Minyak pati kayu manis, disebut juga minyak atsiri kayu manis atau cinnamon essential oil.
Minyak pati kayu manis selalunya di ekstrak dari kulit dan juga daun pohon kayu manis.
Kedua-dua minyak pati dari kulit dan daun mengandungi bahan kimia utama: "cinnamon aldehyde" (cinnam aldehyde) dan "eugenol". Minyak pati dari kulit kayu manis mengandungi lebih banyak bahan kimia cinnamon aldehyde dari eugenol. Manakala minyak pati dari daunnya mengandungi lebih banyak bahan kimia eugenol dari cinnamon aldehyde. Kedua-dua minyak pati dari kulit dan daun juga mengandungi kira-kira 43 jenis bahan kimia lain; seperti anethole, benz aldehyde, benzyl benzoate, beta-caryophyllene, carophyllene, cinnam tannin, cymene, ethyl cinnamate, eugenol acetate, linalool, methyl amyl ketone, methyl chavicol, nonyl aldehyde, phellandrene, pinene dll.
Bau aroma yang harum semerbak tapi menyengat dari kulit kayu manis adalah disebabkan bahan kimia cinnamon aldehyde dan juga eugenol.
Manfaat Minyak Pati Kayu Manis
1 Anti-Kuman. Minyak pati kayu manis adalah anti-kuman (mikrob, bacteria, kulat, parasit, virus dll) yang sangat berkesan. Minyak ini boleh digunakan sebagai penghapus kuman pada sebarang jangkitan, di dalam atau di luar tubuh.
Mampu menghalang pertumbuhan dan pembiakan, sekaligus menghapus kuman, termasuk kulat “candida albicans” yang sering mendatangkan jangkitan pada kulit, rongga mulut, penyakit keputihan pada alat kelamin wanita, gatal-gatal pada alat kelamin lelaki, keradangan pada bahagian sudut paha, tangan, jari-jemari dan dubur. Kulat “candida albicans” juga penyebab kepada kecemaran makanan, atau cepat basi.
Ia juga berkesan menghapus bakteria “Escherichia coli” dan “helicobacter pylori”, bakteria yang menyebabkan gastric, ulser dan kanser pada usus. Juga bermanfaat menghapus bakteria yang menyebabkan cirit-birit.
Minyak kayu manis juga dapat merawat sebarang jangkitan pada saluran-saluran yang berhubungan dengan pundi air kencing.
*Beberapa titis minyak pati kayu manis ke dalam makanan dapat melindungi makanan dari dicemari oleh bakteria dan kulat. Dan beberapa titis juga boleh menjadi bahan pengawet makanan.
2 Anti-Darah Beku (Platelet). Bahan kimia cinnam aldehyde di dalam minyak pati kayu manis bersifat anti-darah beku. Ia adalah bahan aktif yang dapat menghalang darah dari menjadi “platelet” (pekat, membeku dan bertompok) di dalam pembuluh darah. Platelet, sekiranya terlalu banyak di dalam saluran darah, akan mengganggu kelancaran aliran darah.
Bahan kimia cinnam aldehyde mencairkan darah, melancarkan pengaliran darah di dalam tubuh, seterusnya menambah lebih banyak bekalan oxygen kepada sel-sel, sangat baik bagi mengurangkan tekanan darah tinggi dan mempercepatkan kadar metabolisma tubuh. Aliran darah yang lancar di dalam tubuh adalah penting bagi menghindar dari komplikasi arteri dan vein dan juga mengelaki dari serangan jantung.
3 Pengawalan Kandungan Gula & Penyakit Kencing Manis. Sejenis lagi bahan kimia organik yang aktif di dalam minyak pati kayu manis ialah “methyl hydroxychalcone polymer” (MHCP). Minyak kimia ini sangat berkesan meningkat kemampuan insulin untuk memecahkan lemak menjadi glukos, mempercepat pengeluaran glukos dari tubuh dan mengawal kandungan gula di dalam darah, dan juga menurunkan kadar kolestrol di dalam darah.
