‎‎1‎ ‎ ‎

Saturday, August 3, 2013

Say "NO" to Sukros@Gula Pasir !

Gula Pasir @ Sukros

GULA PASIR @ SUKROS:   IBU KEPADA BERBAGAI PENYAKIT!!! ‎
‎PEMANIS TERSEMBUNYI YANG MENGANCAM NYAWA MANUSIA!!!‎

Semua orang terpaut dengan gula. Setiap hari warga dunia mengambilnya sebagai bahan permakanan yang di tambah dalam minuman atau di adun dalam ‎makanan. Kopi, nescafe dan teh pasti bernikmat dengan adanya gula. Minuman ringan dan jus, gula menjadi bahan utama. Kebanyakan produk-produk makanan menjadikan gula sebagai bahan pemanis pelazat rasa. ‎Gula merupakan bahan makanan utama ‎pada manusia! ‎

Perlu diteliti apa sebenarnya gula, apa zat-zat yang terkandung didalamnya, dan apa masaalah-‎masaalah yang disebabkan olehnya?‎

Apakah Gula Pasir @ Sukros   ?‎

Gula pasir atau sukros adalah kristal putih sebagai pemanis; berbentuk serbuk halus, kasar ‎atau sederhana kasar (granulated sugar), gula kastor, gula icing atau confectioner's sugar. Ada yang berbentuk kristal besar gula batu, persegi ‎seperti gula dadu (cube sugar) atau cairan pekat seperti molasses, gula jelly (jelly mallow) dan ‎sirup seperti corn syrup. Ada yang berwarna coklat dan kekuningan. Semua ini dan ‎berbagai lagi adalah gula yang di tambah sebagai bahan pemanis untuk sajian makanan kepada ‎tubuh manusia. ‎

Gula pasir dihasilkan dari pemprosesan (refining) bahan asas seperti tebu, ubi bit dan jagung. ‎Bahan terakhir yang terhasil ialah sukros. SUKROS adalah nama teknikal kepada gula pasir. ‎

Proses pembuatan gula pasir @ sukros ini melibatkan bahan-bahan kimia. Gula yang di perah ‎mentah dari jagung, ubi bit, atau tebu mulanya berwarna kuning kecoklatan.
  • Untuk memutihkannya, sulfur ‎dioxida di tambah. 
  • Untuk menjernihkannya pula, asid phosphorik dan kalsium hydroxida ‎di adun untuk menjadikan kalsium phosphat. Atau, ‎mengadunkan karbon dioxida and kalsium hydroxida untuk menjadikan kalsium ‎karbonat
Proses demi proses penapisan dilakukan untuk ‎menghilangkan apa jua sisa pada cairan gula tersebut, sehingga yang tinggal hanya cairan ‎gula sukros yang jernih, bening, suci dan bersih. ‎Produk sampingan sewaktu pemprosesan ini berupa cairan gula pekat, berwarna kehitaman, ‎yang dikenali sebagai "molasses".‎ Kemudian diikuti dengan proses pengeringan dan pembongkahan. Seterusnya, bongkah sukros diperhalusi menjadi gula pasir, menurut kehalusan yang dikehendaki. ‎Hasilnya: serbuk halus, kasar ‎atau sederhana kasar (granulated sugar), kristal besar, persegi, jelly, syrup dsbnya.

Proses yang hampir sama dilakukan pada jagung bagi menghasilkan Corn Syrup. Fruktos semulajadi dari jagung di perah menjadi ‎glukos. Kemudian di campur dengan bahan-bahan kimia, menukar glukos kembali kepada ‎fruktos tiruan, di sebut HFCS (High Fructose Corn Syrup). HFCS ini mendapat sambutan ‎sehingga digunakan oleh coke dan pepsi. Harini, banyak makanan dan minuman ‎ringan di dalam tin menggunakan HFSC sebagai pemanis asas.

Terdapat sejenis lagi gula pasir yang benar-benar tiruan, hasil pemprosesan kimia iaitu Aspartame. Aspartame ialah nama ‎teknikal kepada jenama-jenama terkenal seperti Acesulfame Potassium (Sunett, Sweet One); ‎Aspartame (Equal, NutraSweet); Neotame, Saccharin (SugarTwin, Sweet'N Low) dan Sucralose ‎‎(Splenda).

