‎‎0‎ ‎ ‎

Tuesday, December 17, 2013

Ada Apa Pada Bran Beras ?

Apakah Bran Beras    ?


Padi, apabila dituai, perlu melalui proses pengilangan untuk dijadikan beras. Dikilang, penggilingan padi dilakukan banyak kali. Penggilingan dilakukan untuk menghasilkan beras putih. Beberapa produk sampingan turut terhasil: 
  1. Sekam dan Beras Perang. Butiran padi digiling beberapa kali untuk mengupas dan memisahkan kulit paling luar (sekam) dari padi, sehingga tinggal hanya beras. Peringkat ‎penggilingan ini menghasilkan - sekam padi dan beras perang
  2. Dedak. Seterusnya penggilingan diteruskan beberapa kali lagi. Sekam bertambah lumat menjadi dedak.‎ Dedak adalah campuran sekam yang tergiling lumat dan bran yang masih kasar, beserta butiran beras hancur. Peringkat ‎penggilingan ini menghasilkan - dedak dan beras perang.
  3. Bran Beras. Bran beras adalah selaput pada butiran beras terdalam disebut 'endosperma' (termasuk aleurone, perikarp, palea dan ‎tegmen serta sebahagian kecil embryo), terletak diantara sekam dan butiran beras (endosperm). Melalui proses penggilingan seterusnya, bran akan digilap dan dipisahkan sehingga semua butiran beras menjadi putih. Peringkat ‎penggilingan ini menghasilkan bran dari dan beras putih.
  4. Beras Putih. Produk terakhir dari padi, setelah dikupas dan digilap sekam dan juga bran sehingga tinggal hanya endosperma berwarna putih bersih, yang menjadi makanan asasi kini. 
Resmi warga kini memakan nasi dari beras putih, bersih, menyerlah. Rasanya lebih enak. Aromanya lebih harum. Nasi lebih empuk. Beras yang kurang putih, beras perang, kalau ‎dimasak kurang menyerap air. Nasi agak kental. Rasa berkacangan. Warna sebam kurang menyerlah. Juga kurang enak dibandingkan dengan beras putih. Akan tetapi, resmi memakan nasi putih, tanpa disedari, telah menyisihkan banyak nutrien yang bernilai tinggi pada kesihatan. 

Apakah Nutrien Yang Bernilai Tinggi Terkandung Dalam Bran Beras   ?


Beras Putih vs Beras Perang.  Bila padi dikupas sekam sahaja, tanpa ditosoh brannya, maka jadilah beras perang. Apabila beras perang ditosoh bran seterusnya, maka jadilah beras putih. Proses penyosohan telah memisahkan kandungan nutrien yang berada dalam bran.

Dari setiap butiran padi, bran terdiri dari 2-4 %. Didalam bran terdapat kira-kira 67% vitamin B3, 80% vitamin B1, 90% vitamin B6, 60% ‎besi, 50% manganese, 50% fosforus, minyak12%-13% (mengandungi vitamin E, gamma-oryzanol dan ‎beta-sitosterol sangat bermanfaat untuk kesihatan), serat dan asid lemak. Kajian dari Kansas State University mengesahkan bran memang sarat serat (beta-glucan, pectin dan gum), vitamin B, zat gizi 50- ‎80%, dan zat-zat phyto yang menyihatkan. Bran sangat rendah kolesterol dan sodium.

Semua ini tiada lagi dalam beras putih. Tetapi, semua ini tetap ada pada 'Beras Perang' kerana bran kekal pada beras perang. Beras perang, dan bukannya beras putih, sepatutnya menjadi pilihan makanan asasi untuk kesihatan.

Kenapa Bran Beras Perlu Distabilkan  ?   Hasil penelitian oleh USDA, bran beras yang distabilkan, mengekalkan semua vitamin, zat gizi, asid amino mustahak, asid lemak Omega-3,6,9, asid ferulik, serat larut dan tidak larut, dan kira-kira 100 jenis anti-oksidan. Bran dianggap salah satu dari superfood didunia.

