‎‎0‎ ‎ ‎

Monday, December 2, 2013

Vitamin K

Apakah Vitamin K ?‎



Vitamin K ialah sekumpulan vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk proses mengubah-suai protein ‎tertentu bagi tujuan pembekuan darah dan memberi tindak-balas metabolisma dalam sel-sel tulang dan ‎tisu-tisu. Kumpulan vitamin K diperdapat dari kalangan 2-methyl-1, 4-naphthoquinone (3-), termasuk ‎vitamer: vitamin K1 dan vitamin K2. Justru, ringkasnya vitamin K merujuk kepada vitamin K1 and vitamin ‎K2.‎
  • Vitamin K1 - dikenali sebagai phylloquinone atau phytomenadione (phytonadione).
  • Vitamin K2 - banyak jenis, termasuk menaquinone dan menatetrenone.
Vitamin K1 dan K2 bersumber dari alam semulajadi, dan larut lemak. Ia tersimpan dalam organ hati ‎meskipun tidak begitu banyak, dan juga dalam tisu-tisu lemak sepertimana vitamin A,D, dan E. 

Vitamin K1.   Vitamin K1 - phylloquinone atau phytomenadione (phytonadione) - dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan. Banyak sekali terdapat dalam sayur-sayuran hijau yang terdedah secara lansung kepada 'photosynthesis'. Agak kurang dalam tisu pohon (akar, buah dll). Vitamin K1 diserap dalam kolon (usus ‎besar bahagian atas). Penyerapannya memerlukan lemak dan garam hempedu. ‎

Vitamin K2.   Vitamin K2 - termasuk menaquinone dan menatetrenone - banyak terdapat dalam binatang. K2 mempunyai beberapa jenis rumpun dibawahnya. ‎Selalunya K2 dalam istilah singkat MK-n; M untuk menaquinone, K ‎untuk vitamin K, dan n untuk jumlah sisa isoprene (definasi jenis-jenis K2). Jenis-jenis vitamin K2 yang sering dikaji dan dianggap bermanfaat untuk kesihatan tubuh ialah - MK-4 dianggap paling penting, dan MK-7. Jenis-jenis vitamin K2 yang lain juga wujud – MK-5, MK-6, MK-8, MK-9, MK-10, MK-11, MK-12, MK-13, dan MK-14.

Bakteria dalam kolon boleh ‎menukar K1 menjadi vitamin K2. Banyak jenis bakteria, seperti Escherichia coli, terdapat dalam kolon, menghasilkan vitamin K2, dari ‎MK-7 sehingga MK-11. Semua jenis K2, melainkan MK-4, boleh dihasilkan oleh bakteria dalam kolon tersebut. ‎

Vitamin K Sinthetik.  Vitamins K3 (menadione), K4 (menadiol), K5, dan K6 juga wujud dihasilkan secara sinthetik, dan mempunyai tahap keracunan. Selalu digunakan untuk ‎mencegah rebakan kulat dan untuk industri permakanan binatang peliharaan. ‎

Fungsi Vitamin K



Pembekuan Darah.    Peranan utama vitamin K - sebagai faktor pembekuan darah yang sihat. Istilah “K” sendiri timbulnya dari perkataan German "koagulation" yang bermaksud pembekuan. Vitamin K1 dan K2 adalah zat penghalang pendarahan yang berlebihan.

Walaupun pembekuan darah kedengaran seperti proses tubuh biasa yang tidak begitu perlu dititik-beratkan pada kesihatan harian, tetapi sebenarnya ia amat penting. Disatu segi, luka perlukan kemampuan darah membeku bagi menutup luka dan menghindar dari pendarahan berlebihan. Disegi lain pula, terlalu banyak pembekuan darah meskipun tidak luka, memungkinkan terbina tompokan darah beku yang boleh menyekat dan menyumbat pengaliran darah, menjejaskan perjalanan darah ke jantung, otak dan lain-lain bahagian, natijahnya menggugat kesihatan dan nyawa. Justru, vitamin K merupakan zat yang penting bagi memelihara kemampuan darah membeku pada tahap yang saksama.
 
Fungsi-Fungsi Lain.   Kajian sains terkini telah berjaya menyingkap beberapa fungsi lain yang lebih kompleks dari hanya pembekuan darah yang termaklum dilakukan oleh kumpulan vitamin K.

