‎‎0‎ ‎ ‎

Friday, December 27, 2013

Katarat dan Penawar DMSO

"If God didn’t make it, don’t eat it.
Following this advice will do more to prevent and treat illness than anything else."
- Dr. Robert J. Rowen
Apakah Katarat   ?


Katarat adalah kekeruhan berupa kabus berselaput yang berkembang menyelubungi lensa mata, sedikit demi sedikit menyekat ketembusan cahaya ke lensa, menyebabkan penglihatan semakin kabur. Katarat apabila parah boleh mengakibatkan buta.

Katarat bermula secara perlahan tanpa disedari. Biasanya katarat menjejaskan kedua belah mata, meskipun pada awalnya bermula dengan sebelah mata. Pada awal serangan, penderita katarat merasa gatal-gatal pada mata. Mata berair. Penglihatan terganggu. Silau pandangan pada sinar lampu di waktu malam. Setelah berkembang 3-5 tahun, daya penglihatan semakin terjejas. Selanjutnya, selaput berupa kabus keruh mula muncul di lensa mata. Semakin hari semakin merebak dan menebal menyelubungi lensa mata. Ditahap ini, katarat dianggap parah.

‎‎0‎ ‎ ‎

Wednesday, December 25, 2013

Apakah DMSO   ?


Nama-nama lain: Dimethyl sulfoxide, Dimethyl sulphoxide, Diméthyl sulfoxyde, Dimethylis sulfoxidum, Dimetil sulfóxido, Methyl sulphoxide, Sulfoxyde de diméthyl, Sulphinybismethane, C2H6OS, NSC-763, SQ-9453.

DMSO adalah sejenis cecair yang terhasil dari industri perkayuan, terutama sewaktu batang pokok dihancurkan dalam pemprosesan kayu untuk dibuat kertas. DMSO sebenarnya adalah 'lignin' iaitu bahan yang melekatkan struktur pokok.

DMSO banyak terdapat di alam semulajadi, tetapi masih sedikit yang boleh diperdapat dari bahan-bahan makanan. Terkandung juga dalam sayuran pudina, asparagus, barli dan malta, susu lembu (terhasil dari metabolisma dalam badan lembu), dan air dari alam semulajadi (terhasil dari metabolisma rumpai/algae).

DMSO sering digunakan sebagai bahan pelarut industri untuk pembuatan racun pokok/herba, racun serangga, racun kulat, anti-biotik, dan hormon pokok. Kini DMSO semakin muncul digunakan sebagai bahan farmasi yang didapati berkesan mencegah, merawat, dan menyembuhkan berbagai jenis penyakit.

‎‎0‎ ‎ ‎

Friday, December 20, 2013

Ada Apa Pada Cempedak ?

Cempedak. Salah satu dari kalangan buah-buahan eksotik yang terdapat di Asia Tenggara.

Nama botani Artocarpus champeden spreng/Artocarpus integer/Artocarpus champeden (Thunb.) Merr./Artocarpus polyphema Pers, dari pepohonan Moraceae, tergolong dalam keluarga Nangka dan Sukun.

Cempedak berasal dari kepulauan Melayu, melingkari nusantara Indonesia sehingga ke New Guinea, bercambah diseluruh Asia Tenggara, dan telah diperkenalkan ke Australia, Queensland. Cempedak juga tumbuh di India, terutama diwilayah Andhra Pradesh, Tamil Nadu dan Kerala.

Cempedak terkenal dengan berbagai nama. Baroh (Kepulauan Lingga dan Johor), nangka beurit (Sunda), nongko cino (Jawa), cubadak hutan (Minangkabau) tiwadak (Banjar). Thai : campada. Vietnam : mit to nu. India (Hindi) : kathar (sama dengan nangka), kekadang dipanggil juga campada. Tamil : pilaul. Banyak lagi nama-namanya mengikut daerah dan wilayah

‎‎0‎ ‎ ‎

Thursday, December 19, 2013

Zat Gizi Zinc

Apakah Zinc?


Zinc (Zn). Zinc adalah zat gizi kelumit yang sangat penting bagi memelihara kesihatan tubuh. Meskipun hanya sekelumit, Zn merupakan zat yang perlu ada dalam setiap bahagian tubuh. Zn berperanan dalam pelbagai fungsi biologi dalaman tubuh. Semua bahagian tubuh memerlukan Zn untuk kekal berfungsi secara normal.

Di dalam tubuh, Zn adalah zat gizi kelumit ke-2 terbanyak, selepas zat besi. Otot dan tulang mengandungi kira-kira 90% dari keseluruhan Zn dalam tubuh. Paling pekat dalam kelenjar ‎prostat dan mata. Sangat pekat dalam otak, pancreas, ‎hati, kelenjar ginjal, dan air mani lelaki.‎ Tubuh memerlukan antara 2-4 gm setiap masa, 6.2-6.7 mg setiap hari. Tubuh tidak mempunyai sistem khusus bagi menyimpan Zn. Justru, bekalan Zn setiap hari adalah mustahak bagi memelihara kesihatan.

Fungsi Zinc


Hanya Zn, zat gizi yang berada dalam semua jenis enzim. Ia menjadi komponen utama kepada lebih ‎dari 100 jenis enzim (ada sumber mengatakan 300 jenis). Ia juga menjadi penggalak ‎kepada aktiviti enzim-enzim. Semua enzim-enzim tersebut bergantung kepada Zn untuk mampu memberi bertindak-balas kimia untuk menyihatkan tubuh, antara lain:
  • pembinaan dan ‎kembang-biak sel-sel.
  • penghasilan protein dan DNA yang sempurna, kembang-biak gene.
  • metabolisma karbohaidrat dan tenaga.
  • kesembuhan dari luka, jangkitan dan penyakit.
  • pengurusan penghasilan dan kadar ‎hormon dalam tubuh.
  • penghasilan enzim anti-oksidan ‎‎‘superoxide dismutase’ (SOD).
  • membantu penghasilan asid perut dan enzim-enzim penghadaman dalam pancreas.
  • tumbesaran normal, sejak perkembangan janin, kanak-kanak, dan keremajaan.
  • fungsi deria rasa, bau, selera makan, juga pengaruh kepada syahwat.
  • fungsi kekebalan tubuh.
‎‎0‎ ‎ ‎

Tuesday, December 17, 2013

Ada Apa Pada Bran Beras ?

Apakah Bran Beras    ?


Padi, apabila dituai, perlu melalui proses pengilangan untuk dijadikan beras. Dikilang, penggilingan padi dilakukan banyak kali. Penggilingan dilakukan untuk menghasilkan beras putih. Beberapa produk sampingan turut terhasil: 
  1. Sekam dan Beras Perang. Butiran padi digiling beberapa kali untuk mengupas dan memisahkan kulit paling luar (sekam) dari padi, sehingga tinggal hanya beras. Peringkat ‎penggilingan ini menghasilkan - sekam padi dan beras perang
  2. Dedak. Seterusnya penggilingan diteruskan beberapa kali lagi. Sekam bertambah lumat menjadi dedak.‎ Dedak adalah campuran sekam yang tergiling lumat dan bran yang masih kasar, beserta butiran beras hancur. Peringkat ‎penggilingan ini menghasilkan - dedak dan beras perang.
  3. Bran Beras. Bran beras adalah selaput pada butiran beras terdalam disebut 'endosperma' (termasuk aleurone, perikarp, palea dan ‎tegmen serta sebahagian kecil embryo), terletak diantara sekam dan butiran beras (endosperm). Melalui proses penggilingan seterusnya, bran akan digilap dan dipisahkan sehingga semua butiran beras menjadi putih. Peringkat ‎penggilingan ini menghasilkan bran dari dan beras putih.
  4. Beras Putih. Produk terakhir dari padi, setelah dikupas dan digilap sekam dan juga bran sehingga tinggal hanya endosperma berwarna putih bersih, yang menjadi makanan asasi kini. 
Resmi warga kini memakan nasi dari beras putih, bersih, menyerlah. Rasanya lebih enak. Aromanya lebih harum. Nasi lebih empuk. Beras yang kurang putih, beras perang, kalau ‎dimasak kurang menyerap air. Nasi agak kental. Rasa berkacangan. Warna sebam kurang menyerlah. Juga kurang enak dibandingkan dengan beras putih. Akan tetapi, resmi memakan nasi putih, tanpa disedari, telah menyisihkan banyak nutrien yang bernilai tinggi pada kesihatan. 

‎‎0‎ ‎ ‎

Wednesday, December 11, 2013

Perihal Zat Gizi

Zat-zat gizi adalah pemacu kepada vitamin-vitamin dan beribu jenis enzim untuk mampu memberi tindak-balas bio-kimia dalam tubuh. Tiada pemacu, vitamin tidak berguna, aktiviti enzim tidak berdaya, bekalan kalori tidak bermakna, dan begitu juga dengan protein, lemak, dan karbohaidrat. Fungsi dan organ dalaman tubuh merana. Kekurangan sesuatu zat gizi, bila berlarutan, akan mengakibatkan penyakit. Dan begitu pun dengan kadar yang berlebihan....
Nutrisi 


Nutrisi adalah zat-zat makanan yang dimakan dan diminum, diperdapat dari bahan makanan dan minuman, untuk keperluan kehidupan dan kesihatan tubuh. Terdapat 6 kumpulan nutrisi: ‎
  1. Air
  2. Vitamin
  3. Zat Gizi/Galian
  4. Lemak
  5. Protein
  6. Karbohaidrat
Semua kumpulan tersebut adalah perlu untuk kesempurnaan fungsi tubuh manusia. Dan zat gizi/galian adalah salah satu dari kumpulan nutrisi yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia.

