Vitamin D (Calciferol)
Vitamin D adalah 2 dari 5 jenis vitamin steroid yang terdiri dari vitamin D1, D2, D3, D4, D5.
D2 dan D3 boleh di perdapat melalui bahan-bahan makanan dan supplemen. Banyak terkandung di dalam minyak ikan atau jenis ikan-ikan berlemak. D3 tidak semata-mata bergantung pada permakanan, mampu dihasilkan oleh kulit tubuh. D3 ialah cholecalciferol yang terdiri dari 7-dehydrocholesterol. Terhasil secara photo-kimia di dalam kulit, apabila 7-dehydrocholesterol bertindak-balas kepada sinaran ultraviolet B (UVB) dari matahari pada gelombang 270-300 nm. D3 ialah vitamin cahaya matahari.
Apabila vitamin D di serap ke dalam darah, ia mengalir bersama aliran darah menuju ke organ hati. Dalam organ hati ia di tukar menjadi prohormon calcidiol. Calcidiol kemudian di edar keseluruh tubuh melalui aliran darah. Sampai ke ginjal, calcidiol di hasil menjadi calcitriol, sebahagiannya dihasilkan pula menjadi cytokine (salah satu senjata sistem kekebalan tubuh). Calcitriol yang lainnya kemudian beredar dan berligar sebagai hormon kepada beberapa organ tubuh seperti otak, jantung, organ-organ peranakan, prostat, payudara, usus dll. Catritriol juga mengendali dan mengawal kepekatan kalsium dan phosphat dalam aliran darah, mempertingkat pertumbuhan dan tumbesaran, ketumpatan dan pembentukan tulang-tulang dll. Vitamin D memang terlibat dalam berbagai fungsi penting di dalam tubuh.
Dos Saranan Harian
Dos saranan harian bagi warga Asia Tenggara, khususnya Malaysia, adalah kira-kira separuh dari saranan RDA, USA untuk negara-negara Barat. Ini disebabkan iklim tropika khatulistiwa, kaya dengan cahaya matahari. Warga Asia Tenggara sentiasa terdedah kepada cahaya matahari.
Vitamin D adalah terserap lemak. Lebihannya akan tersimpan di dalam tisu-tisu tubuh, dan dipergunakan ketika tubuh memerlukannya.
Pengambilan supplemen vitamin D dalam dos mega terlalu tinggi boleh menyebabkan keracunan (hypervitaminosis D). Vitamin D dos mega akan membenarkan tubuh menyerap kalsium terlalu banyak. Lama kelamaan boleh mengundang risiko sakit jantung, batu karang dalam ginjal, kerosakan ginjal, fikiran bercelaru, sukar peruturan/gagap, pergerakan tak stabil, keletihan melampau dan berbagai masalah kesihatan lain. Justru, dos mega vitamin D melalui supplemen boleh memudaratkan kesihatan.
Dedahan lama pada cahaya matahari tidak mengakibatkan hypervitaminosis D. Keadaan ini disebabkan cahaya UVB yang menghasilkan vitamin D di dalam kulit, di suatu tahap sebaliknya akan meruntuh dan mengurangkan vitamin D. Maka, agak mustahil dedahan lama pada cahaya matahari akan mengakibatkan hypervitaminosis D.
Vitamin D Untuk Kesihatan
Beberapa kajian sains dan klinikal mendapati vitamin D bukan sahaja bermanfaat memampatkan struktur tulang kerangka melalui penyerapan kalsium dan phosphorus, tetapi memiliki berbagai fungsi lain yang begitu penting untuk kesihatan.
1 Kesihatan Tulang. Vitamin D berperanan utama mempertingkat penyerapan kalsium dan phosphorus ke dalam tubuh. Kalsium dan phosphorus penting bagi pembinaan, pembentukan, pemampatan tulang-tulang kerangka dan tulang-tulang lain agar sempurna. Vitamin D yang mencukupi sangat perlu, juga dikaitkan dengan pertumbuhan rambut dan bulu yang sihat.
Kekurangan vitamin D (hypovitaminosis D) boleh menimbulkan berbagai gejala pada pembentukan tulang-tulang di dalam tubuh; seperti osteoporosis, osteomalacia, rickets dan hypocalcemic tetany.