Aspartame diperbuat dari asid amino melalui proses pemerapan dan peragian bakteria. Beberapa jenis asid amino yang dikeluarkan oleh bakteria lalu diubahsuai untuk ‎mendapatkan gula aspartame. Pemprosesannya juga melibatkan beberapa jenis bahan kimia ‎dan methanol. Pemanis tiruan Aspartame bertujuan sebagai gantian kepada sukros. Ia amat manis, lebih manis ‎dari sukros. ‎


Artikel ini merujuk kepada gula pasir @ sukros yang di peroses dari tebu, ubi ‎bit, jagung, HFCS dan juga gula tiruan aspartame. Gula melaka, gula merah (gula jawa) yang di perbuat daripada air nira kelapa atau pohon palma ‎tertentu, yang mana pembuatannya tidak melalui proses seperti gula sukros atau tiruan, tidak tergolong ‎dalam artikel ini. ‎

Beza Antara Gula Alami dan Sukros/Aspartame  

Karbohaidrat Ringkas dan Kompleks. Secara amnya, setiap bahan makanan semulajadi/alami, masing-masing ‎mengandungi karbohaidrat, lemak dan protein dalam kadar yang berbeza. ‎Karbohaidrat adalah gula semulajadi, berjenis ringkas dan kompleks. ‎

Karbohaidrat ringkas terdiri dari beberapa jenis; seperti glukos, fruktos, galaktos, laktos, maltos ‎dll. Mempunyai samada 1 molekeul (monosaccharida) atau 2 molekeul ‎‎(disaccharida). Mampu lansung di serap oleh usus ke saluran darah menuju ke setiap sel-sel tubuh. Banyak terdapat dari makanan alami seperti buah-buahan dan ‎susu. Sel-sel tubuh menggunakan gula alami sebagai tenaga.
  • Glukos adalah gula yang paling ringkas, di sebut “gula darah” atau juga “dektros.” ‎Glukos adalah pemecahan gula yang terakhir, samada dari makanan alami atau gula tiruan. Glukos alami sedia ‎di serap oleh usus, dan terus masuk ke saluran darah. Gula glukos adalah tenaga kehidupan untuk tubuh, yang menghidupkan otak, sistem saraf dan ‎tissu. Tubuh tidak dapat berfungsi tanpa glukos. Memelihara kesaimbangan glukos di dalam darah adalah ‎tugas utama kepada tubuh.‎ ‎
  • Fructos juga gula ringkas, gula utama di dalam buah-buahan. Fruktos memiliki formula yang ‎sama seperti glukos (C6H12O6), cuma atomnya tersusun sedikit berbeda dari glukos. Apabila ‎buah-buahan di makan, organ hati akan menukar fruktos kepada glukos. ‎
  • Galaktos juga gula ringkas dari susu dan juga bijiran. Seperti fruktos, memiliki formula yang ‎sama seperti glukos cuma atomnya teratur berbeda. Organ hati menukar galaktos kepada ‎glukos. ‎
  • Laktos adalah jenis gula dari susu. Terjadi dari gabungan satu (1) molekeul glukos dan satu (1) ‎molekeul galaktos. ‎
  • Maltos adalah gula pada bijiran, terjadi dari dua (2) monosaccharida glukos ‎yang digabungkan (disaccharida). Mudah dipecahkan oleh enzim dalam usus. ‎
Karbohaidrat kompleks atau kanji pula adalah polysaccharida, ertinya mempunyai rangkaian melebihi 2 ‎molekeul karbohaidrat Apabila panjang dan berserat di sebut sellulos. Apabila karbohaidrat kompleks di makan, ia ‎akan bertukar menjadi gula ringkas untuk mampu lansung di serap oleh usus. Sellulos pula, apabila di makan akan ‎di cerna dahulu oleh usus, kemudian di tukar menjadi gula ringkas. Sellulos adalah bahan ‎berserat dalam makanan yang membuat seseorang itu merasa kenyang. Sistem penghadaman ‎tubuh memecahkan karbohaidrat kompleks ini sehingga menjadi molekeul glukos ‎yang ringkas supaya dapat di serap dengan mudah ke dalam saluran darah. Karbohaidrat kompleks dan sellulos banyak ‎terdapat di dalam ubi-ubian seperti kentang, keledek dan bijiran seperti beras, gandum, oat dan ‎lain-lain.‎

Justru, beza penghadaman antara karbohaidrat kompleks dengan karbohaidrat ringkas ialah; ‎korbohaidrat kompleks perlu dipecahkan menjadi monosaccharida (gula ringkas) di dalam usus ‎sebelum lansung di serap ke dalam saluran darah, dan pemecahan ini mengambil sedikit masa ‎dibandingkan dengan karbohaidrat ringkas; karbohaidrat ringkas lansung ‎di serap oleh usus dan sel-sel tubuh. ‎

Sukros dan Aspartame. Kesemua jenis-jenis karbohaidrat ringkas dan kompleks alami sangat berbeza dengan gula pasir @ sukros, dan juga gula tiruan aspartame.‎ Sukros adalah gula tiruan. Di adun sebagai gula ‎ringkas, dari gabungan satu (1) molekeul glukos dan satu (1) molekeul fruktos. ‎Sukros, meskipun di anggap sebagai karbohaidrat ringkas berjenis ‎disaccharida, namun ia masih berbeza dari gula ringkas alami.