Vitamin K merupakan faktor gandingan dalam pengubah-suaian sisa asid amino glutamik (Glu) untuk menghasilkan asid amino dikenali sebagai "Gla," iaitu asid gamma-karboxyglutamik. Dan vitamin K bertindak melalui Gla. Gla adalah sebahagian dari beberapa jenis protein yang menguruskan kalsium. Beberapa jenis protein Gla lain juga dihasilkan dalam tisu-tisu yang berbeza. Sejauh ini, 15 jenis protein tersebut yang dikenal-pasti; dan para pengkaji percaya terdapat sekurang-kurangnya 100 jenis protein lagi yang berada diseluruh tubuh. Vitamin K yang menggerakkan protein-protein tersebut, dan hanya vitamin K yang lakukan tugas ini.

Kehadiran sisa Gla dalam beberapa jenis protein didapati sangat penting untuk pelbagai aktiviti dan fungsi tubuh. Antaranya:
  • Protein Gla osteocalcin paling dikenali, banyak terdapat dalam tulang. Protein Gla osteocalcin  berkait-rapat dengan ketumpatan tulang. Ia bergabung dengan ion kalsium untuk proses pembinaan melalui pengkalsium (calcification).  
  • Vitamin K berganding dengan sejenis protein iaitu "carboxylation", mampu mengawal perjalanan urusan kalsium. Kekurangan vitamin K disebut "undercarboxylated", protein carboxylation tidak dapat mengawal perjalanan kalsium. Tanpa kawalan keatas kalsium, kalsium akan keluar dari tulang dan gigi, memasuki saluran darah arteri dan tisu-tisu lembut yang lain. Jika berlarutan, akan menyebabkan terbina plaque kalsium dalam arteri, pengaliran darah dalam arteri boleh tersumbat, menggugat fungsi jantung. Jika undercarboxylated pada osteocalcin, akan menyebabkan tulang dan gigi menjadi rapuh.
  • Protein Gla juga terdapat dalam darah dan pada dinding-dinding saluran darah, bersama dengan platelet phospholipid dan bergabung dengan kalsium, untuk proses pembekuan darah. 
  • Protein Gla dalam organ hati berperanan penting memelihara keadaan darah yang sihat. Melalui penghasilan protein C, S dan Z dalam hati, vitamin K mempertingkat halangan darah membeku berlebihan (fibrinolysis).
  • Protein Gla dalam organ ginjal berfungsi menghalang terbinanya batu karang kalsium oxalate melalui kawalan protein Gla terhadap kalsium dalam ginjal.
  • Protein Gla didapati penting sebagai ejen laluan kepada penggunaan semula vitamin K dari epoxide metabolite (KO) untuk digunakan dalam carboxylation.
  • Protein-protein Gla yang lain, seperti MGP (calcification-inhibiting matrix Gla protein), Gas6 (pertumbuhan sel melibatkan protein gene 6 khusus), TMGP (4 jenis transmembrane Gla protein) -  ‎fungsi-fungsi sebenar masih banyak belum diketahui dengan jelas.  
      Dewasa ini, Gla protein dicirikan diperingkat strutktur utama:
      • sebagai faktor pembekuan darah - faktor II (prothrombin), VII, IX, dan X.
      • sebagai faktor anti-pembekuan darah -  protein C, S dan Z.
      Dosej & Lebihan Vitamin K



      Dari semua data yang diperolehi buat masakini, belum ada lapuran atau kecurigaan tentang sebarang kesan sampingan atau keracunan yang ditimbulkan oleh vitamin K walaupun dalam kadar tinggi.

      Vitamin K tidak seperti vitamin-vitamin lain yang larut lemak, ia tidak disimpan terlalu banyak didalam organ hati. Maka, kemungkinan keracunan tidak berlaku. Institute of ‎Medicine, juga mengesahkan vitamin K selamat meskipun dalam kadar yang tinggi. Justru, tidak ada ketetapan tentang dos maksima yang selamat (UL) untuk pengambilan vitamin K. ‎

      Sejauh ini belum diperdapat saranan kadar vitamin K dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu, saranan DRI/RDA dari Institute of ‎Medicine menjadi rujukan terdekat.

      Namun begitu, ramai pakar kajian sains dan permakanan berpendapat saranan kadar vitamin K dari DRI/RDA tidak mencukupi, bahkan masih terlalu rendah. Saranan DRI/RDA hanya berdasarkan kepada keperluan organ hati. Hanya cukup untuk mengaktifkan urusan darah membeku, tetapi belum cukup bagi memenuhi keperluan metabolisma tubuh secara keseluruhannya. Sedangkan banyak masalah kesihatan yang timbul dewasa ini mengaitkan kekurangan vitamin K. Justru, dos/kadar saranan perlu dikaji semula.

