa sakit rasanya, adalah perkara biasa bila kekurangan potassium dalam darah. Acapkali dikatakan amalan memakan pisang setiap hari, boleh mengurang atau menghalang dari kejang otot, kerana pisang mengandungi potassium yang tinggi, atau makanlah buah-buahan atau sayur-sayuran yang tinggi potassium !
4 Fungsi Otak. Potassium berperanan penting dalam memelihara otak agar berfungsi secara normal dan waras. Kehadirannya sangat berpengaruh pada fungsi otak diperingkat tinggi seperti daya pembelajaran, pemahaman, pengecaman, kepekaan dan ingatan. Peranan utamanya ialah mengalirkan tenaga letrik dan oxygen ke sel-sel neuron dalam otak.
Kadar potassium yang tinggi dalam darah akan membekalkan lebih banyak oxygen ke otak. Dengan demikian, menyemarak aktiviti sel-sel saraf neuron dan meningkatkan lagi fungsi daya pemikiran, pemahaman, pengecaman, kepekaandan ingatan pada otak. Maka, pisang pun sering juga diperkatakan sebagai makanan pada otak, kerana pisang mengandungi kadar potassium yang agak tinggi !
Kekurangan potassium yang berlarutan boleh menjejaskan fungsi otak, seperti:
- Epilepsi: penyakit epilepsi/gila babi berkait rapat dengan saluran-saluran potassium yang gagal berfungsi disebabkan kekurangsn potassium.
- Strok: potassium bertindak sebagai pengembang dan pelembut saluran darah (vasodilator). Bila bekalan potassium mencukupi, saluran-saluran darah diseluruh tubuh mengendur, darah mengalir dengan lebih lancar, dan kurang membeku yang menyebabkan strok. Para pengkaji Itali dalam lapurannya 2011, mendapati bahawa 1.64 g potassium yang lebih dari kadar saranan harian dikaitkan dengan 21% pengurangan risiko strok !
5 Tekanan Darah dan Kesihatan Jantung. Potassium memelihara agar jantung berfungsi dengan lancar dan baik.
Potassium adalah komponen utama yang memelihara tekanan darah dalam tubuh agar sentiasa normal. Ia memansuhkan peranan sodium yang menyebabkan tekanan darah meninggi. Bila sodium banyak berada dalam sel-sel, maka lebih banyak air diperlukan oleh sel-sel bagi mengimbangi lebihan sodium. Jika sel-sel tersebut terdiri dari dinding saluran-saluran darah dan arteri, maka sodium berlebihan dalam sel-sel tersebut akan menyebabkan saluran semakin menyempit. Lebih sempit saluran, maka lebih kuat tekanan jantung mengepam darah bagi melaluinya, tekanan darah jadi meninggi.
Makanan modern harini sering banyak mengandungi sodium atau garam. Maka tidak hairanlah jika tekanan darah tinggi kerapkali menjadi masalah kesihatan. Dengan memelihara kadar potassium dalam tubuh, sel-sel tubuh dapat memastikan tidak terlalu banyak sodium yang hadir, dan juga air dalam struktur sel, maka tekanan darah akan lebih terpelihara.
Tekanan darah tinggi merupakan salah satu punca utama kepada penyakit jantung dan strok. Kajian juga menunjukkan bahawa dengan memakan makanan yang berpotassium tinggi akan memberi kesan perlindungan terhadap tekanan darah tinggi/hypertension/high blood pressure, kerana lebihan sodium disingkirkan dari tubuh, juga dikaitkan dengan pengurangan risiko kematian disebabkan penyakit jantung.
Oleh kerana potassium juga sebagai vasodilator yang bertindak mengendurkan ketegangan saluran-saluran darah, maka ia memastikan otot menguncup dengan baik dan membantu jantung mengepam dengan selesa, dengan demikian mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
- Tanda-tanda awal kearah tekanan darah tinggi ialah mengalami denyut dan degup jantung tidak menentu, kuat berdebar-debar (cardiac arrhythmia), tekanan darah tinggi, rasa kebas atau menyucuk dikaki dan lengan, berdengung ditelinga, sakit kepala.