Sebenarnya, sukros ini ‎hanya semata-mata bahan pemanis. Ia kosong, tidak lansung mengandungi zat-zat makanan sampingan ‎seperti vitamin-vitamin, zat-zat galian, lemak, protein dan enzim yang terkandung sepertimana ‎bahan asalnya. Semuanya sudah musnah sewaktu proses perhalusan (refining). Yang tinggal ‎semata-mata pemanis yang dinamakan sukros. Gula sukros asing pada alam semulajadi. ‎Ia terhasil dari ciptaan manusia.‎

Masaalah terbesar yang ditimbulkan oleh sukros - ia sulit di serap oleh usus atau sel-sel ‎tubuh untuk dijadikan tenaga. Untuk membolehkan ia digunakan oleh sel-sel tubuh sebagai ‎tenaga, sukros memerlukan bantuan dan kerahan nutrien seperti enzim, vitamin, zat galian/gizi dan insulin yang tersimpan ‎di dalam tubuh. Lama kelamaan simpanan nutrien yang berada ‎di dalam tubuh menjadi berkurangan. Kekurangan ini yang mengundang banyak masaalah kesihatan ‎pada organ-organ di dalam tubuh. Sukros adalah penyebab atau pelahap utama yang menyebabkan kekurangan nutrien di dalam tubuh ! ‎ ‎

Sebenarnya, tubuh manusia menerima sukros sebagai bahan asing, seperti ubat atau ‎dadah.‎ Tubuh manusia tidak lansung memerlukannya. Tubuh memerlukan ‎gula alami.‎

Kesan Sukros/Aspartame Pada pH Darah

Tubuh normal mengandungi lebih kurang 5 liter darah. Tubuh ‎yang sihat perlu sentiasa terpelihara pH darah di antara 7.3 – 7.45, bersamaan hanya 2 sudu-teh sukros. ‎

Apabila tubuh menerima kemasukan sukros atau aspartame melebihi 2 sudu-teh, tindakbalas bio-kimia di dalam tubuh segera dikerahkan bagi menstabilkan paras pH darah. ‎Hanya 1 tin minuman ringan yang di minum, tubuh akan menerima kemasukan bersamaan 10 ‎sudu-teh gula. Ini memaksa tubuh menerima 5 kali ganda lebihan gula dari yang diperlukan. ‎Paras gula di dalam darah akan meningkat sertamerta. Darah akan jadi lebih berasid. pH darah ‎pula akan menurun sertamerta. ‎Semua zat-zat makanan yang tersimpan di dalam tubuh akan dikerahkan bagi tujuan menstabilkan pH darah.

Dan bagaimana pula suasana di dalam tubuh apabila tubuh menerima melebihi 1 tin bagi setiap 4-5 jam? Di tambah pula dengan gula yang ‎di makan melalui desserts (juadah pencuci mulut), ais krem, jem, minuman jus, gula-gula, ‎daging yang di proses, makanan kanak-kanak dan banyak lagi yang beredar di pasaran mall, ‎supermarket dan kedai-kedai. Tidakkah ini melebihi 2 sudu-teh gula yang memasuki tubuh   ? ‎

Sering terlihat di kaca TV, minuman-minuman ringan dengan pelbagai jenama bermacam-‎macam perisa yang di teguk. Kononnya minuman pemberi tenaga. Apa sebenarnya yang ‎di teguk? Yang berguna untuk tubuh - hanya air! Di segi ancaman pada seluruh sistem ‎metabolisma tubuh – terlalu banyak padahnya yang didatangkan oleh gula yang terdapat ‎di dalam minuman atau makanan tersebut!!! ‎


Padah Sukros/Aspartame Kepada Tubuh

1      Mengancam Sistem Pancreas dan Kelenjir Ginjal ‎

Tubuh manusia mempunyai pelbagai cara untuk memelihara kandungan glukos agar pH darah ‎sentiasa di antara 7.3 – 7.45. ‎Pancreas dan Kelenjir Ginjal sentiasa bekerjasama mengendali kadar kandungan gula di dalam ‎darah pada setiap masa. ‎

Apabila darah mengalir, pancreas akan mengenal-pasti kadar gula di dalam ‎darah. Sekiranya kandungan gula tinggi, pancreas akan segera mengeluarkan insulin untuk menurunkan kadarnya. Insulin bertindak dengan 2 cara; samada menyimpan glukos di dalam sel hati atau menukar ‎glukos dalam bentuk asid berlemak “glycogen.” Kelenjer ginjal pula bertindak sebaliknya; ‎apabila gula dalam darah terlalu rendah, kelenjir ginjal akan menghantar hormon kortisol ke sel-‎sel hati bagi mendapatkan simpanan glukos untuk disalurkan ke saluran darah.

