Fosforus | Tubuh Manusia
Fosforus - zat gizi ke-2 yang terbanyak di dalam tubuh manusia, selepas kalsium.
Kira-kira 80-90%, fosforus berada di dalam tulang dan gigi. Ia bersebati dengan kalsium menjadi kalsium fosfat; kalsium fosfat adalah bahan kristal hydroxyapatite yang berfungsi mengukuhkan tulang dan gigi.
Baki fosforus lainnya terdapat dalam darah, dalam cecair, di dalam dan persekitaran sel-sel, dalam tisu-tisu lembut dan organ-organ termasuk jantung, ginjal, otak, dan otot.
Fosforus memerlukan kalsium dan vitamin D bagi memastikan fungsinya berkesan.
Fosforus | Manfaat Kesihatan
Fosforus diperlu dan digunakan oleh setiap sel di dalam tubuh; untuk tumbesaran, pengawalan, pemeliharaan, dan baik-pulih sel-sel. Ia terlibat dalam hampir semua tindak-balas bio-kimia dan proses zat-zat kimia dalaman tubuh. Ia membantu zat-zat makanan lain, hormon, enzim dsbnya untuk berfungsi. Ia diperlukan untuk kesihatan dan keberkesanan sistem saraf, fungsi ginjal, dan penggunaan karbohaidrat, lemak, protein dan penghasilan tenaga.
Manfaat kesihatan fosforus terlalu banyak. Justru, kehadirannya perlu dititik-beratkan dalam permakanan harian.
1 Pembinaan Tulang. Fosforus amat mustahak untuk pembinaan dan pembentukan struktur tulang dan gigi, dan sangat penting untuk proses tumbesaran kanak-kanak. Bersebati dengan kalsium, fosforus berfungsi membina, membentuk dan memampatkan tulang dan gigi agar sempurna, sihat dan kukuh. Kalsium tidak mampu melakukannya sendiri, perlukan sebatian fosforus.
Pakar permakanan menasihatkan, kalsium dan fosforus perlu di ambil dalam nisbah seraksi bagi membina, membentuk, memelihara, dan memampatkan tulang dan gigi, dan membantu menghalang osteoporosis, osteomalacia, kerosakan gigi dan masalah gusi. Justru, pengambilan supplemen kalsium tanpa diiringi fosforus tidak akan memberi kesan positif kepada kesihaan tulang dan gigi sepertimana yang diharapkan.
2 Kewarasan Otak. Fosforus berada dalam setiap anggota tubuh, termasuk organ otak. Ia menjadi unsur yang aktif di dalam dan di persekitaran sel-sel otak. Ia mempunyai fungsi dan berpengaruh terhadap perkembangan otak. Otak memerlukan fosforus dalam kadar yang saksama untuk berdaya aktif dan berfungsi dengan waras dalam daya pemikiran, daya pemusatan dan daya ingatan yang baik dsbnya.
3 Pembinaan Protein. Fosforus merupakan salah satu elemen penting dalam pembinaan protein dalam tubuh. Ia membantu protein; membina, menghasil dan membaik-pulih sel, tisu, otot dan juga asid nukleik (DNA dan RNA). Fosforus, dalam bentuk fosfat, merupakan bahagian terpenting kepada DNA dan RNA.
4 Aktiviti Tenaga. Fosforus membantu penghasilan tenaga dengan cara meransang proses metabolisma berbagai zat makanan termasuk karbohaidrat dan lemak.
Fosforus juga penting kepada penghasilan ATP (Adenosine Tri Phosphate), iaitu sejenis molekeul yang digunakan oleh tubuh untuk menyimpan, mengalir dan membawa tenaga kepada berbagai sistem organ-organ. ATP merupakan sumber tenaga kepada berbagai aktiviti metabolisma dan enzim.
Fosforus juga menjadi sebahagian dari struktur phospholipids. Phospholipids adalah komponen utama yang menjadi struktur kepada semua selaput sel. Phospholipids bertanggungjawab mengendali penyerapan sel-sel, membantu menyerap lemak-lemak yang tidak mudah di serap dan juga kolesterol. Sel-sel hidup menggunakan fosfat untuk menghantar tenaga dalam bentuk ATP. Setiap tindak-tanduk sel-sel menggunakan tenaga dalam bentuk ATP.
Masalah kesihatan yang biasa; keletihan, kelesuan, kesakitan pada otot akibat dari olahraga berlebihan, lemah otot, lemah tenaga batin, kebas-kebas dsbnya boleh diatasi atau diringankan dengan pengambilan supplemen fosforus.
5 Baik-pulih Sel. Fosforus berperanan penting dalam semua aktiviti metabolisma sel-sel. Fosforus juga menyumbang kepada proses baik-pulih sel-sel tubuh yang mengalami tekanan harian. Ia melindungi dan mengukuhkan selaput-selaput sel. Ia memastikan sel-sel tubuh terpelihara baik dan kekal aktif untuk kesihatan keseluruhannya.