      Pengambilan supplemen vitamin K sinthetik didapati ada reaksi allergi. Vitamin K sinthetik, seperti vitamin K3 (menadione), telah menunjukkan kesan keracunan. Pihak FDA (USA) telah mengharamkan jualan kaunter diAmerika Syarikat kerana pengambilan vitamin K sinthetik dalam dos yang tinggi telah menunjukkan tindak-balas allergi, seperti berkeringat melampau, sesak dada, anemia, penyakit kuning pada bayi, dan keracunan pada sel-sel organ hati dll.

      Kekurangan Vitamin K



      Vitamin K dalam kaar yang diperlukan oleh tubuh, mudah dipenuhi melalui bahan makanan dan penghasilan dari bakteria yang berkoloni dalam perut. Kekurangan vitamin K telah sekian lama di anggap jarang berlaku. Namun kekurangan boleh berlaku dalam beberapa keadaan:

      1)   Bahan Makanan. Permakanan harian yang rendah kandungan vitamin K, akan mengurangkan kepekatan vitamin K dalam tubuh. Permakanan yang dikira seimbang tidak lagi menjamin bekalan vitamin K yang mencukupi bagi memenuhi keperluan tubuh. Ramai orang harini, terutama kanak-kanak dan remaja, kurang gemar memakan sayur-sayuran hijau yang kaya vitamin K1. Tambahan pula, banyak bahan makanan harini di proses melalui industri permakanan, di steril spesis bakteria terlebih dahulu termasuk bakteria yang bermanfaat untuk kesihatan. Kekurangan koloni bakteria yang bermanfaat untuk kesihatan di dalam usus, akan membantut penghasilan vitamin K2 untuk diedarkan ke seluruh tubuh.

      2)   Ubat Anti-Biotik. Banyak jenis ubat-ubatan, terutama anti-biotik dan anti-kekejangan (seperti phenytoin ‎‎(dilantin) alicylate, barbiturate, dan cefamandole), boleh menganggu penghasilan dan metabolisma vitamin K. Pengambilan anti-biotik dan anti-kekejangan dalam jangkamasa yang lama boleh menghapus semua jenis bakteria dalam tubuh, dengan demikian menjejaskan penghasilan vitamin K2 dalam usus sehingga 74% bila dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil anti-biotik.

      3)   Ubat Coumarin. Ubat-ubatan 4-hydroxycoumarin anticoagulant (kerapkali dirujuk sebagai coumarin, termasuk coumadin/warfarin) mengandungi nilai-nilai mencegah darah membeku, ertinya pencair darah. Ubat-ubatan ini juga menghalang penggunaan semula vitamin K. Organ hati juga menjadi kurang mampu menghasilkan unsur-unsur pembekuan darah yang bergantung kepada kehadiran vitamin K. Maka, kekurangan vitamin K yang aktif berlaku dalam tubuh.

      4)    Penyakit-Penyakit.  Kekurangan vitamin K boleh berlaku disebabkan masalah penyerapan vitamin K akibat dari  berbagai jenis penyakit seperti penyakit coeliac (penyakit sensitif pada gluten, kerosakan pada dinding usus kecil akibat dari makanan yang mengandungi gluten), penyakit pundi hempedu, penyakit pancreas, penyakit Crohn (radang saluran penghadaman) atau kerosakan paru-paru (cystic fibrosis). Pengidap penyakit ginjal kronik juga terdedah kepada risiko kekurangan vitamin K, dan juga vitamin D.

      Manfaat Vitamin K



      1     Kesihatan Tulang     Vitamin K berperanan dalam pembinaan, pertumbuhan,
      pemeliharaan dan ketumpatan tulang. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin D yang tinggi tetapi kurang vitamin K akan meningkatkan risiko keretakan tulang. Justru, vitamin K dan D berkerjasama dalam metabolisma dan kesihatan tulang.

      Vitamin K merupakan faktor gandingan dalam pengubah-suaian sisa asid amino glutamik (Glu) untuk menghasilkan 'protein Gla', iaitu asid gamma-karboxyglutamik. Dan vitamin K bertindak melalui Gla. Gla adalah sebahagian dari beberapa jenis protein yang menguruskan kalsium. Vitamin K, melalui protein Gla osteocalcin, berperanan membina zat-zat gizi dalam tulang. Osteocalcin adalah sejenis protein Gla dalam tulang, protein kecil yang dikeluarkan dari proses osteoblast (sel-sel yang menghasilkan tulang), berperanan penting menumpatkan zat-zat gizi dalam tulang. Osteocalcin memerlukan vitamin K untuk melakukan tugas ini. Kekurangan vitamin K boleh mengurangkan kadar osteocalcin yang aktif, yang mana meninggikan risiko osteoporosis.

