‎‎0‎ ‎ ‎

Sunday, September 15, 2013

Kakadu Plum, Vitamin C No. 1

Kakadu Plum.

Nama botani: Terminalia ferdinandiana, genus Terminalia, dari kerabat pohon berbunga Combretaceae.‎ Nama lain ialah Billy Goat Plum, Green Plum, Salty Plum, Wild Plum, Kimberley Plum, Murunga, Marnybi, Manmohpan, Kullari Plum, Gurumal, Gubinge dan berbagai nama lagi.

Pohon Kakadu banyak tumbuh meliar di daerah Utara-Barat sehingga ke Timur Australia. Sebahagian besar kawasan tersebut didiami oleh beberapa kaum asli Australia. Pohon Kakadu tidak begitu merimbun. Tinggi sederhana, mencecah kira-kira 32 meter. Buah Kakadu, sewaktu muda berwarna hijau, semakin matang menjadi semakin kuning. Saiz tidak besar, cuma lebih kurang 2-3 sm panjang, 2 sm lebar, ‎bentuk seperti buah badam. Isi buah sangat tinggi kandungan vitamin C. ‎Di dalam isinya, terdapat biji yang agak keras dan besar. Pohon dan buah Kakadu seakan-akan Ketapang di Malaysia.

Kakadu Plum‎ | Nutrien‎

Kakadu Plum mula terkenal di seluruh dunia apabila tersebar luas lapuran dari "Food Standards Australia and New Zealand" tentang kepadatan vitamin C sebanyak 2,907 mg/100gm, berbanding buah-buahan lain di dunia. Lapuran tersebut telah meletakkan Kakadu Plum No.1 Sarat Vitamin C, Rekod Dunia !

Seterusnya, beberapa organisasi bebas dan universiti melakukan kajian tentang Kakadu Plum. Sungguhpun terdapat perbedaan tentang kepadatan vitamin C, namun Kakadu Plum masih di ranking no.1 dunia. Perbedaan tersebut disebabkan tanah-tanih dan iklim yang sedikit berbeda antara satu dengan yang lain.

Kakadu Plum yang matang mempunyai lebih nutrien dari yang yang muda. Kakadu Plum dari pohon liar juga mengandungi lebih vitamin C dan lain-lain nutrien dari yang tumbuh dari tanaman ladang.

Satu lapuran terkini, dari “Australian Government's Rural Industries Research and Development ‎Corporation” selanjutnya menunjukkan bahawa Kakadu Plum (kering) mengandungi 7,000 mg/100 gm ‎‎ vitamin C– menjadikan ia unggul ‎sebagai "superfruit" !!!

Kakadu Plum juga mengandungi vitamin-vitamin, zat-zat gizi dan phyto yang bermanfaat pada kesihatan.

Kakadu Plum kaya dengan vitamin B; seperti B1. B2, B3 dan B9, dan juga E. Juga zat-zat gizi; seperti  kalsium, tembaga, besi, magnesium, phosphorus, potassium, sodium, dan zinc. Juga zat-zat phyto seperti asid gallik dan asid ellagik. Asid gallik memiliki nilai anti-bakteria, anti-virus, dan anti-kulat. Manakala asid ellagik dipercayai memiliki nilai anti-kanser. 

Kakadu Plum‎ | Manfaat Kesihatan 

Kakadu Plum sangat padat vitamin C. Vitamin C memang sudah terkenal kemampuannya mengutuhkan sistem kekebalan tubuh. Bukan sekadar ‎itu, bahkan sangat diperlukan kerana terlibat dalam berbagai fungsi tubuh, antaranya:
  • penghasilan dan kesihatan collagen
  • nilai anti-oksidan bagi membasmi radikal bebas ‎
  • nilai anti-kanser, membantu menghalang kanser ‎
  • nilai anti-penuaan dan kesihatan kulit
  • nilai penyembuhan kepada seluruh sel-sel tubuh
  • kelancaran sistem pengaliran darah, memperbaiki saluran arteri ‎
  • perlindungan jantung, menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan tekanan darah tinggi
  • nilai anti-keradangan, meng-nyah toksin (anasir beracun) dari tubuh
  • mengeluarkan logam merbahaya seperti raksa (mercury) dan timah (lead) dari tubuh ‎
  • kesuburan usus, menyubur bakteria bermanfaat dalam usus
  • nilai anti-bakteria, kulat, virus, parasit dan toksin ‎
  • nilai anti-stres, mengurangkan tekanan perasaan dan keresahan ‎
  • nilai anti-impoten, kesuburan lelaki dan perempuan, menambah syahwat ‎
  • kesihatan mata, menghalang penyakit rabun dan cataracts
  • perlindungan organ-organ tubuh seperti ginjal dll. ‎
Kakadu Plum adalah buah dari alam semulajadi, kaya dengan vitamin C dan zat-zat makanan bio-aktif yang diperlukan untuk memelihara kesihatan dan kecantikan tubuh. Belum ada buah yang setanding dengannya dewasa ini. 

Kakadu Plum sangat masam dan perih. Memakannya secara mentah membuat mulut rasa terik ‎kekeringan. Namun, oleh kerana kandungan vitamin C yang begitu tinggi, dengan jaringan vitamin C kompleks menjadikan ia sangat dikehendaki. Kini semakin ‎memasuki pasaran baru dalam dunia kesihatan, dalam bentuk supplemen ‎serbuk/bubuk dan jus minuman yang sarat Vitamin C.

Berbagai olahan juga dilakukan, dalam berbagai resepi menarik, agar berselera di makan. Para pengeluar produk ‎menghasilkannya dalam bentuk jem, sos, perasa, kuih tart, ais cream, dan jus yang di adun ‎dengan buah-buahan lain. Ia kini terdapat di restoran-restoran, cafe-cafe dan juga ‎hotel.‎

Kakadu Plum juga menjadi bahan utama kepada produk kosmetik. Tambah pula, Autralia mengenakan peraturan yang ketat agar apa jua produk-produk yang dikeluarkan adalah bermutu dan diperakui oleh "Australian Certified Organic."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...