Nira Kelapa
Nira kelapa adalah cecair yang dihasilkan dari bunga-bunga kelapa (di sebut mayang) ketika mayang masih di dalam seludang (seludang merupakan daun pelindung yang menyelubungi seluruh jambak-jambak mayang yang belum mekar). Seludang yang sudah terpecah juga boleh digunakan. Mayang yang terjurai dari seludang di ikat rapi, lalu di ikat kuat bersama 2 batang kayu dipangkalnya. Hujung seludang atau mayang lalu di pangkas/hiris untuk mengeluarkan nira.
Nira akan mengalir keluar, dan perlu di tadah ke dalam bekas buluh atau plastik yang di panggil 'tukir'. Setengah amalan memasukkan sedikit 'laghu' (laru) ke dalam tukir agar nira tidak cepat masam. Bermacam laru boleh digunakan; kepingan kayu cengal, kepingan kayu nangka, kulit buah manggis, ubat gula “cap 3 gajah” atau air kapur, lain tempat lain caranya.
Nira di dalam tukir boleh di ambil sekali sehari, atau 2 kali sehari waktu pagi dan petang. Proses penghasilan nira ini boleh diulang-ulang setiap hari sehingga seludang kelapa atau mayang tadi di hiris sampai habis ke pangkal.
Proses fermentasi semulajadi, dari nira kepada tuak, dan seterusnya bertukar menjadi cuka, berlaku lebih kurang selama seminggu. Tuak yang berbuih akan bertukar menjadi jernih. Cecair jernih itu adalah "cuka"; enak berkhasiat, berguna di dalam resepi makanan !
Nutrien Nira Kelapa
Rasa nira sangat manis, tetapi hanya mempunyai 35 GI (Glycemic Index). GI ialah ukuran berapa cepat gula mempengaruhi perubahan paras gula di dalam darah. Apabila dibandingkan dengan GI madu 55-83 dan GI gula pasir 65-100, nira di kelaskan sebagai makanan yang rendah GI. Bererti, tubuh hanya perlu menggunakan sedikit insulin untuk menukar gula nira menjadi tenaga.
Nira kaya dengan (1) berbagai jenis Asid Amino, (2) Vitamin dan (3) Zat Galian/Gizi. Kesemua nutrien ini adalah semulajadi/alami, tidak dicemari oleh bahan kimia.
1 Asid Amino. Asid amino adalah nama umum kepada beberapa jenis asam yang membina protein yang sangat diperlukan untuk membina tubuh yang sihat. Nira kelapa mengandungi 17 jenis asid amino. Antaranya:
Asid Glutamik ("Glu" atau "E").
Vitamin B1 (Thiamin/Aneurin).
NIRA IS EXCELLANT FOR HEALTH !
Sesiapa yang tahu khasiat nira kelapa pasti tidak melepaskan peluang meminumnya. Rasanya enak menyegarkan, kaya nutrien, berkhasiat untuk kesihatan !
Nira Kelapa
Nira kelapa adalah cecair yang dihasilkan dari bunga-bunga kelapa (di sebut mayang) ketika mayang masih di dalam seludang (seludang merupakan daun pelindung yang menyelubungi seluruh jambak-jambak mayang yang belum mekar). Seludang yang sudah terpecah juga boleh digunakan. Mayang yang terjurai dari seludang di ikat rapi, lalu di ikat kuat bersama 2 batang kayu dipangkalnya. Hujung seludang atau mayang lalu di pangkas/hiris untuk mengeluarkan nira.
Nira akan mengalir keluar, dan perlu di tadah ke dalam bekas buluh atau plastik yang di panggil 'tukir'. Setengah amalan memasukkan sedikit 'laghu' (laru) ke dalam tukir agar nira tidak cepat masam. Bermacam laru boleh digunakan; kepingan kayu cengal, kepingan kayu nangka, kulit buah manggis, ubat gula “cap 3 gajah” atau air kapur, lain tempat lain caranya.
Nira di dalam tukir boleh di ambil sekali sehari, atau 2 kali sehari waktu pagi dan petang. Proses penghasilan nira ini boleh diulang-ulang setiap hari sehingga seludang kelapa atau mayang tadi di hiris sampai habis ke pangkal.
