‎‎0‎ ‎ ‎

Friday, September 20, 2013

Vitamin B-Kompleks

Apakah Vitamin B-Kompleks   ?

Vitamin B-Kompleks merupakan sekumpulan vitamin-vitamin yang terserap air. 8 jenis vitamin yang diperakui tergolong dalam kumpulan ‎vitamin B-Kompleks, yakni: ‎ ‎
  1. Vitamin B1 (thiamin)‎ ‎
  2. Vitamin B2 (riboflavin)‎ ‎
  3. Vitamin B3 (niacin, niacinamide, vitamin P, vitamin PP)‎ ‎
  4. Vitamin B5 (asid pantothenik)‎ ‎
  5. Vitamin B6 (pyridoxine, pyridoxal, pyridoxamine, pyridoxine hydrochloride)‎ ‎
  6. Vitamin B7 (biotin, vitamin H)‎ ‎
  7. Vitamin B9 (asid folik, vitamin M, vitamin B-c)‎ ‎
  8. Vitamin B12 (beberapa jenis cobalamin; selalunya cyanocobalamin dalam supplemen ‎vitamin B).‎ 
Vitamin B-Kompleks diperlukan oleh tubuh:‎
  • Membantu meningkatkan kadar metabolisma
  • Memelihara kesihatan kulit, rambut dan tona otot ‎ 
  • Memampan fungsi sistem kekebalan dan sistem saraf tubuh
  • Memacu pembinaan dan percambahan sel-sel tubuh, termasuk sel darah merah ‎bagi membantu menghalang kekurangan darah “anemia”
  • Mengurang risiko kanser pancreas, sejenis kanser yang boleh membawa maut.‎ 
Apakah Fungsi Vitamin B-Kompleks   ?

VitaminNamaFungsi Peringkat Molekeul
B1‎ThiaminThiamin berperanan utama dalam penghasilan tenaga dari ‎karbohaidrat. ‎
Thiamin juga terlibat dalam pembinaan RNA (asid ribonucleic, ‎rangkaian molekeul yang bekerjasama dengan DNA) dan DNA (asid ‎deoxyribonucleic, sejenis asid yang diwarisi). ‎
Disegi metabolisma, thiamin merupakan enzim-gandingan yang aktif ‎dikenali sebagai Thiamine pyrophosphate (TPP), yang berfungsi ‎menukar asid pyruvate kepada acetyl Coenzyme A (CoA).‎
B2‎‎RiboflavinRiboflavin terlibat dalam penghasilan tenaga untuk dibekalkan kepada ‎rangkaian penghantaran elektron, dan jaringan asid sitrik.
Riboflavin juga terlibat dalam pemecahan asid lemak beta (oksidasi beta).
B3‎‎Niacin‎‎Niacin terdiri dari 2 struktur: asid nikotinik dan “nicotinamide”. ‎
Niacin terdiri dari 2 enzim gandingan: nicotinamide adenine ‎dinucleotide (NAD) dan nicotinamide adenine dinucleotide phosphate ‎‎(NADP). Kedua-duanya berperanan penting dalam tindakbalas ‎pemindahan tenaga sewaktu metabolisma glukos, lemak dan alkohol. ‎
Sewaktu metabolisma, NAD membawa hydrogen bersama elektronnya dan ‎menjadi laluan dari jaringan asid sitrik kepada rangkaian ‎penghantaran electron. ‎
NADP pula ialah enzim gandingan dalam penghasilan lipid dan asid ‎nucleik. ‎
B5‎‎ Asid ‎Pantothenik‎Asid Pantothenik terlibat dalam oksidasi asid lemak dan karbohaidrat. ‎
‎Enzim gandingan A (coenzyme A), yang dihasilkan dari asid pantothenik, kemudian terlibat ‎dalam penghasilan asid amino, asid lemak, ketone, kolesterol, ‎phospholipid, hormon steroid, neurotransmitter (saraf pembawa seperti acetylcholine) ‎dan juga sel-sel pembunuh kuman.‎
B6 Pyridoxine‎Pyridoxine selalunya tersimpan didalam tubuh sebagai pyroxidal-5-‎phosphate (PLP), iaitu sejenis enzim gandingan vitamin B6. ‎
Pyridoxine terlibat dalam metabolisma asid amino dan lipid; dalam ‎penghasilan neurotransmitter dan haemoglobin (sejenis kimia dalam ‎sel-sel darah merah yang berkepentingan membawa oxygen ke organ ‎paru-paru); dan juga dalam penghasilan asid nicotinik (vitamin B3). ‎
Pyridoxine juga berperanan penting dalam gluconeogenesis (proses ‎menukar beberapa sumber karbon menjadi glukos untuk digunakan ‎sebagai tenaga).‎‎
B7 Biotin‎Biotin berperanan penting dalam metabolisma lipid, protein dan ‎karbohaidrat. ‎
Biotin merupakan enzim gandingan yag sangat mustahak kepada ‎carboxylases, acetyl CoA carboxylase, yang terlibat dalam ‎penghasilan asid lemak dari acetate; propionyl CoA carboxylase, yang ‎terlibat dalam gluconeogenesis; β-methylcrotonyl Coa carboxylase, ‎yang terlibat dalam metabolisma leucin; dan pyruvate CoA ‎carboxylase, yang terlibat dalam metabolisma tenaga, asid amino ‎dan kolesterol.‎
B9 Asid Folik/Folate‎‎Asid Folik bertindak sebagai enzim gandingan dalam bentuk ‎tetrahydrofolate (THF).
‎THF terlibat dalam pemindahan unit karbon “single-carbon units” ‎sewaktu metabolisma asid nucleik dan asid amino.
THF juga terlibat dalam penghasilan pyrimidine nucleotide, yang ‎diperlukan untuk percambahan dan pembinaan sel-sel normal, ‎terutama sewaktu kehamilan dan bayi sedang cepat membesar. ‎
Folate juga membantu dalam erythropoiesis, dalam penghasilan sel-‎sel darah merah. ‎‎
B12 Cobalamin‎Vitamin B12 terlibat dalam metabolisma karbohaidrat, protein and lipid ‎diperingkat sel. Ianya penting dalam penghasilan sel-sel darah dalam ‎tulang sumsum, lapisan pelindung saraf dan protein. ‎
Vitamin B12 berfungsi sebagai enzim gandingan dalam metabolisma ‎perantara untuk methionine synthase memberi tindakan kepada ‎methylcobalamin, dan untuk methylmalonyl CoA mutase memberi ‎tindakan kepada adenosylcobalamin. ‎ ‎