6 Kesaimbangan Hormon. Fosforus mustahak bagi menghasil dan mengawal kesaimbangan hormon dalam tubuh. Ia juga didapati meransang kelenjar-kelenjar mengeluarkan hormon, memelihara otot dan jantung menguncup dengan baik dan lancar.
Fosforus juga membantu memastikan hormon peranakan hadir dalam kadar yang mencukupi bagi memelihara kesuburan peranakan. Gejala menopaus dapat dikurangkan dengan kehadiran hormon peranakan yang dihasilkan melalui fosforus.
7 Fosforus Ber-asid. Fosforus menghasilkan fosfat untuk menstabilkan kandungan alkalin di dalam plasma darah. Dengan demikian, berperanan mengimbangi suasana dalaman tubuh (pH) antara asid dan alkalin.
8 Perkumuhan Sisa. Fosforus berperanan menyihatkan ginjal dengan cara mengkumuh bahan sisa dan toksin dalam bentuk cecair dikeluarkan melalui ginjal.
Fosforus juga berperanan mempercepat proses penghadaman. Ia mengaktifkan vitamin B-kompleks seperti B2 (riboflavin) dan B3 (niacin), menjadikan vitamin-vitamin tersebut sebagai enzim gandingan untuk melancar penghadaman. Fosforus bermanfaat bagi orang yang mengalami masalah penghadaman dan membantu merawat sembelit.
9 Tindakbalas Kimia. Fosforus bertindak sebagai faktor gandingan dalam beberapa tindak-balas kimia yang berlaku di dalam tubuh. Ia juga melancarkan penggunaan berbagai nutrien seperti iodine, vitamin D, zinc dan magnesium yang memasuki tubuh. Berkait-rapat dengan vitamin B, fosforus membantu penguncupan otot, memelihara denyut jantung yang normal, dan juga sebagai perantara kepada sistem saraf.
Fosforus | Dos Saranan
Tiada data dari Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan dos harian fosforus. Oleh itu, dos saranan (RDA) dari Lembaga Food & Nutrition dari Institute of Medicine USA dan National Academy of Sciences Kanada, menjadi rujukan terdekat (Rajah sebelah). Dos untuk warga Asia Tenggara sedikit berkurangan dari RDA, kerana struktur tubuh lebih kecil dan rendah dari warga Barat.
Fosforus | Kekurangan
Punca kekurangan fosforus, antaranya:
a) Kalsium, Besi dan Zinc. Penyerapan fosforus hanya kira-kira 50-70% berkesan, kerana fosforus cenderung bersebati dengan kalsium, besi dan zinc ketika dalam perut, dengan demikian fosforus kurang dapat di serap.
b) Kekacauan Genetik. Kegagalan menyerap fosfat, seperti yang terjadi kepada pesakit ricket yang menolak penyerapan vitamin D, berakibat kalsium kurang dapat di serap, dan fosforus menjadi berkurangan. Ini adalah sejenis kekacauan genetik bersifat kurang mampu menyerap dan mengguna vitamin D.
Kekurangan fosforus sangat jarang berlaku.
Gejala Kekurangan Fosforus:
a) Hypophosphatemia. Suatu keadaan di mana fosfat sangat kurang di serap ke dalam darah dan sel-sel. Gejala hypophosphatemia; saraf dan otot gagal berfungsi dengan baik kerana kekurangan ATP, tulang tidak kuat, hilang selera makan, dan kurang stamina untuk menjalani aktiviti harian.
b) Kemerosotan Tulang. Fosforus bertindak sepertimana kalsium dalam memberi kekuatan dan ketumpatan pada tulang dan gigi. Kekurangan fosforus boleh menyebabkan pembinaan dan pembentukan tulang kerangka kurang baik, hilang ketumpatan, rapuh, mudah retak, pembinaan gigi tidak sempurna, gigi mudah rosak, sakit sendi, kekejangan, dan berisiko osteomalacia, osteoporosis.dan rheumatism dan masalah-masalah tulang yang lain.
c) Gejala Lain. Kebas-kebas di beberapa bahagian tubuh terutama bahagian kaki dan tangan, kemurungan, gugup, tubuh susut dan hilang berat badan, tubuh pucat (anemia), dan bagi kanak-kanak akan terbantut tumbesaran.