Sistem tubuh ‎yang sempurna dari Maha Pencipta mampu memelihara kesaimbangan gula didalam darah. ‎Keadaan ini berlaku apabila gula yang di ambil oleh tubuh adalah dari sumber makanan ‎semulajadi. ‎Namun apa pula yang terjadi apabila gula buatan manusia terpaksa di terima oleh tubuh ‎tanpa henti-henti setiap hari? ‎

Sukros atau aspartame yang berlebihan masuk ke dalam tubuh (melebihi 2 sudu-teh) sememangnya menimbulkan krisis kepada tubuh. ‎Seperti yang diketahui, gula sukros kosong, lansung ‎tidak mengandungi nutrien sampingan. Untuk tubuh menyerap sukros agar dapat diguna sebagai tenaga, tubuh terpaksa ‎menggunakan nutrien yang tersimpan di dalam tubuh agar dapat berganding dengan sukros untuk dapat di serap. Sukros berlebihan pasti menyebabkan pancreas dan kelenjir ginjal terpaksa bertindak ‎mengeluarkan insulin yang banyak. Apabila keadaan begini berlaku setiap hari, lama kelamaan simpanan nutrien dan juga insulin di dalam tubuh semakin berkurangan atau pupus. ‎Pancreas dan kelenjir ginjal terpaksa bekerja hampir setiap ‎masa untuk memperbaiki dan mempertahankan tubuh dari ancaman sukros atau aspartame. Organ-organ ‎di dalam tubuh akan semakin menderita. Masaalah kesihatan pasti akan timbul !

Perkara sebegini tidak pernah berlaku apabila memakan karbohaidrat ringkas atau kompleks ‎dari makanan alami. Tubuh dapat menyerap, umpamanya fruktos dari buah-buahan, ‎dalam kadar yang manasabah, tanpa sebarang tekanan, tanpa terpaksa menggunakan ‎simpanan vitamin, zat-zat galian atau enzim yang terkandung di dalam tubuh. Fruktos ‎semulajadi tidak menyebabkan peningkatan paras gula di dalam darah, tidak menyebabkan pH darah turun secara mendadak. Gula alami adalah sempurna, bergandingan dengan vitamin, zat galian, enzim dll. ‎

Penyakit Kencing Manis. Punca utama penyakit ini, tidak lain, ialah sukros. Glukos alami tidak menyebabkan penyakit kencing manis. ‎

Sel-sel dan tisu-tisu tubuh sentiasa bergantung kepada nutrien. Sukros pula mencuri dan ‎menyusutkan znutrien simpanan di dalam tubuh. Salah satu zat gizi yang penting di susut oleh sukros dari tubuh ialah kromium. Kromium adalah zat galian yang penting bagi membantu tindakan ‎insulin. Kromium semakin menyusut di dalam tubuh kerana sering digunakan untuk ‎menerima sukros. Atas sebab ini, kebanyakan orang yang di “diagnose” sebagai ‎berpenyakit kencing manis mungkin sebenarnya hanya kerana masaalah kekurangan kromium. Meskipun insulin masih ada, tubuh tidak mampu bertindak menstabilkan kadar gula dalam darah tanpa gandingan ‎kromium. ‎

Tahun demi tahun sukros memasuki tubuh sebagai makanan atau minuman, lama kelamaan pancreas ‎menjadi lemah. Bila tubuh masih muda, pancreas masih utuh, mampu bekerja ‎keras setiap hari menghasilkan insulin untuk menanggani kemasukan sukros setiap hari. Apabila usia semakin meningkat, di suatu ketika pancreas tidak mampu lagi menghasilkan  ‎insulin yang mencukupi untuk mengimbangi kemasukan gula yang tidak pernah berhenti setiap ‎hari. Akhirnya, pancreas keletihan dan lemah. Paras gula di dalam darah jadi semakin meningkat. ‎Kelenjir ginjal pula cuba untuk mengeluarkan insulin, menyebabkan tanda-tanda air kencing ‎menjadi manis. Itulah kencing manis (“diabetes”): paras glukos yang sentiasa meningkat tinggi ‎di dalam darah. ‎

Pesakit kencing manis akhirnya terpaksa di beri ubat-ubatan atau di suntik insulin setiap hari ‎kerana pancreas sudah tenat tidak mampu lagi menghasilkan insulin mencukupi yang diperlukan oleh tubuh. Justru, apabila di diagnos sebagai pesakit kencing manis, umpama ‎‎“death sentence,” tiada harapan untuk pulih seperti sediakala, hidup terpaksa ‎bergantung pada ubat-ubatan atau insulin sepanjang hayat. Inilah kepercayaan ‎dari kebanyakan pesakit kencing manis   !