Berapa Dos Saranan Harian Vitamin B-Kompleks Diperlukan    ?

Semua vitamin B-Kompleks adalah terserap air, dan edarkan ke seluruh tubuh. Vitamin B-Kompleks perlu ‎dibekalkan selalu, yang berlebihan akan dikeluarkan oleh tubuh melalui sistem perkumuhan. Perkumuhan vitamin B dapat di lihat pada air kencing yang berwarna hijau-kekuningan.

Setiap individu berbeza tahap keperluan. Tiada siapa dapat memastikan banyak ‎mana sebenarnya keperluan vitamin yang diperlukan oleh tubuh seseorang itu. Warga berusia mungkin memerlukan supplemen vitamin B12 dan B yang lain, kerana masalah ‎penyerapan. Begitu juga dengan para ahli ‎sukan, kerana keperluan yang lebih untuk menghasilkan tenaga. ‎

Wanita yang ‎berhasrat untuk hamil juga digalakkan mengambil vitamin B, terutama vitamin B9 (asid folik) setiap hari, samada melalui permakanan harian atau pun supplemen. Kekurangan pada pertumbuhan awal bayi dalam kandungan dikaitkan ‎dengan kecacatan kekal pada otak bayi.‎

Bagi pesakit kencing manis jenis 1 dan 2 boleh disarankan mengambil supplemen B1 ‎‎(thiamin) berdasarkan pesakit kencing manis sentiasa kekurangan kepekatan pada plasma thiamin.

‎Dalam kes kekurangan vitamin B yang parah, terutama B12, boleh diatasi melalui suntikan. ‎

‎‎Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan sebagai garis panduan tentang dos saranan untuk B1, B2, B3 dan B9 yang di kira mencukupi bagi seorang individu yang normal. Tetapi tiada data yang diperolehi tentang dos saranan untuk B5, B6, B7 dan B12. Oleh yang demikian, rujukan di buat kepada RDAs (Recommended Dietary ‎Allowances) yang dikeluarkan oleh Institute of Medicine (IOM) dari National Academy of Sciences, termasuk juga had maksima yang di kira selamat (UL/Upper Tolerable ‎Intake Levels).

Apakah Gejala Dari Kekurangan Vitamin B    ‎?