Zat Gizi (Zat Galian)


Tubuh memerlukan zat galian, bahan bukan organik yang disebut 'unsur' (element), bagi menjana fungsi-fungsi penting dalam tubuh; antaranya penghantaran maklumat dari saraf, penguncupan otot, dan penghasilan hormon. Pakar-pakar permakanan menggunakan istilah 'zat gizi makro' bagi menunjukkan bahawa zat-zat gizi tersebut diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang banyak, sepertimana kalsium dan magnesium. Dan zat-zat gizi yang diperlukan dalam jumlah yang sedikit/terlalu sedikit, secara amnya kurang dari 20 mg setiap hari, diistilahkan sebagai 'zat gizi kelumit'.

‎‎0‎ ‎ ‎

Sunday, December 8, 2013

Ada Apa Pada Nangka ?

Buah Nangka

Nangka, nama botani Artocarpus ‎heterophyllus), dari pepohonan mulberi (Moraceae). Berasal dari Asia Tenggara dan Selatan.

Pohon Nangka banyak tumbuh dinegara-negara tropika seperti India terutama daerah Kerala, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, ‎Vietnam, Burma, Kemboja, Thailand, Malaysia, Indonesia, dan Filipina. Juga terdapat diAfrika, seperti Cameroon, Uganda, Tanzania, dan Mauritius, melewati Brazil dan negara-negara Caribbean seperti Jamaica.

Malaysia dan Indonesia mengenalinya sebagai 'Nangka'. Indonesia juga memiliki beberapa nama daerah kepada buah nangka, antara lain langge, anane, lumasa/malasa, nanal, krour, kapiak, nangka (sunda). Dikalangan dunia Barat mengenalinya sebagai jackfruit. 'Ka-noon' pada Thailand. 'Katahal' pada Hindi, 'Pala-pazham' Tamil, 'Panasa' Telugu, 'kathal' Bangladesh, 'peignai' Burma, 'khnor' Kemboja, 'mak mi' 'may mi' 'mimiz' 'miiz hnang' Laos, 'mit' Vietnam, 'Liangka' Filipina.

Pohon nangka meninggi antara 9-21 meter, dan agak merimbun. Semua bahagian pohon mengandungi getah. Buah nangka adalah buah yang besar sekitar 20-90 sm, amnya lonjong dan 15-50 sm lebar, dan beratnya antara 4.5-20 kg bahkan ada varieti yang melebihi 50 kg.

‎‎0‎ ‎ ‎

Tuesday, December 3, 2013

Perihal Vitamin

Vitamin


Vitamin adalah zat ‎makanan atau nutrien dari bahan kimia organik yang diperlukan oleh organisma, termasuk manusia, dalam kadar yang terhad.

Suatu atau sekumpulan bahan kimia organik disebut vitamin apabila ia tidak boleh dihasilkan oleh organisma atau tubuh manusia dalam kadar yang mencukupi. Ia perlu diperdapat melalui bahan makanan. Justru, istilah vitamin tertakluk kepada keadaan dan sesuatu organisma. Sebagai contoh, vitamin C adalah vitamin untuk manusia, tidak ‎pada kebanyakan binatang kerana kebanyakan badan binatang mampu menghasilkan vitamin C sendiri. Dan biotin (vitamin H) dan vitamin D diperlukan dalam permakanan ‎manusia hanya dalam keadaan tertentu.

‎Dewasa ini, hanya 13 jenis vitamin dikenali dan diiktiraf oleh badan dunia sebagai berkepentingan kepada kesihatan tubuh manusia. Istilah vitamin tidak termasuk ‎nutrien lain yang juga turut mustahak; seperti zat-zat gizi, asid lemak mustahak, atau asid amino mustahak (diperlukan oleh tubuh dalam kadar yang lebih banyak dari vitamin), tidak juga tergolong ‎dari berbagai jenis nutrien yang menyihatkan tubuh tetapi keperluannya tidak termesti selalu dibekalkan sepertimana ‎vitamin-vitamin. ‎

‎‎0‎ ‎ ‎

Monday, December 2, 2013

Vitamin K

Apakah Vitamin K ?‎



Vitamin K ialah sekumpulan vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk proses mengubah-suai protein ‎tertentu bagi tujuan pembekuan darah dan memberi tindak-balas metabolisma dalam sel-sel tulang dan ‎tisu-tisu. Kumpulan vitamin K diperdapat dari kalangan 2-methyl-1, 4-naphthoquinone (3-), termasuk ‎vitamer: vitamin K1 dan vitamin K2. Justru, ringkasnya vitamin K merujuk kepada vitamin K1 and vitamin ‎K2.‎
  • Vitamin K1 - dikenali sebagai phylloquinone atau phytomenadione (phytonadione).
  • Vitamin K2 - banyak jenis, termasuk menaquinone dan menatetrenone.
Vitamin K1 dan K2 bersumber dari alam semulajadi, dan larut lemak. Ia tersimpan dalam organ hati ‎meskipun tidak begitu banyak, dan juga dalam tisu-tisu lemak sepertimana vitamin A,D, dan E. 

Vitamin K1.   Vitamin K1 - phylloquinone atau phytomenadione (phytonadione) - dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan. Banyak sekali terdapat dalam sayur-sayuran hijau yang terdedah secara lansung kepada 'photosynthesis'. Agak kurang dalam tisu pohon (akar, buah dll). Vitamin K1 diserap dalam kolon (usus ‎besar bahagian atas). Penyerapannya memerlukan lemak dan garam hempedu. ‎

Vitamin K2.   Vitamin K2 - termasuk menaquinone dan menatetrenone - banyak terdapat dalam binatang. K2 mempunyai beberapa jenis rumpun dibawahnya. ‎Selalunya K2 dalam istilah singkat MK-n; M untuk menaquinone, K ‎untuk vitamin K, dan n untuk jumlah sisa isoprene (definasi jenis-jenis K2). Jenis-jenis vitamin K2 yang sering dikaji dan dianggap bermanfaat untuk kesihatan tubuh ialah - MK-4 dianggap paling penting, dan MK-7. Jenis-jenis vitamin K2 yang lain juga wujud – MK-5, MK-6, MK-8, MK-9, MK-10, MK-11, MK-12, MK-13, dan MK-14.

Bakteria dalam kolon boleh ‎menukar K1 menjadi vitamin K2. Banyak jenis bakteria, seperti Escherichia coli, terdapat dalam kolon, menghasilkan vitamin K2, dari ‎MK-7 sehingga MK-11. Semua jenis K2, melainkan MK-4, boleh dihasilkan oleh bakteria dalam kolon tersebut. ‎

Vitamin K Sinthetik.  Vitamins K3 (menadione), K4 (menadiol), K5, dan K6 juga wujud dihasilkan secara sinthetik, dan mempunyai tahap keracunan. Selalu digunakan untuk ‎mencegah rebakan kulat dan untuk industri permakanan binatang peliharaan. ‎

‎‎0‎ ‎ ‎

Sunday, December 1, 2013

Ada Apa Pada Nattō ?

Nattō



Nattō adalah makanan tradisi Jepun. Wujudnya sejak zaman silam peradaban Jepun. Dibuat dari kacang soya/kedelai ‎yang diperam dengan bakteria Bacillus subtilis.

Bau dan rasa Nattō menyengat, agak berkrim dan melekit. ‎Perlu terbiasa memakannya. Kebanyakan warga Jepun sudah terbiasa memakan Nattō. Paling popular pada warga Timur Jepun; Kantō, ‎Tōhoku, dan Hokkaido. Kerana bau dan rasanya, ada juga dikalangan warga Jepun yang tidak begitu menyukainya. Ramai warga bukan Jepun yang sukar menerimanya, tetapi ada juga yang sukakanya.

Pembuatan Nattō



Masyaraakat Jepun dahulu kala membuat Nattō, dengan mengukus kacang soya, lalu diperam/diragi dalam jerami padi untuk beberapa lama. Jerami padi mengandungi bakteria B. subtilis.

Dizaman pemerintahan kerajaan Taishō (1912–1926), cara pembuatan Nattō berubah menjadi semakin mudah, menggunakan kultur/ragi bakteria B. subtilis, dan kacang soya yang dikukus tidak lagi diperam/diragi dalam jerami padi.

Bahan asas Nattō ialah kacang soya. Kacang yang kecil lebih diutamakan, kerana proses ‎pemeraman lebih mudah sebati hingga kedalamnya. Kacang soya dibersihkan. Lalu direndam dalam air selama 12-20 jam agar kacang soya menjadi kembang dan lembut. Kemudian, kacang soya dikukus selama 6 jam. 'Pressure cooker' sering diguna bagi menjimat masa. Untuk peragian kacang soya, dicampur dengan bacteria Bacillus subtilis, disebut 'nattō-kin' dalam bahasa Jepun. ‎Penjagaan perlu rapi agar tidak tercemar oleh bacteria-bakteria lain. Kacang soya lalu diperam pada suhu 40 °C (104 °F) selama 24 jam. Kemudian ‎Nattō disimpan dalam peti sejuk sehingga 1 minggu, sebelum sedia untuk sajian. ‎

Harini, Nattō dihasilkan melalui industri permakanan Jepun. Dijual dalam bungkusan polisterin. Satu pek mengandungi 2,3 atau 4 bungkusan, setiap satunya mengandungi 40 - 50 gm. Setiap 1 bungkusan cukup untuk semangkok nasi.

Nutrien Nattō



Nattō mengandungi berbagai jenis zat makanan yang berkhasiat untuk kesihatan, berasal dari kacang soya. Oleh kerana kacang soya telah melalui proses pemeraman dan peragian, maka kemudharatan yang terkandung dalam kacang soya telah sirna.

Kalori dalam Nattō lebih rendah berbanding dengan kacang soya mentah, dan Nattō sarat protein. ‎

Nattō sangat kaya dengan vitamin K. Vitamin B-Kompleks dan C dalam kadar sederhana. Sedikit vitamin A. Kadar sodium tidak tinggi. Tanpa/terlalu sedikit kolesterol.

Nattō unggul dengan zat-zat gizi:
  • Manganese, Besi, Magnesium dan Tembaga - unggul
  • Kalsium, Fosforus, Potassium, Zinc dan Selenium - sangat baik.
Jika Nattō dimakan bersama dengan telur dan nasi, warga Jepun menganggapnya sebagai makanan yang lengkap, memenuhi keperluan harian.