Belum pernah ada seorang pun pesakit kencing manis yang mengambil ubat-ubatan atau ‎insulin kembali pulih menjalani hidup seperti sebelumnya. Pernahkah doctor ‎manasihati pesakit kencing manis agar berhenti terus dari mengambil sukros, aspartame dan sebarang makanan yang berkaitan dengannya? Mungkin dinasihatkan sebaliknya - ‎"jangan berhenti mengambil gula, nanti tubuh menjadi lemah tiada tenaga dan boleh pengsan." ‎Sejauh manakah kebenaran nasihat ini?

2      Mengancam Ginjal (Buah Pinggang)

Fungsi utama ginjal, bertindak sebagai penapis, menyaring bahan-bahan kotoran, ‎ubat-ubatan dan kimia dalam darah dan mengeluarkannya bersama dengan air ‎kencing. Ginjal juga turut mengatur pH darah, kandungan asid, kepekatan ion zat ‎gizi dan kandungan air dalam darah.‎


Batu Karang Dalam Ginjal. Menurut beberapa kajian sains, terdapat bukti-bukti bahawa sukros merupakan salah satu ‎penyebab utama kepada penyakit batu karang di dalam ginjal. Pengambilan sukros yang berlebihan ‎menyebabkan banyak tambahan insulin yang perlu dihasilkan oleh pancreas. Ini menyebabkan ‎ginjal bertindakbalas mengeluarkan lebih banyak kalsium ke dalam air kencing. Oleh kerana ‎ginjal selalu mengeluarkan kalsium yang banyak, lama kelamaan kalsium mula bertompok ‎di dalam sistem saringan ginjal. Akhirnya, kalsium terbentuk seperti batu karang pada mana-‎mana saluran ginjal; samada dalam ginjal sendiri atau pun dalam saluran ‎air kencing. Dan ini akan menganggu fungsi ginjal kepada tubuh.‎

Sekiranya batu karang terus membesar dan tidak di rawat, boleh menyekat saluran air kencing. ‎Dan ini akan menyebabkan keperitan, pendarahan dan berbagai lagi masalah lain.

3     Mengancam Jantung

Kehadiran sukros yang berlebihan di dalam darah akan menyebabkan jantung terpaksa ‎bekerja lebih dari biasa. Lemak asid akan bertambah disebabkan kehadiran sukros dan turut mengalir di dalam saluran darah. Lemak asid ini tidak menyihatkan tubuh, sebaliknya ia menganggu ‎lemak asid dari makanan alami.

Penyakit Jantung dan Saluran Darah. Bahayanya ialah banyak lemak asid menjadi tompokan plaque, akan melekat pada dinding pembuluh darah. ‎Semakin banyak ‎lemak asid bertompok, dinding pembuluh darah akan menjadi semakin sempit, keras, dan akhirnya rosak. ‎


Kawasan dinding pembuluh darah yang rosak akan ‎mengundang lebih banyak lagi tompokan plaque. Keadaan ini akan menyebabkan aliran darah tersekat. Menyebabkan pengaliran darah ke jantung dan ke seluruh tubuh jadi ‎terhalang. Jantung tidak dapat menerima darah yang mencukupi. Tanda-tanda yang ‎menunjukkan pengaliran darah ke jantung terganggu ialah kesakitan di daerah dada. ‎Apabila aliran darah tersekat atau terganggu, tekanan darah akan meningkat, meningkatkan lagi ‎risiko serangan sakit jantung. ‎

Pesakit kencing manis menghadapi risiko yang berlebihan jika dibandingkan dengan orang ‎biasa.‎

4     Mengancam Paru-Paru ‎

Sukros yang berjaya di serap ke dalam saluran darah akan turut mengalir keseluruh tubuh. ‎Bertompok di mana saja termasuk “bronchioles” paru-paru.

