‎‎0‎ ‎ ‎

Thursday, September 12, 2013

Khasiat Kurma

Kurma ‎ |‎ Al-Qur’an, Sunnah Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW:

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, ‎kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan ‎akan menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."‎
Kurma, sebutan di kalangan warga nusantara. Tamar, sebutan di kalangan bangsa Arab. Date, ‎sebutan Inggeris. ‎

Kurma merupakan makanan kegemaran yang utama bagi warga negara-negara Arab dan juga di kalangan umat Islam diseluruh dunia. ‎ Dari kacamata Barat, kurma menjadi simbol makanan umat Islam.

Kurma mengandungi pelbagai khasiat. Di dalam Al-Quran, terdapat 21 ayat yang ‎menyebut tentang kurma. ‎Rasulullah SAW sendiri telah memartabatkan kurma sebagai makanan yang berkhasiat tinggi. Banyak sekali khasiat dari permakanan buah kurma yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW. Kurma, terutama kurma "Ajwah" juga telah menjadi makanan utama Baginda.

Baginda pernah bersabda dalam beberapa hadits: "Sesiapa yang memakan 7 biji kurma ajwah dia akan terkawal ‎daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".‎ Dan "jika sesiapa yang selalu ‎makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan." Dan "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan ‎penghuninya kurang sihat".

Kurma ‎ |‎ Jenis-Jenis

Kurma Ajwah
Kurma terdiri dari berbagai-bagai jenis. Antara yang terkenal: ‎Ajwah (Madinah, Saudi Arabia, Kurma Nabi), Aabel (Libya), Amer Hajj (Iraq), 'Abid Rahim (Sudan dan Nigeria), Ambarah (Madinah, Saudi Arabia), Baraqah (Saudi Arabia), Barakawi (Sudan), Barhee/Barhi‎ (Teluk Parsi), Bireir (Sudan), Datça ‎ (Turki), Deglet Noor (Libya, ‎Aljazair, dan Tunisia), Dayri/kurma 'Biara' (Algeria, Iran, Iraq), Ftimi/Alligue (Tunisia), Holwah/Halawi/Halwa, Haleema (Libya), Hayani (Mesir), Iteema (Aljazair), Khajur (India/Pakistan), Kenta (Tunisia), Khadrawy (bermaksud ‎‎'hijau')‎, Khalasah (Saudi Arabia), Khastawi/Khusatawi (Iraq), Maktoom (Saudi Arabia, Mesir, Iraq), Menakbir, Medjool/Mujhoolah (Morocco, Saudi Arabia, Jordan, ‎Palestin), Migraf/Mejraf (Yamen), Mgmaget Ayuob (Libya), Mishriq (Sudan dan Saudi Arabia), Mozafati (Iran), Nabtat-seyf (Saudi Arabia), Rotab (Iran), Sag‘ai (Saudi Arabia), Saidi (Libya), Sayer, Sekkeri, Sellaj (Saudi Arabia), Tagyat dan Tamej (Libya), Thoory/Thuri (Algeria), Umeljwary (Libya), Umelkhashab (Saudi Arabia), Zahidi, Zaghloul (Mesir), dan banyak lagi.

Kurma‎ |‎ Khasiat Kesihatan

Buah kurma boleh dimakan, sama ada mentah segar, ranum atau kering. Tahan lama untuk disimpan. Boleh juga dimakan dalam berbagai bentuk; dibuat jus, jem, kek dsbnya. ‎Ada juga kurma disajikan bersama badam dan madu, dibuang bijinya dan diganti dengan ‎berbagai jenis kekacang; seperti kacang tanah, badam atau gajus. ‎Kurma boleh dicampur dengan susu kambing atau lembu/sapi, yogurt atau ‎butter buat menambah kelazatan. ‎
‎‎
Kurma mempunyai banyak khasiat. Ia amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian.

Amnya; kandungan karbohaidratnya tinggi 60-70%, protein ‎‎1.8 - 2.0%, manakala gula terutama glukos, fruktos dan dextros ‎‎50 - 57%.‎

Kurma juga mengandungi berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, K dan B-Kompleks (thiamin, riboflavin, ‎niasin, folate, asid pantothenik dan pyridoxine). Terdapat juga berbagai ‎zat galian/gizi; seperti zat kalsium, tembaga, besi, ‎magnesium, manganese, fosforus, zinc, potassium dan sodium, dan juga asam nikotinat ‎dalam jumlah kelumit.‎

Semua zat-zat makanan tersebut yang terkandung didalam buah kurma, menjadikan ia sebagai makanan ‎berkhasiat tinggi untuk kesihatan tubuh. ‎

1    Kurma Mengandungi Gula Fruktos, Glukos dan Dextros. Isi buah kurma yang mentah dan segar adalah lembut dan mudah dicerna kedalam tubuh. ‎Gula yang terkandung didalam buah kurma seperti fruktos, glukos dan dextros dapat ‎diserap secara lansung kedalam tubuh untuk digunakan sebagai tenaga. ‎Justru, buah kurma sangat sesuai dimakan ketika berbuka puasa atau sahur pada bulan ‎Ramadhan.