Khasiat Nattō



Media Jepun kerapkali mewarwarkan tentang berbagai khasiat Nattō pada kesihatan. Dan warwar ini disokong oleh kajian-kajian sains permakanan dan perubatan.

1     Vitamin K.   Nattō sangat kaya dengan vitamin K, terutama K2. Vitamin K2 (menatetrenone) banyak terdapat dalam bahan makanan yang diperam/diragi seperti keju, miso, dan Nattō.‎ Antara manfaat vitamin K:
  • Vitamin K memelihara kemampuan darah membeku pada tahap yang saksama, agar tidak berlaku pendarahan berlebihan dan tidak terkawal, boleh mengancam nyawa.
  • Vitamin K2 terlibat dalam penghasilan rumpun protein (sekurang-kurangnya 100 jenis protein di seluruh tubuh) untuk berbagai aktiviti dan fungsi tubuh; umpamanya, penghasilan protein Gla yang bergabung dengan kalsium bagi membantu membina dan menumpatkan tulang, dan mencegah dari ‎osteoporosis; menghalang terbinanya batu karang kalsium oxalate dalam ginjal dll.
‎‎0‎ ‎ ‎

Friday, November 22, 2013

Vitamin E

Apakah Vitamin E   ?



Vitamin E adalah nama majmuk yang merujuk kepada 8 isomer yang larut lemak yang merupakan ahli-ahli keluarga vitamin E. Setiap ‎isomer mempunyai tahap aktiviti biologi yang berbeza. 8 isomer tersebut terbahagi kepada 2 kelompok; 4 ‎darinya dalam kelompok tocopherol, dan 4 bakinya dalam kelompok tocotrienol. Isomer-isomer tersebut disimbolkan: ‎alpha = (α-), beta = (β-), gamma = (γ-), dan delta = (δ-). ‎‎

Keluarga Vitamin E (8 Ahli/Isomer)‎
4 Jenis Tocopherol‎ 4 Jenis Tocotrienol‎
Alpha/(α)-tocopherol Banyak terdapat dalam darah ‎dan tisu-tisu tubuh. Sifat anti-‎oksidan yang aktif dan penting ‎pada tubuh. Formula ‎molekeulnya ialah C29H50O2.‎ Alpha/(α)-tocotrienolFormula molekeulnya ‎ialah C29H44O2.‎
Beta/(β)-tocopherol Sifat anti-oksidannya kurang dari ‎alpha-tocopherol. Formula ‎molekeulnya ialah C28H48O2.‎ Beta/(β)-tocotrienol ‎Formula molekeulnya ‎ialah C28H42O2.‎
Gamma/(γ)-tocopherolFormula molekeulnya ialah ‎C28H48O2.‎Gamma/(γ)-‎tocotrienolJenis vitamin E yang ‎jarang sekali ditemui.‎
Delta/(δ)-tocopherolJumlahnya sedikit berkurangan ‎dari alpha-tocopherol dalam ‎darah dan tisu-tisu tubuh. ‎Formula molekeulnya ialah ‎C27H46O2.‎Delta/(δ)-tocotrienol Formula molekeulnya ‎ialah C27H40O2.‎
‎‎0‎ ‎ ‎

Tuesday, November 19, 2013

Ada Apa Pada Beras Pulut Hitam ?

Beras Hitam



‎Padi, nama sains oryza sativa. Terdiri dari berbagai varieti. Asia merupakan jelapang padi dunia. ‎Pengekspot terbesar adalah Thailand, Vietnam, dan ‎China. ‎

Padi, apabila di kupas kulit luar (sekam), menjadi beras. Antara varieti beras yang berpengaruh ‎dalam budaya permakanan ‎warga Asia ialah Beras Hitam. Beras hitam dikategorikan sebagai beras pulut. 

Beras Hitam mendapat nama kerana warnanya yang hitam pekat apabila ‎mentah. Warna hitam adalah disebabkan ‎kepekatan pigmen anthocyanin yang ‎terkandung didalamnya.

‎Beras Hitam pula terdiri dari beberapa varieti. Warna-warna setiap varieti sedikit berubah dan berbeza menurut kepekatan kandungan ‎pigmen ‎anthocyanin didalamnya. Dari hitam pekat, kepada ungu pekat, biru pekat, ungu muda, coklat atau merah ‎perang pekat dll. Bentuk bijiran juga sedikit sebanyak berbeza; dari panjang, pendek, gemuk dsbnya.

Beras Hitam China. Beras hitam pekat lebih dikenali sebagai Beras Hitam China. Beras Hitam China ‎sangat diistimewakan oleh kaum Cina. Dipercayai berupaya mengubati berbagai jenis penyakit, dan amat baik untuk ‎kesihatan ginjal, perut dan hati.

‎‎Di zaman silam, sewaktu pemerintahan Maharaja Kangxi dari Dinasti Qing di China, beras hitam hanya ‎milik maharaja. Terlarang di makan oleh ‎rakyat biasa. Jika mana-mana rakyatnya ‎tertangkap memakan beras ‎hitam, boleh di hukum mati. Maka beras hitam dikenali juga ‘beras terlarang.’ Waktu itu, penanaman pohon-‎pohon padi beras hitam sangat ‎terhad, cuma untuk sajian diraja

‎‎5‎ ‎ ‎

Monday, November 11, 2013

Ada Apa Pada Beras Perang ?

"Beras perang, salah satu superfood di dunia ! ‎
Apakah Beras Perang?

Padi dan Beras. Asal beras dari padi. Nama sains padi ialah Oryza sativa. Terdapat lebih dari 8,000 jenis padi/beras ‎di dunia ini. Majoriti padi dunia di tanam di Asia. Thailand, Vietnam dan China ‎merupakan pengeksport beras terbesar dunia. ‎

Beras adalah makanan asasi, sangat dihargai dalam ‎budaya permakanan warga Asia. Beras kerapkali dikategorikan dari saiz dan baunya, samada pendek, ‎sederhana lonjong, panjang, melekit, peroi/seroi, wangi dsbnya. ‎Kebanyakan beras pendek lebih tinggi kandungan kanji. Beras panjang lebih ringan dan seroi ‎apabila di masak. ‎

Cara lain mengklasifikasikannya - beras perang atau beras putih. Beza beras perang ‎dengan beras putih bukan sekadar warnanya, tetapi proses pengilangan yang dilalui oleh bijiran padi ‎dan beza kandungan zat antara keduanya. ‎

Proses Pengilangan Padi. Bijiran padi dimasukkan ke dalam beberapa mesin pengilangan bagi ‎menggiling dan mengupas kulit luar (sekam). Apabila sekam padi di kupas, maka ‎beras perang pun terhasil. ‎Untuk menghasilkan beras putih, lapisan berikutnya iaitu lapisan bran (bekatul) yang terletak di ‎bawah lapisan sekam lalu di kupas lagi. Seterusnya di tosoh atau digilatkan sehingga ‎yang tinggal hanya endosperm berwarna putih bersih yang sarat kanji.‎
  1. Beras perang adalah padi yang di kupas sekam menjadi bijiran beras, ‎tanpa di tosoh atau diputihkan, kekal berwarna coklat atau perang. ‎Beras perang adalah bijiran beras lengkap. Selaput bran/bekatul dan germ ‎yang kaya dengan zat makanan masih kekal pada beras perang. Mana-mana beras, samada berbentuk ‎lonjong, panjang atau pendek, yang di kupas sekamnya diistilahkan sebagai beras perang. ‎
  2. Beras putih adalah beras perang yang di gilat, di buang seluruh selaput bran/bekatul yang berwarna ‎perang. Tinggal hanya endosperm berwarna putih. ‎Inilah beras yang sering di jual, di makan oleh masyarakat pada hari ini. ‎
Beza Kandungan Zat Beras Perang dan Beras Putih. Proses penghasilan beras perang hanya ‎mengupas sekam padi. Maka, terlalu sedikit zat-zat makanan yang terkandung didalamnya yang hilang. Manakala proses penyosohan dan penggilatan bijiran beras untuk menjadikan ‎beras putih telah mengeluarkan kira-kira 67% vitamin B3, 80% vitamin B1, 90% vitamin B6, 60% ‎besi, 50% manganese, 50% fosforus, hampir semua serat makanan dan asid lemak, jenis minyak ‎dalam bran yang sangat bermanfaat untuk kesihatan juga turut hilang. Beras perang dan beras putih ‎masih mempunyai jumlah kalori dan karbohaidrat yang sama.‎

Kedudukan Beras Perang. Di masa lalu, beras perang dikaitkan dengan kemiskinan, makanan orang ‎kampung. Hanya apabila sakit, demam dsbnya, baru ia di makan ‎sebagai makanan rawatan. Kini, kerana nilai-nilai zat yang terkandung didalamnya, ia lebih mahal dari beras putih. Ia merupakan makanan eksotik.‎

Ranking bahan makanan berkhasiat kesihatan di dunia, beras perang diiktiraf mengandungi zat gizi manganese yang terbaik. ‎Dan selenium, magnesium dan tryptophan di peringkat yang baik. ‎Namun, masih ramai kalangan masyarakat tidak tahu dan tidak peka tentang khasiat dan manfaat ‎kesihatan yang terkandung dalam beras perang. ‎

Pada tahun 2005, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah ‎menjalankan kajian tahap permakanan masyarakat Malaysia terhadap beras perang. Kajian mendapati kurang ‎dari 4% yang menjadikan beras perang diet harian. Dari 4% tersebut, hanya 10% yang memakannya sekurang-‎kurangnya sekali dalam sebulan. Bangsa Cina lebih kerap makan beras perang (16.3%). Bangsa India ‎‎(15.6%). Dan bangsa Melayu (6%). Dari kajian, majoriti bangsa Melayu kurang peka pada ‎kesihatan dari bangsa-bangsa lain.‎

