‎‎0‎ ‎ ‎

Thursday, August 29, 2013

Kunyit Herba Kesihatan

Herba Kunyit

Kunyit Mentah Adalah Yang Terbaik 
Kunyit tidak mahal, keenakannya sederhana, tetapi sangat bermanfaat kepada setiap sistem dalaman ‎tubuh.‎
Pastikan herba eksotik ini sentiasa digunakan dalam resepi anda   ! ‎
Semua orang kenal kunyit. Sejenis rempah, tergolong dalam keluarga herba ber-rhizom atau ‎Zingiberaseae, dari genus Curcuma. Nama sains: Curcuma longa. ‎

Herba kunyit lebih merujuk kepada rumpunan rhizomnya, bersama akar rhizom-rhizom yang merebak di ‎dalam tanah. ‎‎

Kulit pada rhizom kunyit berwarna coklat pekat. Isi didalamnya berwarna oren pekat. Daun, tunas-‎tunas rhizom kunyit mengeluarkan keharuman yang unik. Rasanya agak pedas ‎seakan-akan lada bercampur halia dan sedikit pahit. Apabila di tuai, rhizom kunyit ‎selalunya di masak, di kering, dan di buat serbuk. Serbuk kunyit berwarna kuning, oren, atau coklat pekat ‎mengikut spesis yang sedikit berbeda menurut tempat atau kawasan ia tumbuh. ‎

Manfaat Kesihatan Dari Kunyit

Manfaat kesihatan kunyit adalah daripada Curcumin, bahan aktif yang terkandung didalamnya. Curcumin adalah sejenis zat kimia poly-phenolik alami. Ia merupakan pigmen yang menguasai ‎kandungan isi kunyit sehingga memberikan warna oren pekat.

Terdapat banyak kajian tentang potensi Curcumin menyumbang kepada kesihatan tubuh.Yang jelas, Curcumin berciri:
Anti-Oksidan
Anti-Keradangan
Anti-Kuman; virus, bakteria, dan kulat
Anti-Kanser ‎

Kajian kini giat dijalankan. Sejauh mana ‎keberkesanan Curcumin belum sepenuhnya difahami. Namun kebanyakan kajian-kajian ‎sains tidak menafikan bahawa herba ini adalah penawar yang mujarab bagi merawat berbagai jenis ‎penyakit.

1     Anti-Oksidan

Kunyit, dalam bentuk serbuk atau mentah, mengandungi nutrien-phyto Curcumin yang hebat. Kajian klinikal menunjukkan bahawa nilai ORAC atau kekuatan anti-oksidan bagi setiap 100 gm kunyit, adalah antara yang ‎paling tinggi di kalangan herba rempah.

‎Kajian dari University of Maryland’s Medical Center mendapati Curcumin bersifat anti-oksidan, ‎sangat berkesan menyirna dan membasmi radikal bebas yang sentiasa menimbulkan berbagai ‎masalah kesihatan kepada tubuh seperti keradangan, arthritis, Alzheimer dan kanser. ‎Curcumin, sebagai anti-oksidan, boleh menghalang beberapa masalah kesihatan ‎yang kronik yang disebabkan oleh radikal bebas.  ‎

2     Anti-Keradangan

‎Curcumin memiliki nilai anti-keradangan yang sangat berkesan setanding dengan ubat kimia anti-‎keradangan, akan tetapi Curcumin tidak menimbulkan kesan negatif kepada tubuh. Menurut Dr. ‎Randy J. Horwitz, Pengarah Perubatan Arizona Center for Integrative Medicine, Curcumin dari kunyit adalah ‎bahan anti-keradangan alami yang paling berkesan yang terdapat pada hari ini. ‎

Nilai-nilai anti-oksidan dan anti-keradangan yang terdapat pada kunyit menjadikan ia sesuai sebagai bahan rawatan ‎semulajadi bagi membantu menghalang atau melambatkan perkembangan penyakit arthritis dan ‎rheumatoid arthritis. Curcumin bertindak mengurangkan enzim COX-2 di dalam tubuh. Dengan ‎mengurangkan enzim ini, Curcumin melegakan sengal sendi, kesakitan, dan bengkak pada arthritis. Bagi mereka yang mengalami gejala rheumatoid arthritis, Cucumin ‎didapati boleh mengurangkan gejala-gejala tersebut. ‎