2    Serat Isi Kurma Menyihatkan Jantung Dan Usus.  Kurma bebas kolesterol. Disegi kesihatan, dengan ketiadaan kolesterol kesan yang positif untuk meredakan tekanan darah tinggi.

Isi buah kurma berserat, berguna kerana bertindak membasmi ‎kolesterol mudharat LDL yang cenderung ‎melekat di dinding pembuluh atau saluran darah. Kolesterol LDL ini sebenarnya berperanan sebagai pembawa ‎protein didalam pembuluh darah. Akan tetapi, apabila jumlah kolesterol LDL terlalu tinggi, ia ‎akan melekat pada pembuluh darah. Saluran pembuluh darah menjadi semakin ‎menyempit. Lama kelamaan aliran darah jadi terhalang. Apabila aliran darah terhalang, ‎organ-organ penting seperti jantung tidak dapat menerima bekalan darah yang mencukupi. ‎Akibatnya, jantung atau organ-organ lain tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Situasi ini ‎akan meningkatkan risiko serangan sakit jantung atau strok. Justru, serat isi kurma amat berguna kerana ia mampu menghakis kolesterol LDL dari terus ‎melekat dan bertompok pada pembuluh darah. Dengan cara begini, serat isi kurma ‎bertindak membantu melancarkan aliran darah ke seluruh organ-organ didalam tubuh. ‎Kurma adalah anti-serangan jantung.

Serat isi kurma juga berfungsi ‎melawaskan perut pada penderita sembelit, terutamanya pada wanita yang sedang hamil, ‎kerana kebanyakan wanita hamil kerapkali menderita sembelit. Serat ini bertindak memecahkan ‎makanan yang terkumpul didalam usus. Dengan demikian, makanan yang tekumpul akan lebih ‎mudah bergerak untuk dihadam dan dicerna oleh usus perut, lansung untuk dikelurkan dari tubuh. ‎ Kurma adalah anti-sembelit dan anti-kanser usus.

3    Kurma Mengandungi Anti-Oksidan Tannins.  Kurma mengandungi anti-oksidan “Flavonoid ‎Polyphenolic” seperti beta-carotene, crypto-xanthin, lutein dan zeaxanthin; singkatnya ‎dikenali sebagai “tannins”. Tannins adalah unsur bio-kimia yang bertindak sebagai anti-oxidan ‎semulajadi/alami, anti-bakteria, anti-kulat/jamur untuk kesihatan usus. Juga anti-‎jangkitan/penularan, anti-keradangan dan anti-pendarahan. Tannins menjadi unsur membina ‎dayatahan tubuh dari serangan pelbagai jenis penyakit. Kerana adanya tannins ini, ‎kurma mentah dan segar apabila dimakan, rasanya agak pahit dan masam.‎

Anti-oksidan tannins berperanan melindungi sel-sel tubuh dan organ-organ dalaman ‎tubuh dari radial bebas. Radikal bebas terjadi apabila sel-sel didalam ‎tubuh terbina secara tidak sempurna. Ketidak-sempurnaan ini boleh mengancam dan merosakkan keadaan ‎protein dan lemak didalam tubuh, boleh menyebabkan beberapa jenis kanser kepada usus ‎besar, prostat, payudara, organ peranakan, paru-paru dan pancreas. Bahkan, boleh ‎menjejaskan DNA dan RNA manusia. Kurma adalah anti beberapa jenis kanser. ‎

Sementara zeaxanthin pula penting untuk kesihatan mata. Zeaxanthin diserap oleh retina ‎mata. Bertindak sebagai anti-oksidan dan berfungsi sebagai pelindung kepada silauan cahaya ‎pada mata. Juga, melindungi dari kekejangan otot dan kekedutan kulit. ‎

4     Kurma Mengandungi Vitamin A.  Vitamin A (mengandungi 149 IU per 100 g = 5%). Vitamin A juga baik untuk kesihatan mata, diperlukan untuk memelihara lapisan-lapisan kulit agar menjadi sihat, dan membantu menyihatkan paru-paru dan gusi, melindungi dari gejala ‎serangan kanser paru-paru dan gusi.

