Kacang Soya
Kacang Soya (Malaysia). Kedelai (Indonesia). Soybeans (Inggeris).
Kacang soya (dan makanan yang berasaskan kacang soya), terkenal sebagai makanan berkhasiat untuk kesihatan. Kaya protein, mengurangi kadar kolestrol, melindungi dari serangan kanser dan jantung, melambat kedatangan menopaus, menghindar osteoporosis (rapuh tulang) dll.
Apabla dikaji secara terperinci, kacang soya juga banyak kemudaratannya. Sudah banyak tertulis di dalam risalah-risalah kajian sains. Bahaya-bahayanya jarang sekali diketengahkan, tidak lansung terdengar amaran dari badan berwajib kepada masyarakat awam.
Bahaya Kacang Soya
Kacang soya (beserta beberapa makanan yang berasaskan kacang soya) mengandungi banyak anti-nutrien, iaitu toksin semulajadi/alami dari bahan makanan. Anti-nutrien merupakan musuh kepada zat-zat makanan untuk tubuh. Anti-nutrien di dalam kacang soya, antaranya:
1 Asid Phytik. Kacang soya mengandungi asid phytik yang sangat tinggi. Asid phytik bertindak seperti gam pelekat. Zat-zat gizi penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, tembaga, besi, dan zinc akan melekat pada asid phytik. Apabila terlekat, tidak dapat di serap oleh usus. Akibatnya, sel-sel tubuh tidak dapat menerima zat-zat gizi tersebut, tubuh akan kekurangan zat-zat gizi tersebut.
Makanan yang mempunyai paras asid phytik yang tinggi membahayakan kesihatan. Meskipun kacang soya di rendam, di cambah seperti tauge, atau di masak dengan api yang kecil dan lama, proses ini masih tidak mampu menyirna asid phytik di dalam kacang soya.
2 Trypsin dan Trypsin Inhibitor. Kacang soya juga mengandungi "trypsin inhibitor" yang sangat tinggi. “Trypsin” adalah enzim yang bertindak memecahkan protein yang di makan. Trypsin membantu sistem penghadaman. Manakala “trypsin inhibitor” adalah suatu bahan yang menyekat enzim trypsin dari bertindak memecahkan protein. Trypsin inhibitor juga berkuasa melemahkan tindakan trypsin. Sistem penghadaman di dalam usus jadi terhalang atau tidak lancar. Dengan adanya kandungan trypsin inhibitor yang tinggi di dalam kacang soya, protein dari makanan tidak sepenuhnya dapat dipecahkan oleh trypsin. Akibatnya, usus tidak dapat menyerap protein makanan yang mencukupi untuk keperluan tubuh.
Kekurangan protein pada tubuh akan membantut tumbesaran, terutama kepada kanak-kanak. Juga, menyebabkan bengak atau kanser pada pancreas. Apabila sistem pancreas terjejas, akan menimbulkan penyakit kencing manis.
3 Estrogen dan Phyto-estrogen. Estrogen banyak terkandung di dalam kacang soya. Estrogen adalah sejenis hormon yang khusus diperlukan oleh tubuh wanita untuk perkembangan sistem peranakan. Hormon estrogen ini juga terlibat dalam membentuk kesihatan pada tulang dan jantung wanita. Namun, kajian sains menunjukkan apabila tubuh wanita terdedah kepada estrogen secara berlebihan dalam jangkamasa lama, menjadi penyebab kepada kanser payudara.
“Phyto-estrogen” juga banyak terkandung di dalam kacang soya. Phyto-estrogen adalah gerombolan kimia yang cuba bertindak sebagai hormon estrogen. Tindakan phyto-estrogen ini mengganggu sistem “endocrine” yang mengendali kelenjir-kelenjir menghasilkan hormon ke dalam saluran darah, berfungsi memelihara perjalanan darah keseluruh organ-organ di dalam tubuh. Jika sistem endocrine terjejas, boleh menyebabkan kemandulan, juga menjadi salah satu penyebab kepada kanser payudara.
Phyto-estrogen juga boleh menyebabkan kanser “Hypothyroidism”. Kanser hypothyroidism adalah keadaan di mana kelenjer thyroid menjadi lemah. Apabila kelenjer thyroid lemah, akan gagal mengeluarkan hormon thyroid yang mencukupi untuk pengendalian metabolisma di dalam tubuh. Kekurangan hormon thyroid menyebab stress/tekanan perasaan, badan menjadi lemah lesu, tidak bersemangat dan tidak bertenaga. Hypothyroidism yang kronik pada bayi akan menyebabkan tumbesarannya terbantut. Justru, phytoestrogens disebut sebagai anti-thyroid.