Bran beras perlu distabilkan. Menurut USDA's ‎Agricultural Research Service, bran beras mengandungi enzim 'lipase' ‎yang menjadikan bran hapak, rosak dan tidak boleh dimakan. Oleh itu, dengan menyah-aktif enzim lipase akan menghindar bran dari cepat rosak dan menambah jangkamasa simpanan kira-kira 6 bulan. Dan menurut Ketua Penyelidik Pembangunan Nutraseutikal dari Dedak Beras dan Herba Tempatan, Universiti ‎Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Maznah Ismail, kajiannya membuktikan proses nyah-aktif enzim lipase dari bran boleh dilakukan didalam ketuhar gelombang mikro pada tahap kepanasan 2,450 mega hertz selama 2 minit.‎

Masalah Keracunan.  Beberapa kajian menunjukkan terdapat kadar 'arsenik carcinogen' bukan organik yang agak tinggi dalam bran beras. Arsenik carcinogen adalah unsur kimia yang merupakan salah satu penyebab kanser. Arsenik wujud secara alami dalam semua pokok, binatang, laut, tanah dan air. Tidak terdaya menghindarinya.

Arsenik carcinogen dipercayai terkumpul dalam organ tubuh, dan mempengaruhi proses metabolisma dan tindak-balas kimia dalam tubuh. Faktor revolusi industri, alam semulajadi semakin dipenuhi oleh logam beracun. Air dan penggunaan berbagai racun serangga merupakan faktor utama kecemaran racun-raum logam. Oleh itu, kaedah penanaman menjadi faktor penting agar tidak terlalu dicemari oleh racun bukan organik. Kajian mendapati beras dari beberapa negara mengandungi racun arsenik yang tinggi. Namun, beras dari beberapa negara seperti India, Pakistan, Nepal, China, Mesir dan Thailand didapati sangat rendah kadar arsenik kerana penenaman padi kurang menggunakan racun serangga, racun kulat dsbnya. 

Manfaat Bran ‎


Bran Beras Sarat Nutrien.  Penelitian dari USDA's ‎Agricultural Research Service selanjutnya menunjukkan bran beras sarat kandungan ‎berbagai nutrien untuk kesihatan. Antaranya:
 
1.  Kaya dengan vitamin B-kompleks; B1 (thiamin), B2 (rivoflavin), B3 (niasin), B5 (asid panthothenik), B6 (pyridoxine), B9 (folate), B12 (cobalamin), Bp (kholine), dan antara yang terunggul, dari setiap 1 cawan (118 gm) membekalkan:
  • vitamin B6 (pyridoxine) - 240%
  • vitamin B1 (thiamin) - 217%
  • vitamin B3 (niasin) - 201%
  • vitamin B5 (asid panthothenik) - 87%
2.   Kaya zat gizi utama dan kelumit (termasuk kalsium, besi, magnesium, fosforus, potassium, zinc, tembaga, manganese dan selenium), dan antara yang terunggul, setiap 1 cawan (118 gm) membekalkan:
  • manganese - 838%
  • magnesium - 230%
  • fosforus - 198%
  • besi - 122%
  • potassium - 50%
  • zinc - 48%
  • tembaga - 43%
3.   Kaya dengan vitamin E-kompleks (sumber tocopherol dan tocotrienol alami)‎. Terdapat juga beberapa jenis karotenoid seperti lutein dan zeaxanthin.

4.   Protein rendah allergi, terdiri dari semua asid amino, termasuk juga Dimethylglycine (DMG). DMG ialah asid amino yang menjadi komponen kelumit kepada protein. 

5.  Lain-Lain Nutrien
  • Lecithin (phosphatidyl choline, phosphatidyl serine).
  • Zat polyphenol, phytosterol, dan sterolin (tinggi kandungan beta-sitosterol dan beta-sitosterolin)‎.
  • Asid Ferulik, sejenis asid kimia phyto anti-oksidan yang menyirna radikal bebas superoxide, nitric oxide dan hydroxyl radical yang merupakan pengancam kepada kerosakan selaput sel dan DNA.
  • Asid Alpha Lipoik, sejenis anti-oksidan yang bertindak seperti vitamin.  
  • IP6 (inositol hexaphosphate), iaitu unsur yang terhasil dari inositol (vitamin B8).
  • Trimethylglycine (TMG), iaitu molekeul yang menjadi struktur kepada asid amino Glycine. 
  • CoQ10‎Coenzyme (CoQ10) bertindak seperti vitamin yang terdapat dalam setiap sel tubuh.
  • Squalene, sejenis cecair hydrocarbon poli tak tepu (C30 H50) yang terdapat dalam tisu manusia dalam kadar kelumit.  
  • Gamma-Oryzanol atau gammariza, sejenis minyak yang hanya terdapat dalam beras perang. 
Keunggulan Nutrien Bran Beras.   Ciri-ciri keunggulan nutrien yang terdapat dalam bran beras seterusnya:

Nutrien Unggul Dalam Bran ‎Beras
Vitamin%DVFungsi
B6
(Pyridoxine)
240%* Pyridoxine, sebagai pyroxidal-5-‎phosphate (PLP), menjadi enzim gandingan vitamin B6, berperanan dalam proses menukar beberapa sumber karbon menjadikan glukos sebagai tenaga.‎‎
* terlibat dalam metabolisma asid amino dan lipid; penghasilan neurotransmitter dan haemoglobin (kimia dalam ‎sel darah merah yang membawa oxygen keparu-paru); dan penghasilan asid nicotinik (vitamin B3). ‎
B1
(Thiamin)
217%* peranan utama dalam penghasilan tenaga dari ‎karbohaidrat. ‎
* terlibat dalam pembinaan RNA (asid ribonucleic, ‎rangkaian molekeul yang bekerjasama dengan DNA) dan DNA (asid ‎deoxyribonucleic, sejenis asid warisan). ‎
* sebagai enzim-gandingan aktif ‎dikenali sebagai Thiamine pyrophosphate (TPP), berfungsi ‎menukar asid pyruvate kepada acetyl Coenzyme A (CoA).‎
B3
(Niasin‎‎)
201%* Niacin terdiri dari 2 struktur: asid nikotinik dan “nicotinamide”. ‎
* Niacin terdiri dari 2 enzim gandingan: nicotinamide adenine dinucleotide (NAD) dan nicotinamide adenine dinucleotide phosphate ‎‎(NADP), berperanan dalam tindakbalas ‎pemindahan tenaga sewaktu metabolisma glukos, lemak dan alkohol. ‎
* Sewaktu metabolisma, NAD sebagai pembawa hydrogen bersama elektron dari jaringan asid sitrik kepada rangkaian ‎penghantaran electron, dan ‎NADP pula sebagai enzim gandingan dalam penghasilan lipid dan asid ‎nucleik. ‎
B5
(Asid ‎Pantothenik‎)
87%* Asid Pantothenik terlibat dalam oksidasi asid lemak dan karbohaidrat. ‎
* ‎Enzim gandingan A (coenzyme A), yang dihasilkan dari asid pantothenik, kemudian terlibat ‎dalam penghasilan asid amino, asid lemak, ketone, kolesterol, ‎phospholipid, hormon steroid, neurotransmitter dan sel-sel pembunuh kuman.‎
Zat Gizi%DVFungsi
Manganese, Mn838%Sifatnya ber-alkalin.
• mengutuh sistem kekebalan; menghasilkan “sel-sel pembunuh” penyirna sel-sel berpenyakit, memperteguh dinding-dinding sel.
• faktor gandingan kepada fungsi-fungsi enzim, merupakan sebahagian dari enzim “superoxide dismutase”, iaitu ‎anti-oksidan penggempur berkesan membasmi radikal bebas dalam tubuh.
• mempertingkat fungsi saraf; kelenjer 'pituitary' perlu Mn untuk menghasilkan hormon seks, ‎agar organ seks berfungsi sempurna.‎
• membantu pembinaan dan kekuatan tulang, kollagen, tendon, tisu-‎tisu penghubung, kartilej dan cecair sendi.
• membantu pencernaan asid lemak dan kolesterol untuk memproses ‎glycogen (bahan penting untuk tenaga dan pergerakan). ‎
• menghasilkan susu ibu; berperanan dalam metabolisma karbohaidrat, dan pengurusan gula darah.
• membantu penyerapan kalsium, pengunaan vitamn B1/thiamin dan E.
Magnesium, Mg230%Sifatnya ber-alkalin. Jenis electrolyte.
• Magnesium zat penting bagi semua proses biologi utama dalam tubuh - seperti penghasilan asid nukleik dan protein, dan penghasilan tenaga kepada sel-sel, penyerapan zat-zat gizi, metabolisma lemak, karbohaidrat dan protein.
• meransang metabolisma dan pembinaan sel-sel, tisu-tisu lembut, otot, tulang dan gigi, terutama pada organ paru-paru dan sistem saraf, ‎dan membantu membina albumin dalam darah.
• penting untuk memproses ATP dan tindak-balas berkaitan dengan ATP; meransang penguncupan otot, mengurus denyut jantung dan penghantaran maklumat saraf.
Fosforus,
P
198%Sifatnya ber-asid. Jenis electrolyte.
• Fosforus diperlukan oleh setiap sel, sangat penting dalam penghasilan DNA dan selaput-selaput sel, juga otot dan saraf.
• membantu pembinaan tulang dan gigi, salah satu komponen pada tulang, kira-kira 85% fosforus berada dalam tulang dan gigi.
• penting untuk metabolisma, penyimpanan dan pengeluaran tenaga.
• menghasilkan ‎fosfat untuk menstabilkan kandungan alkalin (pH) dalam darah.