      Tumbesaran kanak-kanak memerlukan lebih banyak vitamin K, kerana metabolisma tulang kanak-kanak lebih tinggi dari orang dewasa. Beberapa kajian menunjukkan kanak-kanak memerlukan lebih banyak kadar vitamin K, lebih tinggi dari kadar/dos saranan DRI/RDA terkini yang hanya cukup untuk keperluan pembekuan darah.

      Vitamin K1.     Vitamin K1 boleh mengurangkan risiko keretakan tulang pinggul, demikian menurut kajian dari 1998 Nurses Health Study. Wanita yang mengambil supplemen vitamin K sebanyak 110 ‎mcg/hari atau memakan sayur selada/lettuce sekali atau lebih setiap hari mempunyai risiko yang rendah kepada keretakan tulang pinggul. Kajian lain, 254 mcg/hari vitamin K1 boleh mengurangkan risiko 35% keretakan tulang pinggul; 254 mcg/hari adalah melebihi US Daily Reference Intake (DRI) (120 mcg/hari untuk wanita dewasa dan 140 mcg/hari untuk lelaki dewasa). Namun, kajian lain menunjukkan supplemen vitamin K1 kepada wanita yang sudah menopaus dan mengidap osteopenia (dibawah paras BMD), meskipun dalam dos yang sangat tinggi, tidak pula memberi sebarang hasil positif kepada ketumpatan tulang.

      Vitamin K2.     Vitamin K2 dianggap berperanan dalam memelihara ketumpatan tulang yang sewajarnya (bone mineral density (BMD). Menurut pengkajian biofizik, vitamin K2 (bukan  K1) bergabung dengan kalsium dan vitamin D boleh menggalak proses ketumpatan tulang, mengurangkan hakisan tulang dan memperlambat osteoporosis. Vitamin K2 juga mustahak bagi memelihara kekuatan tulang pada wanita setelah menopaus dan merupakan faktor menumpatkan tulang dan keretakan tulang pinggul.
      • MK-4.   Phylloquinone, ‎menatetrenone (MK-4) didapati sebagai penggalak ketumpatan tulang. Beberapa kajian menunjukkan MK-4 mengurangkan risiko retak tulang sehingga  87%, juga menghalang dan mengembalikan hakisan tulang. U.S. Food and Drug Administration (FDA) masih belum mengiktiraf mana-mana jenis vitamin K digunakan sebagai pencegahan atau perawatan kepada osteoporosis, meskipun MK-4 telah terbukti mengurangkan retak tulang sehingga 87%. MK-4 (45 mg/hari) telah di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Jepun, sejak 1995 sebagai pencegahan dan perawatan kepada osteoporosis. Beberapa kajan di Jepun yang disiarkan pada 2006 dan 2008, menunjukkan permakanan natto yang menyeluruh di Jepun telah menyumbang tahap BMD yang tinggi kepada rakyat negara tersebut. 
      • MK-7.   Pengambilan MK-7 boleh mengurangkan risiko retak tulang. MK-7 banyak terdapat dalam natto (kacang soya yang diperam/diragi). Natto didapati dapat meransang pembinaan tulang yang tumpat dan menghalang hakisan tulang. MK-7 menyebabkan pertambahan kepekatan serum Y-‎carboxylated osteocalcin, petanda kepada pembinaan tulang. MK-7 juga menghalang hakisan kalsium dalam tisu tulang. Tahun 2011, HSA (Singapore) mengiktiraf supplemen yang mengandungi vitamin MK-7 dan vitamin D3 bagi tujuan menambah ketumpatan zat galian dalam tulang.
      2     Kesihatan Jantung.   Pengidap osteoporosis didapati terlalu banyak plaque kalsium
      dalam arteri yang menyebabkan arteriosclerosis (arteri mengembang, keras, tidak anjal kerana dipenuhi kalsium yang menebal dan menyempitkan saluran darah), merupakan punca utama kepada penyakit jantung.

