‎‎0‎ ‎ ‎

Monday, July 8, 2013

MSM Baik Untuk Arthritis

Apakah MSM    ?

MSM, singkatan kepada methyl-sulfonyl-methane. Nama lain: ‎DMSO2, methyl sulfone, atau dimethyl sulfone.‎

MSM Kristal/Flake
MSM adalah sejenis zat makanan. Belerang merupakan komponen utama, kira-‎kira 34% dalam MSM. ‎Belerang adalah zat gizi nombor 4 paling banyak terdapat di dalam tubuh ‎manusia. MSM penting kerana kandungan belerang didalamnya.

MSM wujud dari alam semulajadi, dalam semua makanan di darat mahu pun di ‎laut. Bukan dari jenis ubat atau dadah. Tetapi zat ‎gizi yang diperlukan oleh tubuh untuk hidup.‎

Warna MSM putih salju, berkristal, mudah terserap air, tidak berbau, rasanya tawar. Kini supplemen MSM di jual di pasaran dalam bentuk tablet, kapsul, kristal/flake dan serbuk. ‎Untuk kecantikan wajah dan kulit, terdapat dalam bentuk krim dan losyen.


Perlukah MSM    ?

Belerang merupakan salah satu dari zat gizi asasi yang ‎diperlukan oleh setiap bahagian tubuh. Ia berada di ‎setiap jenis sel-sel tubuh; di otot-otot, tisu-tisu penghubung, kulit, tulang, ‎kuku, rambut, spleen, hati dll. ‎Ia penting dan menjadi komponen kepada berbagai organ dan sistem di dalam tubuh. Ia juga terlibat dalam berbagai fungsi di dalam tubuh; seperti hormon, ‎immunoglobulin (protein darah dalam sistem kekebalan tubuh), enzim, insulin, anti-oksidan, nyah-toksin, penghasilan ‎kolagen dan banyak lagi. ‎

Tanpa belerang, ‎hampir semua sistem dan unsur-unsur penting di dalam tubuh tidak mampu berfungsi ‎dengan sempurna. Natijahnya, banyak masalah kesihatan yang pasti akan timbul. ‎

Dalam gayahidup kemodenan, semakin banyak bahan makanan ‎yang di proses secara industri, semakin kurang bahan makanan secara mentah dan semulajadi. Belerang semakin ‎sulit diperdapat melalui makanan harian, semakin banyak orang tidak ‎mendapat bekalan belerang yang mencukupi. Justru, supplemen MSM ‎diperlukan bagi memelihara kesihatan tubuh. ‎Dan lagi, ia tidak lansung membahayakan ‎kesihatan. ‎

Manfaat Kesihatan MSM

Pakar-pakar kesihatan dan permakanan kini sedar belerang menyumbang kepada gayahidup yang sihat dan aktif. Yang pasti MSM, khususnya zat gizi belerang di dalamnya, kini semakin dihargai sebagai supplemen penting bagi memelihara kesihatan yang optima. Beberapa kajian sains sedang giat dijalankan bagi mengenal-pasti manfaat sebenar belerang kepada pelbagai struktur dan fungsi di dalam tubuh.

1     MSM, Membantu Penyerapan Nutrien. Belerang mengembangkan dinding-dinding sel, meningkatkan lagi penyerapan nutrien ke dalam sel-sel, sehingga nutrien mampu dimanfaatkan oleh tubuh sepenuhnya. Contohnya, B5 (asid pantothenik), Vitamin A, C, D, dan E, co-enzyme Q10 dan ‎enzim-enzim lain, asid amino, selenium, kalsium, germanium, collagnol dan ‎dismuzyme dll., kesemua ini tidak dapat diserap oleh tubuh dengan maksima bila tidak ada belerang dalam kadar yang mencukupi sebagai faktor pengembangan dinding-dinding sel dan penyerapan.

2     MSM Sebagai Peng-nyah Toksin. Semakin usia meningkat, dinding-dinding sel menjadi semakin tebal dan keras. Keadaan ini menyukarkan nutrien dan oxygen memasuki ke dalam sel-sel, manakala toksin (termasuk "allergen") terus terperangkap di dalam sel-sel. "Allergen" ialah anasir yang di anggap asing oleh sistem kekebalan tubuh. Kurang allergen di dalam tubuh bererti meringankan allergi. Belerang mengembangkan dinding-dinding sel, sekaligus membantu mengeluarkan toksin dan allergen yang terperangkap di dalam sel-sel.