Tindakbalas paru-paru ialah ‎mengeluarkan lendir. Lendir menyempitkan saluran pernafasan. Dan tubuh akan mengalami sesak ‎nafas. ‎

Pengambilan sukros yang berlebihan juga boleh membahayakan pesakit asma.‎


5    Mengancam Usus ‎Penghadaman

Tugas usus ialah mencerna dan menyerap zat makanan. Apabila usus tidak dapat mencerna ‎makanan dengan sempurna, makanan akan bertompok dan mereput di dalam usus. ‎Kebanyakan sukros tidak dapat di serap oleh usus. Ia akan terpinggir, terpendam dan ‎mereput di dalam usus. Kesannya seperti fermentasi di dalam usus, suasana usus jadi berasid. Bakteria ‎yang baik (sihat) akan dicemari dan semakin terhapus. Lapisan-lapisan flora di dalam usus semakin ‎musnah. ‎

Apabila usus berasid, enzim di dalam usus juga semakin musnah. Enzim adalah protein yang memecahkan molekeul-molekeul makanan. Apabila ‎enzim semakin musnah, maka usus tidak dapat berfungsi dengan baik untuk memecahkan ‎molekeul-molekeul dari makanan. Masalah kesihatan ‎akan timbul ! ‎

Ada juga sukros yang terlepas memasuki saluran darah. Sukros ini akan tersangkut pada mana-mana saja tempat atau ruang di dalam tubuh. ‎Keadaan ini akan menyebabkan sengal-‎sengal pada sendi tulang, otot, organ atau di mana saja sukros ‎tersangkut. Organ-organ tubuh di mana sukros terkumpul akan menimbulkan sindrom seperti radang ‎usus, radang jantung (heartburn), radang hati (hepatitis), gatal-gatal kulit, allergi dan kelesuan ‎tubuh. ‎Apabila keadaan berterusan, akibatnya akan mula terbentuk batu karang, umpamanya batu ‎karang di dalam pundi hempedu, hati dll. ‎

6    Mengancam Tulang

Osteoporosis. Sukros adalah salah satu penyebab utama kepada osteoporosis (rapuh tulang). Sukros sudah diketahui kosong nilainya, hanya bahan pemanis, terpaksa ‎mengerahkan gandingan nutrien simpanan di dalam ‎badan untuk ia dapat di serap. Keadaan begini memberi kesan buruk pada tulang dan gigi, ‎terutama apabila kalsium dari tulang dan gigi terpaksa diambil untuk digunakan bagi ‎membolehkan gula di serap.‎

Zat kalsium pula berkait rapat dengan phosphorous. Untuk membolehkan kalsium digunakan ‎oleh sel-sel tubuh, mesti hadir zat galian phosphorous yang mencukupi di dalam darah. Tanpa ‎nisbah yang mencukupi antara kalsium dan phosphorous, kalsium akan jadi janggal dan tidak seiring, sebaliknya boleh bertompok di dalam organ-organ tubuh dan menjadi batu karang. Oleh kerana ‎simpanan phosphorous di dalam tubuh juga turut digunakan demi untuk menyerap sukros, ‎lama kelamaan phosphorous juga kekurangan. ‎

Minuman ringan pula mengandungi asid phosphorous, yang mana hanya akan meningkatkan lagi ‎kekacauan pada kesaimbangan phosphorous di dalam tubuh. Tanpa nisbah kalsium-phosphorous yang ‎bersesuaian di dalam darah, tubuh akan meminjam kalsium dari tulang dan gigi. ‎

Kalsium juga adalah zat galian yang digunakan untuk menyirna asid di dalam sel tubuh. Apabila ‎kalsium tidak mencukupi untuk menyirna asid maka tubuh bertambah asid, sisa toksid tidak ‎dapat dinyahkan dengan sempurna. ‎

Pengambilan sukros berlebihan akan menyebabkan hormon kortisol dikeluarkan oleh kelenjir ‎ginjal. Pengeluaran kortisol yang berlebihan boleh menyebabkan tulang menjadi tipis dan ‎rapuh. ‎

Osteoporosis dan penyakit tulang yangberkaitan mampu dihindari dengan tidak mengambil sukros. 

7    Mengancam Gigi

Masaalah kesihatan akan merebak sekiranya pegambilan sukros berterusan. Apatah lagi ‎tanpa dihiraukan kadarnya.

Ketidak-saimbangan kalsium yang disebabkan oleh gula ‎menyebabkan gigi rosak, bahkan air liur yang berasid akan menyerang lapisan luar gigi ‎(enamel). ‎

Sukros merubah suasana dalam mulut menjadi berasid, bahkan di mana saja sukros ‎mengalir – di dalam perut, darah dan lain-lain tempat di dalam tubuh akan menjadi ‎berasid. ‎

Di dalam mulut, pH akan menurun sebaik sahaja sukros di minum. pH air liur akan menurun ke pH 4.5 untuk selama 20 minit atau lebih. Masaalah gigi ‎pun bermula, kerana diparas pH 5.5 gula di dalam air liur akan mula meresap pada lapisan luar ‎gigi (enamel). ‎

Gula alami tidak mudah merosakkan gigi. ‎Sukros yang di proses sudah kehilangan zat-zat galiannya, akan mengambil zat-zat galian dari gigi, ‎terutamanya kalsium yang sangat diperlukan untuk mengekal kesihatan gigi. ‎Cuba ambil gigi yang baru dicabut, rendam ia di dalam cecair sukros atau gula pasir, akan jelas kelihatan gigi ‎tersebut akan dipenuhi lubang-lubang beberapa hari kemudian!