      Osteoporosis dan penyakit jantung juga sangat berkait dengan kekurangan vitamin K2. Kekurangan vitamin K2 (MK-7) juga dikaitkan dengan pengkalsiuman pada saluran arteri utama (aorta). Kekurangan vitamin K2 disebut "undercarboxylated", keadaan dimana protein carboxylation tidak dapat mengawal perjalanan kalsium. Tanpa kawalan keatas kalsium, kalsium akan keluar dari tulang dan gigi, memasuki saluran darah arteri dan tisu-tisu lembut yang lain. Jika berlarutan, akan menyebabkan terbina plaque kalsium dalam arteri, pengaliran darah dalam arteri boleh tersumbat, menggugat fungsi jantung. 

      Matrix Gla protein (MGP) pula dikaitkan ejen penghalang utama kepada pengkalsiuman tisu-tisu lembut, pembuluh dan saluran darah (atherosclerosis) dan terlibat secara aktif dalam penggunaan semula kalsium.. MGP berperanan dalam metabolisma tulang. MPG berada dalam tulang bersama dengan osteocalcin, dalam jantung, ginjal dan paru-paru. MGP bergantung kepada vitamin K untuk menjadi aktif melalui proses 'carboxylation'. Kekurangan vitamin K2 boleh mengakibatkan MGP sebagai 'undercarboxylation' dan menjejaskan fungsi penghalangnya. Tanpa vitamin K2 yang mencukupi, pengkalsiuman berlaku pada dinding -dinding saluran darah, tisu-tisu dan menambah risiko penyakit jantung. 

      K2 tidak terhalang oleh salicylates (bahan kimia terdapat dalam pokok yang menjadi racum pada serangga) seperti yang berlaku pada K1. Oleh itu, supplemen K2 boleh mengurangkan kekurangan melampau vitamin K. Hasil dari kajian dari Rotterdam (2004) menunjukkan, dikalangan vitamin K, K2 (MK-7, MK-8 dan ‎MK-9) adalah yang paling berkesan bagi mencegah pengkalsiuman dalam arteri dan melindungi dari penyakit jantung. Dos/kadar tambahan vitamin K2 (bukan K1) diperlukan setiap hari, bagi mencegah bahkan membaik-pulih arteri dan mengembalikan kesihatan jantung. Bagaimana pun, kajian selanjutnya diperlukan bagi menentukan dos/kadar optima vitamin K2 bagi tujuan melindungi dari penyakit jantung.

      3    Kesihatan Saluran Darah   Vein.   Varicosis adalah saluran darah vein yang bermasalah; mengembang, mengelembong, meregang, berbelit, dan kadangkala menyakitkan, dipenuhi darah yang terkumpul secara tidak normal. Istilah ini merujuk kepada vein dibahagian kaki, meskipun boleh berlaku dibahagian lain.

      Vein mempunyai injap bagi menghalang darah dari mengalir kembali kebelakang. Otot kaki pengepam vein untuk mengembalikan darah menuju kejantung, arah yang berlawanan dengan graviti. Keadaan berlaku dimana injap hilang/kurang daya berfungsi dengan betul, membenarkan darah mengalir kembali kebelakang, menjadikan vein mengembang, mengelembong, meregang dan kelihatan berbelit-belit dipenuhi dengan gumpalan darah, lebih tertekan apabila lama berdiri.  

      Matrix Gla protein (MGP) adalah sejenis protein Gla yang didapati boleh menghalang berlakunya pengkalsiuman dalam saluran-saluran darah. MGP banyak dihasilkan oleh chondrocytes dan sel-sel otot dan dinding-dinding pembuluh dan saluran darah, dan dalam cartilage.
      Kekurangan kadar vitamin K boleh mengurangkan aktiviti MGP, yang mana telah dikenalpasti menjadi punca utama kepada timbulnya varicosis. Bekalan vitamin K yang mencukupi dipercayai adalah syarat utama bagi mencegah varicosis.

      4     Kanser.     Beberapa kajian menunjukkan vitamin K1 dan K2 berkesan sebagai anti-kanser. Berfaedah bagi merawat beberapa jenis kanser seperti kanser hati, kolon, paru-paru, perut, saluran pernafasan, payudara, prostat dan leukemia.  Satu kajian yang disiarkan dalam jurnal International Journal of Oncology, September 2003, mendapati rebakan sel-sel kanser telah berkurangan pada pesakit kanser paru-paru yang diberi vitamin K2. Dalam satu kajian lain, disiarkan dalam majalah Alternative Medicine Review, Ogos 2003 menunjukkan pesakit 'hepatocellular carcinoma', sejenis kanser hati, yang diberi vitamin K1, telah beransur pulih. Satu kajian lain di German pula mendapati pengambilan vitamin K2 boleh mengurangkan kanser prostat.