Nira yang baru di tuai segar, warnanya putih kesusuan. Enak di minum segar. Perlu segera di minum. Rasanya manis, tidak memabukkan. Nira mula masam selepas 24 jam; perlu di simpan di dalam peti sejuk dalamasa 24 jam tersebut. Selepas 24 jam, nira melalui proses pentapaian (fermentasi) semulajadi. Mula kelihatan berbuih-buih, kemudian bertukar menjadi tuak masam. Awas, tuak ini tinggi kandungan alkoholnya, di kira sebagai arak; di minum memabukkan.
Proses fermentasi semulajadi, dari nira kepada tuak, dan seterusnya bertukar menjadi cuka, berlaku lebih kurang selama seminggu. Tuak yang berbuih akan bertukar menjadi jernih. Cecair jernih itu adalah "cuka"; enak berkhasiat, berguna di dalam resepi makanan !
Nutrien Nira Kelapa
Rasa nira sangat manis, tetapi hanya mempunyai 35 GI (Glycemic Index). GI ialah ukuran berapa cepat gula mempengaruhi perubahan paras gula di dalam darah. Apabila dibandingkan dengan GI madu 55-83 dan GI gula pasir 65-100, nira di kelaskan sebagai makanan yang rendah GI. Bererti, tubuh hanya perlu menggunakan sedikit insulin untuk menukar gula nira menjadi tenaga.
Nira kaya dengan (1) berbagai jenis Asid Amino, (2) Vitamin dan (3) Zat Galian/Gizi. Kesemua nutrien ini adalah semulajadi/alami, tidak dicemari oleh bahan kimia.
1 Asid Amino. Asid amino adalah nama umum kepada beberapa jenis asam yang membina protein yang sangat diperlukan untuk membina tubuh yang sihat. Nira kelapa mengandungi 17 jenis asid amino. Antaranya:
Asid Glutamik ("Glu" atau "E").
- menyembuh kecederaan, luka pembedahan, kelecuran, gejala kanser.
- istilah "neuroscience", Glu adalah makanan pada otak; mempertingkat fungsi otak dalam pembelajaran dan ingatan, juga sebagai pembawa maklumat dari otak ke seluruh sistem saraf dan sel-sel tubuh.
- berperanan dalam metabolisma sel-sel dan terlibat dalam seluruh fungsi tubuh. Juga sebagai ejen mengnyah nitrogen berlebihan dari tubuh.
- Glu selalu digunakan untuk merawat kekalutan keperibadian dan sikap (personality and behavioral disorders), epilepsi/ayan/gila babi, kekejangan otot, dan penyakit Parkinson. Ia juga sebagai ubat kepada "hypoglycemic coma" iaitu koma yang disebabkan kurang kandungan gula di dalam darah, penyakit jantung, dan penyakit kelenjar prostate parah (BPH-benign prostate hyperplasia).
- ***terlalu banyak Glu di dalam tubuh boleh menyebabkan pening-pening dan sakit kepala.
- ***penderita penyakit ginjal atau organ hati, nira kelapa memberi kesan negatif pada ginjal atau hati.
- bermanfaat untuk pertumbuhan "enamel" (lapisan luar gigi), "elastin" (serat tisu), dan "collagen" (serat otot, kulit, tulang, saluran darah, usus, sendi-sendi dll). Kolagen membantu merawat tulang-tulang lembut dan sendi-sendi tulang, penghubung sendi-sendi dan tulang berlakang.
- Threonine, bekerjasama dengan asam cysteine, lysine, alanine, dan aspartik, mengutuh sistem kekebalan tubuh; memacu kelenjar "thymus" membina kekebalan tubuh yang berkesan.
- membantu organ hati, menjadi pengganti kepada asam choline apabila berkurangan di dalam tubuh.
- meredakan kekejangan otot-otot, tekanan perasaan dan kemurungan.
- membantu fungsi sel-sel; membina sistem kekebalan tubuh; mempertingkat stamina, perkembangan otak dan fungsi saraf.
- membantu kelenjar-kelenjar menghasilkan hormon dan mengendali pembuangan sisa hormon dari tubuh.
- membantu organ hati meng-nyah ammonia berlebihan dan bahan toksik dalam darah.
- ***kekurangan zat asam ini boleh menyebabkan kelesuan dan tekanan perasaan.
- penting untuk fungsi otak dan sistem saraf, mempertingkat daya ingatan dan pengecaman, juga bertindak sebagai lapisan pelindung kepada otak dan saraf.
- diperlukan untuk metabolisma lemak, pertumbuhan dan keutuhan sel-sel, tisu-tisu dan otot-otot dan mempertingkat kemampuan dayatahan "antibody" dalam sistem kekebalan tubuh.
