Apakah Penyakit Rosacea?
Rosacea adalah sejenis penyakit kulit; muncul bintik-bintik merah, berjerawat dan membengkak pada bahagian muka/wajah, kening, leher, kelopak mata dan kulit kepala.
Penyakit ini tidak tidak merbahaya. Cuma penderita penyakit ini melalui hari-hari yang gusar. Rasa malu bersosial, lebih menghindar dan menyendiri. Perasaan juga tertekan. Pada penderita rosacea yang parah, mungkin hilang kepercayaan diri di dalam pergaulan.
Ubat, 'cream' atau 'lotion' jerawat merawat untuk sementara. Rosacea akan muncul kembali ! Syukur jika tidak mengalaminya !
Penyakit Rosacea ada 4 jenis. Ada yang menderita lebih dari satu (1) jenis yang tersebut di bawah ini:
Erythematotelangiectatic rosacea: Wajah kemerah-merahan dipenuhi lapisan darah di bawah kulit. Urat-urat darah halus jelas kelihatan di raut wajah. Kekadang wajah gatal dan rimas bila terdedah kepada sinaran matahari.
Papulopustular rosacea: Wajah penuh bintik-bintik merah, bengkak merebak mengandungi nanah yang akan pecah dan terawat dalamasa seminggu. Wajah selalu berminyak.
Phymatous rosacea: Bintik-bintik merah berjerawat dan merebak, kulit wajah menjadi tebal, menggerutu, bengkak mengembang di bahagian hidung. Boleh merebak hingga ke pipi, dahi, dagu, kelopak mata, telinga, leher, hingga ke kulit kepala. Urat-urat darah halus jelas di raut wajah. Wajah berminyak.
Ocular rosacea: Kelopak mata kemerah-merahan, berbintik-bintik, rasa gatal dalam dan sekitar kelopak mata seolah-olah ada yang bergerak di bola-bola mata, mata kekeringan. Sentiasa merasa tidak selesa.
Apakah Penyebabnya?
Pakar/ahli perubatan tidak past penyebab sebenar penyakit Rosacea. Penyakit ini lebih cenderung di alami oleh orang yang berkulit putih atau kemerahan wajahnya apabila merasa malu "blush". Ada pendapat mengatakannya penyakit "genetic", warisan dari keturunan atau masalah DNA.
Rawatan Melalui Ubat
Ubat-ubatan yang sering diguna bagi mencegah penyakit ini dari terus merebak:
- Krim atau pil anti-biotik untuk merawat jerawat, bintik-bintik merah pada wajah, dan masalah mata gatal-gatal. Keberkesanan anti-biotik selama 1-2 bulan; wanita sedang hamil tidak dinasihatkan mengambil anti-biotik.
- Jika anti-biotik kurang berkesan, ubat-ubat yang lebih efektif digunakan; seperti isotretinoin (sotret) atau krim tretinoin (retin-A); wanita sedang hamil sama sekali tidak boleh mengambil anti-biotik jenis ini; atau
- Pembedahan dan rawatan laser.
Setiap orang yang dilahirkan, mewarisi kelemahan dan kelebihan tersendiri, melalui DNA yang diwariskan melalui faktor keturunan. Kekadang sesuatu makanan yang baik pada seseorang, menjadi makanan alahan pada orang lain. Begitu juga dengan perawatan Rosacea, tidak dapat di kenal-pasti kaedah yang tepat meskipun secara alami. Cara yang manasabah ialah perawatan yang berfokus kepada kesihatan kulit.
1 Madu Lebah dan Serbuk Kayu Manis. Madu lebah dan serbuk kayu manis mengandungi nilai-nilai istimewa pada kesihatan.
Madu adalah sumber terbaik anti-oksidan. Menyirna radikal bebas, merawat sel-sel dan tisu-tisu tubuh.