Manfaat Beras Perang

Beras perang diiktiraf mengandungi manganese yang terbaik. Selenium, magnesium dan tryptophan di tahap yang ‎baik. ‎

1‎     Manganese (Mn).  ‎Mn adalah zat gizi kelumit. Ia sangat diperlukan untuk menyihatkan tubuh. Secawan beras perang yang ‎di masak akan membekalkan 1.8 mg Mn, 88% dari dos saranan harian. Antara manfaat Mn:

Metabolisma Tubuh:   Mn merupakan faktor gandingan yang penting dan diperlukan bagi mengaktifkan tindak-tanduk aneka jenis enzim dalam tubuh. Enzim-enzim perlu diaktifkan bagi menguruskan metabolisma karbohaidrat, asid ‎amino (protein), kolesterol, penyerapan dan penggunaan vitamin-vitamin dan zat-zat gizi dari makanan. ‎Maka, Mn perlu;
  • untuk metabolisma glukos bagi menghasilkan tenaga. ‎Mn mengawal paras gula dalam darah dengan cara menstabilkan penghasilan dan pengeluaran ‎insulin. Ini sangat baik untuk pesakit Kencing Manis, atau mencegah terjadinya Kencing Manis.
  • untuk metabolisma glutamine, sejenis asid amino yang paling ‎banyak terdapat di dalam tubuh dan menjadi bahagian utama kepada DNA polymerase. ‎
  • terlibat dalam penghasilan kolesterol, yang digunakan oleh tubuh bagi menghasilkan ‎hormon seks.‎
  • untuk penyerapan dan penghantaran zat dan vitamin seperti ‎vitamin E, B-1 dan magnesium. ‎
  • perlu ada pada enzim anti-oksidan ‎superoxide dismutase (SOD). SOD adalah anti-oksidan yang amat berkesan. Ia berada dalam mitochondria (kilang ‎tenaga ber-oxygen dalam kebanyakan sel-sel), melindungi tubuh dari kerosakan dan ancaman radikal bebas. 
Fungsi Organ Dalaman Tubuh:  Mn sangat penting;
  • untuk memelihara otak agar kekal berfungsi secara normal, dan aktiviti sistem saraf seluruh ‎tubuh terpelihara dengan baik. ‎
  • membantu menambah ketumpatan tulang ‎belakang. Wanita yang sudah menopaus, akan mengalami kekurangan Mn, maka Mn sangat ‎penting bagi mencegah sebarang keretakan tulang.
  • ‎pada thyroxine, iaitu hormon penting dalam kelenjar thyroid. ‎Kelenjar thyroid yang mampu menghasilkan hormon thyroxine secara normal akan menjamin keberkesanan metabolisma dan kelancaran sistem organ-‎organ dalaman tubuh. ‎
  • membantu penyerapan lemak lebih baik ketika ‎proses penghadaman, juga mengurangkan masalah seperti sembelit dan perut ‎kurang selesa.
  • membantu organ hati berfungsi dengan baik dan lancar. ‎
  • menyumbang kepada pembinaan tisu-tisu penghubung pada otot dan tulang.
2    Selenium (Se).‎  Se juga penting kepada beberapa urusan metabolisma utama, termasuk fungsi ‎anti-kanser, anti-oksidan, anti-keradangan, sistem kekebalan tubuh, hormon thyroid, jantung, rambut ‎dll. Secawan beras perang yang di masak membekalkan 19.1 mcg Se,  27% dari dos saranan harian. ‎Antara manfaat Se:‎

Anti-Kanser:   Se berperanan dalam beberapa proses di peringkat sel, ‎terutama tindak-balas tubuh pada aktiviti kanser. Kajian menunjukkan ‎dos harian Se yang mencukupi boleh mengurangkan pertumbuhan sel-sel kanser, seperti kanser prostat, kolon, dan paru-paru. ‎

Se juga berperanan dalam beberapa tindak-balas enzim yang menggalakkan apoptosis (sel-sel ‎kanser atau yang tidak normal luluh-sendiri secara aotomatis). Radikal bebas menyebabkan ‎kanser, merosak DNA dan membentuk sel-sel menjadi sel-sel kanser. Se didapati ‎memacu baik-pulih sel-sel dan DNA yang rosak, mencegah pembiakan dan pengubah-suaian ‎sel-sel tersebut menjadi sel kanser, menggalak apoptosis. ‎

Se, digunakan oleh glutathione peroxidase (salah satu dari enzim anti-oksidan digunakan ‎dalam organ hati) bagi me-nyah/menyirna pelbagai molekeul toksin yang mengancam ‎kesihatan. Apabila glutathione peroxidase terlalu rendah, molekeul toksin tersebut tidak boleh disirnakan. Keadaan ini ‎boleh memusnahkan mana-mana sel yang disentuhinya, merosakkan DNA, sel dan ‎menyemarak perkembangan sel-sel kanser. ‎

Anti-Oksidan, Anti-Penuaan:   Radikal bebas boleh melemah dan membunuh sel-sel ‎dalam setiap sistem organ. Radikal bebas boleh menyebabkan penyakit jantung, kegagalan fungsi ginjal, ‎masalah penghadaman, sindrom metabolisma, ketidak-saimbangan hormon, dan pra-penuaan. ‎Se bertindak sebagai anti-oksidan yang meransang penghasilan lebih banyak anti-oksidan lain. ‎

Radikal bebas selalunya dikaitkan dengan proses penuaan, kerana radikal bebas adalah ejen ‎terselindung yang menyebabkan kekedutan kulit, tompok-tompok penuaan, kulit kendur, otot ‎lembek, dan keterampilan lebih berusia. ‎ Lemah daya pemikiran juga dikaitkan dengan aktiviti radikal bebas dalam neural cortex, ‎merosaki laluan-laluan dan mencegah saraf dari berfungsi secara normal. Se boleh ‎membantu mencegah semua keadaan yang merbahaya ini dengan cara ‎menyirna radikal bebas sebelum menjejaskan tubuh.

Anti-Keradangan:   Se juga melindungi tubuh dari luluh dan lusuh sebelum usia. Se didapati ‎dapat mengurangkan bebanan oksidasi yang kerapkali timbul di bahagian sendi-sendi dan ‎tulang, sengal dan sakit, dan gejala keradangan rheumatoid arthritis, gout, ‎sporiasis, lupus, eczema. ‎Kekurangan Se yang serious menjadi salah satu penyebab kepada penyakit Kashin-Beck, di mana sel-sel kartilage mati, tumbesaran terbantut, osteoarthritis di usia muda, dan tanda-tandanya seperti sengal dan sakit sendi, kurang keanjalan, lemah daya gerak, ‎dan mungkin lumpuh sekiranya parah.

Sistem Kekebalan Tubuh:   Beberapa kajian menunjukkan Se penting dalam meransang ‎‎‘antibody’, iaitu senjata sistem kekebalan tubuh yang mencari dan memusnahkan virus, bakteria, ‎kulat, dan anasir-anasir asing yang boleh memudaratkan dan menyebabkan jangkitan dan ‎membawa penyakit. ‎

Kelenjar Thyroid:   Se penting pada fungsi ‎kelenjar thyroid, membantu mengurus penghasilan dan kadar hormon thyroid dalam tubuh. ‎Hormon T3 adalah sejenis hormon penting yang dihasilkan oleh kelenjar thyroid, ‎bertugas mengawal keseluruhan fungsi dan metabolisma tubuh. Tanpa Se, hormon T3 ‎tidak dapat dihasilkan, yang mana boleh mengakibatkan malapetaka pada seluruh sistem-sistem tubuh. ‎

Kesihatan Jantung:   Se juga bertindak sebagai pencair darah, mengurangkan darah beku, mengurangkan tompokan plaque kolesterol mudharat LDL ‎ dalam arteri dan saluran-saluran darah; plaque boleh membawa kepada atherosclerosis, serangan jantung, dan strok.‎

3‎    Magnesium (Mg)‎.  Beras perang mengandungi Mg yang agak tinggi. Mg penting untuk urusan metabolisma tubuh. Mg bertindak sebagai faktor gandingan kepada lebih dari 300 jenis enzim. ‎Setiap cawan beras perang yang di masak membekalkan Mg 83.9 mg, iaitu 21% dari dos saranan ‎harian. ‎Antara manfaatnya;

Ketumpatan Tulang:   Mg berperanan penting dalam metabolisma tulang. Kira-kira 50 - 60% Mg dalam tubuh tersimpan dalam dan di permukaan ‎tulang. Mg, bersama dengan vitamin D, ‎tembaga dan zinc, mengurus kadar kalsium dalam tubuh. Apabila bekalan Mg kekurangan, paras ‎hormon parathyroid pun menurun. Keadaan ini menyebabkan kalsium kurang mampu di serap oleh usus. ‎Tubuh terpaksa mengguna simpanan kalsium apabila diperlukan, mengakibatkan hakisan ‎tulang. Kekurangan kalsium dan Mg akan membawa ke arah osteoporosis.