6 Kesihatan Tulang. Potassium juga terlibat dalam pembinaan tulang yang sihat, kuat, dan tumpat.
Perlu ada kesaimbangan antara suasana beralkalin dan berasid didalam tubuh. Apabila potassium berkurangan, dan tubuh menyimpan air dalam kadar yang tidak seimbang, kemungkinan paras pH darah akan lebih berasid. Suasana tubuh yang berasid boleh menghakis dan mengancam kadar kalsium.Tulang kerapkali mengalami kerosakan disebabkan terlalu tinggi kadar asid didalam tubuh.Tulang-tulang merupakan simpanan bagi membantu menanggani suasana dimana tahap berasid meninggi. Apabila sel-sel sering diselubungi suasana berasid, maka tubuh akan menggunakan simpanan kalsium pada tulang.
- Osteoporosis. Oleh kerana potassium juga bersifat alkalin, ia membantu tubuh mengimbangi antara asid dan alkalin, maka kesaimbangan antara keduanya dengan pengambilan potassium yang mencukupi akan memastikan asid tidak akan memakan kalsium dari tulang, mengurangkan ketumpatan tulang, yang membawa kepada osteoporosis.
Kajian dari Linus Pauling Institute, Micronutrient Information Center mengatakan bahawa dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan potassium akan mengakibatkan tulang menjadi bertambah tumpat, lebih kuat dan bertambah jangka-hayat tulang.
7 Kesihatan Usus dan Penghadaman. Seperti diketahui, potassium adalah electrolyte. Sebagai electrolyte, potassium mempengaruhi semua otot untuk menguncup, termasuk otot-otot pada usus.
Penghadaman yang sihat banyak terletak pada rentak penguncupan usus --- atau disebut peristalsis---. Peristalsis sangat diperlukan pada sistem penghadaman, penyerapan nutrien dan pengeluaran bahan-bahan sisa. Peristalsis merupakan pengucupan dan kekenduran tisu-tisu otot pada dinding usus yang berlaku berselang-seli, menghasilkan kesan gelombang yang menolak dan menggerak maju bahan-bahan dalam usus, untuk akhirnya dikeluarkan dari tubuh melalui pembuangan air besar. Sekiranya zat-zat galian dan electrolyte yang mencukupi dalam tubuh, penguncupan akan berlaku secara otomatis tanpa dipaksa.
Justru, potassium sebagai electrolyte, membantu ginjal mengeluarkan bahan-bahan sisa melalui pembuagan air besar. Kekurangan potassium (hypokalemia) boleh menjejaskan rentak penguncupan usus dan penyerapan nutrien. Biasanya, hypokalemia jarang berlaku. Tetapi individu yang mengidap masalah ginjal dan penyerapan zat makan melalui usus (seperti penyakit Crohn) mempunyai risiko yang tinggi. Namun, adalah dinasihatkan mendapat nasihat doktor tentang dos supplemen potassium yang bakal diambil, kerana potassium juga meransang tubuh menyerap lebih banyak kalsium dari yang diperlukan, yang mana boleh mengkalsiumkan dan menyebabkan masalah pada ginjal, keadaan ini boleh mengakibatkan kesihatan yang diharap kemudharatan yang diperdapat.
- Disamping itu, lemah otot kerangka, denyut jantung tidak menentu, pening loya juga mempengaruhi peristalsis dan mengakibatkan sakit perut, mulas perut, dan jika parah boleh menyebabkan lumpuh, menurut Linus Pauling Institute.
8 Lain-Lain Manfaat Potassium. Potassium turut terlibat dalam pelbagai proses metabolisma, kesihatan hati dll.
Potassium membantu proses metabolisma dan penyerapan tenaga dari beberapa jenis nutrien seperti lemak dan karbohidrat.
Potassium turut aktif dalam metabolisma glycogen dan glucose, menukar glukos menjadi glycogen untuk disimpan dalam organ hati untuk kegunaan dimasa hadapan.
Potassium diperlukan bagi kelancaran fungsi berbagai jenis enzim. Enzim-enzim tersebut menbantu memecahkan karbohidrat dan membantu membina protein dari asid-asid amino.
Potassium juga merupakan faktor gandingan kepada sodium bagi mengurus ATP (nucleoside triphosphate digunakan dalam sel-sel sebagai enzim gandingan) yang bertindak sebagai ejen perpindahan tenaga antara sel-sel untuk metabolisma.