4 Haemagglutinin. Kacang soya juga mengandungi “haemagglutinin”. Haemagglutinin adalah bahan yang menyebabkan sel-sel darah membeku dan bertompok. Jika keadaan ini berlarutan akan menyebabkan stroke atau serangan jantung.
5 Aluminium. Kacang soya mengandungi kadar aluminium yang tinggi. Kesannya tidak baik kepada sistem saraf tubuh, buah pinggang/ginjal, dikaitkan juga dengan perkembangan penyakit Alzheimer/nyanyuk atau penyakit “old-timer”.
6 Racun Lysinoalanine dan Carcinogenic Nitrosamines. Sewaktu memproses kacang soya, protein kacang soya terdedah pada suhu yang tinggi. Proses ini mengakibatkan penghasilan racun “lysinoalanine” dan “carcinogenic nitrosamines.” Racun lysinoalanine ini boleh mengganggu fungsi ginjal. Racun carcinogenic nitrosamines pula adalah penyebab kepada kanser saluran makanan (oesophagus), kanser usus dan kanser saluran pernafasan (nasopharynx).
7 Formula Susu Kacang Soya Untuk Bayi...
1) Kesan Negatif Pada Bayi. Umpama memberi 4-5 pil Perancang Keluarga/KB kepada bayi setiap hari...oh my God!!!
Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang di beri minum formula susu kacang soya mempunyai dos 13,000 - 22,000 kali ganda lebihan estrogen dari bayi-bayi yang diberi minum formula susu lembu. Bererti, umpama memberi 4 - 5 pil perancang keluarga kepada bayi tersebut!
2) Kesan Negatif (Positif ?) Pada Anak Perempuan. Seperti dimaklumkan, estrogen adalah hormon khusus untuk perkembangan wanita. Justru, sekiranya formula susu kacang soya di beri kepada bayi perempuan, kekayaan estrogen terkandung didalamnya pasti akan memberi kesan negatif kepada bayi tersebut.
Kajian menunjukkan bayi perempuan itu akan cepat membesar, akan mencapai akil baligh lebih cepat dari kadar biasa, payudaranya akan cepat membesar, bulu kemaluannya akan cepat tumbuh sebelum mencapai usia 8 tahun, ada juga kes sebelum mencapai usia 3 tahun.
3) Sifat Pondan/Bencong Anak Lelaki. Sekiranya formula susu kacang soya di beri kepada bayi lelaki, kandungan estrogen terlalu banyak didalamnya akan menghakis sifat kelaki-lakian bayi tersebut. Estrogen adalah hormon untuk wanita, terlalu banyak kepada bayi lelaki akan membentuk sifatnya cenderung kepada sifat kewanitaan. Semakin membesar ia akan mengalami kekeliruan perasaan, fikiran dan naluri seks. Kesan yang lain, alat kelamin anak lelaki tersebut kecil dari biasa. Kadar tumbesaran anak-anak lelaki juga lambat, bentuk tubuh lebih lembut mulus mirip perempuan. Hormon yang diperlukan untuk lelaki bukannya estrogen, tetapi testosteron.
8 Penyakit Autoimmune Thyroid/Leukemia. Lebih menakutkan lagi, terdapat petunjuk dari kajian sains bahawa kandungan estrogen didalam formula susu soya bayi mempunyai kaitan dengan penyakit “autoimmune thyroid”/leukemia yang semakin meningkat di kalangan kanak-kanak. Sebaliknya, formula susu biasa untuk bayi tidak lansung mengandungi “phytoestrogens.” Begitu juga dengan susu ibu, meskipun ibu meminum atau memakan produk kacang soya. * Rujukan selanjutnya [Irvine, C., "The Potential Adverse Effects of Soybean Phytoestrogens in Infant Feeding", New Zealand Medical Journal May 24, 1995].
Proses Fermentasi...
Hanya kacang soya dan makanan berasaskan kacang soya yang melalui proses fermentasi/pentapaian selamat di makan!!!
Fermentasi kacang soya akan menyirna anti-nutrien asid phytik, trypsin inhibitor, haemagglutinin dll. yang terkandung di dalam kacang soya. Umpamanya; miso, tempe, natto, shoyu, tamari, kicap dll. Tempe melalui proses fermentasi. Kicap, dari kacang soya di perap dan di fementasi, digunakan sebagai bahan perasa pada makanan. Miso adalah perasa wajib bagi warga Jepun, dari kacang soya yang telah di fermentasi.
