‎‎0‎ ‎ ‎

Thursday, August 29, 2013

Kunyit Herba Kesihatan

Herba Kunyit

Kunyit Mentah Adalah Yang Terbaik 
Kunyit tidak mahal, keenakannya sederhana, tetapi sangat bermanfaat kepada setiap sistem dalaman ‎tubuh.‎
Pastikan herba eksotik ini sentiasa digunakan dalam resepi anda   ! ‎
Semua orang kenal kunyit. Sejenis rempah, tergolong dalam keluarga herba ber-rhizom atau ‎Zingiberaseae, dari genus Curcuma. Nama sains: Curcuma longa. ‎

Herba kunyit lebih merujuk kepada rumpunan rhizomnya, bersama akar rhizom-rhizom yang merebak di ‎dalam tanah. ‎‎

Kulit pada rhizom kunyit berwarna coklat pekat. Isi didalamnya berwarna oren pekat. Daun, tunas-‎tunas rhizom kunyit mengeluarkan keharuman yang unik. Rasanya agak pedas ‎seakan-akan lada bercampur halia dan sedikit pahit. Apabila di tuai, rhizom kunyit ‎selalunya di masak, di kering, dan di buat serbuk. Serbuk kunyit berwarna kuning, oren, atau coklat pekat ‎mengikut spesis yang sedikit berbeda menurut tempat atau kawasan ia tumbuh. ‎

‎‎0‎ ‎ ‎

Wednesday, August 28, 2013

Merawat Kulit Tipis & Kendur


Kulit yang sihat, lelaki mahupun perempuan, akan kelihatan segar, bugar, bersih, anjal, dan licin. Tubuh ‎kelihatan menarik dan tampan. Pada perempuan, wajah kelihatan cantik, jelita dan bersinar.  Justru, memelihara kulit agar sentiasa sihat adalah perlu. 

Struktur Kulit 

Kulit - organ yang terbesar pada tubuh manusia. Ia mempunyai pelbagai fungsi; melindungi ‎tubuh dari hawa alam sekitar, membantu ‎mengimbangi suhu, cecair dan elektrolait (electrolyte) di ‎dalam tubuh. Di dalam kulit terkandungi reseptor saraf, dengan demikian mampu merasa sebarang ‎sentuhan, ransangan, urutan, ‎kesakitan, kedinginan, kepanasan, tekanan dsbnya. ‎

Kulit ‎terdiri dari beberapa lapisan. Secara amnya, terbahagi kepada 3 : ‎
 ‎
‎‎Bahagian luar di sebut epidermis, mengandungi sel-‎sel kulit, pigmen dan protein. ‎

Bahagian tengah di sebut dermis, mengandungi ‎saluran-saluran darah kecil, saraf, folikel ‎‎(akar) rambut, kelenjar keringat/peluh dan kelenjar ‎berminyak. Dermis juga berfungsi ‎membekalkan nutrien kepada epidermis.‎

Bahagian dalam di bawah lapisan dermis di sebut lapisan-‎lapisan hypodermis atau subcutis/subcutaneous tissue, ‎mengandungi kelenjar ‎keringat/peluh, juga folikel (akar) rambut, saluran-saluran darah ‎kecil, dan lapisan lemak. Setiap lapisan mengandungi tisu-tisu penghubung. Tisu-tisu penghubung menghubungkan kulit dengan serat ‎kolagen ‎dan serat elastin; serat kolagen mengukuhkan struktur kulit, dan serat elastin menganjal dan ‎mengutuhkan kulit. ‎
‎‎0‎ ‎ ‎

Nira Kelapa Berkhasiat Untuk Kesihatan


NIRA IS EXCELLANT FOR HEALTH !

Sesiapa yang tahu khasiat nira kelapa pasti tidak melepaskan ‎peluang meminumnya. Rasanya enak menyegarkan, kaya ‎nutrien, berkhasiat untuk kesihatan !


Nira Kelapa

Nira kelapa adalah cecair yang dihasilkan dari bunga-bunga kelapa (di sebut mayang) ketika mayang ‎masih di dalam seludang (seludang merupakan daun pelindung yang menyelubungi seluruh jambak-‎jambak mayang yang belum mekar). Seludang yang sudah terpecah juga boleh digunakan. Mayang ‎yang terjurai dari seludang di ikat rapi, lalu di ikat kuat bersama 2 batang kayu dipangkalnya. Hujung ‎seludang atau mayang lalu di pangkas/hiris untuk mengeluarkan nira.