Kedua-dua bahan ini adalah anti-kuman yang sangat berkesan.Mampu menghapus, menghalang sebarang jangkitan dan pembiakan kuman, dan memulihara kulit.
Madu dan serbuk kayu manis juga anti-keradangan; mengurangkan bengkak dan kesakitan, menyembuh dengan segera, dan mengurang kesan parut.
Adunan kedua-dua bahan ini bermanfaat merawat berbagai jenis penyakit kulit.
(2) Madu dan Serbuk Kayu Manis, di aduk keduanya dan kemudian sapu pada kulit wajah yang berjerawat, bintik-bintik gatal pada wajah di waktu malam.
2 Vitamin C. Vitamin C memperteguh sistem kekebalan tubuh, memperkuat tisu-tisu penghubung, dan mempercepat kesembuhan.
Vitamin C terkenal dengan peranan memperbaiki tekstur kulit, melembut dan menganjal kulit. Kulit menjadi lebih tegang dan berseri. Vitamin ini juga menyembuhkan kecederaan pada kulit dan mencegah dari jangkitan penyakit kulit.
Vitamin C juga anti-oksidan yang mencegah cetusan radikal bebas dari merosakkan tisu dan sel-sel kulit.
Vitamin C juga anti-keradangan; ia bergandingan dengan vitamin E, membantu tubuh mencegah penyakit-penyakit yang membengkak; termasuk rosacea, arthritis, bronkhitis, sengal-sengal otot dan tulang, dan banyak lagi.
Ciri-ciri kesihatan dari vitamin C menjadikan vitamin ini sangat baik untuk merawat penyakit Rosacea.
Vitamin C mudah diperdapat, banyak di dalam buah-buahan, sayur-sayuran. Amalan permakanan ulam/lalap sangat baik untuk mendapat vitamin C yang mencukupi. Dos mega vitamin C tidak membahaya kesihatan. Kandungan vitamin C yang tertinggi terdapat pada buah Kakadu Plum 1000-5300 (mg / 100g), buah Camu Camu 2800 (mg / 100g), Ceri Acerola/Barbados 1677 (mg / 100g). Elak dari mengambil supplemen Asid Askorbik, kerana secara ia bukan vitamin C yang sempurna.
3 Vitamin E. Vitamin E adalah anti-oksidan. Ia menghalang cetusan radikal bebas yang merosakkan sel-sel, tisu-tisu dan sistem dalaman tubuh termasuk DNA. Radikal bebas menjadikan penyakit Rosacea semakin parah. Justru, vitamin E diperlukan untuk menghalang keparahan Rosacea.
Vitamin E juga dianjurkan untuk keunggulan kulit. Ia bersifat anti-keradangan, menghalang kerosakan kulit disebabkan panahan cahaya matahari. Justru, vitamin E sangat baik untuk merawat penyakit Rosacea.
Menurut dos saranan RNI vitamin E bagi penduduk Malaysia (juga sesuai bagi warga Asia Tenggara), orang dewasa memerlukan 7.5-10 mg/ 11-15 IU vitamin E setiap hari.
Makanan yang kaya vitamin E adalah *minyak zaitun *minyak bunga matahari *minyak safflower *minyak wheat germ *minyak kelapa sawit. Kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran juga kaya vitamin E seperti *almond *hazelnut *alpukat *asparagus *lobak merah/wortel *kiwi *broccoli *labu merah *ubi keledek *tomato *papaya/betik *bayam dll.
4 Vitamin A. Kekurangan vitamin A akan mengundang beberapa jenis penyakit berkaitan dengan kulit, termasuk Rosacea.
Menurut dos saranan harian (RNI) bagi penduduk Malaysia (juga sesuai bagi warga Asia Tenggara), dos yang selamat dan mencukupi bagi tubuh seorang dewasa normal ialah 10,000 UI/3,000 mcg sehari. Untuk pesakit Rosacea, dos vitamin A antara 10,000 UI - 25,000 UI masih di anggap rendah.