Beberapa kajian menunjukkan potassium berperanan penting dalam penghasilan protein, yang bermanfaat pada pertumbuhan semula tisu, pertumbuhan sel-sel, dan kesaimbangan metabolisma pada keseluruhannya. Maka, kadar potassium diperlukan bagi memastikan tubuh mampu mendapat karbohidrat sebagai sumber tenaga, dan protein sebagai membina dan membaik pulih tisu-tisu otot.
Potassium turut penting bagi memperbaiki fungsi hati, menghasilkan cecair penghadaman, cecair untuk hempedu/bile dan pancreas, dan mengeluarkan karbon dioxida dari tubuh.
- Kekurangan paras potassium akan menyebabkan kekurangan gula dalam darah. Kurang gula dalam darah akan menyebabkan tubuh banyak berpeluh, sakit kepala, lemah tenaga, kurang tindak-balas otot, sesak pernafasan, gugup dan menggeletar. Pesakit kencing manis dinasihatkan memelihara paras potassium sentiasa normal, agar gula dalam darah sentiasa stabil, bagi mengurangkan keadaan tak terjangka pada ketidakstabilan glukos dan insulin.
Potassium | Kadar Saranan
Data RNI dari Kementerian Malaysia tentang zat gizi potassium tidak diperolehi. Oleh itu, rujukan terdekat adalah dari "Institute of Medicine's Food and Nutrition Board."
Dos atau kadar harian potassium yang optima sentiasa menjadi tajuk perbahasan. Namun, garis panduan 2004 dari 'Institute of Medicine' telah bersetuju menetapkan saranan kadar harian/DRI potassium bagi orang dewasa ialah 4,700 mg (100 mEq).
Potassium sangat mudah diserap oleh tubuh, dan 90% dari jumlah yang diserap dikeluarkan pula melalui air kencing. Potassium mudah hilang melalui keringat/peluh, tetapi kembali hadir melalui minuman dan permakanan.
Tidak ada sistem penyimpanan potassium dalam tubuh, sedangkan garam/sodium terus tersimpan dalam tubuh. Walaupun potassium didapati kekurangan dalam tubuh, namun ginjal tetap terus mengeluarkannya dari tubuh. Justru, permakanan yang membekalkan potassium sebanyak kira-kira 4,700 mg setiap hari perlu diperhatikan agar kesaimbangan antara sodium dan potassium dapat dipelihara untuk kesihatan tubuh.
Potassium | Kekurangan
Kekurangan mana-mana nutrien dalam tubuh lambat laun akan menjejaskan kesihatan. Dan potassium tidak terkecuali.
Hypokalemia adalah istilah pada kekurangan potassium, iaitu kadar potassium didalam tubuh tidak mencukupi atau potassium tidak dapat dipergunakan sepenuhnya oleh tubuh.
Hypokalemia sederhana boleh berlaku bila kadar potassium menurun antara 2.4 - 3.0 mEq/L. Tanda-tanda biasa; seperti lemah otot, cramp otot, dan sembelit. Hypokalemia yang parah bila kadar potassium menurun dibawah paras 2.0 mEq/L.
Punca Hypokalemia. Seseorang individu boleh mengalami hypokalemia dalam keadaan berikut:
- permakanan yang rendah kandungan potassium; permakanan tinggi sodium juga boleh mengurangkan tahap potassium dalam tubuh.
- Bulimia (tabiat permakanan tidak menentu yang menyebabkan muntah dan potassium kurang dapat diserap kedalam sistem tubuh) dan Anorexia (tabiat permakanan tidak menentu yang menyebabkan kehilangan vitamin dan zat gizi penting dari tubuh) adalah 2 tabiat permakanan yang boleh menyebabkan kehilangan potassium.
- penyakit boleh menyebabkan kehilangan potassium; seperti hyperthyroidism (penyakit pada kelenjar thyroid, terlalu banyak menghasilkan hormon yang menyebabkan zat-zat gizi dalam tubuh tidak seimbang), anemia, penyakit crushing (hormon steroid cortisol dilepaskan kedalam darah secara berlebihan menyebabkan kekurangan potassium); leukemia, penyakit yang dikaitkan dengan kehilangan zat besi dan potassium dan juga zat-zat gizi lain.