‎Nira akan mengalir keluar, dan perlu ‎ ‎di tadah ke dalam bekas buluh atau plastik yang di panggil 'tukir'. ‎Setengah ‎amalan memasukkan sedikit 'laghu' (laru) ke dalam tukir agar nira tidak ‎cepat masam. ‎Bermacam laru boleh digunakan;  kepingan kayu cengal, kepingan kayu nangka, kulit buah ‎manggis, ubat gula “cap 3 gajah” atau air kapur, lain tempat lain caranya.

Nira di dalam tukir boleh di ambil sekali sehari, atau 2 kali sehari waktu pagi dan petang. Proses ‎penghasilan nira ini boleh diulang-ulang setiap hari sehingga seludang kelapa atau mayang tadi di hiris ‎sampai habis ke pangkal.
Nira yang baru di tuai segar, warnanya putih kesusuan. Enak di minum segar. Perlu segera di minum. Rasanya manis, tidak ‎memabukkan.
‎‎0‎ ‎ ‎

Saturday, August 3, 2013

Aloe Vera Berkhasiat Unggul

Pohon Aloe Vera

Barbadensis Miller
Pohon Aloe Vera atau Lidah Buaya di kalangan warga Kepulauan Melayu dan Nusantara. Mesir purba menggelar “pohon keabadian atau pohon kehidupan”, Rusia “penawar keremajaan", Cina "penawar harmoni", Afrika menamakannya “lily padang pasir”, atau “pohon ubat”, dan berbagai nama lagi. Aloe Vera juga disebut sebagai “pohon kelecuran”. Aloe adalah perkataan Arab “alloeh” yang bermaksud “pahit”. Ini disebabkan gel yang terkandung di dalam daun/pelepah aloe vera, rasanya agak pahit.

Aloe Vera adalah dari kerabat pohon-pohon Xanthorrhoeaceae. Juga dikaitkan sebagai kerabat pohon-pohon Aloaceae dan Liliaceae. Sifatnya seakan-akan tumbuhan “cactus” yang menyimpan air/cecair didalamnya. Mampu hidup di tanah yang tandus gersang. Dipercayai berasal dari Afrika, dan negara-negara persekitarannya seperti Madagascar dan Semenanjung Arab.

Terdapat lebih dari 500 spesis aloe vera yang tumbuh membiak di serata dunia. Dari 500 spesis ini, Aloe Barbadensis Miller yang terunggul; kerana dikenal-pasti kaya dan padat dengan kandungan vitamin-vitamin, zat galian/gizi, asam amino, enzim dan berbagai unsur-unsur bio-kimia aktif yang bermanfaat untuk kesihatan dan penyembuhan dari berbagai jenis penyakit. Kesemua nutrien ini terkandung di dalam gel berbentuk lendir yang bening terbalut di dalam pelepah aloe vera.
Lebih dari 30,000 pohon-pohon herba berdaftar yang memiliki nilai-nilai perubatan dan permakanan, aloe vera tersenarai antara yang terunggul kerana ciri-cirinya disegi rawatan dan penyembuhan dan kandungan nutrien yang lumayan didalamnya.
‎‎1‎ ‎ ‎

Say "NO" to Sukros@Gula Pasir !

Gula Pasir @ Sukros

GULA PASIR @ SUKROS:   IBU KEPADA BERBAGAI PENYAKIT!!! ‎
‎PEMANIS TERSEMBUNYI YANG MENGANCAM NYAWA MANUSIA!!!‎

Semua orang terpaut dengan gula. Setiap hari warga dunia mengambilnya sebagai bahan permakanan yang di tambah dalam minuman atau di adun dalam ‎makanan. Kopi, nescafe dan teh pasti bernikmat dengan adanya gula. Minuman ringan dan jus, gula menjadi bahan utama. Kebanyakan produk-produk makanan menjadikan gula sebagai bahan pemanis pelazat rasa. ‎Gula merupakan bahan makanan utama ‎pada manusia! ‎

Perlu diteliti apa sebenarnya gula, apa zat-zat yang terkandung didalamnya, dan apa masaalah-‎masaalah yang disebabkan olehnya?‎

Apakah Gula Pasir @ Sukros   ?‎

Gula pasir atau sukros adalah kristal putih sebagai pemanis; berbentuk serbuk halus, kasar ‎atau sederhana kasar (granulated sugar), gula kastor, gula icing atau confectioner's sugar. Ada yang berbentuk kristal besar gula batu, persegi ‎seperti gula dadu (cube sugar) atau cairan pekat seperti molasses, gula jelly (jelly mallow) dan ‎sirup seperti corn syrup. Ada yang berwarna coklat dan kekuningan. Semua ini dan ‎berbagai lagi adalah gula yang di tambah sebagai bahan pemanis untuk sajian makanan kepada ‎tubuh manusia. ‎