      Sewaktu para saintis di Jepun mengkaji peranan vitamin K2 (MK-4) ‎dalam pencegahan hakisan tulang pada wanita yang mengidap penyakit hati, mereka mendapati para wanita yang diberi supplemen vitamin MK-4 telah berkurang risiko mengidap kanser hati sehingga 90%. Pada tahun 2006, ujikaji klinikal menunjukkan K2 (MK-4) berkemungkinan boleh mengurangkan timbul kembali kanser hati selepas penbedahan. MK-4 kini diujikaji bersama dengan ubat-ubatan lain bagi mengurangi kanser hati dan telah menunjukkan hasil yang memberansangkan.

      Menurut Dr. Mercola, dos tinggi vitamin K diperlukan bagi mencapai kesan-kesan yang positif. Akan tetapi supplemen yang berada dipasaran datangnya dalam dos microgram. Vitamin K2 dari ekstrek natto dari Dr. Mercola membekalkan vitamin K2, MK-7 yang tinggi dan sedia-guna oleh tubuh.

      5     Anti-Penuaan.    Semakin berusia, semakin timbul berbagai jenis penyakit. Penuaan berlaku apabila tubuh kurang-urus sebahagian dari hormon dalam tubuh dan juga faktor-faktor lain, manakala pada masa yang sama tambah-urus pada faktor-faktor yang lain. Salah satu bahan yang di tambah-urus ialah 'Interleukin-6 (IL-6)', sejenis cytokine, iaitu ejen bio-kimia bertugas sebagai penghantar kepada sistem kekebalan. IL-6 bertambah dari cytokine yang lain sehingga hilang kesaimbangan. Keadaan ini menimbulkan keradangan. Sebab itu, IL-6 banyak terdapat dalam sendi-sendi arthritis dan saluran-saluran darah bermasalah dan penyakit Alzheimer. Vitamin K didapati mampu menghalang IL-6 dan sekaligus keradangan. Vitamin K memberi kesan positif menanggani penyakit-penyakit kemerosotan yang melibatkan keradangan, dan juga penuaan.

      Penyakit Alzheimer.   Kajian tentang nilai-nilai anti-oksidan vitamin K menunjukkan bahawa vitamin ‎K   ‎dipercayai dapat mengurangkan kerosakan pada sel-sel neuron dan pengambilan supplemen adalah berfaedah bagi merawat penyakit Alzheimer. Kajian selanjut diperlukan.
       
      Kencing Manis.   Kajian dari University Medical Center Utrecht, Netherlands merumuskan bahawa perngambilan MK-4 yang tinggi dari permakanan dikaitkan dengan pengurangan risiko mengidap Kencing Manis Jenis 2. Kajian-kajian sebelumnya menunjukkan vitamin K membantu melemahkan tentangan terhadap insulin.

      6     Kesihatan Bayi Baru Lahir.   Pendarahan pada bayi yang baru lahir disebabkan kekurangan vitamin K, dan boleh menjadi serious, sehingga perlu transfusi darah, kecederaan otak, dan mungkin membawa maut. Bayi yang baru lahir lebih tinggi risiko kekurangan vitamin K yang parah, kerana vitamin K tidak disalurkan kepada janin melalui uri/placenta dengan berkesan, dan perut bayi masih belum mampu mengumpul bakteria untuk menghasilkan kadar vitamin K yang diperlukan oleh tubuh. ‎ Sebelum 5-7 hari, bakteria belum sempat berkoloni dalam sistem penghadaman bayi.‎ Faktor-faktor pembekuan darah pada bayi yang baru lahir sangat  rendah, kira-kira 30-60% berbanding orang dewasa. Bayi yang baru lahir kerapkali diberi suntikan vitamin K1 bagi menampung keperluan sementara pembekuan darah. Suntikan vitamin K membantu pembekuan darah bagi mengelak dari pendarahan berlebihan pada bayi, lebih-lebih lagi pada bayi yang lahir pra-matang. Amalan wanita hamil mengambil supplemen vitamin K juga dapat membantu risiko kekurangan vitamin K pada bayi yang baru lahir.  