- sering digunakan dalam bahan kosmetik sebagai pelembab kulit.
- diperlukan untuk membina collagen dan tulang-tulang lembut serta sendi tulang "cartilage", juga menjadikan otot-otot dan sendi-sendi tulang bertambah anjal dan tangkas. Ia menyihat dan menegangkan kulit. Merawat kulit apabila berlaku kecederaan, mengurangkan kekedutan kulit.
- membantu tubuh memecah protein untuk kegunaan sel-sel, baik untuk merawat penyakit sendi "osteoarthritis", kesakitan atau sengal-sengal sendi dan tulang belakang.
- mempertingkat kesihatan pembuluh-pembuluh darah yang berhubungan dengan jantung.
- bermanfaat kepada ahli-ahli sukan yang kerap menjalani latihan intensif.
- menyumbang kepada tumbesaran tubuh yang normal, memperbaiki tisu dan otot, mengurus gula di dalam darah, dan memberi tenaga. Meransang sistem saraf yang diperlukan untuk otak berfungsi dan berfikir dengan baik.
- membantu menghalang kelemahan otot-otot dengan membekalkan glukos kepada otot-otot untuk pertambahan tenaga sewaktu tubuh menjalani latihan intensif atau melakukan kerja berat.
- membantu membuang sisa nitrogen yang toksik dari organ hati, dan juga bertindak membawa nitrogen kepada tisu-tisu lain yang memerlukan.
- membantu merawat kerosakan organ hati dan hempedu yang disebabkan alkohol atau dadah; membantu orang yang sering koma atau pengsan disebabkan masalah organ hati atau kesan alkohol pada fungsi otak.
- mengawal kandungan glukos di dalam darah dan kadar tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Asam ini menghalang sel-sel menjadi rosak sewaktu aktiviti intensif.
- berkesan menghalang pesakit kencing manis dari pengsan disebabkan kurang kandungan gula di dalam darah "hypoglycemic coma".
- penting untuk memelihara paras nitrogen di dalam tubuh. Juga berperanan membuang sisa toksik berlebihan dari organ hati; mana-mana nitrogen berlebihan akan di tukar menjadi urea dan dikeluarkan dari tubuh melalui air kencing.
- memperteguh dan meransang sistem kekebalan tubuh dengan menambahkan pengeluaran T lymphocytes (T-cells) dari kelenjer thymus.
- memelihara dan merawat organ hati, kulit, sendi-sendi, dan otot agar sentiasa sihat; merawat tisu yang cedera atau rosak; sangat baik untuk ahli sukan dan pesakit arthritis.
- membantu nyah-toksin dari organ hati, menyirna ammonia dan bahan toksin di dalam tubuh; sangat baik untuk pesakit kanser.
- membantu mengawal kandungan hormon dan gula di dalam tubuh, membantu kesuburan lelaki, melancarkan aliran darah, merawat impoten dan penyakit jantung.
Vitamin B1 (Thiamin/Aneurin).
- di gelar "morale vitamin" kerana berfungsi memelihara otak dan sistem saraf.
- menyihat dan menguatkan otot jantung supaya jantung.
- menukar karbohaidrat menjadi tenaga.
- ***merokok dan meminum arak menganggu penyerapan thiamin ke dalam tubuh; kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan penyakit biri-biri.
- menyumbang kepada pembinaan sel-sel darah merah.
- membantu memelihara sistem kekebalan tubuh dengan cara melindungi tubuh dari kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas.
- menyihatkan rambut, bulu, kuku, kulit dan penglihatan mata.
- tanpa riboflavin, beberapa jenis vitamin B lain seperti vitamin B3 dan vitamin B6 tidak mampu berfungsi.
- tanpa riboflavin untuk menghasilkan "lavin mononucleotide" dan "flavin adenine dinucleotide" (2 jenis enzim yang bertindak menukar lemak, karbohaidrat dan protein menjadi tenaga), bekalan tenaga ke seluruh sel-sel akan terjejas.
- tanpa riboflavin untuk menukar vitamin B9 dan vitamin B5 menjadi transmitter otak, fungsi otak akan terganggu, tidak dapat berfikir dan mengingat dengan baik; kadar riboflavin yang tinggi dapat meningkatkan daya ingatan yang cemerlang.
- ***ubat perancang keluarga, alkohol, kerja berat yang selalu dilakukan, penyakit kencing manis, adalah antara faktor yang menyebabkan pengurangan kandungan riboflavin di dalam tubuh.
