‎‎0‎ ‎ ‎

Wednesday, July 24, 2013

Vitamin A

Vitamin A Penting

Vitamin A, zat makanan terserap lemak dari sekumpulan "retinoids", iaitu molekeul yang terdapat di dalam ‎makanan dari daging, buah-buahan dan sayur-sayuran.‎

Super Omega-3
Syarikat Xtend-Life dari New Zealand

Vitamin A dari daging di sebut "retinol", ‎di anggap ‎sebagai vitamin A sebenar, kerana sedia digunakan oleh tubuh. Jika dari ‎buah-buahan dan sayur-sayuran, di sebut pemula vitamin A (provitamin A carotenoids); yakni beta-carotene, alpha-‎carotene, dan beta-cryptoxanthin; tidak lansung dapat ‎di serap sepertimana retinol, perlu di tukar ‎dahulu menjadi "retinol" di ‎dalam tubuh.‎‎‎

Vitamin A sangat penting untuk kesihatan seluruh tubuh. Mempunyai peranan pada setiap ‎bahagian ‎tubuh. Sentiasa terlibat dalam pengendalian sel-sel otak, otot, paru-paru, darah, kulit, ‎tisu, dan ‎selaput-selaput penting di dalam tubuh.‎‎‎

Tubuh menyimpan vitamin A (retinol dan provitamin A karotenoid) di dalam organ hati, untuk digunakan ‎apabila perlu. ‎‎‎

Kepentingan vitamin A, antara lain: ‎‎

‎‎1    Kesihatan Mata dan Penglihatan. ‎Vitamin A menyihat dan melindungi organ mata. ‎Ia juga menghalang sebarang risiko jangkitan bakteria dan virus pada mata. ‎ ‎

‎Ia menjadi lapis pelindung pada permukaan dan tisu ‎mata, menyihatkan selaput-selaput lembab ‎‎(mucous membranes), terutama pada "cornea" yang sangat penting untuk ‎penglihatan yang baik.‎ ‎Vitamin A juga diperlukan oleh "retina" bagi menghasilkan pigmen foro (rhodopsin), untuk ‎penyerapan cahaya dan pengecaman warna yang baik terutama di waktu malam.‎ ‎ ‎

‎Kekurangan vitamin A dikaitkan dengan silau mata di waktu malam (night blindness) dan kabur ‎penglihatan. ‎Keradangan pada kelopak mata. Pengecaman pada warna terjejas. Bola dan kelopak ‎mata menjadi kering (xerophthalmia), deria-rasa dan deria-bau merosot, selera ‎makan ‎berkurangan dan tubuh lemah hilang kesaimbangan. ‎ ‎

2    Kesihatan Pada Kulit. Vitamin A menyihatkan kulit dan lapisan selaput-selaput lembab ‎‎(mucous membranes) yang ‎terdapat pada telinga, hidung, tekak, paru-paru dan saluran ‎pernafasan, menjadikan bahagian-bahagian tersebut lebih berkesan sebagai ‎pelindung daripada ‎sebarang jangkitan kuman bakteria dan virus. ‎ ‎

Kekurangan vitamin A di dalam tubuh akan mengundang beberapa jenis penyakit yang berkaitan ‎dengan kulit; ‎seperti "psoriasis" (sejenis keradangan yang parah pada sebahagian besar kulit ‎tubuh, di mana kulit membengkak ‎merah, bergerutu kasar dan tebal).‎ Penyakit kulit lain; seperti ‎‎"rosacea" (sejenis penyakit yang menyebabkan muncul bintik-bintik merah berjerawat ‎pada ‎bahagian muka dan leher). Penyakit kulit lainnya; seperti bisul-bisul, ketuat, campak, cacar dll.‎ ‎ ‎

3    Keutuhan Pada Sistem Kekebalan Tubuh. Vitamin A memperteguhkan sistem kekebalan ‎tubuh. Vitamin A membantu "lymphocytes" (sejenis sel darah putih) untuk mencegah jangkitan ‎kuman dengan ‎lebih berkesan. ‎ ‎