Besi,
Fe
122%Sifatnya ber-alkalin.
• diperlukan bagi menghasil protein hemoglobin dalam sel-sel darah merah dan protein myoglobin dalam sel-sel otot; protein-protein ini menyedut oxygen kedalam aliran darah untuk dibawa keseluruh sel-sel tubuh.
• diperlukan oleh beberapa jenis protein lain dan enzim-enzim.
• membantu perkembangan otak, fungsi kekebalan tubuh, dan pH darah agar tidak terlalu berasid.
• vitamin C dan tembaga meningkat penyerapan dan keberkesanan zat besi.
Potassium,
K
50%Sifatnya ber-alkalin. Jenis electrolyte.
• Potassium adalah zat asas pada semua tisu-tisu otot dan saraf; memelihara jangka hayat sel, penguncupan otot, metabolisma dan fungsi otot dan tekanan darah, penghantaran maklumat dari saraf.
• sebagai faktor gandingan kepada sodium bagi mengurus ATP (nucleoside triphosphate digunakan dalam sel-sel sebagai enzim gandingan) yang bertindak sebagai ejen perpindahan tenaga antara sel-sel untuk metabolisma.
• penting bagi memperbaiki fungsi hati, menghasilkan cecair penghadaman, cecair untuk bile dan pancreas, dan mengeluarkan karbon dioxida dari tubuh.
• memelihara kesaimbangan cecair dan pH tubuh agar tidak terlalu berasid.
Zinc,
Zn
48%• membantu penghasilan DNA dan percambahan sel-sel.
• dibandingkan dengan nutrien lain, zinc paling berkesan pada sistem kekebalan; menyumbang penghasilan dan kewajaan sel-T dan kesembuhan dari luka.
• diperlukan bagi mempertingkat aktiviti beberapa jenis enzim seperti carboxypeptidase, alcohol dehydrogenase dalam hati, dan carbonic ‎anhydrase.
• berperanan untuk kesuburan lelaki dan perempuan; mencegah kelenjar prostat membesar, menambah kadar air mani dan hormon testosterone, ketangkasan sperma, mengurangi sindrom putus haid bagi wanita.‎
• kehamilan, zinc berperanan besar membantu proses tumbesaran janin. ‎
• meransang selera makan dan citarasa; zinc ‎mengaktifkan otak menerima dan memproses deria bau dan rasa yang ‎dihantar oleh saraf.
Tembaga,
Cu
43%Sifatnya ber-asid.
• menghasil enzim yang diperlukan bagi mempermudah penghasilan tenaga.
• merupakan komponen termesti kepada banyak jenis enzim redox, termasuk neurotransmitter epinephrine, norepinephrine, histamine, serotonin, dopamine, cytochrome c oxidase, bagi mengurangkan bebanan oksidasi.
• diperlukan untuk penyerapan zat besi, penting kepada sel-sel darah merah.
• mengukuh tisu penghubung, serat saraf, saluran arteri, juga pigmen kulit.
• mengutuhkan sistem kekebalan tubuh.
%DV adalah peratusan dari kadar saranan harian
Lain-Lain Nutrien Bernilai Tinggi Dalam Bran ‎Beras
EFA dan Protein * Bran memiliki semua jenis asid lemak mustahak (EFA), penting pada fungsi dan kewarasan otak; kekurangan akan menjejaskan daya pemikiran dan ingatan; menyihatkan kulit dan mencegah eczema, psoriasis.
* Bran mengandungi semua jenis asid amino, yang terlibat dalam fungsi 'neurotransmitter' - penerimaan dan penghantaran maklumat otak-saraf.
* Asid-asid amino melancarkan penggunaan vitamin dan zat gizi.
Lecithin* Lecithin adalah sejenis lemak yang mustahak pada sel-sel.
* Lecithin dijadikan ubat, digunakan bagi merawat tekanan jiwa, kemurungan, masalah hilang ingatan, nyanyuk, dan penyakit Alzheimer.
* juga bagi merawat kolesterol tinggi, penyakit hempedu, penyakit hati, dan eczema.
Dimethylglycine (DMG) * DMG, asid amino yang menjadi komponen kelumit kepada protein.
* berguna bagi mengurangkan kadar kolesterol dan lemak triglycerida, membantu mengembalikan tekanan darah dan gula darah ketahap normal.
* dijadikan ubat, berguna bagi mengurangi masalah gagap, fungsi sistem saraf, gila babi (epilepsi) fungsi hati, penggunaan oxygen, sindrom kelesuan, allergi, masalah pernafasan, keradangan, ketagihan.

