Organic Sulfur Crystal dari Hesh Goldstein, Hawaii, |
Belerang organik bukan ubat atau dadah. Ia adalah zat gizi/galian alami, bersumber dari alam semulajadi.
Belerang adalah sejenis zat gizi yang asasi pada semua kehidupan. Setiap organisma hidup, termasuk manusia, memerlukan belerang. Zat ini diperlukan oleh mana-mana bahagian tubuh. Berada pada organ-organ di dalam tubuh; di otot-otot, tisu-tisu penghubung, kulit, tulang, kuku, rambut, spleen, hati, bahkan di setiap jenis sel-sel tubuh.
Belerang sangat penting pada semua sistem tubuh. Menjadi komponen kepada berbagai struktur tubuh. Contohnya, belerang adalah sebahagian dari 4 jenis asid amino yang dikenali sebagai "methionine, cysteine, cystine and taurine."
Belerang juga terlibat dalam berbagai fungsi di dalam tubuh; seperti hormon, immunoglobulin (protein darah dalam sistem kekebalan tubuh), enzim, insulin, anti-oksidan, nyah-toksin, penghasilan kolagen dll.
Tanpa belerang, hampir semua sistem dan komponen-komponen penting di dalam tubuh tidak mampu berfungsi dengan sempurna. Natijahnya, banyak masalah kesihatan yang pasti akan timbul.
Sumber Belerang Organik
Belerang organik terdapat di dalam setiap organisma hidup; di dalam pokok, sayur-sayuran, buah-buahan, bijiran, kekacang, biji-bijian, dan daging binatang di darat mahu pun di laut.
Bawang putih, bawang merah dan semua sayur-sayuran dari keluarga bawang, seperti seperti leeks, shallots, chives dll terkaya dengan zat gizi belerang. Disusuli dengan sayur-sayuran seperti brokoli, bunga kobis (cauliflower), kobis, swiss chard, asparagus, pak choi/bok choy, kobis brussel, collard greens, kohlrabi, parsley, daun mustard, kale, bayam, rebung, sawi cina, tomato, cili benggala/paprika, ubi keledek, labu, cendawan dll.
Daging ayam turkey, ayam, kambing, lembu, organ binatang seperti hati dll. Ikan-ikan udang, sotong, ketam, siput dll. Jenis tenusu seperti sus mentah, cheese, yogurt dll. Telur, terutama merah telur banyak mengandungi zat belerang.
Bijiran seperti gandum, oats, tepung buckwheat, rye, koko, macaroni, spaghetti, tepung gandum, jagung, beras, jagung dll. Kekacang seperti kacang hijau, kacang kidney, kacang tanah, kacang pine, pistachio, walnut, almond, kacang macadamia, chestnut, ginkgo nut, biji gajus dll. Biji-bijian seperti bijan, flax seed, biji bunga matahari dll.
Buah-buahan seperti alpukat, kiwi, pisang, nenas, strawberry, tembikai/semangka, pisang kaki/persimmon, fig, anggur, kelapa (terutama air) dll.
Supplemen Belerang Organik
Kajian sains mendapati zat gizi belerang diperakui selamat di makan atau di minum, meskipun di ambil dalam dos mega. Sekiranya permakanan penuh dengan sayur-sayuran, ulam-ulaman (lalapan) yang sudah kaya dengan zat ini, supplemen masih boleh di makan dan tidak akan mendatangkan sebarang keracunan. Kajian klinikal menunjukkan dos yang sesuai ialah antara 1.5 - 6 gm/hari.
MSM (methylsufonylmethane) dari DistilPure (Kanada) adalah salah satu supplemen yang membekalkan zat belerang organik bersumber dari pokok pine. Di dalam MSM tersebut terkandung 34% zat gizi belerang. Memproses MSM dari kristal ke serbuk, kira-kira 85% kandungan belerang boleh hilang. Lebih banyak akan hilang apabila MSM di campur dengan bahan pelerai.
Hesh Goldstein, Hawaii, seorang pakar permakanan, telah memperkenalkan belerang organik kristal yang tidak mengalami kekurangan seperti yang di alami dalam proses MSM. Belerang Kristal Organik dari Goldstein dihasilkan dari lignin (getah pokok) pokok pine, yang mana menurut Goldstein, adalah paling berkesan.
Menurutnya lagi, manfaat dari Belerang Kristal Organik dari Goldstein adalah sepertimana yang di perdapat melalui permakanan sumber asli, mentah dan organik, diantaranya:
(1) Fungsi Penyerap Nutrien & Nyah Toksin. Belerang mengembangkan dinding-dinding sel. Dengan demikian, lebih banyak zat-zat makanan, gula dan oxygen dapat di serap ke dalam sel-sel. Pada masa yang sama, pengembangan dinding-dinding sel membantu mengeluarkan toksin (termasuk "allergen") yang terpendam, terkumpul dan terperangkap di dalam sel-sel.
Allergen ialah sesuatu yang di anggap asing kepada sistem tubuh. Allergi berlaku apabila sistem kekebalan tubuh bertindak membasmi allergen. Kurang allergen di dalam tubuh bererti meringankan allergi. Penyerapan gula dan oxygen menjadikan tenaga tubuh juga bertambah.