      7     Kesihatan Kulit.   Vitamin K boleh dijadikan bahan sapuan, 5% kandungan dalam krim sapuan, bagi mengurangkan kesan luka, calar, atau digunakan bagi merawat kulit. Sapuan membantu mempercepat kesembuhan pada luka, menurut setengah pakar kulit. Ada juga dikalangan doktor yang mengatakan vitamin K boleh dijadikan unsur mengurangkan kesan luka dari penbedahan kosmetik dan suntikan, boleh merawat saluran-saluran darah kecil, merawat rosacea, ‎ menghilang warna kulit gelap pada sekeliling kelopak mata.

      Vitamin K1 juga digunakan bagi merawat  kekurangan  prothrombin (masalah proses lambat pembekuan pada pendarahan) yang yang disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti ubat anti-pembekuan.

      8     Vitamin K vs. Coumarin.  Coumarin, jenama Coumadin, atau Warfarin selalu digunakan sebagai ubat anti-pembekuan. Warfarin bertindak menghalang tubuh menghasilkan ejen-ejen pembekuan (seperti faktor II, VII, IX, dan X). Terapi anti pembekuan selalunya diberikan bagi mengelak dari penyakit yang boleh mengancam nyawa, dan pengambilan vitamin ‎K yang tinggi boleh menganggu kesan anti pembekuan. Vitamin K1 dan K2 mampu membatalkan antiviti anti-pembekuan darah dari warfarin. Pesakit dibawah rawatan warfarin dinasihatkan tidak terlalu banyak memakan bahan makanan yang kaya vitamin K.

      Antara kesan-kesan Coumarin:
      • Vitamin K menjadi pengawal kepada proses pembekuan ini. Sekiranya faktor-faktor pembekuan perlu bagi menutup luka, perlukan pelekat untuk melekapkan tisu-tisu pada luka, maka bahan kimia pelekat 'carboxylation' digunakan melalui asid glumatik (Glu). 2 jenis enzim diperlukan untuk proses pembekuan berjalan lancar, salah satunya ialah vitamin K 'epoxide reductase'. Warfarin bertindak menghalang tindakan enzim ini dan vitamin K hilang kemampuan diguna-semula bagi membantu pembekuan tersebut.
      • Rawatan anti-pembekuan yang lama (OAC) juga boleh menyebabkan kekurangan osteocalcin yang aktif, dan kualiti tulang merosot. OAC boleh menyebabkan hakisan tulang, dan mudah berlaku retak tulang, kurang ketumpatan tulang pada tahap normal (osteopenia), kekurangan zat-zat gizi lain dalam tulang.
      • Coumarin boleh mengganggu metabolisma vitamin K, boleh menyebabkan pengkalsiuman pada kartilage dan saluran darah arteri.‎ Dinding pembuluh arteri utama (aorta) yang dipenuhi lapisan kalsium akan menjadi keras dan kurang anjal, pengaliran darah bersama dengan oxygen dan glukos ke tisu-tisu menjadi berkurangan (ischemia), dan kegagalan jantung akhirnya boleh berlaku. 
      Hanya K2 (MK-4) didapati mampu menghalang pengkalsiuman yang disebabkan warfarin. Supplemen vitamin K juga dianggap boleh memenuhi kekurangan vitamin K yang disebabkan oleh warfarin, dan melumpuhkan tindakan anti-pembekuan warfarin. 

      Sumber Vitamin K



      Kale
      Sumber Makanan Vitamin K1.    Vitamin K1 paling banyak terkandung dalam sayur-sayuran hijau; seperti dandelion hijau (mengandungi ‎‎778.4 μg /100 g, atau 741% dari keperluan harian), parsley 153%, bayam, swiss chard, ‎brassica (kobis, kale, bunga kobis, brokoli, dan kobis brussels). Banyak juga dalam sayur-sayuran bukan jenis dedaunan, minyak sayuran,  buah-buahan, dan bijiran.

      K1 phylloquinone cenderung melekat pada selaput thylakoid dalam chloroplasts menjadikan ia kurang sifat sedia-guna oleh tubuh (bioavailability). Penyerapan menjadi lebih sempurna apabila diiringi makanan berlemak seperti mentega atau minyak. Umpamanya, bayam yang dimasak mempunyai sekadar 5% phylloquinone yang sedia-guna oleh tubuh, namun apabila lemak atau minyak ditambah akan meningkatkan sedia-guna sehingga 13%, disebabkan tambahan lemak untuk dilarut oleh vitamin K.