Dalam kes penyakit-penyakit “autoimmuniti”, seperti rheumatoid arthritis, penyakit Crohns, multiple sclerosis, kencing manis, penyakit Parkinson dan Alzheimer dll., keadaan timbul di mana sel-sel T gagal mengenal bahagian tubuh sendiri, menyangkanya sebagai anasir asing, menyebabkan ia bertindak menyerang sel-sel dan tisu-tisu tubuh sendiri. Namun, vitamin D (calcitriol) mampu berfungsi mengurangkan tindakan sel-sel T dari menyerang sel-sel dan tisu-tisu tubuh sendiri, dan menghalang rebakan sel-sel T yang dikerahkan untuk autoimmunity. Calcitriol juga mengurangkan peranan sel-sel B (sejenis sel pemusnah dari sistem kekebalan) dari menghasilkan kimia untuk memusnahkan sel-sel dan tisu-tisu tubuh sendiri.
Sebaliknya, dos mega yang keterlaluan vitamin D pula boleh menyebabkan “hypercalcemia” iaitu terlalu banyak kalsium dalam darah. Hypercalcemia sewaktu kehamilan boleh menyebabkan sindrom kecacatan otak dan wajah pada bayi.
Dinasihatkan bagi wanita yang hamil atau yang sedang menyusu anak, jika pengambilan vitamin D melalui supplemen, langkah yang wajar dan selamat ialah menuruti dos saranan RNI seperti di dalam rajah di atas.
5 Vitamin D dan Kanser. Kekurangan vitamin D sering berlaku pada pesakit kanser. Orang yang cukup vitamin D mempunyai risiko tipis mengidap kanser, jika dibandingkan dengan mereka yang kekurangan vitamin D.
Vitamin D melindungi sel-sel dari beban oksidasi. Vitamin D berhubung dengan sejenis gene bagi meningkatkan aktiviti dan penghasilkan enzim. Enzim ini membersihkan bahan-bahan sel DNA yang telah rosak akibat dari radikal bebas. Dengan pertambahan vitamin D sebanyak 1,000 IU/25 mg setiap hari (dos warga Barat) boleh mengurangkan 50-60% risiko kanser usus, 30% kanser payudara dan rahim, sebanyak 400 IU/hari mengurangkan 43% risiko kanser pancreas, bagi bukan perokok. Demikian menurut kajian disiarkan dalam International Journal of Cancer, dos tersebut sesuai untuk warga Barat.
Tekanan jiwa yang meresahkan di usia tua juga dikaitkan dengan kekurangan vitamin D. Pengambilan lebihan dos vitamin D dan kalsium, dan banyak dedahan pada cahaya matahari mungkin lebih baik dari rawatan melalui ubat-ubatan yang mempunyai kesan negatif pada jangkamasa panjang.
Kanak-kanak yang lembab otak atau terencat akal juga dikaitkan dengan kekurangan vitamin D. Perkara ini masih dalam kajian dan belum muktamad.
7 Vitamin D dan Batuk Kering(TB/Tuberculosis). Dos tinggi vitamin D3 membantu pesakit TB (batuk kering) pulih dengan lebih cepat. Tambahan vitamin D bersama dengan ubat-ubatan anti-biotik yang selalu diberikan kepada pesakit batuk kering bagi menghapus mycobacterium tuberculosis (bakteria yang menyebabkan penyakit TB/batuk kering), berperanan melambatkan timbul keradangan dalam paru-paru, dan menyembuhkan sebarang kerosakan dengan lebih cepat. Demikian menurut kajian dari Queen Mary, University of London, dilapurkan dalam “the Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS)" 2012.
8 Vitamin D dan Penyakit Berpunca Dari Pengaliran Darah. Kekurangan vitamin D meninggikan risiko penyakit saluran darah arteri (PAD- peripheral artery disease), saluran darah yang berhubungan dengan jantung, serangan jantung dan kematian pada usia muda.
9 Vitamin D dan Radiasi Rendah. Calcitriol, jenis vitamin D yang aktif, berkesan melindungi dari radiasi nuklear yang rendah. Calcitriol juga sebagai ejen yang menghalang kerosakan pada DNA dan menghentikan rebakan sel-sel rosak yang boleh mengakibatkan kanser.