Amalan seorang pesakit Rosacea yang menderita selama 15 tahun, sembuh setelah 1 bulan, melalui kaedah berikut:
(1) Mengurangkan permakanan jenis tenusu;
(2) Dos vitamin A, 25,000 IU dari Fish Liver Oil, di bahagi 2 kali sehari, waktu pagi dan petang/malam. Dos ini untuk jangkamasa sementara. Jika ada kesan positif, dos perlu dikurangkan secara berperingkat sehingga ke tahap normal.
*Perlu ambil perhatian, dos vitamin A yang berlebihan pada jangkamasa panjang boleh menimbulkan kesan negatif.
Makanan yang banyak mengandungi vitamin A dan provitamin A *minyak ikan (fish oil/cod liver oil) *hati lembu/sapi *kuning telur *keju *mentega *lobak merah *tembikai/semangka *keledek *bayam *kobis *betik/papaya *mangga *labu merah *cabai/cili *broccoli *asparagus dll.
5 Gula Pasir@Sukros. Sebenarnya, gula pasir @ sukros terlalu banyak bahayanya pada kesihatan. Kajian sains menunjukkan sukros adalah benda asing yang tidak di terima oleh tubuh sebagai bahan makanan. Perlu dijauhi. Ia bertindak secara meredap/perlahan, tetapi tetap merosak organ-organ dan meruntuhkan seluruh sistem dalaman tubuh.
Sukros (termasuk apa jua bahan makanan/minuman yang di adun dengan sukros; seperti minuman dalam tin, kek dll.) merubah suasana tubuh menjadi berasid; suasana yang menyuburkan kembang-biak kuman. Pengurangan/penghindaran sukros pada pesakit Rosacea, memberi kesan positif ke arah kesembuhan. Justru, kurangkan atau hindari bahan makanan berasaskan sukros.Gantikan dengan gula aren, gula melaka, gula stevia dll yang alami.
Sesuatu yang membingungkan, terdapat juga pesakit Rosacea mengalami alahan pada susu. Menurut Dr. Mercola (pakar di segi nutrisi), sebenarnya susu pasteur (serta bahan-bahan makanan yang berkaitan dengan susu pasteur, banyak memberi kesan sampingan kepada kesihatan tubuh, dan menimbulkan banyak allergi, termasuk Rosacea.
Ringkasan:
Nutrien | Khasiat Kesembuhan |
Madu & Serbuk Kayu Manis | Madu; sumber terbaik anti-oksidan, menyirna radikal bebas, merawat dan memulihkan sel-sel dan tisu-tisu tubuh. Serbuk Kayu Manis; anti-kuman yang sangat berkesan; mampu menghapus, menghalang sebarang jangkitan dan pembiakan kuman, dan memulihara kulit. |
Vitamin C | Kesembuhan kulit; memperbaiki tekstur kulit, melembut dan menganjal kulit, mengembalikan keunggulan kulit. Menyembuh kecederaan pada kulit dan mencegah jangkitan penyakit kulit. Anti-oksidan; mencegah cetusan radikal bebas yang merosak tisu dan sel-sel kulit. |
Vitamin E | Anti-oksidan; berkesan menghalang cetusan radikal bebas yang merosakkan sel-sel, tisu-tisu dan sistem tubuh termasuk DNA. |
Vitamin A | Fish Oil/Cod Liver Oil --- dos vitamin A, 25,000 IU, 2 kali sehari, pagi dan petang/malam. Dos untuk jangkamasa sementara. Jika berkesan, dos perlu dikurangkan secara berperingkat kepada dos normal 10,000 UI sehari. |
Tiada Sukros/Gula Pasir | Gula merosak setiap organ dan sistem tubuh; tanpa gula sukros, kesembuhan bersegera. Produk tenusu; kemungkinan punca alahan disebabkan faktor genetik. |
No comments:
Post a Comment