Penghasilan Tenaga:   Mg turut memainkan peranan dalam metabolisma tenaga. Mg menjadi ‎faktor gandingan kepada enzim bagi menghasilkan tenaga. Enzim adalah molekeul protein yang ‎melaksanakan tindak-balas kimia di seluruh tubuh, termasuk tindak-balas kimia untuk ‎menghasilkan tenaga. Dan faktor gandingan adalah zat makanan yang bergabung dengan enzim ‎untuk menjadikan enzim mampu berfungsi. Justru, kadar Mg yang rendah dalam tubuh boleh ‎menyebabkan kelesuan kerana kekurangan tenaga. ‎

Urusan Kadar Gula Dalam Darah:   Mg adalah faktor gandingan kepada lebih dari 100 jenis ‎enzim yang terlibat dalam pengawalan gula dan metabolisma glukos. Mg membantu mengurus ‎tindak-balas insulin terhadap kadar gula dalam darah, dan memelihara tekanan darah yang ‎normal. ‎Kajian dari perbadanan Black Women's Health menunjukkan kelaziman memakan beras ‎perang atau bijiran lengkap lain yang kaya dengan Mg dapat mengurangkan risiko ‎penyakit Kencing Manis Jenis 2.‎

Kesaimbangan Sistem Saraf:   Mg berperanan penting dalam aktiviti reseptor NMDA (N-methyl-d-aspartate), iaitu reseptor saraf yang terdapat dalam selaput sel-sel otak. ‎Reseptor adalah molekeul khusus yang mengawal keluar-masuk maklumat dari sel-sel dalam sistem saraf. Apabila Mg berkurangan, tekanan jiwa dan kecelaruan fikiran akan meningkat. ‎ 

Hypertension:   Kekurangan Mg merupakan salah satu penyebab kepada serangan jantung dan tekanan darah tinggi. Kekurangan Mg juga boleh ‎mengakibatkan cramp, kekejangan otot (juga otot jantung dan saluran pernafasan yang ‎menyebabkan asma), sakit kepala dan migraine, sengal-sengal dan kelesuan. ‎

‎4‎    Tryptophan.  Tryptophan adalah salah satu dari 10 jenis asid amino yang mustahak, dari kalangan 22 jenis asid amino. Di sebut mustahak, kerana tubuh tidak mampu menghasilkannya, perlu diperdapat melalui permakanan. Tryptophan diperlukan untuk tumbesaran bayi secara normal dan untuk kesaimbangan nitrogen pada orang dewasa.

Penghasilan Niacin. Tubuh menggunakan tryptophan (kira-kira 3%) untuk di tukar oleh organ hati menjadi niacin (vitamin ‎B3) dan serotonin. Tubuh memerlukan zat besi, rivoflavin (B2) dan pyridoxine (B6) dalam kadar yang mencukupi untuk menukar tryptophan menjadi niacin. Beras perang mengandungi kesemua zat-zat ini.

Penghasilan Serotonin. Serotonin sejenis 'neurotransmitter' yang membantu ‎tubuh berkaitan dengan masalah ketenangan jiwa dan perasaan, selera makan, dan corak tidur seseorang. Oleh kerana tryptophan ‎berkemampuan meningkatkan kadar serotonin, tryptophan digunakan bagi ‎merawat masalah seperti sukar tidur, tekanan jiwa, kemurungan, keresahan, cepat ‎marah, kurang daya pemusatan dll.‎

5‎    Minyak Dalam Beras Perang. ‎  Menurut beberapa kajian yang disiarkan dalam American Heart Journal dan American Journal of ‎Clinical Nutrition, minyak dalam beras perang, apabila bekerjasama dengan serat, magnesium dan vitamin B-‎kompleks, boleh menurunkan kadar kolesterol mudharat LDL. ‎

Beras perang juga membantu meningkatkan kadar nitric oxide dalam darah. Nitric oxide adalah molekeul kecil yang ‎mengembangkan saluran darah, menghalang kerosakan akibat dari oksidasi kolesterol dan sel-sel ‎putih dari melekat ke dinding saluran darah yang akan menghasilkan plaque. ‎

6    Serat Makanan Beras Perang.  Beras perang adalah sumber serat ‎makanan yang baik. Secawan beras perang yang ‎di masak akan membekalkan 3.5 gm serat, 14% dari dos saranan harian.

Rasa beras perang sedikit kental dan kekacangan dan perlu lebih di kunyah kerana kehadiran serat. Namun, beras perang jauh lebih berkhasiat daripada beras putih. ‎Antara manfaat serat;
  • mengurangkan kadar kolesterol yang tinggi, dan menghalang ‎atherosclerosis. ‎
  • membantu mengawal kadar gula dalam darah, pilihan ‎terbaik bagi pesakit Kencing Manis.
  • ‎membantu melindungi dari kanser kolon, kerana serat mengaut unsur kimia penyebab ‎kanser, menjauhi kimia-kimia tersebut dari melekat ke dinding sel kolon. Serat juga melancarkan fungsi perut, mengurangkan sembelit. Zat gizi kelumit selenium juga didapati mengurangkan risiko kanser kolon. ‎
  • mengurangkan risiko sindrom ‎metabolisma. ‎
  • melindungi wanita sebelum menopaus dari kanser payudara, menurut kajian disiarkan dalam International Journal of ‎Epidemiology.
  • membantu wanita ‎menghindari dari batu karang dalam organ hempedu. Serat melancar makanan melalui usus, justru mengurangkan pengeluaran asid hempedu (pengeluaran berlebihan menyebabkan ‎pembinaan batu karang dalam hempedu), mempertingkat tindak-balas insulin dan seterusnya mengurangkan triglycerida ‎‎(lemak dalam darah). Demikian hasil kajian ke atas 69,000 wanita dalam Nurses ‎Health Study yang disiarkan dalam American Journal of Gastroenterology. ‎
7‎    Beras Perang Untuk Wanita. ‎   Satu kajian dari Harvard Medical School / Brigham yang disiarkan dalam American Journal of Clinical ‎Nutrition mendapati para wanita yang mengamal memakan beras perang tidak akan menambah ‎berat badan yang menyebabkan kegemukan berbanding dengan wanita yang selalu memakan beras ‎putih yang sarat kanji. ‎

Wanita yang sudah menopaus, mengalami kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, atau tanda-tanda ‎penyakit jantung. Dengan kelaziman memakan bijiran sempurna seperti beras perang, akan melambatkan pembinaan ‎tompokan plaque dalam saluran darah yang menyebabkan atherosclerosis dan ‎ stenosis (penyempitan laluan dalam saluran arteri). ‎

Sejenis zat phyto yang banyak terkandung dalam bijiran lengkap termasuk beras perang ialah lignin ‎tumbuhan. Lignin di tukar menjadi flora yang bermanfaat dalam usus, salah satu flora dikenali sebagai ‎enterolactone dapat melindungi wanita dari kanser payudara dan kanser-kanser yang berkaitan dengan ‎hormon, dan juga penyakit jantung. ‎ ‎‎

Beras Perang Organik, Bukan Organik. ‎‎

Beras perang selalunya tidak menyebabkan allergi. Beras perang organik memang disarankan sebagai makanan untuk kesihatan. ‎‎

Pilihlah beras perang organik dan hindarkan dari beras perang bukan organik, kerana beras perang ‎bukan organik boleh mengandungi kelumit bahan keracunan. Beras dari India mengandungi sekurang-‎kurangnya 0.05 µg/g bahan keracunan. Beras dari Bangladesh sama seperti dari Europah 0.15 µg/g ‎bahan keracunan. Beras dari Amerika Syarikat paling tinggi bahan keracunan. ‎

Kelumit bahan keracunan tidak menyebabkan penyakit. Tetapi, dalam jangkamasa panjang ‎boleh meningkatkan risiko kanser. Lebih tinggi kandungan bahan keracunan, boleh menjejaskan ‎organ-organ dan sistem-sistem seperti pernafasan, saluran darah ke jantung, kekebalan tubuh, ‎alat kelamin dan pembuangan air kencing, peranakan, perut-usus penghadaman, dan saraf. ‎

Kaedah Menanak ‎

Hasil dari kajian, Jepun telah memperkenalkan kaedah terbaik menanak beras perang, sewaktu ‎simposium International Year of Rice, United Nations Food and Agriculture Organization, 2004. ‎Penyediaan menggunakan beras GABA (gamma-aminobutyric acid) atau beras perang bercambah ‎‎(GBR). ‎

Kaedah ini melibatkan beras perang di basuh bersih, lalu di rendam dalam air suam (34 °C atau 93 °F) ‎selama 8 - 20 jam, sebelum memasaknya. Nisbah secawan bijiran beras : 2 cawan air. Proses ini ‎merangsang percambahan, mengaktifkan pelbagai enzim dalam beras. Dengan kaedah ini, asid amino ‎yang lebih lengkap mungkin diperolehi. Serat bertambah sebanyak 4 kali ganda, vitamin B dan ‎magnesium sebanyak 3 kali ganda, dan GABA sebanyak 10 kali ganda. ‎

Penyimpanan ‎

Beras perang, jika tersimpan terlalu lama, lebih mudah menjadi tengik dan rosak dibandingkan dengan beras putih. Ini disebabkan minyak semulajadi yang terkandung didalamnya. ‎ Justru, pastikan tidak ada tanda-tanda ‎kelembapan pada bijiran beras tersebut. Beras perang perlu di simpan dalam peti sejuk. Jika di simpan ‎dalam bekas yang tertutup rapat, beras perang boleh bertahan segar kira-kira 6 bulan. ‎

Petua Elak Dari Kutu Beras dan Beras Hapak

Petua ini di ambil dari anizyn.blogspot.com.‎

Beras, apabila di simpn agak lama, akan menyebabkan kehadiran kutu beras. Kutu beras akan ‎memakan beras dan menghasilkan bubuk beras. Beras terbabit masih boleh di makan, tetapi kutu ‎beras perlu di buang dahulu. Dan kerja membuang kutu beras yang kecil-kecil adalah kerja yang ‎renyah dan memakan masa.

‎Untuk mengelak dari kehadiran kutu-kutu beras tersebut, antaranya:
  • ‎masukkan beberapa tangkai cili kering dan serai, dan gaul bersama dengan bijiran beras yang di ‎simpan tersebut.
  • ‎masukkan juga daun limau nipis atau limau purut, bukan saja dapat mengelak dari kehadiran ‎kutu beras, malah menjadikan beras berbau wangi.
  • bau beras hapak juga kurang menyenangkan, namun boleh diatasi dengan membasuhnya ‎beberapa kali. Keringkan airnya, dan masukkan sehelai daun pandan ke dalam periuk masak ‎untuk menghilangkan bau hapak ketika menanak beras.
  • ‎sekiranya tersilap membeli beras dan mendapatinya kurang enak serta kurang bermutu, maka ‎goreng beras tanpa minyak terlebih dulu, kemudian rendam dalam air selama beberapa minit dan ‎seterusnya di masak seperti biasa.‎
______________________________________

‎‎0‎ ‎ ‎

Thursday, November 7, 2013

Ada Apa Pada Betik ?