10 Vitamin D dan Masalah Berat Badan. Pengambilan dos tambahan vitamin D dapat menurunkan kadar lemak di dalam tubuh, terutama pada bahagian bawah perut (abdomen) yang sering dikaitkan dengan risiko penyakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Masih banyak kajian sedang giat dijalankan oleh para pakar sains perubatan dan permakanan bagi menyingkap berbagai manfaat vitamin D yang lainnya.
Sumber Vitamin D
Sumber terbesar vitamin D ialah cahaya matahari. Tubuh manusia memerlukan 10-15 minit dedahan kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu. Orang berkulit gelap/hitam memerlukan dedahan lebih masa (melebihi 15-30 minit setiap hari) dari yang berkulit putih/cerah.
Vitamin D adalah 2 dari 5 jenis vitamin steroid yang terdiri dari vitamin D1, D2, D3, D4, D5.
- vitamin D1 - molekeul dari gabungan ergocalciferol dan lumisterol.
- vitamin D2 - ergocalciferol, terhasil dari ergosterol (terhasil dari tindak-balas dengan cahaya matahari/UVB).
- vitamin D3 - cholecalciferol, terdiri dari 7-dehydrocholesterol (terhasil dari tindak-balas dengan cahaya matahari/UVB).
- vitamin D4 - 22-dihydroergocalciferol.
- vitamin D5 - sitocalciferol (terdiri dari 7-dehydrositosterol).
D2 dan D3 boleh di perdapat melalui bahan-bahan makanan dan supplemen. Banyak terkandung di dalam minyak ikan atau jenis ikan-ikan berlemak. D3 tidak semata-mata bergantung pada permakanan, mampu dihasilkan oleh kulit tubuh. D3 ialah cholecalciferol yang terdiri dari 7-dehydrocholesterol. Terhasil secara photo-kimia di dalam kulit, apabila 7-dehydrocholesterol bertindak-balas kepada sinaran ultraviolet B (UVB) dari matahari pada gelombang 270-300 nm. D3 ialah vitamin cahaya matahari.
Apabila vitamin D di serap ke dalam darah, ia mengalir bersama aliran darah menuju ke organ hati. Dalam organ hati ia di tukar menjadi prohormon calcidiol. Calcidiol kemudian di edar keseluruh tubuh melalui aliran darah. Sampai ke ginjal, calcidiol di hasil menjadi calcitriol, sebahagiannya dihasilkan pula menjadi cytokine (salah satu senjata sistem kekebalan tubuh). Calcitriol yang lainnya kemudian beredar dan berligar sebagai hormon kepada beberapa organ tubuh seperti otak, jantung, organ-organ peranakan, prostat, payudara, usus dll. Catritriol juga mengendali dan mengawal kepekatan kalsium dan phosphat dalam aliran darah, mempertingkat pertumbuhan dan tumbesaran, ketumpatan dan pembentukan tulang-tulang dll. Vitamin D memang terlibat dalam berbagai fungsi penting di dalam tubuh.
Dos Saranan Harian
Dos saranan harian bagi warga Asia Tenggara, khususnya Malaysia, adalah kira-kira separuh dari saranan RDA, USA untuk negara-negara Barat. Ini disebabkan iklim tropika khatulistiwa, kaya dengan cahaya matahari. Warga Asia Tenggara sentiasa terdedah kepada cahaya matahari.
Vitamin D adalah terserap lemak. Lebihannya akan tersimpan di dalam tisu-tisu tubuh, dan dipergunakan ketika tubuh memerlukannya.
Pengambilan supplemen vitamin D dalam dos mega terlalu tinggi boleh menyebabkan keracunan (hypervitaminosis D). Vitamin D dos mega akan membenarkan tubuh menyerap kalsium terlalu banyak. Lama kelamaan boleh mengundang risiko sakit jantung, batu karang dalam ginjal, kerosakan ginjal, fikiran bercelaru, sukar peruturan/gagap, pergerakan tak stabil, keletihan melampau dan berbagai masalah kesihatan lain. Justru, dos mega vitamin D melalui supplemen boleh memudaratkan kesihatan.
Dedahan lama pada cahaya matahari tidak mengakibatkan hypervitaminosis D. Keadaan ini disebabkan cahaya UVB yang menghasilkan vitamin D di dalam kulit, di suatu tahap sebaliknya akan meruntuh dan mengurangkan vitamin D. Maka, agak mustahil dedahan lama pada cahaya matahari akan mengakibatkan hypervitaminosis D.