Gula pasir dihasilkan dari pemprosesan (refining) bahan asas seperti tebu, ubi bit dan jagung. ‎Bahan terakhir yang terhasil ialah sukros. SUKROS adalah nama teknikal kepada gula pasir. ‎

‎‎0‎ ‎ ‎

Friday, August 2, 2013

Say "NO" To Kacang Soya !

Kacang Soya 

Kacang Soya (Malaysia). Kedelai (Indonesia). Soybeans (Inggeris).

‎Kacang soya (dan makanan yang berasaskan kacang soya), terkenal sebagai makanan ‎berkhasiat untuk kesihatan. Kaya protein, mengurangi kadar kolestrol, melindungi dari ‎serangan kanser dan jantung, melambat kedatangan menopaus, menghindar osteoporosis (rapuh tulang) dll.

‎Apabla dikaji secara terperinci, kacang soya juga banyak kemudaratannya. Sudah banyak tertulis di dalam risalah-risalah kajian ‎sains. Bahaya-bahayanya jarang sekali diketengahkan, tidak lansung terdengar amaran dari badan berwajib kepada masyarakat awam.

Bahaya Kacang Soya

Kacang soya (beserta beberapa makanan yang berasaskan kacang soya) mengandungi banyak anti-nutrien, iaitu toksin semulajadi/alami dari bahan makanan. Anti-nutrien merupakan musuh kepada zat-zat makanan untuk tubuh. ‎Anti-nutrien di dalam kacang soya, antaranya:

1     Asid Phytik. Kacang soya mengandungi asid phytik yang sangat tinggi. Asid phytik bertindak seperti gam pelekat. Zat-zat gizi penting untuk tubuh seperti kalsium, ‎magnesium, tembaga, besi, dan zinc akan melekat pada asid phytik. Apabila terlekat, tidak dapat di serap oleh usus. Akibatnya, sel-sel tubuh tidak dapat menerima zat-zat ‎gizi tersebut, tubuh akan kekurangan zat-zat gizi tersebut. ‎

Makanan yang mempunyai paras ‎asid phytik yang tinggi membahayakan kesihatan. Meskipun kacang soya di rendam, di ‎cambah seperti tauge, atau di masak dengan api yang kecil dan lama, proses ini masih tidak mampu ‎menyirna asid phytik di dalam kacang soya. ‎
‎‎0‎ ‎ ‎

Penyakit Gusi dan Gigi

Masalah Gusi Dan Gigi

Memelihara kesihatan gigi sama pentingnya memelihara kesihatan gusi. Gusi berperanan besar menyihatkan gigi. Apabila gusi bermasalah, gigi turut terlibat dan bermasalah. Apabila gusi sakit, bengkak, nyilu, berdarah, bernanah atau mengecut; gigi akan turut sakit, longgar, sekiranya tidak di rawat, mungkin tertanggal dari gusi. Penyakit gusi perlu ditanggani segera agar tidak menjejaskan gigi sehingga tertanggal atau ditanggalkan.



Gingivitis. Seringkali penyakit gusi bermula dari radang gusi, disebut “Gingivitis.” Gingivitis adalah peringkat awalan kepada penyakit gusi “periodontitis.” Namun, bukan semua gingivitis merebak kepada periodontitis.

Perubahan hormon juga boleh menyebabkan gingivitis. Contohnya; gingivitis puber, mungkin dialami oleh gadis baru aqil baligh, di mana pertambahan hormon secara mendadak memacu pengaliran darah ke gusi menyebabkan gingivitis. Wanita yang mengalami gingivitis setiap kali kedatangan haid. Gingivitis hamil, selalunya berlaku dari bulan ke 2-3 kehamilan, berterusan bulan ke 8; penggunaan pil-pil perancang keluarga/KB juga boleh menimbulkan gingivitis. Kadangkala, wanita yang melalui menopaus, juga mengalami gingivitis. Gingivitis jenis ini bukan awalan kepada periodontitis.

‎‎0‎ ‎ ‎

Thursday, August 1, 2013

Penyakit Milroy

Apakah Penyakit Milroy?