Sumber dari Weston Price Foundation, USA
Weston Price Foundation menyimpan daftar kajian-kajian yang telah dilakukan dalam tahun 1971 – 2003, merekodkan penyakit-penyakit dan jenis-jenis komplikasi yang disebabkan kacang soya, antaranya:
Promosi kacang soya di buat besar-besaran sehingga ke Bursa Komoditi. Promosi ini telah menjanjikan pulangan yang lumayan, mengaut keuntungan berbillion dollar. Mereka mahu warga dunia percaya tanpa keraguan bahawa kacang soya berkhasiat sangat tinggi, sehingga kemudaratannya tertanam sepi. Memang kerja orang berniaga tidak mahu rugi, meskipun banyak warga yang bakal menderita kerana percaya! Hebat dan kejam!

- Tetapi, tofu (tauhu) dan taufu fa, air segar kacang soya tidak baik untuk kesihatan tubuh, kerana tidak melalui proses fermentasi. Justru, tergolong dalam kategori makanan merbahaya mengandungi anti-nutrien asid phytik, trypsin inhibitor, haemagglutinin dll. yang tidak terhapus sepenuhnya.
- Kebanyakan makanan kacang soya sekarang berbentuk serbuk kaya protein (SPI). SPI dihasilkan dari bahan sisa kacang soya, setelah di proses bagi mendapatkan minyaknya; cara industi kacang soya Amerika Syarkat mengaut untung dari bahan sisa kacang soya! Meskipun serbuk SPI di adun dengan berbagai bahan makanan lain, tetapi ia belum boleh sah status GRAS (Generally Recognized as Safe/Disahkan Sebagai Selamat). Kerana sewaktu memproses sisa kacang soya, banyak bahan-bahan beracun terhasil; seperti nitrate (carcinogens) dan lysinoalanine. FDA hanya mengesahkan serbuk SPI sesuai digunakan sebagai kotak pembungkus. FDA ialah Badan Kerajaan Amerika Syarikat yang mengesahkan qualiti bahan makanan atau minuman samada selamat atau tidak selamat untuk dimakan atau diminum. Meskipun terdapat bahaya-bahaya tersebut diatas, serbuk SPI masih juga menjadi bahan asas kepada formula susu bayi kacang soya. Sungguh hebat kuasa promosi Amerika Syarikat!
|
|
|
|
Weston Price Foundation menyimpan daftar kajian-kajian yang telah dilakukan dalam tahun 1971 – 2003, merekodkan penyakit-penyakit dan jenis-jenis komplikasi yang disebabkan kacang soya, antaranya:
- Asma/Lelah
- Letih Lesu
- Tekanan Perasaan
- Kencing Manis/Diabetes
- Heart Arrhythmia/Degupan Jantung Tidak Seimbang
- Komplikasi Jantung dan Hati
- Kemandulan/Masalah Peranakan
- Radang Usus Besar
- Lemah Daya Pemikiran/ADD/ADHD
- Komplikasi Pancreas
- Cepat Akil Baligh pada Anak Gadis/Lambat Akil Baligh pada Anak Lelaki
- Rheumatoid Arthritis/Penyakit Sendi Tulang
- Komplikasi Kelenjer Thyroid
- Kanser Pundi Kencing
- Gemuk/Buncit/Boroi
- Anemia/Kekurangan Darah
- Eczema/Alahan Kulit
- Tubuh Selalu Seram Sejuk
- Perangai Bermasaalah
- Kuku Tipis dan Mudah Pecah
- Rambut Gugur/Rontok
- Aktif Keterlaluan pada Kanak-Kanak
- Rasa Lemah dan Mengantuk atau Tekanan Darah Rendah
- Sengal-sengal Tulang dan Sendi
- Mata Berair atau Membengkak
Promosi kacang soya di buat besar-besaran sehingga ke Bursa Komoditi. Promosi ini telah menjanjikan pulangan yang lumayan, mengaut keuntungan berbillion dollar. Mereka mahu warga dunia percaya tanpa keraguan bahawa kacang soya berkhasiat sangat tinggi, sehingga kemudaratannya tertanam sepi. Memang kerja orang berniaga tidak mahu rugi, meskipun banyak warga yang bakal menderita kerana percaya! Hebat dan kejam!
No comments:
Post a Comment