Vitamin D Untuk Kesihatan
Beberapa kajian sains dan klinikal mendapati vitamin D bukan sahaja bermanfaat memampatkan struktur tulang kerangka melalui penyerapan kalsium dan phosphorus, tetapi memiliki berbagai fungsi lain yang begitu penting untuk kesihatan.
1 Kesihatan Tulang. Vitamin D berperanan utama mempertingkat penyerapan kalsium dan phosphorus ke dalam tubuh. Kalsium dan phosphorus penting bagi pembinaan, pembentukan, pemampatan tulang-tulang kerangka dan tulang-tulang lain agar sempurna. Vitamin D yang mencukupi sangat perlu, juga dikaitkan dengan pertumbuhan rambut dan bulu yang sihat.
Kekurangan vitamin D (hypovitaminosis D) boleh menimbulkan berbagai gejala pada pembentukan tulang-tulang di dalam tubuh; seperti osteoporosis, osteomalacia, rickets dan hypocalcemic tetany.
- Osteoporosis, Osteomalacia, Hypocalcemic Tetany. Osteoporosis ialah rapuh dan kurang ketumpatan tulang. Osteomalacia ialah tulang tipis, otot lemah, sakit dan sengal pada tulang-tulang kerangka dan otot-otot. 2 jenis penyakit yang sering melanda warga berusia. Hypocalcemic tetany ialah keadaan di mana pengidapnya akan sering mengalami kekejangan atau "cramp" pada tangan dan kaki, pada peti suara (larynx), saraf otak - pergerakan menjadi terlalu aktif/lipas kudung. Vitamin D melancar penyerapan kalsium bagi memperteguh tulang, dengan demikian membantu menghalang dari osteoporosis, osteomalacia, dan hypocalcemic tetany. Justru, vitamin D sangat baik bagi warga berusia, yang kurang senaman atau berolahraga, dan wanita yang sudah menopaus.
- Rickets. Rickets adalah sejenis penyakit yang berkemungkinan dialami oleh kanak-kanak sewaktu sedang membesar. Tanda-tandanya; tumbesaran terbantut, cacat pembentukan tulang-tulang panjang, tulang-tulang tidak kukuh, tipis, gigi mudah rosak atau tanggal. Keadaan ini disebabkan oleh kekurangan vitamin D, kalsium, dan phosphorus. Bekalan vitamin D yang mencukupi melalui permakanan boleh menghalang penyakit rickets pada kanak-kanak.
Dalam kes penyakit-penyakit “autoimmuniti”, seperti rheumatoid arthritis, penyakit Crohns, multiple sclerosis, kencing manis, penyakit Parkinson dan Alzheimer dll., keadaan timbul di mana sel-sel T gagal mengenal bahagian tubuh sendiri, menyangkanya sebagai anasir asing, menyebabkan ia bertindak menyerang sel-sel dan tisu-tisu tubuh sendiri. Namun, vitamin D (calcitriol) mampu berfungsi mengurangkan tindakan sel-sel T dari menyerang sel-sel dan tisu-tisu tubuh sendiri, dan menghalang rebakan sel-sel T yang dikerahkan untuk autoimmunity. Calcitriol juga mengurangkan peranan sel-sel B (sejenis sel pemusnah dari sistem kekebalan) dari menghasilkan kimia untuk memusnahkan sel-sel dan tisu-tisu tubuh sendiri.
- Kencing Manis Jenis I. Salah satu dari penyakit autoimmuniti. Jenis I tidak menolak insulin sepertimana Jenis II. Jenis I berlaku kerana insulin yang menghasilkan sel-sel B dalam pancreas memusnahkan sel-sel dan tisu-tisu tubuh sendiri. Vitamin D bertindak mengurangkan kemusnahan sendiri yang dilakukan oleh sel-sel B. Kencing Manis Jenis I bermula sejak usia kanan-kanak lagi. Bekalan vitamin D yang mencukupi pada kanak-kanak mengurangkan risiko Kencing Manis Jenis 1 apabila dewasa kelak.