- berganding dengan B2 dan B6, menyihatkan kulit, dan memelihara sistem saraf dan pencernaan berjalan dengan lancar; saling berganding dengan beberapa jenis vitamin B yang lain untuk menghasilkan tenaga sel-sel, mengendali peredaran darah, hormon, glukos, dan asid hydrochlorik di dalam tubuh.
- digunakan untuk merawat ulser mulut/sariawan, nyanyuk, tekanan perasaan, cirit-birit, sakit kepala, pening, telinga berdesing, masalah peredaran darah kurang lancar, kelesuan, mulut dan nafas berbau, dan masalah pencernaan, sulit tidur, lemah dan sengal otot, kurang selera makan, kulit kering mengelupas.
- ***kekurangan niacin yang parah boleh menyebabkan penyakit "Pellagra"; tanda-tandanya ialah cirit-birit, fikiran tidak menentu, kemurungan keterlaluan dan kulit bermasalah.
- vitamin anti-stress; membantu merawat tekanan perasaan dan kemurungan.
- diperlukan untuk menghasilkan hormon dan sel-sel darah merah yang sihat, menukar karbohaidrat dan lemak kepada tenaga, membantu membina dayatahan tubuh, dan sebagai pencetus stamina.
- ***kekurangan vitamin ini menyebabkan kelesuan, sulit untuk tidur, sakit kepala, loya dan pening kepala atau perut tidak selesa.
- berperanan utama dalam memelihara sistem kekebalan dan saraf tubuh.
- membantu tubuh menukar protein, lemak dan karbohaidrat menjadi tenaga.
- bekerjasama dengan B9 dan B12, melindungi jantung dengan cara menyirna sisa "homocysteine" dalam darah (homocysteine adalah asid amino terkandung di dalam daging yang menyebabkan sel-sel darah melekat dan bertompok di dinding pembuluh darah; terlalu banyak homocysteine akan merosakkan dinding pembuluh darah, menyumbang kepada penyakit saluran darah yang berhubung dengan jantung "atherosclerosis", seterusnya serangan jantung).
- saling bekerjasama dengan vitamin-vitamin B yang lain untuk menyihatkan sel-sel tubuh, dan menukar karbohaidrat, lemak dan protein menjadi tenaga.
- meningkatkan kesihatan rambut, kulit, tisu saraf, tulang sumsum.
- Pesakit Diabetes Jenis II memerlukan banyak biotin. Satu kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil 9,000 mg setiap hari untuk jangkamasa 1 bulan, paras gula dalam darah menurun hampir separuh. Biotin yang berlebihan di dalam tubuh tidak membahayakan kesihatan, belum ada berita kesan sampingannya.
- ***kekurangan biotin boleh menyebabkan anemia (pucat tanda kekurangan darah), tekanan perasaan, keguguran rambut, kuku rapuh, paras darah tinggi, sulit tidur (insomnia), hilang selera makan, sengal-sengal otot, sakit kepala, bintik-bintik keradangan dalam lidah.
- diperlukan untuk membina tenaga dan sistem kekebalan tubuh yang utuh.
- menyihatkan setiap sel di dalam tubuh , termasuk sel-sel kulit, sel-sel usus kecil, dan untuk sel-sel darah merah dan darah putih.
- membantu membina DNA dan RNA dalam sistem genetik untuk berfungsi dengan lebih baik. Justru, sangat baik untuk wanita hamil, untuk perkembangan bayi alam kandungan dan bagi wanita yang menyusu bayi. Wanita hamil perlu sekurang-kurangnya 400 mg/hari, ibu yang menyusu tambahan 100 mg.
- diperlukan untuk membina sel-sel darah yang sihat; sel darah merah untuk membekalkan oxygen kepada tubuh, sel darah putih untuk mencegah jangkitan penyakit.
- bekerjasama dengan B6 dan B9; menukar makanan menjadi tenaga, melindungi jantung dengan cara menyirna sisa "homocysteine" dalam darah.
- mencegah kerosakan pada saraf; dengan cara menghasilkan "myelin" iaitu lapisan pelindung kepada urat-urat saraf yang membawa berita keseluruh tubuh, juga menghasilkan "acetylcholine" yang mempertingkatkan daya ingatan dan pembelajaran.
- ***kekurangan B12 boleh menjejaskan sistem saraf dan fungsi otak.