* berguna bagi meringankan bebanan stres dan kesan penuaan, dan memperteguh sistem kekebalan. 
Polyphenol, phytosterol, dan sterolin (banyak Beta-sitosterol dan Beta-sitosterolin)‎ * Polyphenol adalah zat kimia phyto alami bersifat anti-oksidan.
* Phytosterol juga adalah zat phyto alami yang dirubah menjadi hormon sewaktu proses penghadaman. Hormon terlibat dalam hampir semua fungsi-fungsi tubuh. Hormon membawa maklumat kepada sel-sel seluruh tubuh, mempengaruhi dan mengawal aktiviti seperti tumbesaran, metabolisma, kolesterol transport, pembinaan tulang dan perkembangan seks.
* zat-zat ini memelihara sel-sel agar sentiasa sihat dan menahan tumor berkembang menjadi kanser, dan Sterolin mengawal masalah kolesterol dan prostat.
Asid Ferulik
- polyphenol, anti-oksidan
* Asid Ferulik jenis polyphenol, asid kimia phyto anti-oksidan yang menyirna radikal bebas superoxide, nitric oxide dan hydroxyl radical yang merupakan pengancam kepada kerosakan selaput sel dan DNA.
* menghalang kerosakan sel-sel disebabkan oleh cahaya UV.  
* mengurangi kadar glukos dalam darah dan baik untuk pesakit kencing manis. 
* melindungi tubuh dari kemerosotan otot, gejala menopaus, mengurangi kadar kolesterol dan lemak triglycerida dan melindungi dari penyakit jantung.
* mengurangi risiko beberapa jenis kanser; seperti kanser perut, kolon, payudara, prostat, hati, paru-paru dan lidah.
Asid Alpha-Lipoik - polyphenol, anti-oksidan * Asid Lipoik, bahan polyphenol sebagai enzim gandingan berkesan bagi menghasilkan tenaga pada otot; mengawal kadar gula darah dan mengurang 'glycation' iaitu kerosakan pada tubuh disebabkan lebihan gula. Glycation mempercepat proses penuaan, penyumbang komplikasi penyakit jantung dan kencing manis.
* berkait-rapat dengan aktiviti anti-oksidan, menambah keberkesanan vitamin C & E, glutathione dan mempertingkat metabolisma; kekurangan asid lipoik menjadikan anti-oksidan lain kurang berkesan.  
* melindungi sistem saraf dari kemerosotan; melindungi hati dan menyah-toksin logam berat cadmium, pelumbum, raksa, dan lebihan besi dan tembaga.
* digunakan bagi merawat hilang ingatan, kelesuan melampau (CFS), dan penyakit yang berkaitan dengan kemerosotan mata dan penglihatan seperti kerosakan retina, glaucoma, katarat, penyakit Wilson, kanser, penyakit jantung-saluran darah, penyakit Lyme; merencat perkembangan HIV/AIDS.  
IP6 (inositol hexaphosphate)* Inositol mulanya dikelaskan sebagai vitamin, tetapi ia boleh dihasilkan oleh bakteria dalam tubuh daripada glukos, tidak lagi dianggap sebagai vitamin.
* Inositol hexaphosphate adalah dari jenis fosforus yang tersimpan dalam tisu pokok, terutama bran dan bijian, dikenali sebagai IP6, iaitu asid phytik atau 'phytate' jika dalam bentuk garam. 
* IP6 membantu pembinaan dan pemeliharaan sel-sel agar sihat. Inositol penting sebagai bahan kepada selaput sel (seperti phosphatidylinositol) dan kepada beberapa jenis molekeul isyarat. 
Trimethylglycine (TMG)* TMG dikenali sebagai molekeul 'betaine', yang dihasilkan oleh tubuh.
* TMG memecah 'homocysteine' dan merawat penyakit jantung; terdapat orang yang mengidap masalah genetik, tubuhnya tidak mampu mengeluarkan homocysteine dari tubuh, penyebab homocysteine bertompok mengakibatkan penyakit jantung. 