Fosforus | Bahaya Lebihan
Punca lebihan fosforus, antaranya :
a) Pengambilan Makanan Tinggi Fosforus. Punca lebihan fosforus yang biasa berlaku ialah kerana terlalu banyak memakan bahan makanan yang mengandungi fosforus yang tinggi; seperti makanan dalam tin, makanan di proses, makanan segera, keju, daging, atau minuman ringan. Kebanyakan industri permakanan dan minuman menambah fosforus bagi memperpanjang jangka hayat makanan atau sebagai bahan perisa.
b) Kekurangan Kalsium atau Magnesium. Menurut lapuran dalam jurnal "American Medical Association," kekurangan kalsium atau magnesium boleh meninggikan kadar forfat di dalam darah. Kadar fosfat yang tinggi dalam darah seterusnya boleh mengganggu penyerapan kalsium, disertai pula dengan kurang permakanan yang mengandungi kalsium, sekiranya berlarutan akan meningkat risiko hilang ketumpatan tulang dan gigi, tekanan darah tinggi, dan kanser usus. Justru, terlalu banyak fosforus boleh menyebabkan ketidak-saimbangan zat-zat gizi utama, akan menghakis kalsium dari tulang, melemahkan tulang, mengakibatkan tulang menjadi tipis, rapuh dan mudah retak.
Gejala Lebihan Fosforus:
a) Hyperphosphatemia. Lebihan fosforus boleh menyebabkan hyperphosphatemia iaitu kadar fosfat yang tinggi di dalam darah. Hyperphosphatemia boleh berlaku pada orang yang mempunyai ginjal yang gagal berfungsi dengan baik. Ginjal yang sihat akan mengeluarkan lebihan fosforus dari dalam darah. Orang yang mengalamai penyakit atau masalah ginjal tidak mampu mengeluarkan fosforus yang berlebihan, kadar fosforus akan terus memekati darah, maka menghadapi risiko penyakit jantung dan masalah tulang dsbnya.
b) Tompokan Kalsium. Lebihan kalsium dan fosforus pula boleh menyebabkan tompokan kalsium dalam tisu-tisu lembut seperti paru-paru, jantung, otot, mata, saluran darah, dan juga ginjal. Keadaan ini akan menjejaskan kesihatan tubuh.
c) Gejala Lain. Terlalu banyak fosfat di dalam tubuh boleh menyebabkan cirit-birit, tisu dan organ-organ menjadi keras dan tidak anjal, dan menjejaskan kemampuan tubuh untuk menggunakan zat besi, kalsium, magnesium dan zinc.
Bagi menghindari kesan sampingan atau gejala lebihan fosforus, "Food & Nutrition Board of the Institute of Medicine" telah menentukan had maksima yang masih selamat - Tolerable Upper Intake Levels (ULs) sebagai garis panduan, sepertimana terdapat dalam Rajah di atas.
Fosforus | Sumber Makanan
Bahan makanan yang mengandungi kalsium dan protein yang tinggi, selalunya merupakan sumber fosforus. Sebagai panduan, seseorang yang memakan cukup protein dan kalsium, maka kadar fosforus yang diperlukan oleh tubuh berkemungkinan mencukupi.
Makanan yang tinggi fosforus terdiri dari:
Senarai makanan yang mengandungi fosforus yang tinggi:
#1: Lapisan Bran/Bekatul (Beras dan Oat) Bran Beras - fosforus paling tinggi 1677mg (168% DV) setiap 100 gm, 1979mg (198% DV) setiap cawan. Bran Oat - 690mg (69% DV) setiap secawan.
#2: Biji Labu, salai kering - fosforus 1172mg (117% DV) setiap 100gm, 2660mg (266% DV) setiap secawan.
Biji Tembikai/Semangka - 815mg (82% DV) setiap secawan.
#3: Biji Bunga Matahari - sumber magnesium dan vitamin E dll, fosforus 1158mg (116% DV) setiap 100 gm, 1552mg (155% DV) setiap secawan.
#4: *Bijiran - fosforus 1150mg (115% DV) setiap 100gm, 713mg (72% DV) setiap secawan.
#5: Wheat germ, salai kering - fosforus 1146mg (115% DV) setiap 100gm, 1295mg (129% DV) setiap secawan.
#6: Serbuk Whey - fosforus 932mg (93% DV) setiap 100 gm, 1351mg (135% DV) setiap secawan.
#7: *Keju banyak jenis, juga kaya dengan kalsium, fosforus 807mg (81% DV) setiap 100 gm.
#8: Bijian Bijan - juga kaya dengan kalsium, fosforus 774mg (77% DV) setiap 100 gm, 991mg (99% DV) setiap secawan.
#9: Serbuk Koko - fosforus 734mg (73% DV) setiap 100 gm, 631mg (63% DV) setiap secawan.
#10: Kacang Brazil - fosforus kacang Brazil 725mg (73% DV) setiap 100 gm, 500mg (125% DV) setiap secawan.
Biji gajus, kacang tanah, pistachio, walnut, dan hazelnut/kacang berangan juga kaya dengan fosforus.
#11: *Flaxseed juga kaya dengan kalsium, fosforus 642mg (64% DV) setiap 100gm, 1079mg (108% DV) setiap secawan.