- Multiple Sclerosis (MS). MS ialah penyakit autoimmuniti yang memberi kesan buruk kepada otak dan tulang belakang (sistem saraf pusat). MS timbul apabila sel-sel pemusnah dari sistem kekebalan tubuh menyerang dan menghapus perlindungan/benteng yang melindungi serat saraf sendiri, seolah-olah ianya adalah unsur asing atau jangkitan. Vitamin D mampu mengurangkan risiko MS.
- Rheumatoid Arthritis. Juga salah satu dari penyakit autoimmuniti. Wanita yang mengambil dos tinggi vitamin D dalam 400 IU/hari (dos warga Barat), berkurangan 30% risiko mendapat rheumatoid arthritis, demikian menurut kajian yang dilapurkan dalam jurnal Arthritis and Rheumatism (University of Alabama, Birmingham, USA).
- Asma, sejenis penyakit yang bergejala jangka panjang. Pernafasan menjadi sukar disebabkan radang dan bengkak pada ada organ-organ pernafasan, saluran pernafasan menjadi sempit. Kebanyakan pesakit di rawat dengan tablet steroid, yang boleh mendatangkan kesan negatif pada jangkamasa panjang. Setengah pesakit asma, sistem tubuhnya menolak steroid, menjadikan hampir mustahil untuk di rawat. Keadaan ini membuka ruang kepada serangan asma berulang kali, dan berulang kali terpaksa dimasukkan ke hospital. Apabila parah, boleh mengancam nyawa. Vitamin D mengurangkan keparahan dan menghalang berulang serangan asma (kajian dari Harvard Medical School). Vitamin D juga menghalang penghasilan “interleukin”. Interleukin ialah sejenis unsur pemusnah dari sistem kekebalan tubuh yang melindungi tubuh dari jangkitan, tetapi mengurangkan keberkesanan steroid sekaligus serangan asma menjadi lebih parah. Apabila penghasilan interleukin dapat dikurangkan oleh vitamin D, steroid dapat berfungsi dengan lebih berkesan. Keadaan ini sesuai bagi pesakit asma yang menolak steroid, lebih selamat sebagai rawatan tambahan kepada ubat-ubatan.
Sebaliknya, dos mega yang keterlaluan vitamin D pula boleh menyebabkan “hypercalcemia” iaitu terlalu banyak kalsium dalam darah. Hypercalcemia sewaktu kehamilan boleh menyebabkan sindrom kecacatan otak dan wajah pada bayi.
Dinasihatkan bagi wanita yang hamil atau yang sedang menyusu anak, jika pengambilan vitamin D melalui supplemen, langkah yang wajar dan selamat ialah menuruti dos saranan RNI seperti di dalam rajah di atas.
5 Vitamin D dan Kanser. Kekurangan vitamin D sering berlaku pada pesakit kanser. Orang yang cukup vitamin D mempunyai risiko tipis mengidap kanser, jika dibandingkan dengan mereka yang kekurangan vitamin D.
Vitamin D melindungi sel-sel dari beban oksidasi. Vitamin D berhubung dengan sejenis gene bagi meningkatkan aktiviti dan penghasilkan enzim. Enzim ini membersihkan bahan-bahan sel DNA yang telah rosak akibat dari radikal bebas. Dengan pertambahan vitamin D sebanyak 1,000 IU/25 mg setiap hari (dos warga Barat) boleh mengurangkan 50-60% risiko kanser usus, 30% kanser payudara dan rahim, sebanyak 400 IU/hari mengurangkan 43% risiko kanser pancreas, bagi bukan perokok. Demikian menurut kajian disiarkan dalam International Journal of Cancer, dos tersebut sesuai untuk warga Barat.
- Kanser Payudara. Hampir semua jenis kanser payudara menunjukkan vitamin D mempengaruhi struktur sel-sel epithelia. Sel-sel epithelia terbentuk dari bahan yang dikenali sebagai E-cadherin. E-cadherin terdiri kebanyakannya dari vitamin D dan kalsium. Apabila kurang vitamin D di dalam tubuh, struktur epithelia akan runtuh. Sel-sel yang runtuh akan bercambah sendiri. Apabila percambahan menjadi tidak terkawal, akibatnya akan timbul kanser. Bagi yang mengidap kanser, dengan pertambahan dos vitamin D, E-cadherin akan kembali segar dan sel-sel epithelia kembali terbentuk. Keadaan ini dapat menghentikan percambahan sel-sel yang runtuh. Perkembangan kanser dapat diperlambatkan, dan sistem kekebalan tubuh dapat menyusul berfungsi dengan berkesan. Demikian menurut kajian dari University of California's San Diego Moores Cancer Center.