CoEnzyme Q10 (CoQ10)* Tubuh juga menghasilkan CoQ10, sejenis bahan seakan-akan vitamin E, dan sel-sel menggunakannya sebagai tenaga yang diperlukan untuk berkembang dan memulihara.
* CoQ10 berfungsi sebagai anti-oksidan yang berkuasa melindungi otak dan tubuh dari radikal bebas; ia mengaktifkan sel-sel beta penerima (beta receptor cells) yang membolehkan insulin yang terhasil oleh tubuh dapat dikenal-pasti.
* CoQ10 membantu mengurangkan arteri tersumbat dan melindungi dari penyakit jantung; juga membantu aktiviti enzim dalam penghadaman dan berbagai proses lain.
* CoQ10 semakin berkurangan apabila usia meningkat, dan baik bagi menanggani masalah perut buncit/boroi, candidiasis, sclerosis, masalah gigi dan gusi, kemerosotan otot terutama otot tulang kerangka, kencing manis; pengidap tumor, kanser, leukemia.
* CoQ10 berkemampuan menghalang histamine, masalah allergi dan asma.
Squalene* Squalene adalah cecair hidrokarbon poli tak tepu (C30 H50), jenis kolesterol bermanfaat (HDL) yang menghalang terbina plaque kolesterol dalam saluran darah.
* menyegar kembali sel-sel dan menghidup kembali aktiviti penghasilan sel-sel, melindungi sel-sel dari tindak-balas oksidasi.
* mencuci, nyah-toksin dan melancar peredaran darah. Juga mencuci saluran penghadaman dan ginjal, melancar pergerakan bahan makanan dalam perut dan usus, dan melawas pengeluaran air kecil. Sebagai ejen pemusnah kulat dalam usus seperti coliform bacilli, dysentery bacilli, micrococcus pyocynanel, staphylococcus, hemolytic streptococcus, dan candida albicans.
* membawa oxygen kepada sel-sel, melancar metabolisma sel-sel, menghalang sel-sel dari berasid, luluh dan mati kerana kekurangan oxygen.
* membantu penghasilan bahan anti-penuaan lipofuscin, menyegarkan rambut dan kulit; menghalang penghasilan lipid peroxide perosak beberapa jenis vitamin.
* menambah tenaga batin dan kemantapan lelaki, juga memperbaiki pusingan haid wanita.
* mengurangkan beberapa masalah gatal dan sengal, membantu ginjal, hati dan hempedu berfungsi dengan baik, membantu sistem penghadaman dengan mengurang 'gas troptosis', membantu mengecutkan hemorrhoids dan mengawal buncit perut, membantu mencegah beberapa jenis penyakit dan mempercepat kesembuhan.  
Gamma Oryzanol * Gamma oryzanol atau gammariza adalah minyak bran beras. Orizanol mempunyai unsur anti-oksidan. Sering diguna bagi mengawal kadar kolesterol dan lemak triglyceride. Ia sebagai gantian kepada steroid, membantu pembinaan otot.

Bagaimana Bran Dimakan  ?   Bran sangat kaya dengan zat-zat yang menyihatkan tubuh manusia. Bran perlu dimanfaatkan dalam bentuk pelbagai produk kesihatan agar dapat dimakan dan digunakan dengan cara yang lebih diterima. DiMalaysia beberapa produk seperti E-‎Ory dan cecair bran dengan pelbagai perisa sedang diusahakan.  ‎

Di Jepun, minyak bran sudah lama digunakan dalam rawatan kecantikan. Asid Oleik yang terkandung didalam bran mudah diserap oleh kulit tubuh, bersama dengan vitamin, zat gizi dan unsur anti-oksidan akan memberi pengaruh kesihatan yang besar pada kulit. Oleh yang demikian, menghasilkan bran bernilai nutraseutikal sangat dialu-alukan.
 Paling mudah, nutrien bran dapat dimakan setiap hari melalui amalan peremakanan beras perang, dan bukannya beras putih.
________________________________________


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...