Penyakit Milroy adalah penyakit “Primary Lymphedema.” Ciri-cirinya bengkak mengelembung pada sebelah atau kedua belah kaki, terutama dari bahagian betis menurun ke bawah hingga ke telapak dan jari-jemari kaki. Bengkak mengelembung ini membuat kulit menjadi lembut, meregang, sensitif, dan sakit apabila di sentuh.

Bengkak juga boleh berlaku pada bahagian lain; buah zakar bayi, saluran pundi air kencing yang boleh menyebabkan masalah pembuangan air kecil, ibu jari kaki membengkak sehingga melencong ke atas, kulit kasar gerutu, urat-urat darah membengkak sehingga jelas terbayang, atau kesan-kesan parut seperti dijangkiti bakteria.

Gejala penyakit ini dapat di lihat sebaik saja bayi dilahirkan. Justru, penyakit ini di anggap sebagai bawaan bayi sejak dilahirkan! Penyakit Milroy sangat jarang berlaku; di anggap sebagai kes terpencil!!!

Bengkak mengelembung ini disebabkan sistem limfa (lymphatic system) dalam tubuh bayi yang gagal berfungsi dengan sempurna. Kegagalan fungsi ini mungkin kerana terdapat mana-mana organ dalam sistem limfa tercedera, terjejas, tersekat, tersumbat atau tidak terbina dengan baik.

‎‎5‎ ‎ ‎

Menyihatkan Paru-Paru

Organ Paru-Paru

Paru-paru adalah organ sistem pernapasan di dalam tubuh. Organ pernafasan penting bagi memelihara kesihatan seluruh tubuh. Amnya, paru-paru mempunyai 2 fungsi: melibatkan pernafasan, dan tidak melibatkan pernafasan.‎

Fungsi Pernafasan

Paru-paru menyerap oxygen dari udara ke dalam tubuh melalui hirup/tarik ‎nafas. Di dalam tubuh, oxygen di tukar dengan karbon dioksida dalam darah yang dikeluarkan dari tubuh melalui hela nafas, melintasi saluran-saluran pernafasan. ‎

Pertukaran oxygen dengan karbon dioksida berlaku di dalam gerombolan bebola/bebelon sangat kecil ‎disebut “alveoli.” Oxygen memasuki melalui rongga hidung dan mulut, melintasi saluran ‎hidung "nasopharynx", saluran mulut "oropharynx", ke saluran tekak "larynx" dan kerongkong ‎‎"trachea', terus menuju ke beberapa saluran udara kecil "bronchi)" dan saluran udara paling kecil "bronchioles", ‎sehingga akhirnya sampai ke gerombolan bebola "alveoli." Disitulah berlaku proses pertukaran oxygen dengan ‎karbon dioksida dari darah. ‎

Penghirupan dan helaan udara di pacu oleh tindak-tanduk otot yang berupa lapisan tisu tipis seperti gegendang disebut “diaphragm”, terletak di bahagian bawah organ paru-paru. Apabila diaphragm di kuncup melalui tarik nafas, udara ‎akan meluru masuk melintasi saluran-saluran pernafasan ke dalam paru-paru. Dan apabila diaphragm dikembangkan melalui helaan nafas, udara ‎akan bergegas keluar melintasi saluran-saluran pernafasan.

‎‎1‎ ‎ ‎

Halitosis (Mulut/Nafas Berbau)

Apakah Halitosis   ? 

Halitosis ialah istilah sains kepada mulut atau nafas berbau. Sering berlaku pada orang dewasa, kadangkala menjadi penghalang kepada keakraban dalam pergaulan.

Apakah Penyebab Halitosis   ? 

   Mulut Berbau. Beberapa faktor yang menjadi penyebab kepada mulut berbau.

Bakteria. Sebab utama ialah peranan bakteria yang mengeluarkan gas sewaktu memecah protein ‎makanan dalam rongga mulut. Bakteria mudah membiak, mudah berkumpul dan terperap di celah-celah gigi, dalam gusi bermasalah membengkak atau bernanah, dalam lubang-lubang gigi yang rosak, pada lidah atau jangkitan pada tekak atau kerongkong.

Resdung. Resdung terjadi akibat dari jangkitan kuman kepada selaput yang mengeluarkan lendir; terutama selaput di bahagian saluran pernafasan, telinga atau gigi yang menghubungkan dengan rongga mulut. Jangkitan kuman menyebabkan keradangan pada selaput saluran. Selaput akan mengeluarkan lendir atau kahak pekat bersama dengan sel-sel darah putih pembunuh kuman. Kesannya mulut turut berbau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...