Asal Betik

Betik, nama lain ialah papaya (America Utara, Belize, United Kingdom), papaw/paw paw ‎‎(Australia, Afrika, United Kingdom), Papiitaa (India), Papaiya, Papaya, Popoo (Jepun), ‎Pappali (Tamil), Loko, Ma Kuai Thet, Malako, Malakor, Sa Kui Se (Thai) atau Mamao (Brazil). ‎Betik adalah buah dari pohon Carica papaya, satu-satunya spesis dari genus Carica dari kerabat pepohonan ‎Caricaceae.
 ‎
Pohon betik berasal dari negara-negara Amerika tropika, dipercayai persekitaran Mexico Selatan, Amerika Tengah, dan Amerika Selatan. Berbagai variety betik kini tumbuh bertaburan di kebanyakan negara-negara tropika dan subtropika. ‎Harini, pengeluar terbesar secara komersial ialah Amerika Syarikat, ‎Mexico dan Puerto Rico. ‎

‎‎0‎ ‎ ‎

Keistimewaan Jus Kunyit

Jus kunyit adalah yang terbaik ! 
Kunyit tidak mahal, enak, dan menyegarkan 
Bermanfaat kepada setiap sistem dalaman ‎tubuh 
Pastikan herba eksotik ini menjadi minuman anda ! ‎

Jus Kunyit

Jus Kunyit merupakan minuman istimewa, kerana sarat pelbagai nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Bukan sahaja untuk mengekalkan kesihatan, bahkan menyumbang kepada  perawatan dan kesembuhan sebahagian dari penyakit yang dideritai.

Hindar dari mengguna terlalu banyak kunyit, kerana terlalu banyak kunyit akan memberi rasa pahit dan tidak enak di minum.

Bahan-bahan: 
  • 5 sm kunyit yang bersaiz agak besar. 
  • 1 sisir/rumpun sayur selada atau seleri
  • 3 batang lobak merah/carrot
  • 1 biji timun yang dipotong hujungnya
  • ‎1 biji isi buah lemon 
  • air asam jawa (pilihan tambahan)
  • air gula melaka/jawa/aren (pilihan tambahan)
Cara:
  1. Kupas atau cuci kulit kunyit, selada/seleri, lobak merah, timun, dan isi buah lemon dengan bersih‎ dan potong kecil-kecil
  2. Blend setiap satu bahan asing-asing 
  3. Tapis asing-asing, kemudian campur dan aduk semuanya sebelum diminum
  4. Tambah ketul air/ice cube bagi menambahkan kesegaran.  . 
Tip -
1)    bersihkan blender secepat mungkin, kerana kunyit akan ‎meninggalkan warna kuning pada blender.
2)    hanya gula melaka/jawa/aren digunakan, kerana gula pasir (sukros) sebenarnya memudaratkan tubuh. 

‎‎0‎ ‎ ‎

Wednesday, October 30, 2013

Ada Apa Pada Rambutan ?

Rambutan, Buah Keceriaan

Rambutan, nama botani Nephelium lappaceum, dari pepohonan Sapindaceae. Sejenis tumbuhan tropika yang rimbun, rendang, berbuah lebat. Tinggi ‎pohon sederhana, mencecah kira-kira 20 meter.

Rambutan berasal dari bumi kepulauan Melayu; Malaysia, Indonesia, Brunei, Selatan Filipina, Selatan Thailand. ‎Rambutan kemudian tumbuh bertaburan di seluruh negara-negara Asia Tenggara, Australia, Sri Lanka, India (terutama ‎Kerala), Hawaii, Panama, Costa Rica dan Puerto Rico. ‎

Rambutan mendapat nama dari perkataan Melayu “rambut”, merujuk kepada rerambut pada kulit buahnya. ‎Rambutan juga di beri berbagai nama lain, menurut daerah ia tumbuh. Di India menyebutnya ‎‎‘ramboostan’, dan di Kerala pula ‘mullan pazham’. 'Chom chom' atau 'vai thieu' di Vietnam. 'Ser mon' atau 'chle sao mao' di ‎Kemboja. ‎

‎‎0‎ ‎ ‎

Thursday, October 17, 2013

Zinc ‎ | Pemuliharaan Kulit ‎

Zinc Untuk Kesihatan Kulit

Zinc adalah zat gizi yang sangat penting pada keseluruhan sistem kekebalan tubuh dan untuk ‎pemuliharaan tubuh. ‎

Zinc memiliki pelbagai fungsi dalaman tubuh.
  • DNA. Zat ini diperlukan dalam proses cambah-biak DNA bagi menghasilkan sel-sel baru dan juga ‎membaik-pulih DNA. ‎
  • Ejen Kesembuhan. Zinc juga merupakan komponen untuk membolehkan enzim berfungsi dengan sempurna ‎untuk membaik-pulih dan menyembuh sebarang kecederaan pada kulit. 
  • Ejen Penegang. Zinc menegangkan kulit, mengecut dan ‎memejal tisu-tisu tubuh. Kulit menjadi lebih bersih, cerah dan sihat.
  • Anti-keradangan. Zinc oxide bertindak sebagai ejen pengering dan anti-keradangan pada ‎kulit, juga membantu meredakan gatal-gatal, ruam, dan lembab diselangkangan ‎terutama pada kanak-kanak.‎
  • Anti-oksidan. Zinc diperlukan dalam penghasilan ‎‎‘superoxide dismutase’ (SOD), iaitu sejenis enzim anti-oksidan yang berkesan melindungi semua ‎jenis sel yang terdedah kepada oxygen termasuk sel-sel kulit.
  • Penghasilan Protein. Zinc juga sebagai faktor gandingan untuk kulit menghasilkan protein ‘metalloproteinase’ ‎‎(MMP) yang terlibat dalam penyusunan semula tona kulit dan bertindak mengeluarkan ‎tisu-tisu yang rosak.
  • Sistem Kekebalan. Zinc juga membantu penyerapan Vitamin A bagi mempertingkat proses kesembuhan dan ‎melawan jangkitan bakteria. Ia juga sebagai faktor gandingan dalam penghasilan enzim ‎‎‘adenosine deaminase’ (ADA), yang bertugas memberi signal kepada sel-sel T sebagai sebahagian ‎dari proses pertahanan tubuh mencegah dari jangkitan. ‎
Semua proses-proses tersebut ini melibatkan penghasilan sel-sel baru, menyumbang kepada kesembuhan dan baik-pulih tubuh. Tanpa kadar zinc yang mencukupi, proses pulihara kulit akan menjadi lembab atau ‎lansung tidak berlaku. Bagi warga berusia, kadar zinc dalam tubuh lebih mudah berkurangan. ‎Justru, zinc sangat penting untuk kulit dan kesihatan tubuh pada keseluruhannya. ‎

‎‎0‎ ‎ ‎

Monday, October 14, 2013

Ada Apa Pada Pisang ?

Pisang   |   Aneka Jenis

Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan tumbuhan yang tergolong dalam pepohonan ‎Musaceae. Genus Musa terbahagi kepada 2 kumpulan; Eumusa iaitu kumpulan yang boleh di ‎makan dan Phusocaulis, yang tidak boleh di makan. ‎

Pisang juga terdapat dalam beraneka saiz; dari sebesar-besar pisang seperti Pisang Tanduk hingga ‎sekecil-kecil pisang seperti Pisang Lemak Manis dan Emas. ‎

Dari kumpulan Eumusa, antara jenis-jenis pisang yang lebih susuai lansung di makan:‎
  • Pisang Embun atau Pisang Bunga. Indonesia menyebutnya Pisang Ambon. Pisang ini ‎berbentuk panjang. Ia cepat ranum, tidak sesuai di simpan lama. Berkulit agak tebal, ‎senang di kupas. Isinya lembut, rasanya sangat manis dan lazat.
‎‎8‎ ‎ ‎

Saturday, October 12, 2013

Bawang Putih | Jangkitan Kurap ‎

Bawang putih, sejenis rempah alami, selalu digunakan dalam masakan, juga memiliki nilai-nilai perubatan bagi ‎merawat beberapa jenis masalah kesihatan, termasuk Kurap. ‎
Apakah Jangkitan Kurap    ?‎

Kurap (dermatophytosis) terdiri dari beberapa jenis penyakit kulit yang disebabkan oleh ‎jangkitan kulat. Jangkitan boleh berlaku pada kulit manusia, dan juga binatang. Jangkitan kurap berbentuk bintik-bintik merah bulat melingkari seperti cincin atau ‘ring’, tetapi ia bukan ‎disebabkan cacing melainkan dari beberapa jenis kulat. ‎

Kurap sangat gatal dan sangat menganggu perasaan dan fikiran. Semakin di garu akan semakin ‎gatal. ‎

Kurap boleh berjangkit pada mana-mana bahagian tubuh. Kulat-kulat mudah dijangkiti apabila sering berlaku sentuhan. Begitu juga dengan berkongsi pakaian, kasut, tempat tidur dsbnya. ‎

Jangkitan pada mana-mana bahagian kulit muncul semarak dan kian membiak. Kurap yang baru ‎akan mula muncul bersebelahan sebaik saja kurap yang lama mula hilang. Dan ia akan terus ‎menerus membiak, membesar, dan meluas. ‎

‎‎0‎ ‎ ‎

Thursday, October 10, 2013

Bawang Putih | Penyakit Jantung

Apakah Penyakit Jantung (Cardiovascular Disease) ?‎‎

Cardiovascular disease, secara amnya di sebut Penyakit Jantung. Penyakit ini terdiri dari beberapa jenis penyakit yang ‎melibatkan jantung, dan saluran-saluran darah (arteri, vein, kapillari), atau keduanya. Penyakit-‎penyakit tersebut seperti angina pectoris, atherosclerosis, serangan jantung, strok dll. ‎