3     MSM, Faktor Gandingan Anti-Oksidan. Belerang berperanan utama menghasilkan "glutathione" (penghulu segala anti-oksidan) yang ‎dihasilkan sendiri oleh tubuh.Tanpa belerang, glutathione ‎tidak mampu dihasilkan. Walaupun belerang bukan sebagai anti-oksidan, tetapi berperanan ‎meningkatkan kemampuan tubuh menghasilkan anti-oksidan sendiri (glutathione) bagi menanggani bahaya radikal ‎bebas dengan lebih berkesan.

4     MSM Anti-Keradangan. MSM juga diketahui bersifat anti-keradangan, bermanfaat bagi merawat sendi-sendi, arthritis dan berbagai lagi masalah sendi. Keradangan dan bengkak berlaku apabila tekanan cecair di dalam sel-sel lebih tinggi dari di luar sel-sel. MSM membantu mengembangkan dinding-dinding sel mengsaimbangkan kembali tekanan cecair antara di dalam dengan di luar, dengan demikian dapat mengurangkan keradangan. Kesakitan yang berlaku akibat dari keradangan adalah disebabkan saraf-saraf di dalam tisu-tisu lembut tertarik dan menegang. Kesakitan akan berkurangan apabila cecair sel semakin seimbang dan bengkak kembali susut.

5     MSM Menyihatkan Tulang, Sendi, Ligamen dll. Belerang diperlukan untuk penghasilan kolagen, glucosamine, dan keratin, iaitu komponen-komponen utama bagi mengekal kesihatan pada tulang, sendi, ligamen, tendon, tisu-tisu penghubung, rambut, kuku, kulit, lapisan luar gigi dll.

Belerang seterusnya memelihara keanjalan dan pergerakan tisu-tisu penghubung dan sendi, mengurangkan kekejangan, ketegangan dan bengkak sendi, merawat kecederaan dan ketegangan otot, mengurangkan kesakitan yang berkaitan dengan arthritis, rheumatism, bursitis, dan hip dysplasia.‎ Juga mengekal rambut, kulit dan kuku agar sihat, mengukuh meng-anjal-kan tisu dan pembinaan struktur kulit, membaik-pulih kulit yang rosak, dan mengurangkan tisu berparut.

6    MSM Menambah Tenaga. MSM membantu dinding-dinding sel lebih mengembang dan menyerap oxygen dan gula dari darah. Belerang, dengan demikian, membantu metabolisma karbohaidrat. Apabila darah membawa gula kepada sel-sel, gula dapat melepasi dinding-dinding memasuki sel-sel. Organ pancreas tidak perlu dikerahkan untuk mengeluarkan insulin, kerana gula kini sudah mampu melepasi dinding-dinding sel.

Belerang juga diperlukan untuk menghasilkan insulin. Kekurangan zat belerang dalam permakanan harian boleh menyebabkan kurang penghasilan insulin oleh pancreas. Justru, MSM sangat bermanfaat pada pesakit kencing manis. 

7     MSM dan Paru-Paru. MSM membantu menguatkan paru-paru, dengan cara pengembangan dinding-dinding sel, sekaligus mengendali cecair yang menyelubungi dinding-dinding sel, alveoli/flora, dan saluran pernafasan dalam paru-paru. MSM bermanfaat bagi merawat asma, melegakan pernafasan dan menghalang sebarang keradangan pada permukaan selaput paru-paru yang terlibat dalam sistem pernafasan.

8     MSM dan Masalah Perut dan Penghadaman. MSM menyumbang kepada penghadaman yang lebih baik melalui penyerapan zat-zat makanan.Vitamin-vitamin yang mengandungi belarang seperti B1 (thiamine) menghalang sembelit, dan B7 (biotin) dan vitamin B-kompleks lainnya, membantu metabolisma kanji, lemak dan protein. Vitamin C ‎bersama dengan MSM membantu melegakan masalah sembelit, di samping bertindak menghapus parasit, bakteria, kulat dan mikrob lain-lain yang berada di dalam usus.

 9     MSM Melegakan Kesakitan. MSM berkesan mengurangkan kesakitan kepada otot-otot, tisu-tisu, cramp terutama pada betis, disebabkan samada kurang aktiviti atau terlebih aktiviti. MSM dapat mengurangkan dengkuran sewaktu tidur. Bagi ahli sukan dan olahraga, MSM membantu melegakan ketegangan otot dan tisu akibat dari senaman yang berpanjangan, melibatkan stres dan banyak menggunakan tenaga.‎ Sudah menjadi amalan MSM sering di beri makan kepada kuda lumba.