Beberapa jenis penyakit timbul akibat dari kekurangan Vitamin B-kompleks: ‎

VitaminNamaAkibat Kekurangan
B1‎ThiaminKekurangan thiamin yang kronik akan menyebabkan Sindrom ‎Korsakoff dan penyakit Biri-Biri.
‎Sindrom Korsakoff merupakan ragam kekacauan yang berkait rapat ‎dengan penyakit biri-biri; otak lembab, hilang daya ingatan, hilang kepekaan ‎dan lemah daya fikir. ‎
Gejala penyakit Biri-Biri; sistem saraf terjejas, tubuh dan berat ‎badan susut, kekacauan emosi, tangkapan deria dan pengertian ‎terjejas, sendi dan tulang lemah dan sakit, denyut jantung tidak ‎normal dan tidak menentu, edema (bengkak tisu-tisu tubuh). ‎Apabila parah, jantung gagal berfungsi dan mengakibatkan ‎kematian. ‎
B2RivoflavinKekurangan akan menyebabkan ariboflavinosis. Gejala penyakit ini termasuk cheilosis (bibir rekah dan pecah-‎pecah), sensitif pada sinaran matahari, glossitis (radang lidah), ‎seborrheic dermatitis (sejenis eczema, gatal-gatal pada kulit), ‎pseudo-syphilis (jangkitan terutamanya pada buah zakar, atau ‎labia majora alat kelamin wanita), pharyngitis (sakit ‎kerongkong), hyperemia (darah bergumpal disesuatu bahagian ‎tubuh), dan radang dan bengkak pada rongga mulut dan ‎kerongkong. ‎
B3‎Niacin‎‎Kekurangan niacin, bersama dengan kekurangan tryptophan ‎menyebabkan pellagra.
‎Gejala-gejala pellagra termasuk sikap ganas, dermatitis/eczema atau ‎gatal-gatal kulit, kemurungan, kelesuan, kekeliruan, dan cirit-‎birit. ‎
Kes yang kronik, pellagra akan membawa kepada gila (dementia) ‎dan kematian.‎
B5‎Asid ‎PantothenikKekurangan menyebabkan gatal-gatal kulit dan paresthesia (kulit ‎bergetar, rasa menyucuk, miang-miang kecil dsbnya).‎
Kelesuan, malas pergerakan, otot kebas dan kejang, stres, ‎kemurungan, dan merupakan salah satu penyebab kepada tekanan ‎darah tinggi.‎
B6‎PyridoxineKekurangan menyebabkan pucat kelesian (microcytic anemia), ‎tekanan emosi, dermatitis/eczema/gatal-gatal kulit, tekanan ‎darah tinggi, peningkatan kadar asid amino homocysteine yang ‎boleh menyebabkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit ‎Alzheimer, dan osteoporosis.‎
B7‎BiotinKekurangan boleh menjejaskan tumbesaran bayi dalam kandungan dan kekacauan pada ‎otak dan fikiran apabila dilahirkan. ‎
B9‎Asid Folik/Folate‎‎Kekurangan menyebabkan pucat lesi, peningkatan kadar asid ‎amino homocysteine (yang boleh menyebabkan risiko penyakit ‎jantung, strok, penyakit Alzheimer, dan osteoporosis). ‎
Kekurangan pada wanita hamil, boleh menyebabkan kecacatan ‎kekal pada otak bayi dalam kandungan. Supplemen B9 adalah dinasihatkan pada wanita ‎hamil. ‎
B12‎CobalaminKekurangan menyebabkan pucat lesi, peningkatan kadar asid ‎amino homocysteine (yang boleh menyebabkan risiko penyakit ‎jantung, strok, penyakit Alzheimer, dan osteoporosis), hilang ‎ingatan dan kurang daya pengecaman. ‎
Lebih mudah berlaku pada orang tua, kerana  sukar ‎penyerapan B12 dalam usus. ‎
Juga gejala gila. Dalam kes yang terpencil, menyebabkan ‎lumpuh.‎

Apakah Gejala Dari Lebihan Vitamin B    ‎?