‎Punca penyakit jantung adalah berbagai dan sabit-bersabit. Agak sukar dipastikan penyebab ‎yang tepat. Akan tetapi, arteriosclerosis, tekanan darah tinggi, asid amino homocysteine, stress, ‎obesiti, alkohol, merokok, menopaus adalah antara beberapa faktor yang membawa akibat ‎penyakit jantung. Antara faktor utama yang sering menjadi punca kepada penyakit jantung ialah ‎Atherosclerosis dan Gumpalan Platelet. ‎‎

‎‎0‎ ‎ ‎

Tuesday, October 8, 2013

Bawang Putih | Penyakit Psoriasis

Apakah Penyakit Psoriasis ?‎

Psoriasis adalah gejala yang timbul pada kulit. Kulit jadi berpenyakit, tetapi tidak berjangkit. ‎Hampir semua jenis psoriasis diiringi dengan sengal dan pegal pada sendi, ‎banyak kelemumur di kulit kepala, kuku jari-jari kaki dan/atau tangan menebal, bergumpal membengkok, berwarna kuning-kecoklatan. ‎

Secara amnya, terdapat 5 jenis Psoriasis:‎
  1. Plaque Psoriasis. Ini jenis psoriasis yang biasa terjadi. Radang pada bahagian epidermis kulit, ‎menebal, membengkak, kemerahan, kering, jelas kelihatan tompok-tompok kuping putih. Kuping-kuping ‎ini selalunya terdapat pada bahagian kulit kepala, siku, lutut dan bahagian bawah di ‎belakang tubuh. Psoriasis jenis ini gatal dan sakit. Kekadang tompok-tompok psoriasis pecah dan ‎berdarah. ‎
  2. Erythrodermic Psoriasis. Jenis psoriasis yang jarang sekali berlaku. Jenis yang kronik. ‎Ia boleh merebak ke merata bahagian kulit. Kawasan kulit yang terjejas lebih meluas, membengkak dan merah seperti udang bakar, terlalu gatal, dan sakit ‎apabila di sentuh. Sangat tidak selesa ‎pada perubahan cuaca panas atau sejuk. Di anggap sebagai rebakan Plaque Psoriasis yang tidak terkawal. ‎
  3. Inverse Psoriasis. Jenis psoriasis yang timbul di bahagian selangkangan, celah ketiak, di ‎bahagian bawah payudara, di celah-celah kulit yang berlapis. Semakin gatal apabila di garu ‎atau berpeluh. Tidak begitu berkeruping. ‎
  4. Gluttate Psoriasis. Psoriasis berupa tompok-tompok kecil kemerahan yang muncul bertaburan di merata ‎bahagian kulit. ‎
  5. Pustular Psoriasis. Lepuh putih yang mengelembung, berair pekat, kekadang terdapat nanah, ‎dikelilingi dengan radang kulit berwarna merah dan gatal.
‎‎1‎ ‎ ‎

Thursday, October 3, 2013

Ada Apa Pada Labu ?

Labu  |  Serba-Serbi Zat

Labu (Malaysia dan Indonesia), Pumpkin (Amerika), Pumpion (British), Pompons (French), ‎Melon Besar atau 'Pepon' (Greek) dan berbagai nama lagi mengikut negara dan daerah.

Labu dipercayai berasal dari Amerika Utara, Mexico. Nama botani ‎ialah Cucurbita moschata, dari pepohonan Cucurbitaceae. Pohonnya bersifat menjalar/merembat di ‎atas tanah dengan daunnya yang bulat atau bujur lebar dan berbulu.

Saiz, warna kulit, dan bentuk buah labu berbeza-beza, bergantung pada spesisnya. Kebanyakan labu ‎berbentuk bujur, atau bulat sedikit meleper. Tetapi, ada juga yang berbentuk lonjong.

Warna kulit labu juga berbagai. Ada yang berwarna hijau berjalur, oren-kecoklatan, oren kuning, kelabu, putih, merah, hijau muda, dan hijau tua. Warna labu dipengaruhi oleh kandungan pigmen oren di dalam kulit dan isinya. ‎

Saiz buahnya, ada yang kecil, sederhana, atau 'gergasi' sehingga berat maksima boleh mencecah 34 kg. Purata berat labu sekitar 4-8 ‎kg, dan isinya setebal kira-kira 3 sm. Rasa isi labu sedikit manis. Isi labu besar dikatakan kurang enak. Biji labu dijadikan sebagai cemilan 'kuaci'. ‎

‎‎0‎ ‎ ‎

Sunday, September 29, 2013

Ada Apa Pada Alpukat ? ‎

Alpukat‎  |‎ Buah Istimewa ‎

Alpukat. Avocado. Nama botani Persea Americana, dari pepohonan ‎Lauraceae.‎ Di dunia ini, alpukat terdiri lebih dari 80 varieti.

Alpukat adalah sejenis pohon yang berasal dari Mexico. Kemudian tumbuh merebak ke Amerika Selatan dan Tengah. Tahun 1750, alpukat di perkenal ‎dan di tanam di Indonesia. Di situ, ia mendapat nama ‘alpukat.’

Alpukat kemudian merebak ke Brazil, 1809. Seterusnya, lewat abad ke 19, ke Afrika Selatan dan Australia. Tahun 1960an, alpukat terus tersebar dan digemari di United Kingdom.

Kandungan nutrisi alpukat sangat berkhasiat untuk kesihatan, menjadikan ia bernilai komersial. Kini ia banyak di tanam secara komersial di merata negara di dunia; Mexico, Chile, Amerika Syarikat, Peru, Indonesia dll. Ia mudah tumbuh, terutama di negara-negara ‎beriklim tropika dan juga Mediterranean.‎

Kebanyakan spesis alpukat, buahnya mempunyai kulit hijau. Ada juga yang berwarna coklat. Berbentuk seperti buah pear, berbujur telur. Isinya empuk, padu, tidak manis, sangat berlemak, licin dan berkerim. Ia lebih bermanfaat di makan mentah dalam berbagai adunan ‎minuman atau makanan.

‎‎0‎ ‎ ‎

Friday, September 20, 2013

Vitamin B-Kompleks

Apakah Vitamin B-Kompleks   ?

Vitamin B-Kompleks merupakan sekumpulan vitamin-vitamin yang terserap air. 8 jenis vitamin yang diperakui tergolong dalam kumpulan ‎vitamin B-Kompleks, yakni: ‎ ‎
  1. Vitamin B1 (thiamin)‎ ‎
  2. Vitamin B2 (riboflavin)‎ ‎
  3. Vitamin B3 (niacin, niacinamide, vitamin P, vitamin PP)‎ ‎
  4. Vitamin B5 (asid pantothenik)‎ ‎
  5. Vitamin B6 (pyridoxine, pyridoxal, pyridoxamine, pyridoxine hydrochloride)‎ ‎
  6. Vitamin B7 (biotin, vitamin H)‎ ‎
  7. Vitamin B9 (asid folik, vitamin M, vitamin B-c)‎ ‎
  8. Vitamin B12 (beberapa jenis cobalamin; selalunya cyanocobalamin dalam supplemen ‎vitamin B).‎ 
Vitamin B-Kompleks diperlukan oleh tubuh:‎
  • Membantu meningkatkan kadar metabolisma
  • Memelihara kesihatan kulit, rambut dan tona otot ‎ 
  • Memampan fungsi sistem kekebalan dan sistem saraf tubuh
  • Memacu pembinaan dan percambahan sel-sel tubuh, termasuk sel darah merah ‎bagi membantu menghalang kekurangan darah “anemia”
  • Mengurang risiko kanser pancreas, sejenis kanser yang boleh membawa maut.‎ 
‎‎2‎ ‎ ‎

Thursday, September 19, 2013

Eczema ‎|‎ Dermatitis

Apakah Penyakit Eczema?

‎Eczema adalah singkatan kepada "Eczema Hypertrophicum", juga di sebut "Dermatitis." Eczema atau ‎dermatitis, adalah istilah kepada beberapa jenis penyakit atau masalah radang kulit yang tidak ‎menyelesakan, samada radang tersebut dalam bentuk kulit kering, panas, berkuping, lebam, ‎kasar, menebal, kemerahan, gatal-gatal sehingga kulit sangat terdorong untuk di garu, kian di garu kian luka, berair dan ‎seterusnya berdarah, dan sekiranya tidak di rawat akan bernanah. Apabila sembuh bersifat sementara, kemungkinan besar akan timbul kembali, dan menjadi semakin merebak. Setiap kali sembuh akan meninggalkan kesan parut kehitaman yang lambat untuk kembali ke tona dan warna asal kulit.

‎Dengan penjagaan dan perawatan kulit yang rapi, terutama pada bahagian yang selalu timbul radang kulit, ‎eczema boleh dikurangkan, tetapi kulit akan sentiasa sensitif dan eczema dengan mudah akan timbul ‎kembali. Eczema boleh berlaku pada semua peringkat usia. Eczema tidak pula berjangkit.

Eczema  ‎|‎  Jenis-Jenis  

Berikut adalah beberapa jenis eczema. Gejala-gejala eczema hampir sama semuanya. ‎Puncanya mungkin berbeza. Dan kaedah rawatannya juga berbeza.

●‎ Atopic Eczema. Atopic eczema ini dipercayai masalah kulit yang diwarisi, berkait-rapat ‎dengan faktor genetik. Sejenis eczema yang sering terjadi, dikaitkan dengan penyakit ‎lelah/asma bronchitis (sesak nafas, bersin, hidung berair, batuk-batuk, paru-paru banyak kahak) ‎dan juga hayfever (sesak nafas disebabkan rongga hidung tersumbat kerana berkahak). 

‎‎0‎ ‎ ‎

Tuesday, September 17, 2013

Pulut Putih (Ketan), Ubat Tidur Alami !