Meskipun belum dipastikan oleh kajian sains, namun petunjuk mendapati kunyit dapat menghalang ‎penghasilan protein IL-2 yang boleh memusnahkan lapisan pelindung kepada saraf. ‎

Nilai-nilai anti-keradangan yang terdapat pada kunyit bukan sahaja membantu tubuh melawan ‎penyakit-penyakit yang mengancam nyawa, tetapi juga memperteguh sistem ‎kekebalan tubuh. ‎

3     Anti-Virus, Anti-Bakteria, Anti-Kulat

Curcumin juga mempunyai nilai anti-kuman (virus, bakteria, dan kulat). Nilai-nilai ini bermanfaat menyembuh luka dan sebarang ‎kecederaan, dan mencegah jangkitan pada luka atau lecur. ‎

Curcumin mempercepat kesembuhan pada luka, dan membantu mengembalikan tona kulit yang ‎rosak. Juga membantu merawat psoriasis dan masalah radang kulit yang lain. ‎

*(Paling mudah, kunyit di campur dengan minyak kelapa yang di masak, bila sejuk di sapu pada ‎tempat luka. Minyak boleh di simpan untuk kegunaan masa hadapan). ‎

4     Anti-Kanser

Banyak kajian dijalankan tentang kemampuan Curcumin menghalang kanser. Namun begitu, para ‎saintis belum menemui bukti-bukti yang jelas bahawa Curcumin boleh menyembuh kanser ‎sepenuhnya.

Sejauh yang diketahui, Curcumin membantu menghalang beberapa jenis kanser termasuk prostat, kulit dan usus kolon dengan cara menyirna beberapa jenis bahan kimia dan enzim yang menyebabkan kanser. 

‎Curcumin juga didapati boleh mencegah pembiakan sel-sel kanser. Curcumin meransang sel-sel kanser ‎untuk lerai-sendiri. Dengan demikian, sel-sel kanser tidak dapat membiak. Dalam keadaan yang ‎normal, tubuh akan cuba meng-nyah sel-sel yang tidak normal termasuk sel-sel kanser melalui proses ‎yang disebut “apoptosis”. Dalam banyak keadaan, sel-sel kanser akan cuba menghalang proses ‎apoptosis. Namun, Curcumin dapat menguasai sel-sel kanser dan menyebabkan sel-sel kanser lerai-sendiri. ‎

Curcumin juga membantut perkembangan saluran-saluran darah dari membentuk menjadi tumor. ‎

Curcumin juga boleh menghalang kanser payudara dari merebak ke hati, dan menghalang tumor ‎dari merebak ke serata bahagian tubuh.

Kunyit apabila dicampurkan dengan cauliflower, dapat menghalang kanser prostat dan ‎menghentikan perkembangan kanser prostat yang sedang dialami. ‎

5     Lain-Lain Manfaat

Kunyit dan Penyakit Alzheimer: Beberapa kajian menunjukkan bahawa kunyit ‎membantu menghalang atau sekurang-kurangnya melambatkan timbul Penyakit Alzheimer. Antara punca penyakit Alzheimer ialah tompokan protein "amyloid" yang terjadi di dalam ‎otak. Curcumin didapati berkesan menghalang, mengurang dan menghakis tompokan plaque ‎protein amyloid tersebut. ‎

Kunyit dan Saluran Darah dan Jantung (Cardiovascular Disease)‎: Tahap LDL (kolesterol mudharat) yang tinggi di dalam darah adalah punca utama pada kebanyakan ‎penyakit yang berkaitan dengan saluran darah dan jantung (cardiovascular disease). Apabila ‎kolesterol beroksidasi, ia akan menompok di dinding-dinding sel. Melalui tindak-balas dengan organ ‎hati, Curcumin dapat merendahkan tahap LDL, dengan demikian membantu menghalang penyakit-‎penyakit berkaitan aliran darah dan jantung.