      Rajah dari "Important information to know when you are taking: Warfarin (Coumadin) and Vitamin K",
      Clinical ‎Center, National Institutes of Health Drug Nutrient Interaction Task Force.
      Makanan, dimasak Saiz SajianK1, McgMakanan, mentah Saiz Sajian K1, Mcg
      Kale1 cawan1,062Parsley 1 cawan984
      Bayam 1 cawan888Bayam1 cawan145
      Collard 1 cawan836Collard 1 cawan184
      Swiss Chard 1 cawan574Swiss Chard 1 cawan299
      Sawi Mustard 1 cawan420Sawi Mustard 1 cawan279
      Turnip (lobak cina)1 cawan530Turnip (lobak cina)1 cawan138
      Brokoli 1 cawan220Brokoli 1 cawan89
      Kobis Brussell 1 cawan219Hindiba, Endive 1 cawan116
      Kobis, kol 1 cawan164Selada1 cawan71
      Asparagus 4 batang 48Selada Romain 1 cawan57

      Natto
      Sumber Makanan Vitamin K2.    Vitamin K2 alami banyak terkandung dalam bahan makanan yang diperam/diragi; Natto Jepun (kacang soya peram) paling kaya dengan K2, MK-7 alami. Lainya seperti keju peram, kefir (susu peram), telur, daging ayam, daging lembu, lemak daging, organ hati dan lain-lain organ, juga sauerkraut (kobis peram).

      Vitamin K2, MK-4 juga dihasilkan oleh tisu binatang dan diperdapat dalam daging, telur, dan produk tenusu. Dalam natto, tidak terdapat MK-4, dan dalam keju hanya 2–7% sahaja (tetapi terdapat juga MK-8, MK-9).

      Menurut analisa dari makmal bebas, Hawaiian Spirulina Pacifica juga merupakan salah satu sumber vitamin K terbaik; kira-kira 15 mcg dari 3gm (19%DV Vitamin K2), dan 75 mcg dari 3gm (94%DV semua jenis Vitamin K).

      Rajah dari "Rhéaume-Bleue, Kate. “Vitamin K2 and the Calcium Paradox”
      John Wiley & Sons ‎Canada, Ltd., 2012.
      Makanan, 100 gmMcgPeratusan K2Makanan, 100 gmMcgPeratusan K2
      Natto, dimasak1,103.490% MK-7, 10% MK lainKaki Ayam8.5100% MK-4
      Hati Itek369.0100% MK-4Daging Kisar8.1100% MK-4
      Keju Keras Belanda76.36% MK-4, 94% MK lainHati Ayam, salai6.7100% MK-4
      Keju Lembut Perancis56.56.5% MK-4, 93.5% MK lainHotdog biasa5.7100% MK-4
      Kaki Itek31.0100% MK-4Hati Anak Lembu, goreng6.0100% MK-4
      Merah Telur, USA15.5100% MK-4Sauerkraut 4.8100% MK-4
      Butter, Mentega15.0100% MK-4Susu Mentah1.0100% MK-4
      Hati Ayam, goreng12.6100% MK-4Salmon0.5100% MK-4
      Keju Chedar10.26% MK-4, 94% MK lainHati Lembu, goreng0.4100% MK-4
      Hotdog, franks 9.8100% MK-4Putih Telur0.4100% MK-4
      Dada Ayam8.9100% MK-4Susu Skim0.0100% MK-4

      Kesan Masakan, Penyimpanan dan Proses Makanan


      Secara amnya, vitamin K dalam bahan makanan tidak mudah rosak jika dimasak atau disimpan dalam peti sejuk. Kajian dari makmal Nutrient Data Laboratory (sebahagian dari Agricultural Research Service, U.S. Department of Agriculture), memasak sayur-sayuran tidak menyebabkan kehilangan vitamin K yang banyak. Dalam setengah kes pula, yang terjadi adalah sebaliknya, iaitu pertambahan kadar vitamin K apabila dimasak. Ini mungkin disebabkan vitamin K phylloquinone tersimpan dalam bahagian 'chloroplast' sel pohon tersebut. Apabila dimasak, sel-sel pohon tersebut pecah dan mengeluarkan sebahagian dari vitamin K yang terperangkap didalamnya, yang mana sebelum ini tidak dapat dikesan oleh kajian makmal.

      Pemprosesan bahan makanan secara komersial, terutama berkaitan dengan buah-buahan atau jenis sayur-sayuran yang diproses menjadi jus, menyebabkan banyak kehilangan kandungan vitamin K.

      Sebagai rumusan, menyimpan sayur-sayuran atau buah-buahan dalam peti sejuk atau memasak adalah amalan yang tidak menyebabkan banyak kehilangan vitamin K.
      ________________________________________

      No comments:

      Post a Comment

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...