- ubat-ubatan; seperti Diuretics (ubat untuk tekanan darah, dan cortisone).
- memasak bahan makanan atau menjerang air terlalu lama juga boleh menyebabkan kehilangan potassium.
Potassium | Lebihan
Lebihan potassium dalam darah disebut "Hyperkalemia."
Jenis Makanan | Saiz Sajian | Nilai (mg) | % DV | Penilaian |
Swiss Chard/Kailan | 1 cawan | 960.75 | 27.45 | terbaik |
Bayam | 1 cawan | 838.80 | 23.97 | terbaik |
Sawi Bok Choy | 1 cawan | 630.70 | 18.02 | terbaik |
Ubi Bit | 1 cawan | 518.50 | 14.81 | sangat baik |
Kobis Brussels | 1 cawan | 494.52 | 14.13 | sangat baik |
Brokoli | 1 cawan | 457.08 | 13.06 | sangat baik |
Cantaloupe/rockmelon | 1 cawan | 427.20 | 12.21 | sangat baik |
Tomato | 1 cawan | 426.60 | 12.19 | sangat baik |
Asparagus | 1 cawan | 403.20 | 11.52 | sangat baik |
Kobis | 1 cawan | 393.00 | 11.23 | sangat baik |
Carrot/Lobak Merah | 1 cawan | 390.40 | 11.15 | sangat baik |
Sayur Fennel | 1 cawan | 360.18 | 10.29 | sangat baik |
Labu | 1 cawan | 345.60 | 9.87 | sangat baik |
Cendawan, Crimini | 1 cawan | 322.56 | 9.22 | sangat baik |
Sayur Kale | 1 cawan | 296.40 | 8.47 | sangat baik |
Turnip Green/Lobak Cina | 1 cawan | 292.32 | 8.35 | sangat baik |
Seleri/Seledri | 1 cawan | 262.60 | 7.50 | sangat baik |
Selada/Lettuce | 2 cawan | 232.18 | 6.63 | sangat baik |
Cili Benggala/Paprika | 1 cawan | 194.12 | 5.55 | sangat baik |
Penilaian dan Kedudukan menurut paiwaian permakanan dari 'U.S. Food and Drug Administration', jabatan 'Reference Values for Nutrition Labeling.' %DV adalah peratusan dari kadar saranan harian. |
Namun, supplemen atau pengganti garam boleh menyebabkan hyperkalemia dan membahayakan kesihatan. Seseorang yang ingin mengambil supplemen potassium perlu terlebih dahulu mendapat nasihat dari doktor.
Hyperkalemia boleh membahayakan:
- Individu yang mengidap penyakit ginjal atau kencing manis kerana potassium tidak boleh diproses dengan sempurna. Keadaan ini boleh menimbulkan penyakit-penyakit lain; seperti penyakit jantung, dan lumpuh.
- Hyperkalemia boleh mengancam nyawa individu yang sedang mengambil ubat-ubatan bagi merawat penyakit jantung; seperti ACE inhibitors, ARBs (Angiontensin Receptor Blockers).
Potassium | Sumber Makanan
Permakanan seimbang perlu juga mengandungi sejumlah potassium, menurut kadar yang disarankan oleh pakar kesihatan. Potassium banyak dan mudah diperdapat melalui sayur-sayuran, dan bijiran.
Menurut analisa dan rating dari 'U.S. Food and Drug Administration', swiss chard (kailan), bayam, dan sawi bok choy menduduki tempat teratas sebagai sayur-sayuran yang tinggi kandungan zat gizi potassium. Buah-buahan seperti alpukat, pisang, bahkan air kelapa muda dan jus buah-buahan juga mengandungi potassium.
Jenis kekacang juga turut mengandungi potassium; seperti apricot kering, badam, pistachio, bran beras dan gandum dll.
Makanan berdaging seperti; ayam, ikan tuna/tongkol, salmon, halibut, yang terkenal dengan tinggi kandungan asid lemak Omega-3, juga turut mengandungi potassium yang tinggi. Selanjutnya, susu segar, dan produk tenusu juga mengandungi potassium.
No comments:
Post a Comment