#12: *Ikan Halibut/Ikan Sebelah - fosforus 285mg (29% DV) setiap 100 gm, 340mg (86% DV) setiap fillet/potongan (318 gm).
Ikan Salmon - fosforus 256mg (26% DV) setiap 100 gm, 788mg (39% DV) setiap fillet/potongan (308 gm).
#13: Tempe - fosforus 266mg (27% DV) setiap 100 gm, 442mg (44% DV) setiap secawan.
#14: *Kacang Dhal - fosforus 180mg (18% DV) setiap 100 gm, 356mg (36% DV) setiap secawan.
#15: *Yogurt (Tanpa Lemak) – fosforus 157mg (16% DV) setiap 100 gm, 385mg (38% DV) setiap secawan.
#16: *Milk (Tanpa Lemak/Skim) – fosforus 101mg (10% DV) setiap 100 gm, 247mg (25% DV) setiap secawan.
*Kandungan fosforus boleh berbeza antara berbagai jenama produk. Begitu juga dengan jenis bijiran, biji-bijian dan kekacang.
Bran/Bekatul Beras |

- Bijian, bijiran, kekacang dan juga produk yang dihasilkan darinya juga mengandungi fosforus yang tinggi; seperti beras, gandum, oat, bijiran, biji-bijian labu, bijian bunga matahari, bijian flaxseed, bijian bijan, almond/badam, kacang brazil, kaskas, termasuk ubi kentang, bawang putih dll.
- Susu (termasuk produk tenusu) dan daging, 2 kumpulan bahan makanan yang membekalkan fosforus yang tinggi. seperti daging lembu, kerbau, ikan, ayam, itik, telur, keju dll
Senarai makanan yang mengandungi fosforus yang tinggi:
#1: Lapisan Bran/Bekatul (Beras dan Oat) Bran Beras - fosforus paling tinggi 1677mg (168% DV) setiap 100 gm, 1979mg (198% DV) setiap cawan. Bran Oat - 690mg (69% DV) setiap secawan.
#2: Biji Labu, salai kering - fosforus 1172mg (117% DV) setiap 100gm, 2660mg (266% DV) setiap secawan.
Biji Tembikai/Semangka - 815mg (82% DV) setiap secawan.
#3: Biji Bunga Matahari - sumber magnesium dan vitamin E dll, fosforus 1158mg (116% DV) setiap 100 gm, 1552mg (155% DV) setiap secawan.
#4: *Bijiran - fosforus 1150mg (115% DV) setiap 100gm, 713mg (72% DV) setiap secawan.
#5: Wheat germ, salai kering - fosforus 1146mg (115% DV) setiap 100gm, 1295mg (129% DV) setiap secawan.
#6: Serbuk Whey - fosforus 932mg (93% DV) setiap 100 gm, 1351mg (135% DV) setiap secawan.
#7: *Keju banyak jenis, juga kaya dengan kalsium, fosforus 807mg (81% DV) setiap 100 gm.
#8: Bijian Bijan - juga kaya dengan kalsium, fosforus 774mg (77% DV) setiap 100 gm, 991mg (99% DV) setiap secawan.
#9: Serbuk Koko - fosforus 734mg (73% DV) setiap 100 gm, 631mg (63% DV) setiap secawan.
#10: Kacang Brazil - fosforus kacang Brazil 725mg (73% DV) setiap 100 gm, 500mg (125% DV) setiap secawan.
Biji gajus, kacang tanah, pistachio, walnut, dan hazelnut/kacang berangan juga kaya dengan fosforus.
#11: *Flaxseed juga kaya dengan kalsium, fosforus 642mg (64% DV) setiap 100gm, 1079mg (108% DV) setiap secawan.
#12: *Ikan Halibut/Ikan Sebelah - fosforus 285mg (29% DV) setiap 100 gm, 340mg (86% DV) setiap fillet/potongan (318 gm).
Ikan Salmon - fosforus 256mg (26% DV) setiap 100 gm, 788mg (39% DV) setiap fillet/potongan (308 gm).
#13: Tempe - fosforus 266mg (27% DV) setiap 100 gm, 442mg (44% DV) setiap secawan.
#14: *Kacang Dhal - fosforus 180mg (18% DV) setiap 100 gm, 356mg (36% DV) setiap secawan.
#15: *Yogurt (Tanpa Lemak) – fosforus 157mg (16% DV) setiap 100 gm, 385mg (38% DV) setiap secawan.
#16: *Milk (Tanpa Lemak/Skim) – fosforus 101mg (10% DV) setiap 100 gm, 247mg (25% DV) setiap secawan.
*Kandungan fosforus boleh berbeza antara berbagai jenama produk. Begitu juga dengan jenis bijiran, biji-bijian dan kekacang.
No comments:
Post a Comment