‎Vitamin B6 di dalam kunyit membantu mengawal tahap homo-cysteine di dalam darah. Homo-‎cysteine ialah sejenis asid amino yang bukan dari golongan protein yang merosakkan sel-sel.‎

Kunyit dan Kencing Manis: Kunyit, bersama dengan rempah-rempah lain, membantu mengurangi kadar insulin yang perlu dihasilkan ‎oleh pancreas bagi menanggani masalah kemasukan gula ke dalam tubuh. Dengan demikian, pacuan insulin yang ‎mendadak dapat dielakkan bagi pesakit Kencing Manis.‎

Kunyit dan Organ Hati: Kunyit boleh meransang fungsi organ hati untuk meningkatkan lagi penghasilan sejenis enzim yang boleh ‎ meng-nyah toksin di dalam tubuh. ‎

Data Nutrien Kunyit

Curcumin, bahan kimia alami poly-phenolik, adalah pigmen yang menguasai isi kunyit sehingga berwarna oren pekat. Curcumin bersifat oksidan, anti-keradangan, anti-septik (virus, bakteria dan kulat), dan anti-‎kanser.‎

Kunyit tidak mengandungi kolesterol. Ia kaya dengan unsur anti-oksidan dan serat ‎makanan, unsur yang membantu mengawal tahap LDL (kolesterol mudarat) dalam darah. ‎

Ia juga kaya dengan vitamin-vitamin penting seperti pyridoxine (B6), niacin (B3), ‎folates (B9), riboflavin (B2), A, C, E dan K. ‎Setiap 100 gm herba ini membekalkan 1.80 mg atau 138% dari jumlah saranan harian B6 dan B3 ‎yang diperlukan oleh tubuh.

‎Kunyit mentah dan segar mengandungi banyak vitamin C. Setiap 100 gm membekalkan 23.9 mg ‎vitamin C. Vitamin C adalah anti-oksidan yang sangat berkesan membasmi radikal bebas, dan ‎membantu mengutuhkan sistem kekebalan tubuh. ‎

Rempah ini mengandungi minyak essential/pati seperti termerone, curlone, curumene, cineole, dan ‎p-cymene. Bahan-bahan ini digunakan oleh industri kosmetik.

‎Kunyit mengandungi banyak zat-zat gizi seperti kalsium, besi, potassium, manganese, tembaga, ‎zinc, dan magnesium. Potassium adalah komponen terpenting pada sel-sel dan cecair tubuh, yang ‎mengawal denyut jantung dan tekanan darah. Manganese digunakan oleh tubuh sebagai faktor ‎gandingan untuk menghasil enzim anti-oksidan superoxide dismutase. Besi penting sebagai ‎faktor gandingan untuk enzim cytochrome oxidase di peringkat metabolisma sel-sel dan diperlukan ‎untuk penghasilan sel darah merah.‎

Kesan Sampingan

Kunyit tidak digalakkan di makan oleh penderita batu karang hempedu. ‎

Kunyit adalah rempah yang sederhana pedas; boleh menyebabkan rasa nyeri atau panas di dada ‎‎(heartburn) dan meningkatkan suhu tubuh. Kunyit perlu di makan bersama dengan makanan yang ‎lain. Pening, loya dan kejang perut boleh berlaku jika kunyit di makan tanpa diiringi makanan yang ‎lain. Sekiranya masih berlaku kesan sampingan ini maka pengambilan kunyit perlu dikurangkan ‎atau dijarangkan. ‎

Kunyit boleh menyebabkan tindak-balas allergi dan gatal-gatal kulit pada setengah individu. ‎Sekiranya di makan dan masih mengalami gatal-gatal pada kulit, maka mungkin petanda kunyit tidak seraksi. ‎

Dos Kunyit ‎

Banyak manfaat kesihatan daripada kunyit. Tidak hairanlah ia digunakan sejak berabad ‎lamanya. ‎Bagi tujuan memperolehi manfaat kesihatan daripada kunyit, dos saranan dari pengkaji University of ‎Maryland Medical Center adalah antara 1.5 - 3 gram sehari bagi orang dewasa ‎bersaiz sederhana. ‎

Kunyit boleh di makan dalam bentuk mentah (kunyit muda sebagai ulam/lalap), serbuk atau pun ‎supplemen pil. Dalam bentuk pil atau kapsul selalunya 250-500mg / kapsul.‎
Ulam/lalap kunyit muda yang mentah segar enak juga di makan !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...