8    Merosakkan Hati

Hati adalah organ yang terbesar di dalam tubuh. Fungsi utama hati ialah mengeluarkan cecair ‎hempedu dan membersihkan darah dari sebarang toksin. Di samping itu, hati menyimpan lemak ‎glycogen untuk kegunaan tenaga ketika nanti diperlukan oleh tubuh.‎

Apabila sukros memasuki tubuh melalui makanan atau minuman, pengeluaran insulin pun bermula. ‎Apabila darah dipekati gula‎, insulin dihasilkan untuk meransang hati membentuk ‎triglyceride (sejenis lemak). Sebahagian dari triglycerides diguna untuk ‎menhasilkan tenaga. Bakinya pula di hantar kepada sel-sel tubuh untuk kegunaan sebagai ‎tenaga di masa hadapan. Dengan demikian, hati mengurangkan kepekatan gula dalam darah ‎dan menambah simpanan glycogen di dalam hati. ‎

Apabila terlalu banyak triglyceride yang terbentuk, ini boleh menyebabkan penyakit hati kerana terlalu dipenuhi lemak. ‎Keadaan ini akan menyebabkan ketidak-saimbangan metabolisma lemak di dalam tubuh pada keseluruhannya, yang ‎mana akan menyebabkan komplikasi yang berkait rapat dengan kegemukan, gendut, masalah ‎jantung, kencing manis dan sebagainya. ‎Fungsi hati menyirna toksin dalam darah juga turut terganggu.‎

9    Meruntuh Kemantapan Otot-Otot

Gemuk, gendut dan buncit dimaksudkan disini ialah 35% melebihi berat normal. Sebab utama ‎ ialah pengambilan sukros yang berlebihan. Sukros yang berlebihan di dalam tubuh akan bertukar menjadi lemak asid, kemudian menjadi triglycerides‎, ‎kemudian di simpan di gedung lemak (“adipose tissue”). ‎

Setelah sekian lama bertindak mengimbangi kestabilan tubuh disebabkan kemasukan sukros yang berlebihan, ‎pancreas menjadi kian lemah, tidak mampu lagi ‎bersaing mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk mengendalikan gula. Tanpa insulin ‎yang mencukupi, tugas pancreas untuk mengendalikan kortisol akan terjejas (kortisol adalah hormon ‎yang dikeluarkan oleh kelenjir ginjal, dikeluarkan sebagai tindak balas kepada kadar gula yang ‎rendah di dalam darah).

Apabila kortisol tidak terdaya dikendalikan oleh insulin, ia jadi menggila, asid amino dari otot-otot tubuh pula akan di ambil sebagai gantian. Lama kelamaan ‎otot-otot tubuh menjadi kurang mampan, lembek “flabby”. ‎ ‎

Kebanyakan otot-otot tubuh penderita kencing manis, otot-otot tubuh ‎selalunya lembek “flabby” – bererti keruntuhan otot-otot.

10    Melemahkan Sistem Saraf

Sistem saraf terlibat dengan semua fungsi-fungsi tubuh. Sistem ini dalam bentuk jaringan yang menghubungi ‎tisu-tisu ‎saraf yang berada di merata tubuh termasuk kulit, organ-organ, mata, telinga dan lain-lain. Ia ‎umpama jalur-jalur wayar letrik yang disaluti oleh selaput myelin menjalar keseluruh tubuh. ‎

Myelin memastikan deria rasa dan cita dari otak disalur melalui tissu saraf keserata tissu tubuh. Sistem saraf membolehkan otak berhubung dengan organ-organ ‎tubuh untuk melaksanakan beberapa fungsi tubuh. ‎

Sukros yang hampa zat-zat makanan terpaksa mengambil sumber zat-zat simpanan ‎seperti vitamin, zat galian dan enzim yang berada di dalam tubuh. Sekiranya pengambilan gula ‎berterusan, akibatnya lebih banyak simpanan zat-zat makanan terpaksa dipergunakan untuk ‎mengendalikan ketidak-saimbangan dan untuk memulihkan keadaan tubuh kembali ketahap normal. ‎