Tekanan jiwa yang meresahkan di usia tua juga dikaitkan dengan kekurangan vitamin D. Pengambilan lebihan dos vitamin D dan kalsium, dan banyak dedahan pada cahaya matahari mungkin lebih baik dari rawatan melalui ubat-ubatan yang mempunyai kesan negatif pada jangkamasa panjang.
Kanak-kanak yang lembab otak atau terencat akal juga dikaitkan dengan kekurangan vitamin D. Perkara ini masih dalam kajian dan belum muktamad.
7 Vitamin D dan Batuk Kering(TB/Tuberculosis). Dos tinggi vitamin D3 membantu pesakit TB (batuk kering) pulih dengan lebih cepat. Tambahan vitamin D bersama dengan ubat-ubatan anti-biotik yang selalu diberikan kepada pesakit batuk kering bagi menghapus mycobacterium tuberculosis (bakteria yang menyebabkan penyakit TB/batuk kering), berperanan melambatkan timbul keradangan dalam paru-paru, dan menyembuhkan sebarang kerosakan dengan lebih cepat. Demikian menurut kajian dari Queen Mary, University of London, dilapurkan dalam “the Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS)" 2012.
8 Vitamin D dan Penyakit Berpunca Dari Pengaliran Darah. Kekurangan vitamin D meninggikan risiko penyakit saluran darah arteri (PAD- peripheral artery disease), saluran darah yang berhubungan dengan jantung, serangan jantung dan kematian pada usia muda.
9 Vitamin D dan Radiasi Rendah. Calcitriol, jenis vitamin D yang aktif, berkesan melindungi dari radiasi nuklear yang rendah. Calcitriol juga sebagai ejen yang menghalang kerosakan pada DNA dan menghentikan rebakan sel-sel rosak yang boleh mengakibatkan kanser.
10 Vitamin D dan Masalah Berat Badan. Pengambilan dos tambahan vitamin D dapat menurunkan kadar lemak di dalam tubuh, terutama pada bahagian bawah perut (abdomen) yang sering dikaitkan dengan risiko penyakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Masih banyak kajian sedang giat dijalankan oleh para pakar sains perubatan dan permakanan bagi menyingkap berbagai manfaat vitamin D yang lainnya.
Sumber Vitamin D
Minyak Ikan, Dr Mercola |
Vitamin D terserap lemak, bermakna penyerapannya perlu makanan yang berlemak. Sumber terbaik vitamin D asli dan semulajadi ialah minyak ikan, dan cod liver oil.
Vitamin Sintetik Dalam Minyak Ikan dan Cod Liver Oil. Banyak jenama yang di jual di pasaran. Terdapat produk minyak ikan dan cod liver oil yang di proses menyingkir semua kandungan vitamin A dan D didalamnya lalu diganti dengan vitamins A dan D sintetik. Produk-produk ini perlu dihindari kerana terdapat bukti-bukti vitamin A dan D sintetik menyumbang kepada keracunan dan menimbulkan gejala kesihatan lain dan kecacatan pada bayi sewaktu membesar dalam kandungan.
Minyak Ikan, Syarikat Xtend-Life New Zealand |
Produk yang berkualiti harus suci-bersih dan melalui proses saringan bagi menyingkir sebarang kecemaran dan logam beracun. Supplemen Minyak Ikan dari Dr Mercola dan Super Omega-3 dari Syarikat Xtend-Life, New Zealand mungkin pilihan yang selamat. Produk-produk ini mengutamakan keaslian, ketulenan, kesucian. Pembuatannya dipercayai menurut mutu piawaian, pengawalan dan peraturan yang lebih terjamin, menjadikan kualiti supplemen ini antara yang terbaik, jauh lebih baik dari piawaian US, FDA.
Sumber-sumber vitamin D dari bahan makanan lain: jenis ikan yang berlemak, hati lembu, daging merah, keju, telur merah, telur ikan, jenis-jenis tiram, dan juga cendawan, dan produk tenusu dan tepung yang diperkaya nutrien.
No comments:
Post a Comment