Kekurangan vitamin A akan melemahkan sistem kekebalan tubuh, menyebabkan seseorang itu ‎lebih mudah di ‎serang berbagai jenis penyakit; seperti AIDS, bronkhitis (paru-paru ‎berair/tersumbat), jangkitan kulat/jamur, ‎keputihan pada alat kelamin wanita dll. ‎ ‎

4     Wanita dan Kehamilan.  Vitamin A diperlukan bagi kesempurnaan perkembangan bayi di dalam kandungan, terutamanya ‎untuk pembinaan struktur dan kerangka tulang-tulang,organ jantung, mata dan telinga.‎ ‎

Kekurangan vitamin A pada wanita yang hamil boleh memberi kesan pada bayi; seperti ‎pertumbuhan struktur ‎dan kerangka tulang yang lemah. Kekurangan pada kanak-kanak akan ‎menyebabkan ‎cirit-birit dan mudah demam. Kekurangan pada orang dewasa, boleh menyebabkan ‎tulang menjadi kurang mampat. ‎ ‎

Bagi wanita yang mempunyai sejarah keluarga/keturunan yang mengalami kanser payudara, dos ‎vitamin A yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko kanser sebelum menopaus.‎ ‎

Dos Harian Yang Selamat

 Saranan dari Linus Pauling Institute, Oregon State University, boleh juga diguna-pakai.
 ‎
RDA dan RNI adalah dos saranan harian. RDA, sukatan untuk warga USA dan negara-negara Barat. RNI, sukatan untuk ‎warga Malaysia khususnya dan sesuai untuk warga Asia Tenggara umumnya.‎

Menurut Linus Pauling Institute, RDA vitamin A - 2,300 IU/hari bagi perempuan dan 3,000 IU/hari bagi lelaki (bersamaan 1,667 IU/hari bagi perempuan dan 2,000 IU/hari bagi lelaki), sudah mencukupi untuk ‎perkembangan normal pada “gene”, fungsi kekebalan tubuh, fungsi mata dan penglihatan. 

Sekiranya seseorang individu mengambil supplemen (multi-vitamin atau zat gizi), sebaiknya supplemen tersebut ‎tidak melebihi dari 2,500 IU (750 mcg) vitamin A retinol (label selalunya - 'vitamin ‎A acetate' atau 'vitamin A palmitate'), dan tidak melebihi dari 2,500 IU (750 mcg) vitamin A beta-karotin. Had ini bertujuan mengelak dari sebarang kesan negatif pada tulang, terutama di peringkat usia 65 tahun keatas. ‎

Sumber Vitamin A. Vitamin A jenis "retinol" boleh di perdapat dari makanan yang berasaskan daging dan bijiran; *minyak ikan, cod liver oil *hati lembu *kuning telur *susu *keju *mentega *bijiran *dan lain-lain lagi.‎

Dos Mega Vitamin A Ada Bahayanya

»‎    Keracunan. Keracunan vitamin A disebut “hypervitaminosis A”. Sebabnya, terlalu banyak pengambilan vitamin ‎A retinol. Retinol cepat di serap ke dalam tubuh , dan lambat dikeluarkan dari tubuh. Oleh itu, bila terlalu banyak ‎retinol di dalam tubuh, keracunan boleh berlaku untuk jangkamasa singkat.‎‎

Hypervitaminosis A yang parah jarang berlaku. Tanda-tanda keracunan; seperti pening mual, sakit kepala, ‎keletihan, hilang selera makan, kulit kering dan gatal-gatal, kulit mengelupas, dan bengkak otak, sengal dan sakit ‎tulang. Bagi kanak-kanak, seperti bengkak ubun-ubun. ‎

Hypervitaminosis A yang parah berlarutan boleh mengakibatkan kerosakan pada organ hati, pendarahan, dan ‎koma. Selalunya, hypervitaminosis A parah disebabkan pengambilan vitamin A dalam dos mega (10 kali ganda ‎dari RDA (8,000 to 10,000 mcg/hari atau 25,000 to 33,000 IU/hari) pada jangkamasa panjang. Ada juga individu ‎yang mengalami keracunan meskipun mengambil dos vitamin A yang lebih rendah dari tersebut. Orang berusia, ‎peminum arak, dan orang yang sedia terdedah pada kolesterol tinggi disebabkan faktor genetik lebih mudah ‎mengalami hypervitaminosis A. ‎

»‎    Kehamilan. Walaupun perkembangan bayi dalam kandungan ibu memerlukan bekalan vitamin A yang mencukupi, namun ‎dos retinol berlebihan tatkala hamil boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. 