5    ‎ Kurma Mengandungi Vitamin B-Kompleks Dan K.  Kurma mengandungi vitamin B-kompleks dan juga vitamin ‎K. ‎

Vitamin B-kompleks berfungsi mengendalikan metabolisma karbohaidrat dan ‎mengawal kadar gula dan asid berlemak didalam tubuh untuk akhirnya digunakan sebagai ‎tenaga. B6 (pyridoxine), B3 (niacin), B5 (asid ‎pantothenik) dan B2 (riboflavin) menyumbang kepada kelancaran sistem metabolisma ini. ‎

Vitamin K pula diperlukan oleh tubuh untuk mengendali kecairan atau kepekatan darah dan ‎juga untuk metabolisma tulang agar menjadi sihat dan tidak rapuh. ‎

6‎    Kurma Mengandungi Zat-Zat Gizi. Kurma juga mengandungi zat-zat galian seperti kalsium, manganese, tembaga, besi dan ‎magnesium. ‎

Kalsium ini adalah zat galian yang penting bagi pertumbuhan dan memelihara tulang dan ‎gigi yang sihat. Sangat penting untuk pergerakan otot-otot, dan sistem saraf yang sihat. ‎

Manganese pula diperlukan oleh tubuh sebagai faktor gandingan kepada enzim anti-‎oxidan “superoxide dismutase”. Superoxide dismutase adalah sejenis enzim yang membina ‎sel-sel tubuh dan sel-sel kulit agar sihat dan tegang, agar tidak cepat kekedutan. ‎

Magnesium diperlukan untuk pertumbuhan tulang, mencegah dari tulang menjadi ‎rapuh/osteoporosis.‎

Kurma kaya kandungan zat tembaga (copper), diperlukan oleh tubuh dalam pengeluaran sel-sel darah merah. ‎

Kurma juga kaya kandungan zat besi (0.90 mg/100 g ), diperlukan untuk membina ‎sel-sel darah merah. Sel-sel darah merah ini berfungsi membawa zat-zat makanan ‎keseluruh tubuh. Justru, buah kurma adalah anti kekurangan darah merah/anemia. ‎

Potassium adalah zat yang penting didalam pembentukan sel-sel dan cairan didalam tubuh, ‎yang menyumbang kepada kelancaran tekanan darah dan denyut jantung (nadi).‎ Justru, potassium baik untuk melindungi dari serangan jantung dan perbagai komplikasi ‎jantung. ‎

7     ‎ Kurma Sangat Baik Untuk Wanita Hamil.  Dengan adanya kandungan vitamin-vitamin, zat-zat galian yang penting yang sangat ‎diperlukan oleh tubuh, maka kurma amat sesuai untuk wanita yang sedang ‎hamil (juga bagi ‎tumbesaran bayi dalam kandungan),  dan selepas bersalin. ‎Dengan memakan kurma, otot-otot peranakan menjadi lebih kuat, mempermudah ‎proses bersalin, dan mengurangkan pendarahan sewaktu dan selepas bersalin. ‎

Zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang menambah susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka ‎dengan memakan kurma dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ada kajian ‎menunjukkan bahawa anak yang disusui oleh ibu yang selalu memakan buah kurma, akan ‎mempunyai daya tahan dari serangan pelbagai penyakit semasa hayatnya. ‎

Peringatan  !

1)‎ Kurma mengandungi tyramin. Tyramin adalah suatu unsur yang selalunya terdapat ‎didalam keju atau daging yang tersimpan lama. Sesiapa yang mengambil ubat ‎monoamine oxidase (MAO) untuk meredakan tekanan darah tinggi perlu menghindar ‎dari memakan kurma, kerana tyramin boleh bertindak balas pada ubat MAO, ‎mengakibatkan tekanan darah tinggi akan lebih meningkat dan boleh mengancam ‎nyawa. Tyramin juga boleh menyebabkan migrain. ‎

2)‎ Boleh meningkatkan kadar gula didalam tubuh. Kurma kaya dengan zat gula. Gula-gula ‎ini tidak membawa akibat buruk pada orang yang sihat. Akan tetapi, pada penderita sakit ‎kencing manis/diabetes dinasihatkan jangan terlalu memakan buah kurma atau jus kurma, kerana ‎ini akan menambah risiko kadar gula yang semakin tinggi didalam tubuh. Boleh ‎mendatangkan kesan yang lebih serious.‎

‎3)‎ Kerosakan pada gigi. Sesudah memakan kurma, adalah penting menggosok gigi. ‎Buah kurma yang sudah masak ranum akan melekit pada celah-celah gigi. Kandungan gulanya yang tinggi, boleh menyebabkan kerosakan pada gigi. ‎
   Kurma pada keseluruhannya sangat baik untuk kesihatan tubuh   ! ‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...