- menyihatkan otak; sangat baik untuk sistem saraf; meredakan ketegangan dan tekanan perasaan, keresaahan dan kerunsingan, fikiran yang kusut dan kalut.
- mengurangkan kesakitan pada tubuh, mengurangkan gelembongan cecair “oedema” akibat dari kelecuran, dan mengurangkan “diabetic neuropathy” iaitu kerosakan yang berlaku pada saraf di dalam tubuh akibat dari kandungan gula di dalam darah yang tinggi pada pesakit kencing manis.
- mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah, meruntuhkan tompokan kolestrol pada pembuluh darah.
- Inositol dan choline bekerjasama menghasilkan "lecithin" yang diperlukan untuk membina lapisan tisu tubuh.
- penting untuk pertumbuhan rambut.
- *kekurangan Inositol boleh menyebabkan pembuluh darah menjadi keras dan pengaliran darah jadi merosot, sembelit, keguguran rambut, kadar kolestrol tinggi, gatal-gatal kulit, dan tekanan perasaan yang tidak menentu.
- Choline bukan dari keluarga vitamin B, tapi ia saling bekerjasama dengan B-Kompleks terutamanya B9 dan B12 untuk memproses lemak dan menyihatkan jantung dan otak.
- Choline menghasilkan "acetylcholine" (pembawa berita otak "neurotransmitter") untuk fungsi daya ingatan.
- menyihatkan organ hati dengan cara mengeluarkan lemak dari hati membawa kepada sel-sel lain di dalam tubuh; menghasilkan "phosphatidylcholine (PC)", untuk membina lapisan-lapisan sel dan merawat kerosakan hati.
- ***kekurangan choline boleh menyebabkan kemerosotan pada fungsi hati dan pembuluh darah menjadi keras.
- Choline dikaitkan dengan perkembangan otak bayi; wanita hamil perlu mendapatkan choline yang mencukupi setiap hari.
- anti-oksidan yang sangat berkesan mencegah radikal bebas; vitamin C menyihatkan kulit, collagen dan merawat kerosakan tisu-tisu tubuh, dan penyakit-penyakit lain yang disebabkan oleh radikal bebas; seperti cataracts (selaput mata), penyakit jantung, dan kanser.
- anti-keradangan; membantu tubuh merawat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan keradangan; seperti arthritis, bronchitis, sengal-sengal otot dan tulang, bintik-bintik gatal, kurap, rosacea dan lain-lain.
- membantu penyerapan zat galian besi, sangat baik terutama pada orang yang kekurangan darah.
- Nitrogen (N). membantu merawat dan mengurangkan masalah saluran-saluran darah yang berhubungan dengan jantung “cardiovascular diseases”.
- Phosphorus (P). menyumbang kepada pertumbuhan dan kesihatan tulang, sel-sel dan melancarkan fungsi ginjal.
- Potassium (K). mengurang tekanan darah tinggi, membantu pengawalan gula dan kolestrol di dalam darah, dan berat badan.
- Kalsium (Ca). penting untuk kekuatan gigi, tulang dan otot-otot.
- Magnesium (Mg). membantu sistem metabolisma tubuh dan sistem saraf; juga baik untuk perkembangan fungsi otak.
- Sodium (Na). penting kepada fungsi saraf dan otot-otot.
- Chloride (Cl). mengawal tekanan cecair dalam tubuh dan kesaimbangan sistem saraf.
- Sulfur (S). memelihara rambut, kulit dan kuku agar sihat, dan membantu mengendalikan oxygen untuk otak berfungsi.
- Boron (B). penting untuk pertumbuhan tulang dan sendi yang sihat; meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium dan magnesium.
- Zinc (Zn). di sebut sebagai “zat makanan untuk otak”, penting untuk perkembangan otak.
- Manganese (Mn). merupakan anti-oksidan, anti radikal bebas, penting untuk penghadaman makanan yang lancar, dan juga untuk membina struktur tulang yang kukuh.
- Copper (Cu). membantu pengeluaran tenaga, pengeluaran melanin dalam kulit, pengeluaran sel-sel darah merah; dan membantu penyerapan dan penghantaran zat besi ke seluruh tubuh.
- Besi (Fe). Penting untuk memelihara kualiti darah; untuk perkembangan otak dan sistem kekebalan tubuh.
Nira kelapa hanya produk kampungan, namun sangat berkhasiat untuk kesihatan !
No comments:
Post a Comment