Sekiranya tubuh sudah mengalami terlalu banyak kehilangan zat-zat makanan, maka tubuh ‎tidak berdaya lagi untuk pulih ketahap normal, tidak berdaya lagi untuk menghakis atau ‎menyirna bahan sisa toksin yang terbawa oleh gula. Tubuh jadi terlalu berasid. ‎

Bahan-bahan sisa ini akan berkumpul bertompok dan mengalir hingga ke otak dan sistem saraf, ‎yang mana akan menjejaskan sistem tersebut dan memungkinkan sel-sel tubuh jadi tercemar ‎dan terhapus. Darah akan dipenuhi dengan bahan-bahan sisa toksik. Tanda-tanda keracunan ‎toksin akan muncul. ‎

Apabila sistem saraf terganggu, kesan-kesan sampingan ialah – kekebasan pada mana-mana ‎anggota tubuh, penghadaman usus bermasaalah, selalu pening-pening, buang air kecil ‎tidak lawas, lemah tenaga batin, kelesuan dan tidak bersemangat, malas pergerakan atau ‎berolahraga, dan banyak lagi kesan-kesan negatif disegi fisikal dan psaikologi. ‎

11    Melemahkan Sistem Kekebalan Tubuh

Sukros boleh mengancam dan merosakkan ‎sistem kekebalan tubuh!

Banyak masaalah kesihatan timbul disebabkan oleh sukros. Organ-organ ‎penting di dalam tubuh seperti jantung, pancreas, hati, ginjal, usus, saraf, paru-paru, ‎tulang bahkan darah semuanya terancam dan menuju kepada kerosakan.‎ Sistem kekebalan tubuh semakin lemah dan terjejas, tidak berdaya-tahan dari serangan dan ‎jangkitan kuman virus, bakteria dan sebagainya.

Unsur terpenting dalam sistem kekebalan tubuh ialah sel darah putih. Tugasnya ialah mengedar ‎darah dan mengenal-pasti bahan-bahan asing yang membahayakan kesihatan tubuh. Apabila ‎sesuatu benda asing pada tubuh ditemui, sel-sel darah putih akan bertindak menyerang, ‎memusnah dan membawanya keluar dari tubuh. ‎Tugas sel-sel darah putih banyak terjejas dengan kehadiran sukros. ‎

Vitamin C sangat diperlukan oleh sel-sel darah putih. Sel-sel darah putih memerlukan dos Vitamin C yang tinggi untuk berfungsi dengan baik. Oleh ‎kerana proses penyerapan sukros banyak menggunakan vitamin-vitamin yang berada dalam tubuh, maka vitamin C turut digunakan. Sel-sel darah putih menjadi kelaparan kepada vitamin ‎C. Keadaan berlarutan membuatkan sel-sel darah putih menjadi lemah. Dengan demikian, ‎sistem kekebalan tubuh akan terjejas.

Sukros yang separuh cerna, yang berjaya memasuki saluran darah, menjadikan darah pekat. Situasi ini memperlambatkan pengaliran darah. Sel-sel darah putih tidak dapat ‎berligar dengan lancar keserata tubuh. Akibatnya, ia tidak dapat berfungsi secara berkesan terhadap sebarang bahan toksin yang mendatangkan ‎bahaya kepada tubuh. ‎

Sukros menghindar dari sistem kekebalan dengan melekat pada protein, dan menjadi ‎suatu bahan protein lain yg dinamakan “glycenated protein”. Ini membuat darah semakin bertoksin. ‎Sistem kekebalan akan sentiasa mencuba menyerang glycenated protein ini untuk disingkirkan ‎dari tubuh. Namun, apabila pengambilan sukros tidak pernah berhenti, malah bertubi-tubi setiap ‎hari memasuki tubuh, lama kelamaan sistem kekebalan tubuh menjadi lemah untuk ‎menyerang. ‎

Sistem kekebalan tubuh akhirnya menjadi lali dengan kehadiran sukros yang tidak pernah ‎pudar. Metabolism dalam tubuh tidak normal lagi. Sistem kekebalan ‎mengubahsuai kepada keadaan yang tidak normal ini. Lama kelamaan, sukros tidak lagi menjadi ‎musuh atau benda asing pada tubuh. Akibatnya, dayatahan tubuh sudah lali dan kurang sensitif ‎pada pencemaran yang memasuki ke dalam darah, lantas terpaksa menerimanya. Kesihatan ‎keseluruhan tubuh akan semakin merusut. Sehingga akhirnya tubuh menjadi luluh di mamah ‎kemanisan sukros !!!‎


1 comment:

  1. Salam ...alhamdulillah ...sangat bermanfaat informasi ni...terimakasih tuan ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...