4 Anti-Oksidan. Kayu manis mengandungi nilai-nilai anti-oksidan yang sangat tinggi (nilai ORAC “Oxygen radical absorbance capacity” pada kulit kayu manis ialah 267536 TE "trolox equivalents"), bererti melebihi beberapa ratus kali ganda dari epal umpamanya. Dan jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan halia, buah pala, vanilla, pengawet makanan BHA (butylated hydroxyanisole), BHT (butylated hydroxytoluene), and propyl gallate.
Nilai-nilai anti-oksidan juga terdapat dalam minyak kayu manis berkesan mengawal ketularan radikal bebas yang sentiasa mengancam sel-sel tubuh yang sempurna. Radial bebas boleh merosakkan sel-sel, tisu-tisu dan otot-otot. Ia menjadi penyebab utama kepada berbagai jenis penyakit, memarahkan lagi penyakit yang sedang dihidapi; seperti penyakit jantung, infeksi, tumor, kanser, penyakit mata (seperti katarak dan glukoma), penyakit kulit (seperti alergi dan dermatitis) dll. Radikal bebas juga mempercepatkan proses penuaan.
5 Mengurangkan Kesakitan Radang Sendi dan Arthritis. Bahan kimia cinnamonaldehyde dalam minyak kayu manis mempunyai ciri-ciri anti-keradangan, melegakan urat saraf, dan menyegarkan tubuh. Ia sering digunakan bagi melegakan kesakitan pada radang sendi, dan ketegangan tisu-tisu dan otot-otot. Samada minyak dari kulit atau daun kayu manis, kedua-duanya sangat baik digunakan untuk aromaterapi.
6 Aroma Menyegarkan Fungsi Otak. Keharuman rempah atau minyak kayu manis menyegar dan mencerdaskan fungsi otak. Boleh meningkatkan proses pembelajaran, pemahaman, pengecaman, pemusatan dan ingatan seseorang. Justru, rempah kayu manis adalah baik untuk orang yang menderita nyanyuk.
Perhatian Penggunaannya!
(1) Aromaterapi, Perlu Di campur Dengan Minyak Asasi. Setengah produk minyak kayu manis tidak bertujuan untuk di makan, hanya sebagai minyak urutan aromaterapi. Hanya beberapa titis minyak pati kayu manis di campur dengan minyak asasi lain seperti minyak argan dll. Pati minyak kayu manis jangan sekali-kali lansung di sapu kepada kulit. Kerana kesannya terlalu kuat, boleh menyebabkan kulit terbakar atau keradangan melampau. Sekiranya berlebihan boleh mengganggu saraf di dalam tubuh.
(2) Permakanan, Perlu Di campur Dengan Minyak Asasi. Terdapat juga minyak pati manis untuk di makan. Kaedah campuran yang sama terpakai, hanya beberapa titis minyak pati kayu manis di campur dengan minyak asasi lain seperti minyak zaitun. Kaedah campuran yang di kira selamat, iaitu 1% minyak pati kayu manis di campur dengan minyak asasi lain.
(3) Wanita Hamil. Di larang wanita yang sedang hamil memakan minyak pati kayu manis, kerana dikhuatiri akan menyebabkan keguguran. Lebih baik dijauhi agar tidak menyesal.
(4) Coumarin. Bahan kimia coumarin yang terkandung di dalam minyak pati kayu manis, jika terlalu banyak di makan melalui rempah kayu manis atau minyak, dikhuatiri akan menyebabkan kerosakan pada organ hati.
(5) Ubat Pencair Darah. Kayu manis baik sebagai pencair darah. Bagi orang yang sedang mengambil ubat-ubatan mencairkan darah, adalah lebih baik tidak memakan rempah atau minyak kayu manis.
(6) Masalah Jantung. Bagi sesiapa yang mengalami masalah jantung, rempah atau minyak kayu manis dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan denyut jantung lebih cepat, dan keadaan ini boleh menganggu kesihatan jantung.

No comments:
Post a Comment