10     MSM untuk Otak. MSM menambah kepekaan otak berfikir dan daya konsentrasi. "Mood" juga menjadi lebih tenang dan terkawal. Juga meringankan gejala sakit kepala, cramp dan kesakitan pada otot sewaktu PMS atau kedatangan haid yang disebabkan ketidak-saimbangan hormon di dalam tubuh.

Dos Saranan

‎MSM telah diperakui selamat di makan atau di minum, meskipun dalam dos mega. Kajian klinikal menunjukkan dos yang sesuai ialah antara 1.5 - 6 gm/hari.

Sekiranya timbul kesan sampingan, seperti ‎‎perut atau usus penghadaman tidak selesa, bengkak di sekitar buku lali, atau gatal-gatal pada kulit, keadaan ini disebabkan kesan positif nyah-toksin yang berlansung di dalam tubuh hasil tindakan dari MSM. Kesan sampingan boleh dikurangkan apabila dos dikurangkan. Dos boleh ditingkatkan kembali secara beransur, sehingga mencapai dos 1.5 - 6 gm/hari. ‎‎

Memilih Supplemen MSM Berkualiti

Sepertimana lain-lain supplemen, persoalan kualiti adalah isu penting. Faktor-faktor berikut mungkin dapat ‎membantu mengenal-pasti MSM yang berkualiti tinggi. ‎

1)‎ ‎    Faktor Pembuatan Kristal, Serbuk, Kapsul dan Tablet

Kristal/flake MSM. Kristal atau flake adalah sama. Teknologi terkini “hi-tech" mampu membentuk ‎kristal yang halus dan saksama saiznya. ‎Kristal/flake tidak memerlukan bahan pelerai “flow agent” kerana ia tidak mudah menggumpal. ‎Jika pun menggumpal, ia seperti bola salju lembut yang mudah lerai. Bahan-bahan pengental ‎‎“bulking” jarang digunakan kerana tidak perlu. ‎

Serbuk MSM. Serbuk dihasilkan melalui hi-tech adalah lebih baik. ‎Serbuk tanpa hi-tech, iaitu kristal yang di kisar halus seperti serbuk ‎kapur, kualitinya dikhuatirkan: ‎
  • ‎serbuk kisar cenderung menggumpal besar, kadangkala keras seperti ‎ketulan ais, akan menyusahkan pengguna. ‎
  • ‎mungkin di campur serbuk pelerai murah seperti silica, magnesium Stearate atau serbuk putih talc.yang seakan sama warnanya agar serbuk MSM tidak menggumpal. 
  • ‎mungkin di tambah bahan “bulking ingredient” atau “fillers” seperti magnesium Stearate atau serbuk putih talc, agar banyak dan menguntungkan.
Tablet dan Kapsul. Selalunya gred MSM yang murah di hasilkan dalam bentuk tablet. Pemprosesan tablet menjadikan MSM kurang “bio-available”. Tablet dan kapsul sering di tambah dengan ‎sedikit bahan “bulking ingredient” atau “fillers” magnesium Stearate and silicon dioxide. ‎

2)‎     Faktor Suci-bersih

Setiap penjual akan mengatakan produknya 99% suci-bersih. Sukar bagi pengguna memastikan. Banyak rungutan tentang kualiti ‎MSM sintetik yang dihasilkan dari China dan India. Terdapat dua (2) pengeluar terbesar, DistilPure (Kanada) dan OptiMSM dari Bergstrom Nutrition (USA) dikenal-pasti menggunakan air suci-bersih dan mempunyai ‎kawalan kualiti yang juga tinggi. ‎

3)‎     Faktor “Bio-Available”‎

‎Bio-available bererti sedia di serap dan digunakan oleh tubuh sehingga ke peringkat ‎sel-sel. ‎Supplemen dari sumber organik lebih bio-available dan selamat. Supplemen sintetik yang dihasilkan dari makmal kimia, kerapkali menjadi tidak seraksi pada penghadaman atau pada ‎sel-sel tubuh, mengakibatkan timbul berbagai kesan sampingan. Justru, MSM dari sumber organik lebih bersedia menyumbang kepada kesihatan tubuh !!!‎
  • ‎Syarikat DistilPure dikenal-pasti menggunakan sumber bahan organik dari pokok pine, menjadikan MSMnya  bio-available.
  • ‎Syarikat OptiMSM dipercayai menggunakan sumber petro-kimia, di anggap OK oleh para doktor dan pengkaji.

MSM Kristal/Flake dari DistilPure
- organik, sumber pokok pine
MSM Kristal/Flake dari OptiMSM
- sintetik, sumber bahan petro-kimia
MSM dari sumber organik adalah yang terbaik    !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...