VitaminNamaHad Maksima
Masih Selamat
Akibat Lebihan
B1‎ThiamintiadaBelum diketahui kesan keracunan pada tubuh ‎manusia. ‎
B2RivoflavintiadaBelum diketahui kesan keracunan pada tubuh ‎manusia. ‎
B3‎Niacin‎‎‎35 mg/hari - ‎supplemen, ubat-ubatan atau ‎makanan yang ‎diperkaya B3. ‎Pengambilan nicotinamide 3000 mg/hari dan ‎asid nicotinik 1500 mg/hari dikaitkan dengan ‎pening-pening, loya, muntah, dan tanda-tanda ‎keracunan pada hati. ‎
Asid nicotinic juga boleh menyebabkan ‎cirit-birit, termasuk kulit kemerahan dan gatal-‎gatal, disertai rasa panas membakar, sangat ‎terdorong untuk digaru (pruritus), sakit kepala, ‎peredaran darah yang bergelembung memacu, ‎dan kadangkala merasa sakit. ‎
Para doktor menyarankan dos niacin 2000 ‎mg/hari untuk meleraikan tompokan plaque ‎pada pembuluh darah “artery” apabila terdapat ‎tahap lipid yang tinggi. ‎
B5‎Asid ‎PantotheniktiadaBelum diketahui kesan keracunan pada tubuh ‎manusia. ‎
B6‎Pyridoxine‎100 mg/hari - ‎supplemen, ubat-ubatan atau ‎makanan yang ‎diperkaya B6.‎Pengambilan melebihi 1000 mg/hari dikaitkan dengan kerosakan pada saraf yang berada pada sistem saraf "peripheral" yang berada ditulang belakang dan lain-lain bahagian tubuh (tidak termasuk    sistem saraf pusat pada otak).‎
B7‎BiotintiadaBelum diketahui kesan keracunan pada tubuh ‎manusia. ‎
B9‎Asid Folik/Folate‎‎‎1 mg/dayBelum diketahui ada keracunan.
B12‎CobalamintiadaGatal-gatal kulit (penyebab sebenar belum ‎dikenal-pasti).

Apakah Sumber Vitamin B-Kompleks ‎   ?

Vitamin B-Kompleks sangat mudah di perdapat dari bahan makanan mentah yang tidak di proses. Kandungan vitamin B dalam makanan yang di proses terlalu berkurangan. Sebab itu, vitamin B seperti thiamin, ‎riboflavin, niacin, dan asid folik selalunya di perkaya kepada bahan-bahan tepung dsbnya. ‎

VitaminNamaBahan Makanan
B1‎ThiaminBijiran kaya thiamin: 1 cawan beras mengandungi 15 - 20 % dari dos saranan harian. Roti gandum, bijian bijan. Begitu juga bijiran yang diperkaya vitamin.  
Kekacang: kacang tanah, kacang Brazil, pistacio, biji bunga matahari dll.
Daging dan ikan: organ hati, ikan tongkol/tuna, salmon dll. 
Sayur-sayuran dan buah-buahan: sayuran jenis kacang, dhal, kacang hitam, kacang pinto, jenis-jenis tembikai, tempe, spirulina, sayur parsley dll.  
Terdapat juga sedikit dalam telur, susu dan produk tenusu. 
B2RivoflavinDaging dan ikan: organ hati, ikan, sotong, susu kambing, udang, telur dan keju, yogurt dll. 
Ekstrek ragi seperti Marmite, herba rempah, spirulina.
B3‎Niacin‎‎Daging dan ikan: organ hati, daging ayam, ikan seperti tongkol, mackerel, salmon dll.
B5‎Asid ‎PantothenikDaging dan ikan: organ hati, telur, daging ayam, ikan seperti tongkol, mackerel, salmon dll.
Keju, kekacang, herba rempah, biji bunga matahari, cendawan, alpukat dll. 
B6‎PyridoxineDaging dan ikan: organ hati, ayam, ikan seperti tongkol, salmon, mackerel dll.
Sayur-sayuran dan buah-buahan: lobak merah, pisang dll.
B7‎BiotinSayur-sayuran dan buah-buahan: bayam, kale, asparagus, alpukat, collard, brokoli, kobis brussel, kobis, tauge, cendawan, potato, bawang, labu, pisang, mango, nenas dll.
Ikan dan siput: sardin, salmon, tuna, halibut/ikan sebelah, cod, sotong, ketam, telur dll.  
B9‎Asid Folik/Folate‎‎Daging: organ hati.
Bijiran dan kekacang: dhal, kacang hitam, kacang pinto, kidney bean dll.
Sayur-sayuran dan buah-buahan: asparagus, bayam, collard dll.
B12‎CobalaminDaging dan ikan: organ hati, tiram, sotong, ikan seperti tongkol, salmon, mackerel dll.

Vitamin B12 tidak terdapat pada bahan-bahan pokok dan sayuran. Pengeluar ‎produk-produk yang berasaskan pokok-pokok dan sayur-sayuran sering melabel B12 terkandung di dalam ‎produknya. Hal begini sangat diragukan. Kekeliruan timbul ‎kerana kandungan kimia dari B12 yang terdapat dalam pokok atau sayuran hanya aktif ‎untuk bakteria, akan tetapi tidak dapat dimanfaatkan oleh tubuh manusia. 

Cara lain yang sering berlaku ialah minuman ‎bertenaga yang di tambah atau di perkaya dengan vitamin B. Menurut pandangan pakar ‎permakanan "ianya adalah langkah pemasaran yang pintar, namun sebenarnya vitamin B ‎mudah di perdapat melalui bahan makanan harian.”‎


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...