(2) Faktor Gandingan Anti-Oksidan. Belerang berperanan penting dalam penghasilan "glutathione" — iaitu penghulu segala anti-oksidan yang dihasilkan sendiri oleh tubuh. Walaupun belerang bukan anti-oksidan, tetapi berperanan meningkat kemampuan tubuh menghasilkan anti-oksidan sendiri (glutathione) bagi menanggani bahaya radikal bebas dengan lebih berkesan.
(3) Belerang Menyihatkan Tulang, Sendi, Ligamen dll. Belerang sangat diperlukan untuk menghasilkan kolagen dan "glucosamine". Keduanya adalah komponen mustahak bagi menyihatkan tulang, sendi, ligamen, tendon, tisu-tisu penghubung dan berbagai jenis tisu tubuh yang lain.
Belerang seterusnya memelihara keanjalan dan pergerakan tisu-tisu penghubung dan sendi, mengurangkan kekejangan, ketegangan dan bengkak sendi, mengurangkan kesakitan yang berkaitan dengan arthritis, rheumatism, bursitis, dan hip dysplasia.
Di samping kolagen, belerang diperlukan bagi menghasilkan keratin. Kedua-dua jenis protein ini penting bagi menyihatkan rambut, kulit dan kuku. Kolagen mengukuhkan pembinaan struktur kulit manakala keratin merupakan komponen utama kepada rambut, kuku, kulit dan lapisan luar gigi. Belerang meng-anjal-kan tisu dan menyumbang kepada baik-pulih kulit yang rosak.
(4) Anti-Keradangan. Belerang juga bersifat anti-keradangan, bermanfaat bagi merawat arthritis dan berbagai masalah sendi. Keradangan dan bengkak berlaku apabila tekanan cecair di dalam sel-sel lebih tinggi dari di luar sel-sel. Belerang membantu mengembangkan dinding-dinding sel meluluskan peredaran keluar-masuk cecair, maka tekanan cecair antara di dalam dan di luar menjadi kembali seimbang, dengan demikian mengurangkan keradangan.
Kesakitan yang berlaku akibat dari keradangan adalah disebabkan saraf-saraf di dalam tisu-tisu lembut tertarik dan menegang. Kesakitan akan berkurangan apabila cecair sel semakin seimbang dan bengkak kembali susut.
(5) Merawat & Melegakan Kesakitan. Belerang juga membantu merawat kecederaan dan ketegangan otot, mengurangkan kesakitan kepada otot-otot, tisu-tisu, cramp terutama pada betis, disebabkan samada kurang aktiviti atau terlebih aktiviti, memulihkan kecederaan tisu-tisu otot selepas berolahraga, dan mengurangkan tisu berparut.
(6) Pembinaan DNA. Belerang adalah sebahagian dari asid amino methionine dan cysteine, keduanya pula mampu menghasilkan cystine dan taurine di dalam tubuh. Tubuh menggunakan methionine dan vitamin B-12 untuk menghasilkan "S-adenosylmethionine" yang terlibat dalam pembinaan DNA (asid deoxyribonucleik).
(7) Penghasilan Insulin. Insulin adalah hormon yang dihasilkan dari asid amino methionine dan cysteine. Insulin dihasilkan dalam sel-sel beta pancreas, dan berfungsi membawa gula dari darah kepada sel-sel dan menyumbang kepada metabolisma karbohaidrat. Maka, kekurangan bekalan zat belerang dalam permakanan harian boleh menyebabkan kurangnya penghasilan insulin oleh pancreas. Justru, belerang bermanfaat pada pesakit kencing manis bagi menjana tenaga tubuh secara keseluruhannya.
(8) Penghadaman. Asid amino taurine yang mengandungi belerang adalah sebahagian dari cecair hempedu, cecair penghadaman yang padat kolesterol. Organ “gall bladder” menyimpan cecair hempedu, dan organ hati pula mengeluarkan cecair hempedu untuk memecah lemak menjadi asid lemak supaya dapat digunakan oleh tubuh.
Belerang juga berfungsi meng-nyah parasit di dalam usus. Parasit dan telur cacing tidak dapat melekat pada dinding usus kerana belerang menjadi lapisan yang licin pada dinding usus.
(9) Belerang dan Paru-Paru. Belerang membantu menguatkan paru-paru, dengan cara pengembangan dinding-dinding sel, sekaligus mengendali cecair yang menyelubungi dinding-dinding sel, alveoli/flora, dan saluran pernafasan dalam paru-paru. Bermanfaat bagi merawat asma, melegakan pernafasan dan menghalang sebarang keradangan pada permukaan selaput paru-paru yang terlibat dalam sistem pernafasan.
(10) Penghasilan Enzim dll. Belerang meningkatkan lagi penghasilan enzim di dalam kelenjer tubuh dan memperteguh dayatahan tubuh terhadap penyakit.
(11) MSM untuk Otak. Belerang membantu menambah kepekaan otak berfikir dan memusatkan perhatian "concentration". "Mood" juga menjadi lebih terkawal, mengurangkan sakit kepala, cramp dan kesakitan pada otot sewaktu PMS atau kedatangan haid yang disebabkan ketidak-saimbangan hormon di dalam tubuh.
No comments:
Post a Comment