Dos kurang dari 3,000 mcg (10,000 IU)/hari) tidak mendatangkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan. ‎Namun begitu, kerana banyak bahan makanan sekarang ini telah diperkaya dengan vitamin A, wanita hamil ‎dinasihatkan mengelak dari mengambil multivitamin yang mengandungi lebih dari 1,500 mcg (5,000 IU) vitamin ‎A setiap hari.

‎Wanita hamil atau jika ada tanda-tanda akan hamil hendaklah menghindar dari mengambil vitamin A retinol ‎sintetik, iaitu etretinate dan isotretinoin (accutane), kerana boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam ‎kandungan. Begitu juga dengan tretinoin (retin-A), jenis retinol sintetik lain, kerana ia lebih sesuai untuk sapuan ‎pada kulit, tidak digalakkan di makan sewaktu hamil. ‎

»‎ ‎    Rapuh Tulang (Osteoporosis). Terdapat hanya beberapa kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan vitamin A retinol (bukan beta-karotin) yang berlebihan, melebihi dari 500 mcg/hari ‎‎(5,000 IU/hari) dan pada jangkamasa panjang, dikaitkan dengan kesan negatif pada tulang; seperti retak tulang ‎dan kurang ketumpatan tulang bagi warga berusia. ‎

Minyak Ikan, Cod Liver Oil Yang Berkualiti   ?

Minyak Ikan Lebih Sesuai.  Kedua-duanya, cod liver oil dan fish oil (minyak ikan) kaya dengan Vitamin A dan D. ‎Tetapi, vitamin A dan D lebih banyak dalam cod liver oil dari minyak ikan. Dalam negara yang beriklim panas seperti Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara, cahaya matahari sentiasa ada, menghasilkan vitamin D pada ‎kadar yang tinggi dan selalunya mencukupi untuk tubuh, tanpa perlu sebarang supplemen. Dengan ‎pengambilan cod liver oil, akan mengakibatkan lebihan vitamin D dalam sistem tubuh. Terlalu ‎banyak akan menimbulkan komplikasi kesihatan. Justru, cod liver oil sebenarnya tidak begitu sesuai pada warga di ‎Malaysia.

Vitamin Sintetik Dalam Cod Liver Oil dan Minyak Ikan. Sering diperkatakan bahawa terdapat banyak produk cod liver oil dan minyak ikan yang di proses menyingkir semua vitamins A dan D yang terkandung didalamnya. Lalu digantikan dengan vitamins A dan D sintetik. Produk-produk ini perlu dihindari kerana terdapat bukti-bukti bahawa vitamin A dan D sintetik menyumbang kepada keracunan dan menimbulkan gejala kesihatan lain dan kecacatan pada bayi sewaktu membesar di dalam kandungan. 

Logam Berat dan Bahan Beracun. Terdapat juga produk-produk yang dicemari oleh logam berat dan bahan beracun seperti PCBs, dioxins, raksa, plumbum dll. Keadaan ini sering berlaku apabila kurang piawaian dalam proses penghasilan sesuatu produk. Setiap produk yang berkualiti harus suci-bersih dan melalui proses saringan bagi menyingkir sebarang kecemaran dan logam beracun. Supplemen Minyak Ikan Super Omega-3 yang dikeluarkan oleh Syarikat Xtend-Life dari New Zealand mungkin ‎salah satu pilihan terbaik sejauh yang diketahui. Produknya mengutamakan keaslian, ketulenan, kesucian. Pembuatannya menurut piawaian, pengawalan dan tertakluk kepada peraturan undang-undang New Zealand yang ketat, ‎menjadikan kualiti supplemen ini antara yang terbaik, jauh lebih baik dari piawaian US, FDA. ‎ ‎

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...