Pulut Putih

Pulut adalah beras yang di tanak dari beras pulut (ketan). Beras pulut adalah dari padi pulut. Padi pulut, nama saintifik Oryza sativa var. glutinosa atau Oryza glutinosa, adalah dari kalangan keluarga padi “Poaceae.” Padi pulut, secara amnya, terdiri dari 2 jenis; padi putih dan padi ungu atau kehitaman. 

Beras pulut putih hampir menyerupai beras padi biasa. Beras pulut berwarna putih tidak berkilat, manakala beras padi biasa agak jernih. Apabila di tanak atau di kukus, pulut berubah warnanya menjadi lebih jernih dan sangat melekit berbanding dengan beras biasa. Sebaliknya beras biasa apabila di tanak, menjadi putih tidak berkilat dan tidak melekit.

Pulut putih melekit kerana mengandungi 2 jenis bahan kanji yang tinggi; iaitu “amylase” dan “amylopectin.” Kandungan amylase amat sedikit, tetapi kandungan amylopectin pula amat tinggi. Amylopectin ini yang menyebabkan pulut putih bersifat melekit. Apabila amylopectin terdedah kepada wap bersuhu panas, struktur beras pulut putih berubah menjadi melekit. Apabila di tanak dalam air, beras pulut menjadi lembek dan kenyal.

‎‎0‎ ‎ ‎

Sunday, September 15, 2013

Camu Camu - Vitamin C Mega

Camu Camu Nama botani  - Myrciaria dubia, genus Myrciaria, dari kerabat Myrtaceae. Nama lain - ‎Cacari, Camocamo, ‎Araca d'agua, Araza de Agua, Guapuro Blanco, dan berbagai nama lagi.‎ Spesis yang ‎terdekat dengannya ialah Jaboticaba (Myrciaria cauliflora), Guavaberry/Rumberry (Myrciaria ‎‎floribunda), dan Gowok/Kupa/Kepa (Syzygium polycephalum).‎

‎Pohon Camu Camu tumbuh bertaburan di merata lembah kehutanan Amazon; Peru, Brazil, Colombia, ‎Ecuador, ‎Bolivia, Venezuela dan negara persekitarannya. ‎‎Camu Camu pohon merendang. Tidak ‎begitu tinggi, hanya sekitar 3-5 meter. ‎ Kebanyakan pohon Camu ‎Camu bercambah ‎ melalui biji. Ia mudah tumbuh. Mampu hidup dalam iklim panas, lembab tropika, ‎dan dingin sub-tropika. Ia perlu banyak air; banyak tumbuh meliar di tepi-tepi sungai, kawasan bertasik ‎berpaya, bahkan di lembah banjir. Ia ‎hidup tegar, mampu bertahan terendam di dalam air sehingga 4-5 ‎bulan. Sekiranya tumbuh dari biji, mula berbuah usia 3 tahun ke atas. Berbuah jenis ‎bermusim. ‎Buahnya bewarna merah-kehijauan, merah-keunguan sepertimana ceri Acerola.

Keistimewaan Camu Camu

‎Keistimewaan Camu Camu terletak pada kandungan vitamin C yang sangat tinggi (mega) pada ‎buahnya. Buah Camu Camu mentah mengandungi lebih kurang 2,880 mg vitamin C setiap ‎‎100 gm, ‎melebihi Acerola (1,790 mg). Camu Camu berada pada ranking ke-2 dunia selepas Kakadu Plum ‎‎(terminalia ‎ferdinandiana) dari Australia. Sepertimana Acerola, kandungan Vitamin C di dalam buah ‎Camu Camu semakin berkurangan apabila ia semakin matang atau masak ranum.

‎‎0‎ ‎ ‎

Acerola Sarat Vitamin C

Ceri Acerola

Nama botani Ceri Acerola ialah Malpighia emarginata/glabra, dari kerabat pepohonan Malpighiaceae.‎ Dikenali juga Ceri Barbados, West Indian Cherry, Cerise des Antilles, Cerise de la Barbade, Puerto Rican Cherry, Crapemyrtle dan berbagai nama menurut negara di mana ia tumbuh. Di Malaysia, ada yang menamakannya Ceri Siam.

Acerola berasal dari Yucatán (Mexico). Tumbuh bertaburan di Mexico, ‎Peru, Brazil, Caribbean, Florida, Lembah Rio Grande Texas. Turut di tanam di ‎negara-negara tropika dan sub-tropika, termasuk Australia, Kepulauan Canary, Madagascar, ‎Ethiopia, Zanzibar, Ghana, India, China, Taiwan, Hawaii, Australia, dan Thailand.

Pohon Acerola rendang, tidak besar. Tinggi sekitar 2-3 meter, kadangkala mencecah 6 meter. ‎Dahan-dahannya kecil dan pendek.Bagi penggemar pokok hiasan, pohon Acerola sering di bentuk menjadi "bonsai".

Besar ceri Acerola, sekitar 1-3 sm diameter, kecil sedikit dari buah longan/lengkeng biasa. Berangkai dan berumpun 2 biji atau lebih. Warna hijau ketika muda, ‎merah muda terang apabila mula masak, merah kehitaman apabila ‎ranum. Ceri Acerola mentah (muda, masak atau ranum) boleh lansung di makan. Rasanya masam-manis. Isinya lembut, penuh jus, ‎bagaikan isi jambu air, sesuai di buat jus. 

‎‎0‎ ‎ ‎

Kakadu Plum, Vitamin C No. 1

Kakadu Plum.

Nama botani: Terminalia ferdinandiana, genus Terminalia, dari kerabat pohon berbunga Combretaceae.‎ Nama lain ialah Billy Goat Plum, Green Plum, Salty Plum, Wild Plum, Kimberley Plum, Murunga, Marnybi, Manmohpan, Kullari Plum, Gurumal, Gubinge dan berbagai nama lagi.

Pohon Kakadu banyak tumbuh meliar di daerah Utara-Barat sehingga ke Timur Australia. Sebahagian besar kawasan tersebut didiami oleh beberapa kaum asli Australia. Pohon Kakadu tidak begitu merimbun. Tinggi sederhana, mencecah kira-kira 32 meter. Buah Kakadu, sewaktu muda berwarna hijau, semakin matang menjadi semakin kuning. Saiz tidak besar, cuma lebih kurang 2-3 sm panjang, 2 sm lebar, ‎bentuk seperti buah badam. Isi buah sangat tinggi kandungan vitamin C. ‎Di dalam isinya, terdapat biji yang agak keras dan besar. Pohon dan buah Kakadu seakan-akan Ketapang di Malaysia.

Kakadu Plum‎ | Nutrien‎

Kakadu Plum mula terkenal di seluruh dunia apabila tersebar luas lapuran dari "Food Standards Australia and New Zealand" tentang kepadatan vitamin C sebanyak 2,907 mg/100gm, berbanding buah-buahan lain di dunia. Lapuran tersebut telah meletakkan Kakadu Plum No.1 Sarat Vitamin C, Rekod Dunia !

‎‎0‎ ‎ ‎

Saturday, September 14, 2013

Dilemma Dos Mega Vitamin C

Kenapa Perlu Vitamin C ?
"Dos orang dewasa sepatutnya 2 gm/hari. Banyak manfaat kesihatan dari 2 gm/hari, dan sudah tentu 4-6 gm/hari adalah lebih baik. Semakin seseorang itu meningkat usia, perlu semakin ‎tinggi pengambilan dos vitamin C."

- dari Dr Linus Pauling, ‎Pemenang Nobel Prize dalam bidang Kimia, 1967, Pengkaji terkenal vitamin C, juga di gelar Bapa Vitamin C.
Vitamin C memperkasa sistem kekebalan tubuh. ‎Sistem kekebalan utuh apabila tubuh memiliki dayatahan dari jangkitan kuman (virus, bakteria, kulat, parasit) dan juga ‎kecemaran toksin. Bukan sekadar ‎menjadi sistem perisai tubuh, bahkan mampu menyerang, menghapus dan meng-nyah anasir-anasir yang menurut sistem tubuh akan memudharatkan mana-mana bahagian tubuh.‎

Menurut kajian sains dan klinikal, vitamin C diperlukan untuk berbagai fungsi di dalam tubuh, antaranya:
  • ‎terlibat secara lansung dalam penghasilan collagen, dan menyihatkan collagen; ‎collagen sihat bererti komponen-komponen otot dan sendi menjadi kuat, ‎keseluruhan struktur tubuh mantap;
  • ‎memiliki sifat anti-oksidan yang berkesan, membasmi radikal bebas ‎yang sentiasa mengancam ‎mana-mana bahagian tubuh, radikal bebas adalah sisa beracun yang perlu di sirna sebanyak mungkin dari tubuh; ‎
  • memiliki sifat anti-kanser, membantu menghalang risiko dan rebakan kanser; ‎
‎‎0‎ ‎ ‎

Thursday, September 12, 2013

Khasiat Kurma

Kurma ‎ |‎ Al-Qur’an, Sunnah Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW:

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, ‎kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan ‎akan menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."‎
Kurma, sebutan di kalangan warga nusantara. Tamar, sebutan di kalangan bangsa Arab. Date, ‎sebutan Inggeris. ‎

Kurma merupakan makanan kegemaran yang utama bagi warga negara-negara Arab dan juga di kalangan umat Islam diseluruh dunia. ‎ Dari kacamata Barat, kurma menjadi simbol makanan umat Islam.

Kurma mengandungi pelbagai khasiat. Di dalam Al-Quran, terdapat 21 ayat yang ‎menyebut tentang kurma. ‎Rasulullah SAW sendiri telah memartabatkan kurma sebagai makanan yang berkhasiat tinggi. Banyak sekali khasiat dari permakanan buah kurma yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW. Kurma, terutama kurma "Ajwah" juga telah menjadi makanan utama Baginda.

Baginda pernah bersabda dalam beberapa hadits: "Sesiapa yang memakan 7 biji kurma ajwah dia akan terkawal ‎daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".‎ Dan "jika sesiapa yang selalu ‎makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan." Dan "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan ‎penghuninya kurang sihat".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...